Wednesday, July 24, 2013

Kebaikan breastfeeding yang jarang orang tahu

Hampir setiap ibu mengakui bahawa penyusuan ibu adalah cara yang sebaik - baiknya. Malah polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan ekslusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Walaubagaimanapun kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.

Lebih menyedihkan lagi, ada segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi. bahkan biasanya ibu - ibu muda berasa malu untuk menyusukan anak mereka dikhalayak ramai sehingga merelakan susu formula menjadi minuman ganti mereka keluar dari rumah.

Dalam Islam turut menganjurkan beberapa amalan yang baik untuk mendapatkan anak yang taat dan soleh antara yang digariskan ialah penyusuan susu ibu. Selain untuk kesihatan bayi itu, ia merupakan makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.
sumber : Pa&Ma,2008

* susu ibu membentuk keperibadian akhlak anak juga. Lihatlah bagaimana akhlak Nabi Muhammad SAW yang disusui dengan 2 orang ibu susuan selama 2 tahun. Ma sha Allah... hebatnya akhlak rasulullah SAW..

kebaikan breastfeeding
*Berdasarkan pembacaan saya, susu ibu diawal kelahiran memang sedikit tetapi melalui pengalaman saya ketika anak kedua, susu ibu banyak sejurus lepas melahirkan zafirah. Eksperimentasi zahir dan pengamalan doa dan ayat pada anak kedua nampaknya memberikan kesan yang baik dengan susu ibu pada anak kedua. Teringin nak kongsi bersama customer - customer saya, nak tak?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...