Tuesday, April 22, 2014

Review Buku : Who Move My Cheese

 siapa dah baca buku 'Who Move My Cheese?' .. 

who-move-my-cheese
 buku ni dah lama kan? .. tapi saya baru baca, sebab baru jumpa yang edisi bahasa melayu :-(

Baca yang sudah di translate ke bahasa melayu baru seronok .. ye la orang tak expert bahasa inggeris katakan .. takut baca lain tapi faham nya lain .. :-(

Alkisah sebenarnya, permulaan buku ni dah habis koyak rabak .. (hasil kreativiti liya zafirah) .. anak dara saya yang solehah ..

*puncanya mama juga ..anak - anak soleh dan solehah ni request bed time story ... memandangkan buku cerita kanak - kanak semua mama dah sisih dalam tong sampah ; jadi tinggal buku - buku mama j .. mama pun pura - pura lah cerita pasal tikus dan keju bila mama selak buku ni ngan anak - anak mama .. ala - ala cerita tom and jerry ..

Hasilnya, buku ni jadi favourite anak - anak saya .. bila dah jadi favourite; lama - lama habislah kena koyak ..
 Sebenarnya buku ni cerita pasal 2 watak manusia dan 2 watak tikus .. ayat - ayat dalam buku ni memang menggunakan daya fikiran yang tinggi ..sebab kita kena berfikir dalam - dalam mesej yang ingin disampaikan daripada sebuah cerita kisah cerita tikus dan manusia

Tapi secara kesimpulannya buku ni nak sampaikan mesej yang kita tidak boleh hidup dalam keadaan selesa setiap hari walaupun sebenarnya ketika itu kita dah sampai tahap kehidupan yang berjaya ..

Bagus motivasi ni ..sebelum ini saya selalu fikir bila buat sesuatu, pastu dah capai matlamat nak rehat panjang ..
 emmm, kena ubah cara berfikir ni .. setiap hari harus berubah jadi lebih baik dalam semua aspek

Jom, praktis

The best word daripada kumpulan shaklee kami : "kejayaan yang dah dapat tak usah dirai - rai lagi .. kesedihan yang dilalui tak usah diratapi .. tapi jalan terus menuju impian"

Yap, alhamdulillah .. saya dah kecapi kejayaan APC .. bukan masa untuk merai - rai lagi.. tapi mahu kerja keras dan buat betul - betul dengan bisness Shaklee

#saya suka dengan kumpulan ini .. :-) .. jom jadi sebahagian dalam kumpulan kami

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...