Friday, November 8, 2013

Gula cetus 60 jenis penyakit

Sebelum ni saya ada buat penulisan kaitan gula dan gemuk oleh Prof Dr Muhaya.  

Dan hari ni sebenarnya saya terjumpa satu artikel yang menarik iaitu pengambilan gula sebenarnya lebih berbahaya berbanding makan makanan yang tinggi lemak


Penyelidik British, Dr John Yudkin dalam bukunya yang bertajuk

'Sweet and Dangerous'

menunjukkan bahawa gula adalah punca yang lebih besar kepada masalah jantung berbanding lemak. Beliau mengambil contoh Masai dan Samburu iaitu suku kaum di Afrika Timur yang hampir tidak mempunyai masalah penyakit jantung langsung walaupun mereka makan makanan yang tinggi lemak !

Pendedahan ini sangat mengejutkan.

Terdapat 3 jenis gula iaitu :
  • Gula semulajadi : gula yang tidak diproses yang mengandungi kalori rendah dan nutrien tinggi. contohnya gula dalam buah - buahan, sayur sayuran ; maltosa seperti malt barli, sirap beras perang ; glukosa dalam buah seperti madu, jagung ; laktosa iaitu gula dalam susu dan madu yang tidak diproses dan ditapis
  • Gula terproses : gula yang diproses daripda sumber tumbuhan hingga hilang semua khasiat vitamin, mineral, asid amino dan sebagainya. Contohnya gula pasir
  • Gula buatan : contohnya seperti aspartame, acesulfat K dan sucralose. Terdapat juga gula alcohol seperti xylitol yang ditambah dalam ubat gigi untuk mengurangkan pereputan gigi.
Sebenarnya badan kita tidak memerlukan gula terproses kerana tubuh boleh menukar banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila memerlukan tenaga.

gula cetus penyakit

DIET kaya gula akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras. Ini lama kelamaan akan melemahkannya dan menyebabkan kita diserang diabetes. Lazimnya pesakit akan mengalami komplikasi kardiovaskular yang boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada timbunan gula atau lemak. Keupayaan tubuh menggunakan kesemua lebihan lemak atau kolestrol daripada gula menyebabkan ia perlu di simpan.

Lemak akan di deposit dalam hati, jantung, arteri, tisu lemak, buah pinggang, otot dan lain - lain organ. Keadaan ini mendedahkan kita kepada atheroscleorosis, hati dan buah pinggang berlemak, sesetengah kanser, obesiti dan diabetes. Gula juga menghalang fungsi sistem imun dan meningkatkan risiko penyakit yang disebabkan sistem imun yang lemah seperti selsema, demam, AIDS dan jangkitan.

Kajian menunjukkan bahawa hampir 30 juta daripada kita menghidap diabetes jenis-2 manakala 70 juta individu yang lain dikategorikan sebagai pra-diabetes.

Takutnya dengan gula ......

vivix bantu pesakit diabetes


vivix bantu pesakit diabetes

Jom jaga kesihatan kita dari sekarang..Kalau ada saudara mara yang sudah menghidapi diabetes mungkin boleh ikhtiar dengan pengambilan vivix shaklee..

Shaklee is halal , always safe , always work and always green

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...