Saturday, January 11, 2014

Meeting atas katil?

Ini bukan entry 18sx

Apabila tajuk entry ini ditulis oleh upline saya. Saya terus sengih.. hi hi hi.. bukan sengih bukan - bukan ye.. Tapi sengih sebab saya dah dapat idea nak menulis pada blog saya malam ni. Terbaiklah kak N. Tajuk ni memang catchy dan pada firasat saya memang ramai yang akan klik dan mahu tahu isi kandungannya.. :-) ..

termasuklah kamu kan ..teeetttttttt...  :-p

Meeting atas katil ni adalah ilmu yang baru je saya belajar semalam pukul 11.15malam. Kelas malam yang dibuat oleh upline saya kepada semua anak - anak didik dia. Kalau anda nak tahu upline saya tinggal kat miri sarawak nunnnn. Dan saya sebenarnya ketika itu masih berada di AEON, bukit indah !.Tapi kelas berjalan dengan lancar .. macam mana ye kami datang kelas ni ?

Ceritanya bermula begini ..

Bila wassap group shaklee saya berbunyi macam ini

beep beep beep beep:  ".. Anak - anak semua ... ; kelas akan bermula jam 10.00 malam ini .. sila bersedia di laptop atau di hp pada jam 9.45 malam"

Lepas terima informasi ni, saya terus ajak suami saya balik. "Bang, jom masuk dalam kereta" ...tanpa berlengah - lengah, kami dan anak - anak terus masuk dalam kereta.

Mujurlah, askar berdua ni batery dah tinggal 2 bar. Jadi kedua - dua anak saya ni masuk kereta terus diam - diam tertidur.

Dan kelas pun bermula dengan nyamannya secara alam maya

Kelas shaklee ni menggunakan sistem online atau dalam bahasa famousnya orang jawa kata webinar.

 Webinar is : short form Web-based seminar, a presentation, lecture, workshop or seminar that is transmitted over the Web.

Meeting dengan menggunakan sistem online. Walapun saya di Johor, upline saya di Sarawak, tapi kami ramai - ramai akan datang meeting ni dengar sharing ilmu yang diberi oleh upline kami. Hebat kan, sampai quota terhad pada 100orang peserta saja. Yang kelakarnya, ada yang sambil lipat kain dengar kelas. Mungkin juga, ada yang sedang mengempengkan anak atas katil sambil dengar kelas. 

*hebat lah ibu - ibu zaman sekarang ; memang menggunakan semua deria dengan serentak la .. :-)

Sambil buat kerja lain, mata pandang laptop atau hp untuk dengar dan lihat satu - satu slide power point diselak. Teruja kan? Dalam satu malam sahaja 2 topik disampaikan, iaitu topik basic dalam shaklee. Dan topik bagaimana meletakkan blog dalam google list

Jadi, dalam keadaan semua serba naik dan mahal ni. Minyak naik, tol naik.... Ada satu perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk selalu pergi travel kesana sini pergi kelas (jimat duit taww). Pada masa yang sama anak - anak dan suami semua dicelah ketiak anda.

kenaikan harga barang naik

Ni kelas pertama yang saya join ..lama dah sebelum ni...best sangat tajuk ni (SEO pada blog untuk optimize kan blog kita pada pencarian google).. nampak tak upline saya kat bahagian kamera sebelah kanan video tu.


Kelas kedua yang saya baru je attend adalah semalam..guna handphone je dalam kereta

Walau dimana anda berada, tidak menjadi suatu masalah perniagaan ni. Sekarang ni kan zaman dunia tanpa sempadan. Jom jadi sebahagian dalam team saya. Hanya rm75 sahaja yuran keahlian seumur hidup untuk jalankan bisness best ni. Kemudian, anda pun boleh join datang kelas sambil baring - baring atas katil dengar sharing ilmu dari pengamal 15 tahun shaklee.  :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...