sampai ofismate saya kata. :.
"tengok gaya anak awak ni rasanya 3 tahun nanti pun tak boleh pisah lagi ni.. susu banyak lagi ke?"
alhamdulillah....ini semua rezeki Allah.."sampaikan saya rasa nak minta izin suami untuk susukan baby orang lain" .. penangan bantuan supplement shaklee
Apa - apapun ini adalah artikel yang ingin dikongsikan
"sudah besar tapi masih menyusu dari majalah Pa&Ma, sept 2013"
10 tips berkesan menghentikan simanja dari melekap :
- Jangan menawarkan payu dara kepada simanja dalam apa jua situasi ; anda perlu mempunyai mental yang kuat dan tegas dalam hal ini dan kenakan syarat jika perlu
- Cuba peluk dan cium setiap kali dia meminta untuk melekap dengan anda. Mungkin dia hanya perlukan belaian anda
- Gunakan kaedah psikologi untuk menyakinkannya untuk berhenti melekap dengan anda. Misalnya katakan ayat seperti ini, "Mia sudah besarkan? Mia sudah pergi sekolah dan sangat bijak. Orang dah besar tak perlu menyusus ibu lagi. Cuba Mia lihat kakak dan abang pun sudah tidak menyusu ibu lagi kan?
- Cuba gantikan waktu kebiasaan melekap dengan aktiviti lain. Misalnya membacakannya cerita atau kisah nabi sehingga dia terlena sendiri
- Katakan kepadanya bahawa kanak - kanak seusianya sudah meminum susu segar menggantikan susu ibu
- Pelbagaikan jenis makanannya supaya dia rasa sudah tidak bergantung pada susu ibu
- Berikan ganjaran atau pujian kepada si manka setiap kali dia berjaya untuk tidak melekap dengan anda
- Minta bantuan suami atau orang lain untuk menerangkan kepada simanja bahawa tabiat melekap dengan ibu adalah perbuatan bayi kecil sahajka dan amat memalukan jika diteruskan apabila sudah besar
- Berdoalah agar hajat anda menghentikan tabiatnya itu dapat dicapai dengan baik tanpa mengakibatkan tekanan perasaan kepada simanja
- Belikan dia sesuatu yang baru yang boleh membantunya melupakan waktu melekap seperti katil dan tilam saiz kanak - kanak.Katakan padanya sudah tiba masanya dia tidur berasingan dengan anda dan sudah tidak boleh melekap lagi.
*sedang belajar sikit - sikit untuk memutuskan susu ibu..dan saya tahu ia mengambil masa...lebih - lebih lagi kilang susu saya masih diberi rezeki oleh Allah mempunyai susu ; seronoklah anak saya ...
Tapi sebenarnya sebab nombor satu ialah 'sebab kita ibu kan'? perasaan tak sampai hati tu masih menebal ...tak pe, berusaha perlahan - lahan; sampai emosi ibu dan emosi anak ready baru berhenti sepenuhnya
Nak tahu tak bagaimana ofismate saya berjaya mengumpulkan 240 oz susu ibu tak sampai sebulan ?
No comments:
Post a Comment