Sunday, July 21, 2013

Kisah Nabi Muhammad SAW dengan penyusuan susu ibu

Kisah Nabi Muhammad SAW mempunyai 2 orang ibu susuan iaitu thuwaibah dan Halimatus Saadiah bukti sejarah amalan penyusuan susu ibu sejak zaman Baginda lagi. Khasiat yang ada dalam susu ibu telah diberi kepada rasulullah SAW apabila disusui dengan sempurna oleh Halimatus Saadiah selama 2 tahun.

Khasiatnya adalah besar untuk mempengaruhi fikiran dan pembesaran anak - anak. Apa yang disebut dalam quran " wal walida tu yurdik na auladahunna hau lai ni kamilaian". Ibu hendaklah menyusukan anak secara sempurna dalam tempoh 2 tahun
Othman Mustapha, Pengarah JAKIM

Islam itu indah ... mengapa islam menyarankan penyusuan sepanjang 2 tahun ? kerana susu ibu itu adalah makanan dari syurga (memetik kata - kata Dr Hamid Arshad mengenai susu ibu). Susu yang dihasilkan oleh ibu memenuhi keperluan setiap fasa pertumbuhan bayi. Jika bayi berumur 2 bulan (nutrien didalamnya selaras untuk pertumbuhan 2 bulan), jika anak sudah berumur 1 tahun 6 bulan (nutrien didalamnya selaras dengan pertumbuhannya 1 tahun 6 bulan). Penyusuan susu ibu juga dianggap sunnah (memetik kata - kata pakar laktasi, Pn Rita Rahayu). 

Sebenarnya ramai ibu - ibu menyedari fakta ini, tapi masih ada ibu - ibu yang masih kurang berjaya ? Termasuklah saya juga dahulu .. kurang berjaya .. :-(

Saya pernah mengalami kegagalan tersebut. Puncanya kerana kepenatan yang melampau akibat proses bersalin yang terlalu panjang dan kurangnya energy semasa dalam pantang. Sesetengah ibu menyatakan keluhannya kepada saya, apabila kegagalannya adalah berpunca daripada kurangnya energy lebih - lebih lagi jika bayi asyik nak bergantung 24 jam.

Kepada ibu - ibu yang masih menyusukan dengan susu ibu pada bulan ramadhan ini, jangan berhenti kerana apabila pemberhentian sudah berlaku, sukar untuk re-laktasi semula penyusuan tersebut (Dr Zaharah Sulaiman, pakar Laktasi HUSM)

Semoga kita lebih berjaya untuk kali yang kedua. Anda semua boleh ! anda ibu ibu yang hebat !

Sedikit video penghayatan susu ibu di bulan ramadhan yang mulia ini :
  

Hargailah kita di Malaysia berbanding dengan negara Afika. Bersyukur kita di Malaysia mewah dengan makanan berkhasiat, hasilnya dapat beri susu yang berkualiti seterusnya melahikan generasi yang bijak dan cerdas. *pemakanan pun turut di highlightkan dalam video ini ; jadi memang penting pemakanan bagi ibu menyusukan bayi. Tapi malangnya sayuran dan buahan pada masa kini penuh dengan baja chemical (semakin kurang nutrisi yang ibu terima dari pemakanan)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...