'Sajian Rasulullah'
Sebelum entry menjadi lebih panjang, marilah kita berselawat kepada nabi Muhammad SAW sebagai pembuka entry hari ini
Dalam slot forum ini, banyak perkara berkaitan pemakanan rasulullah diceritakan. Walaubagaimanapun sebenarnya ada beberapa bait - bait perkataan yang sangat menarik perhatian saya iaitu :
1. "Jangan kita sempitkan skop pemakanan sunnah dengan hanya berfikir makanan sunnah adalah hanya madu, habbatussauda dan etc sahaja. Tetapi makanan sunnah adalah makanan yang baik kualitinya dan halal"
Justeru, komen dariku untuk para sahabatku ; mari kita ambil makanan sunnah seperti madu, delima dll dan jangan pertikaikan dan mempersoalkan makanan - makanan lain yang sudah dijamin baik kualitinya dan yang pastinya ia halal
2. "Makanan segera itu tidak jatuh hukum haram dimakan jika kualiti makanan segera itu adalah dijamin baik kualitinya ... jika makanan segera itu dapat memberi kita masa yang singkat supaya mudah kita nak melakukan tanggungjawab kita kepada Allah SWT, maka makanan segera itu adalah lebih baik"
Moral of the story here ; pokok pangkalnya apa jua makanan..makanan segera atau makanan tak segera , basic rule nya ia mesti mempunyai jaminan kualiti yang baik.
3. "Nabi Muhammad makan koktel (buah bersama susu).. buah tamar yang dicampur dengan susu dan madu.. sebenarnya boleh makan buah bersama susu.. yang tidak boleh adalah berlebih - lebihan.. Nabi minum sikit je.. yang jadi larangannya orang kita kalau makan koktel, makan sampai satu jug...
Contohnya makan kambing.. ada sesetengah kata ia high cholesterol..ada sesetengah kata bagus kita makan, sebab Nabi Muhammad makan kambing.. sebenarnya tiada kesalahan makan kambing, cumanya masyarakat hari ini kalau makan kambing dalam kuantiti yang banyak..
emm,betul juga..kalau saya tengok rancangan 'Spices Route'..orang arab kalau makan kambing seekor tu 4 orang.. memang berlebih - lebihan...
Intipati disini yang perlu kita ambil ialah ; jangan berlebih - lebihan dengan apa jua makanan yang kita ambil
4. "Ada satu makanan segera yang Nabi Muhammad suka buat.. ia sunnah rasullullah yang jarang orang highlightkan.. apakah dia ? .. iaitu minum air sejuk sebelum makan apa - apa pada waktu pagi ..ia juga dikategorikan sebagai makanan segera ..
Mari amalkan, minum air sejuk sebelum makan apa - apa pada waktu pagi
Salam maulidurrasul
No comments:
Post a Comment