Friday, November 1, 2013

Sains dan islam untuk kejayaan breastfeeding

sains dan islam
ya..knowledge is power.. selama 4 tahun sebagai ibu bekerjaya, rutin harian saya adalah mengajar dan membuat tugas - tugas pengurusan.. membaca jurnal untuk penyelidikan berkaitan bidang apabila nak publish paper untuk pembentangan ..menambah ilmu berkaitan bidang pula bila menghadiri kursus ..

dan yang seronoknya bila dapat tambah ilmu apabila menganjurkan kursus - kursus yang diluar daripada bidang.. *seronokseronok seronok

Saya realise masa saya remaja saya suka bidang yang mencabar dan menduga seperti engineering..tapi sejak dah jadi emak emak ni, macam minat tu dah teralih sikit pada bidang berkaitan anak - anak, masak - masak, jahit - jahit (ala - ala suri rumah giteww ler ..)..*nyampah tak baca statement ni?

Tapi sejak akhir - akhir ni, saya ada hobi baru.. "gunakan deria serentak dengan niat ubudiyyah kepada Allah" .. jika saya tak sempat membaca; saya pilih mendengar ilmu sambil tangan keletak - keletuk buat kerja di ofis..
*rupanya mendengar orang bercerita ni lebih seronok rasanya, sebab kita boleh buat 2 kerja serentak..(mendengar sambil membuat kerja - kerja ofis)

Today i learn something new..dan sangat menarik..tentang SARAF VOGUS .. menarik rupanya saraf vogus ni... siapa yang expert dalam bidang perubatan rasanya tak naik hairan dengan saraf vogus ni..tapi bagi saya yang pertama kali dengar ni rasa teruja pulak bila dengar pasal ilmu sains dan islam tentang SARAF VOGUS ni

betullah..bila kita banyak mempelajari dan mengetahui sains, kita akan menyedari dan menginsafi diri bahawa hebatnya Allah dalam segala yang ada dilangit dan dibumi... Allahuakbar....semoga dengan ilmu sains ni, mampu meningkatkan dan memperkayakan amalan kita dengan Allah

saraf vogus ni merupakan saraf yang ada dalam badan manusia..saraf ni dia panjang dan berada di belakang sepanjang tulang belakang kita...dan saraf ini adalah saraf yang penting dalam menghasilkan hormon gembira, hormon stress dan hormon - hormon perasaan yang lain..yang ditekankan oleh Prof Datin Dr. Azizan ni salah satu contohnya ialah hormon oksitosin..

Berdasarkan kajian barat, saintis sangat kagum dan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah untuk mengAKTIFkan saraf oksitosin iaitu dengan cara kita bernafas (*bernafas dalam - dalam sehingga ke otot perut untuk kawal perasaan marah), basahkan muka dengan air, berbaring dan mantera.


Dal hal ini, Prof mengaitkan kaitan kajian barat dengan islam, which is ; dalam islam cara kita bernafas,menyiram air dan berbaring tu sudah diajar dalam islam iaitu dengan cara islam menyuruh kita mengawal nafsu amarah dengan cara berwuduk dan berdoa.

*saintis juga mendapati bahawa saraf vogus ni adalah jambatan kepada body dan soul.. aktifkan kefungsiaan saraf vogus supaya bersatu dengan roh untuk jadi orang yang lebih baik


Apa yang seronok sangat sampai saya terpanggil nak mengulas pasal saraf vogus ni ?

Pembaca yang mengikuti blog saya mesti pernah membaca mengenai hormon oksitosin dalam breastfeeding. bagaimana hormon oksitosin ni mempengaruhi penghasilan dan pengaliran susu ibu.

Dalam slot sains dan islam ni Prof tidak menceritakan mengenai kaitan diantara oksitosin dan breastfeeding ..tapi aktiviti - aktiviti ini, adalah salah satu tips kejayaan dalam breastfeeding (khasnya) dan kejayaan dalam hidup.

Ibu - ibu islam yang breastfeeding jom kita aktifkan saraf vogus dengan buat banyak - banyak perkara ini
  • Berwuduk
  • Berdoa
Ibu - ibu bukan islam yang breastfeeding mungkin boleh buat ini
  • Bernafas dengan menggunakan otot perut
  • Basahkan muka dengan air
  • Berbaring
  • Mantera
*ambil iktibar dengan ilmu Allah yang sangat luas..hebatnya ajaran islam yang sudah ditetapkan oleh Allah untuk umat - umatnya ..mantapkan usaha zahir dan usaha rohani untuk kejayaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...