Wednesday, July 24, 2013

Anak ramadhan

Alhamdulillah, tahniah buat ibu - ibu yang melahirkan anak pada bulan ramadhan. Sungguh seronok, lebih - lebih lagi bila time nak beraya nanti banyaklah collection yang dapat dibuat. Eh! lari topik pulak. Ok lah sebenarnya saya nak cerita pengalaman saya mengenai anak ramadhan. Saya pun melahirkan anak kedua saya pada bulan ramadhan. 28 ramadhan 1432H, liya zafirah lahir kedunia ini. Oleh kerana saya melahirkan anak saya secara ceaseran, jadi hari ke 3 baru lah saya keluar wad. Hari ketiga adalah hari raya pertama, dan saya keluar pada petang hari raya. oh sungguh syahdu beraya di Hospital Sultan Ismail bersama mak mak yang lain.

Emm, berbalik kepada anak ramadhan, saya sering kali dengar orang berkata "bila puasa senang terbersalin awal". Bagus ke bersalin awal? . Kalau tempoh kandungan sudah 37 minggu ia memang bagus kerana ketika itu bayi sudah cukup matang untuk dilahirkan. Yang menjadi masalahnya kalau belum cukup 37 minggu, kerana bayi masih diperingkat pramatang.

Ketika saya mengandungkan liya zafirah, ketika ini usia kandungan saya sudah mencapai 35 minggu dan saya masih berpuasa. Saya mengalami keadaan dimana zafirah mengeras daripada pagi sampai jam 3.30 petang. Mengeras yang tak henti. Masa tu fikir eh! dah nak bersalin ke aku ni? Dalam hati janganlah bersalin dulu, bayi belum capai 37 minggu untuk dilahirkan. Oleh kerana tak sedap hati, nak pergi hospital takut. Takut kena buat macam - macam. Mujurlah dalam kalangan ahli keluarga saya ada 2 orang Dr (adik saya dan kakak ipar saya). Jadi saya bolehlah dapat khidmat nasihat Dr dalam talian saja.

"untunglah customer - customer yang beli shaklee dengan saya selalunya saya beri khidmat tambahan dari Dr dalam talian ; mengikut kesempatan dan kesesuaian"

Masa tu adik saya kata, ko nak kena jangkitan kuman tu sebab kurang minum air (masa ni saya belum kenal shaklee lagi). Apa lagi terus saya minum air sebanyak - banyaknya dan berbaring. Alhamdulillah, syukur..lepas beberapa jam zafirah terus bergolek - golek dalam perut saya, dan tak mengeras tanpa henti ... Syukur, zafirah lahir tepat pada EDD (expected due date).

Walaupun saya tak rasa lapar dan tak rasa haus pun masa tu, tapi hakikat sebenarnya saya kurang air. .Kekurangan air semasa mengandung boleh mengakibatkan bayi kena jangkitan kuman.

Sedikit artikel yang sempat saya selitkan :

"Ada juga kajian menunjukkan risiko bersalin awal akibat tekanan ketika puasa yang menyebabkan hormon seseorang berubah.
"Sebab itu amat penting untuk sentiasa melakukan pemeriksaan dan memberitahu doktor sebarang perubahan," ujarnya.

Banyakkan air Terangnya, paling penting bagi ibu mengandung ialah mematuhi jumlah air yang diperlukan dalam sehari iaitu sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter.

Buat ibu yang mengandung, mungkin anda boleh cuba ini sebagai alternatif minuman tambahan harian untuk mengelakkan daripada dehydration, iaitu Performance Drink :
  • Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehydration
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang berpuasa
anak ramadhan
Diam tak diam, zafirah dah nak 2 tahun pada 28 ramadhan ni ikut bulan islam. Alhamdulillah, mama dah nak dapat award PHD in breastfeeding

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...