Saturday, October 19, 2013

7 Magnet Murah Rezeki

Alhamdulillah, saya suka weekend.. sebab saya punya banyak masa untuk berkarya di blog ..

*oh seronoknya kalau setiap hari adalah hari cuti ... 


seperti biasa, saya ada pilih artikel - artikel yang menarik untuk berkongsi dengan anda semua. Ya, hidup ini sungguh sempurna jika kita selalu memberi. Dan ini juga perkara yang ingin saya buat sebelum menutup mata bertemu dengan Ilahi. Saya mahu berkongsi ilmu yang bermanfaat dengan kamu semua.

Sesungguhnya apabila matinya seorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak - anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanafaat yang disampaikannya kepada orang lain.

artikel yang ingin dikongsi pada entry kali ini adalah hasil bacaan dari majalah ik (irfan khairi @ inspirasi kejayaan)

7 MAGNET MURAH REZEKI

  • Memohon keampunan dari Allah SWT dan bertaubat dari dosa
Memohon keampunan dari Allah SWT adalah sangat penting untuk mencari redha-Nya dalam usaha menggali rezeki. Ia umpama menjadi benih bagi pohon rezeki yang telah kita tanam dan usahakan. Sekiranya kita sentiasa memohon keampunan Allah SWT, maka suburlah benih rezeki yang akan tumbuh.

*Pohonlah keampunan dari Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan kita. Allah SWT pasti akan mengampunkan dosa hamba - hambaNya yang bersungguh - sungguh


  • Mohon keampunan sesama manusia
Allah SWT maha pengampun dan sedia memaafkan dosa - dosa hambaNya, namun dosa kita sesama manusia hanya manusia itu sendiri yang dapat mengampunkannya. Contoh dosa sesama manusia, mengumpat, mengutuk, hasad dengki, mencuri, merompak dan sebagainya

Dosa mengumpat boleh membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering.

*huraian ini menunjukkan bahawa ia merupakan kunci kedua yang paling utama untuk menyuburkan lagi pohon rezeki yang telah kita tanam pada kunci 1

  • Mohon keampunan dan doa ibu bapa
Syurga itu dibawah tapak kaki ibu !

  Jika ditimpa masalah, muhasabah diri, mungkin ada sedikit hati ibu dan bapa pernah terguris. Mohonlah keampunan dari kedua - dua ibu bapa.

*In sha Allah, rezeki akan dikurniakan bak bunga wangi yang mekar menguntum

  • Solat sunat Dhuha
Mengikut kajian, solat sunat dhuha yang dilakuakn pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri. Gelombang warna pada waktu dhuha adalah mod warna kuning, iaitu berkait rapat dengan rezeki dan kebolehan komunikasi seseorang.

*Individu yang sentiasa mengamalkan solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi magnet rezeki. Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah)
  • Menjaga Amal Makruf, solat 5 waktu dan banyakkan berzikir
Zikir mampu mendekatkan lagi kita kepada Allah. Allah ST amat menyayangi hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Allah SWT menjanjikan bantuan dan pertolongan buat para hambaNya yang sentiasa menunaikan solat, bersabar dengan segala ujianNya dan yang sentiasa mengingatiNya walaupun dalam keadaan susah mahu pun senang

  • Banyakkan bersedekah
semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah tambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri diman ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima.

*Bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti.Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit - ungkit
  • Berdoa bersungguh - sungguh diwaktu mustajab berdoa
Doa adalah senjata orang mukmin

*Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas - luasnya. Gunakanlah sebaik - baik senjata orang mukmin ini. Mudah - mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita. In sha Allah ..

7 magnet murah rezeki
Desaru, johor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...