Saturday, October 5, 2013

Vitamin syukur

Pagi - pagi sebelum memulakan tugas, saya suka dengar IKIM .. sungguh menyejukkan jiwa, bahagia dan membahagiakan..

hari ini saya dengar perkongsian pandangan Ustazah Norhafizah Musa mengenai :

"vitamin syukur"

Alhamdulillah, banyak pandangan yang dikongsikan.. menurut ustazah, jika secara fizikal kita ambil supplement, vitamin supaya tubuh badan kita sihat (*alhamdulillah, ustazah sangat mengalakkan kita menjaga kesihatan fizikal) .. tapi ada satu vitamin yang perlu ada dalam kehidupan seharian kita iaitu

vitamin syukur

Bersyukurlah kepada Allah SWT..setiap nikmat yang Allah beri pada kita tidak terhitung..walaupun ketika kita sedang sakit..bersyukurlah..kerana setiap takdir Allah itulah yang terbaik..allah bagi kesulitan beserta dengan kesabaran..ganjaran besar yang allah beri kepada mereka yang diuji jika kita sabar dan bersyukur...

"ustazah norhafizah pernah berhadapan dengan pesakit kanser payudara tahap 4..pesakit sangat tenang...kerana sifat kesyukuran yang ada pada nya dia sabar ... syukur itulah vitamin roh .. vitamin yang memberikan dia mampu hidup selama 6 bulan sakit tanpa apa - apa rawatan..dan akhirnya dia meninggal dunia.."

syukur itu adalah vitamin..vitamin kepada roh..syukur itu adalah penawar..sentiasalah berkata alhamdulillah, daku bersyukur ya allah

sujud syukur

Marilah kita tingkatkan amalan kita untuk menunjukkan cara kita bersyukur kepada-Nya..semoga saya jadi orang yang Allah pilih supaya sentiasa bersyukur dan sentiasa meningkatkan amalan kepada-Nya

jaga kesihatan fizikal dan juga juga kesihatan rohani..alhamdulillah..

vitamin syukur 
desaru, johor 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...