Wednesday, August 14, 2013

Ramadan bermaksud cuaca panas terik

Eh! kan dah bulan Syawal, apalah Khairul Bariyah ni, lambat (buat entry ramadhan sedangkan syawal sudah masuk hari ke 7).

Sebenarnya banyak bahan yang saya cari untuk saya muat turun dalam blog saya. Tapi disebabkan kesibukan saya membuat persiapan syawal, banyak aktiviti tergendala.

Update a blog is like doing an assignment. Jika boleh, saya ingin menulis tentang fakta yang dirujuk daripada pelbagai bahan bacaan supaya boleh dirujuk oleh pembaca - pembaca blog saya.

Sekiranya, ada penulisan saya berdasarkan pengalaman peribadi (saya sebolehnya mencari bahan rujukan agar boleh menyokong pandangan dan pengalaman saya).

Hari ini saya nak berkongsi dengan sedikit ilmu yang saya dapat melalui pembacaan saya di ruangan Agama, Berita Harian bertarikh 5 Julai 2013. Rupa - rupanya ramadan itu bermaksud cuaca panas terik

Ia dinamakan sedemikian untuk menggambarkan rasa panas dalam perut disebabkan dahaga. Ramadaan berasal daripada perkataan Arab 'amida' atau 'al-ramad' yang bermaksud cuaca panas terik atau kemarau yang keterlaluan dan membakar tanah. Bahkan ia juga dikatakan sebagai batu - batan yang panas iaitu merujuk pada batu di padang pasir yang panas terbakar.

Ia juga dinamakan sedemikian untuk menggambakan rasa panas didalam perut disebabkan dahaga. Ada yang mengatakan ia kerana ramadan membakar dosa dengan amal soleh. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan ia dinamakan ramadan keran hati dan jiwa lebih bersedia untuk disucikan dan mengingati Allah sepanjang ramadan. Terlalu banyak kelebihan ramadan yang disebutkan sebagai penghulu segala bulan.

Penulis artikel adalah pegawai penyelidik kanan, pusat kajian syariah undang - undang dan  politik IKIM

Emmm, patutla sepanjang bulan ramdhan memang cuaca sangat panas dan terik. Alhamdulillah, ramadan kali ini Allah izinkan saya berpuasa penuh...Syukur ...

memetik kata - kata di rancangan MHI pagi tadi. "tanda - tanda puasa dan amalan kita diterima pada bulan ramadan ialah, apabila kita menjalankan ibadah dan amalan - amalan dengan istiqamah pada bulan seterusnya. Salah satunya ialah dengan berpuasa sebanyak 6 hari pada bulan Syawal."


*** Ya allah, izinkan daku berpuasa 6 hari pada bulan Syawal 1434H kali ini. Jom berpuasa 6

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...