Friday, November 8, 2013

Minyak zaitun dan minyak kelapa sawit

listen listen dan listen ...

eh, kenapa listen ? sebelum ni saya ada cerita tentang hobi baru saya ; "menggunakan deria serentak dengan niat ubudiyyah kepada Allah SWT" dengan cara mendengar ilmu sambil tangan buat kerja ofis ..

Dan ada perkongsian ilmu yang sungguh menarik pada saya untuk dikongsikan. Tetapi oleh kerana audio tu mungkin dah lama diputarkan. Hari ni dah tak de dah audio tu. Jadi penulisan untuk entry kali ni berdasarkan apa yang mampu otak saya ingat ye..

Sebenarnya entry yang nak sangat saya tulis tu tentang minyak zaitun dan minyak kelapa sawit..

Selain mengambil supplement shaklee, saya juga menyukai makanan sunnah dan suka makan buah - buahan. Consume shaklee bukan bermakna, dilarang mengambil makanan sunnah dan memburukkan khasiat buah - buahan. Ramai yang telah salah faham. Tapi part makanan sunnah ni personally saya suka yang asli (makanan sunnah yang belum diproses)..suka makan buah kurma berbanding jus kurma yang telah diproses..suka makan delima berbanding jus delima yang telah diproses..dan sebagainya..

kalau teringin nak baca entry supplement shaklee vs makanan sunnah, boleh klik sini

entry ini juga menarik perhatian saya kerana saya adalah anak Felda..berkaitan juga dengan minyak kelapa sawit :-)

Dan hari ini saya sebenarnya nak cerita tentang minyak zaitun

Minyak zaitun seperti yang kita tahu adalah makanan sunnah dan banyak khasiatnya. Tetapi sebenarnya minyak zaitun  hanya efektif untuk kawasan mediteranean sahaja.. bagi kawasan macam Malaysia, minyak sawit la yang paling efektif berbanding minyak zaitun..banyak kajian telah dijalankan dan menyatakan kebagusan minyak sawit (Prof. Datin Dr. Azizan Bt. Baharuddin) ..

"Minyak kelapa sawit adalah makanan secret sejak zaman firaun...makanan sunnah seperti minyak zaitun hanya khusus untuk kawasan mediteranean..minyak sawit berkhasiat utk kawsan tropika....tidak mengandungi transakti acid @ kolestrol..digunakan oleh para Dr untuk merawat penyakit..dan banyak lagi khasiatnya tak tertulis dan tidak terjangkau oleh akal fikiran saya.."

dan patutla indonesia sanggup membakar hutan untuk tanam kelapa sawit ... kenapa tajuk audio ini adalah surah yasin, jerebu dan pohon kelapa sawit ?

minyak kelapa sawit

Sebenarnya Prof. cerita tentang kebaikan minyak kelapa sawit dan mengaitkan dengan jerebu yang berlaku akibat pembakaran hutan secara berleluasa oleh Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.. Dan sebenarnya dalam surah yassin, sudah diceritakan bahawa akan tiba suatu masa nanti api akan keluar dari pohon - pohon hijau .. dan ayat inilah terjadi apabila hutan hijau dibakar disebabkan tangan - tangan manusia sehingga merosakkan dan menyebabkan bencana jerebu

Banyak sebenarnya kesan jerebu..salah satunya ia memusnahkan plankton yang hidup atas air..apabila plankton mati..ikan tidak dapat sumber makanan..jika ikan tidak dapat sumber makanan akhirnya manusia pula mendapat kesan dan akibatnya..

Ma Sha Allah .. luasnya ilmu Allah seluas lautan..saya hanya tahu setitik air ...

seronok ilmu ni kan?, ilmu tentang kebaikan minyak kelapa sawit dan ilmu supaya kita menjaga alam sekitar  

jom jaga alam sekitar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...