artikel ini saya petik dari majalah SOLUSI, April 2013
Setiap wang atau harta yang kita sedekahkan akan diganti semula oleh Allah. Bahkan Allah melipatgandakan sehingga 700 kali ganda daripada jumlah asal. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 261 :
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap - tiap tangkai mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Sedekah Satu-Dibalas Berganda - ganda
Bagaimana?
Begini...katakan saya mempunyai wang sebanyak RM10. Sewaktu ingin pulang kerumah, saya terserempak dengan seorang anak kecil yang kelaparan kerana belum makan. Kemudian, saya memberikan dia sebanyak RM1. Nilai yang saya gunakan untuk bersedekah akan diganti semula oleh Allah. Bukan sahaja digantikan, malah Allah menggandakan jumlahnya sehingga 700 kali ganda. Lihatlah betapa Allah Maha Pemurah. Inilah kuasa sedekah dalam menjemput rezeki.
Apabila berbicara soal rezeki, kita perlu faham bahawa rezeki bukan sesuatu yang bersifat kebendaan semata - mata. Rezeki adalah perkara yang mendatangkan manfaat buat kita.
Jika hari ini kita mempunyai banyak wang namun kedekut untuk bersedekah, maka duit itu bukanlah satu rezeki.
Sedekah terbaik
Malang sekali apabila sebahagian besar masyarakat pada hari ini menilai sedekah sebagai satu pemberian semata - mata. Contohnya memberi baju - baju lama yang kadangkala sudah koyak dan menghantarnya kerumah orang - orang susah. Mereka mengatakan pemberian itu sebagai satu sedekah. Sedangkan mereka mampu memberikan pakaian baru.
Renungi firman Allah yang bermaksud. "Wahai orang beriman, belanjakan (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik - baik, dan sebahagian daripada apa - apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
"Janganlah kamu sengaja memilih sesuatu yang buruk (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sedniri tidak sekali - kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha kaya dan Maha terpuji." (surah al baqarah 2: 267)
Formula matematik sedekah
*bayangkan jika nilai pahala itu boleh diketahui dari segi ringgit atau kilo, pasti semua orang berlumba - lumba untuk mengejar ganjaran yang tiada tandingan ini.
No comments:
Post a Comment