Friday, November 8, 2013

Makan buah pun ada adabnya

emmm , everyday i learn something new and interesting .. and i love to share .. 

Jadi hari ini mari kita pelajari ilmu daripada pakar pemakanan terhebat dunia iaitu Baginda Nabi SAW yang ditulis oleh Ustaz Abd. Wahab Ali dalam majalah ANIS, bilangan 194

Nabi Muhammad SAW suka makan dua benda yang mempunyai dua sifat yang berbeza seperti timun bersama tamar atau tembikai bersama tamar. Maulana Zakaria al-Kandahlawi menyebut dalam Syarah Syamailnya bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakan tamar bersama mentega

Kenapa makan dua benda yang mempunyai sifat berbeza ?

Pertama : Timun mempunyai sifat sejuk sedangkan tamar mempunyai sifat panas. Dengan mengambil kedua - duanya ia dapat menyeimbangkan sifat buah - buahan.

Kedua : Timun itu bersifat tawar. Jika dimakan bersama tamar, akan terasa juga kemanisannya. sama seperti yang dilakukan pada saman sekarang, orang menambahkan gula dalam minuman.



Beri hasil pertama kepada orang lain

Syeikh Bajuri seorang fakih besar dalam Mazhab Syafi'i dalam syarah syamailnya menyebut sunat menghadiahkan hasil atau buah pertama kepada para 'akabir' atau orang - orang besar. Itulah yang dinamakan keberkatan. Para sahabat menyerahkannya sebagai tanda hormat dan kasih sayang mereka terhadap penghulu mereka, nabi Muhammad SAW. baginda pula mendoakan keberkatan rezeki tersebut kemudian diberikan kepada anak - anak kecil yang berada disitu.

Kenapa Nabi memberikan buah - buahan kepada kanak - kanak ?

Perbuatan nabi mendahulukan kanak - kanak kecil menjadi bukti kesempurnaan hati baginda SAW. Hati baginda tidak terkesan dengan benda - benda baru seperti buah - buahan yang ada dihadapan mata.

Marilah kita mencari sudut - sudut sunnah yang boleh kita amalkan dengan buah - buahan ...

Selamat beramal ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...