Saturday, July 27, 2013

Menyelongkar rahsia kehebatan berzikir

Islam merupakan agama suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kepada semua umat manusia. Terlalu banyak kelebihan yang terdapat dalam Islam hingga tidak terkira jumlahnya. Begitu indahnya Islam jika diselongkar satu persatu rahsia di sebalik suruhan Allah..

Entry blog hari ni nak bercerita pasal Berzikir

Memandangkan amalan berzikir merupakan amalan yang paling susah untuk saya buat dengan istiqamah, jadi entry zikir akan juga selalu saya tulis dalam blog ini agar menjadi sesuatu amalan yang istiqamah dalam diri saya.

Apa kehebatan berzikir ni ?

Otak manusia sebenarnya terdiri daripada 15 bilion sel neuron yang bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks. Sungguh hebat ciptaan Allah kerana otak merupakan sumber utama segala aktiviti harian manusia.

Ketika berzikir, sel - sel otak akan bergerak aktif sekali gua menambah tenaga bioelektrik. Perubahan yang dapat dilihat anda akan mudah faham, lebih kreatif dari sudut berbeza setiap masa.

Satu ujian imbasan yang telah dilakukan oleh kajian sebelum ini mendapati otak mampu bertindakbalas apabila mengulangi perkataan yang sama. Peningkatan sel saraf pada otak juga berlaku dan merebak kepada yang lain.

Teruskan berzikir setiap masa kerana Allah pernah berfirman dalam al-quran yang bermaksud; "Maka ingatlah kepada-ku suapaya Aku ingat pula kepadamu." (surah al-baqarah ayat 152)
(Sumber majalah dara.com; mei 2013)

zikir menarik rezeki
La ila ha illallah, muhammadurrasullullah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...