Sunday, October 20, 2013

Mencungkil potensi diri

konsep idea asal penulisan untuk entry kali ini adalah berdasarkan pembacaan di majalah iK (irfan khairi @ inspirasi kejayaan) dan ditambah pula idea dari hasil lawatan ke Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 (KEKK 2013).

Kehadiran saya ke KEKK adalah sebagai pegawai pengiring kepada pelajar - pelajar saya. Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengeksplorasi bidang kemahiran baru yang dipertontonkan dan dipertandingkan pada karnival ini.

*ayat dah macam kertas kerja : skema .. he he .. jangan marah ye (saya sedang cari feel dengan entry penulisan kali ini)

Seronok tengok kemahiran anak - anak tempatan dan yang paling mengujakan saya ialah kereta inovasi ini.


kereta luar biasa 

Kereta asal gambar ini adalah kereta proton exora dan telah melalui proses kreativiti menjadi kereta yang sangat luar biasa. Pada mulanya saya ingat kereta ni just untuk dipamerkan dan tidak boleh bergerak. Tapi bila saya tengok salah satu kereta lain yang dipandu saya terus rasa amazing ; rupanya kereta - kereta yang dipamerkan ni semua boleh bergerak juga. 

*Wah ..sampai kehari ni bila tengok gambar ni rasa macam wahhhh (sukar untuk digambarkan) .. cuma mungkin sedikit pelik sebab cuma ada dua pintu berbanding dengan badannya yang sangat besar.

Banyak lagi ciptaan anak tempatan seperti kereta savvy berpintu keatas dan kereta yang tidak dikenalpasti berubah menjadi kasut pallas jazz bergerak. Jom layan gambar - gambar dulu ..

kereta luar biasa

kereta luar biasa

atau ciptaan kreativiti kereta kereta ini, kereta kuning .. kereta spiderman dan kereta satria neo berubah menjadi kereta yang sangat eksklusif (kalau tengok life, kereta satria neo ni memang nampak high class)

kereta pelik

spiderman

satria neo

motor pun ada juga, tapi biasalah kalau encik suami yang tengok mesti dia suka

motor luar biasa

Ok, berbalik kepada main point dalam entry kali ni sebenarnya nak bercerita tentang mencungkil potensi diri.

Memetik kata - kata iK

"Setiap manusia mempunyai potensi diri. Dan potensi diri manusia boleh dicungkil daripada diri sendiri pada bila - bila masa asal sahaja mengikut teknik dan strategi yang betul

Kita perlu memikirkan dan membayangkan apa akan terjadi pada diri kita dalam tempoh satu tahun, 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun akan datang sekiranya kita tidak mahu mengubah sikap dan tindakan kita pada hari ini "

Ya, rugi tak ambil peluang hari ini untuk mendapat hasilnya pada 3, 5 atau 10 tahun akan datang .. mana - mana perniagaan nak dapat keuntungan bukan datang sehari dua ..semakin lama kita menceburi perniagaan tersebut, semakin kita expert dengan selok belok dunia perniagaan

*Tak pernah berfikir saya boleh berniaga, walau hakikatnya saya tak pandai pun berniaga. Tak pandai bercakap. Tak pandai buat promosi. Tapi bila banyak sangat magic muncul dalam hidup saya. Contohnya, tetiba ada hamba Allah sms saya untuk beli shaklee dari saya, sedangkan saya tak pernah kenal dan buat promosi padanya. Tapi sesi jual beli berjalan dengan lancar. Kerana peristiwa inilah saya menyedari yang sebenarnya semua orang Allah kurniakan potensi yang sungguh hebat. Ikut saja al-quran dan sunnah ; semua manusia boleh berjaya

Terima kasih cikgu shaklee saya yang banyak mengajar magic magic itu pada diri saya.

Teringin nak tahu magic magic tu, jom bersama - sama kumpulan saya. Saya yakin anda semua boleh, malah lebih hebat dari saya

pengedar sah shaklee desaru johor

*Dari biasa - biasa berubah menjadi luar biasa 

Ubah cara berfikir untuk 3, 5 atau 10 tahun akan datang "

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...