Monday, July 1, 2013

Breastpump mana yang patut saya beli ?

Breastpump manual atau breastpump elektrik ? Mana yang perlu saya beli ?

Em, masih didalam mood nak bercerita pasal breastpump. Kalaulah anda bertanyakan kepada saya soalan ini, suka saya memberi anda satu persoalan ini :

"anda berada dalam kategori mana? Ibu yang sangat rajin atau rajin juga tapi kadangkala timbul perasaan malas ? "

Mengepam menggunakan breastpump manual memerlukan sedikit kudrat tenaga agar sesi pengepaman berlaku dengan lancar. Ingat ye ibu -ibu, kita perlu mengepam sekurang - kurangnya 3 jam sekali. Setiap sesi pengepaman selalunya mengambil masa paling sedikitpun sebanyak 20 minit. Itu tidak termasuk aktiviti power pumping (10 minit untuk each breast dalam masa 60 minit) ; (adakah anda ibu yang tekal hati ?)

Berdasarkan pegalaman saya, perjalanan sesi pengepaman adalah satu perjalanan yang penuh cabaran yang menanti, kerana kita ada suami yang perlu dilayan, kita ada banyak kerja yang perlu dibereskan, kita masih ada anak - anak lain yang perlukan perhatian (semua ini memerlukan masa). Bagi ibu bekerjaya ; (kita perlukan something yang fast but efisien!), kerana kita perlu masa untuk lakukan perkara lain. Jadi breastpump elektrik lah pada saya pilihan yang terbaik.

Pengalaman saya memiliki breastpump manual dan elektrik memberi saya satu pengalaman bahawa, kemudahan merupakan satu bonus dalam keberjayaan perjalanan susu ibu. Ya, kita bukan sahaja nak berjaya menyusukan anak selama 2 tahun, tapi kita nak berjaya melayan suami, menguruskan rumah tangga dengan baik dan memberi perhatian kepada anak - anak lain dengan sempurna.

Sedikit artikel yang menyokong pendapat sayapenyusuan berjaya dengan breastpump elektrik
Puan Zuliana, merupakan seorang ibu bekerjaya yang berjaya menyusukan anak - anaknya. Ketika anak sulungnya masih kecil beliau mengandung lagi dan terlibat dengan penyusuan secara tandem nursing. Apa tu tandem nursing ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...