Monday, September 30, 2013

Khadijah binti Khuwailid : Sentiasa di hati Nabi

baru je baca kisah isteri nabi muhammad SAW ni .. seronok, kelakar pun ada .. jom baca sekejap .. sekejap je ..

Isteri pertama Rasulullah, khadijah binti khuwailid lahir dalam lingkungan keluarga yang terhormat, dan mendapat didikan akhlak mulia, sifat yang baik, menghindari hal - hal yang tidka terpuji sehingga kaumnya pada masa itu menyebutnya sebagai Al-thahirah (wanita yang suci)

Kerana keteguhan hati dan istiqamahnya dalam beriman, Allah SWT berkenan menitip salam-Nya melalui jibril dan menyiapkan sebuah rumah untuknya disyurga

*bestnya menjadi wanita pilihan Allah

Khadijah merupakan seorang peniaga yang kaya raya. Setelah berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW, perniagaannya semakin maju dan kekayaannya semakin bertambah. Namun, kehidupan Khadijah lebih sederhana dibandingkan dengan sebelumnya kerana suaminya bukanlah seorang pendamba kemewahan.

Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi Khadijah. Sikap Khadijah dalam melayani suami adalah keghairahan selaku isteri dan kelembutan seperti ibu. Kerana, seorang isteri itu mempunyai dua orang bayi yang sama manjanya. Seorang anak dan seorang lagi adalah suaminya.

Nabi SAW pernah pulang dari Syam dengan membawa hadiah berupa selembar tikar yang murah harganya. Khadijah menerimanya dengan sukacita dan benar - benar gembira. Dia tidka melihat kepada harga, tetapi melihat kasih sayang suaminya.

Dari perkahwinan tersebut, lahirlah enam orang zuriatnya. Selama Nabi menyendiri di Gua Hira', Khadijahlah yang membawakan makanan dan minuman untuknya walaupun jalan menuju gua yang terletak di puncak Jabal Nur itu sangat jauh dan tinggi serta berbatu runcing.

Setelah mendapat wahyu, nabi menggigil kesejukan. Khadijahlah menyelimutinya dengan penuh kasih sayang. Hati Nabi menjadi tenteram setelah menerima pernyataan Khadijah yang beriman kepadanya sebagai seorang utusan Tuhan.

Dalam saat - saat genting menghadapi pertentangan kaum musyrikin pada awal penyebaran dakwah rasulullah, kahdijah meninggal dunia. Padahal ketika itu, nabi amat memerlukan kelembutan dan kebijaksanaannya.

Tiga tahun lamanya Rasulullah hidup menduda. Setelah berpindah ke Madinah, barulah baginda bersedia mengahwini Siti Aisyah, puteri sahabatnya sendiri, Abu bakar as- sidiq

Aisyah adalah seorang gadis yang cantik. beliau adalah satu - satunya perawan diantara semua isteri Rasulullah. tetapi nabi tidak dapat menghilangkan kenangan yang indah bersama Khadijah. Seringkali nabi mengigau dan dalam igauannya, yang disebut - sebut adalah Khadijah.

Jika sedang makan berdua, Nabi meminta disediakan tiga piring makanan. Dengan rasa hairan Aisyah bertanya. "Untuk siapa piring yang ketiga itu?. Bukankah kita cuma berdua?. Nabi menjawab, "Yang sepiring akan ku sedekahkan kepada orang lain. Pahalanya kuberikan untuk Khadijah."

lama - kelamaan Aisyah tidak tahan lagi dan bertanya. "ya rasulullah. dihadapanmu ini adalah seorang isteri yang cantik jelita. masih masih muda dan segar. Amat setia kepada suami. Tetapi kenapa isteri yang sudah meninggal itu disebut - sebut lagi? Yang engkau nikahi dalam usia lanjut menurut ukuran wanita? Apa sebabnya? Dan apa rahsia kemuliaan wanita yang sudah 2 kali menjanda sebelum menjadi isterimu itu?"

Nabi Muhammad dengan bijaksana tetapt tegas menerangkan, "aisyah...khadijah sungguh mulia. Allah tidak pernah menggantikan untukku seorang isteri yang lebih baik daripadanya"

Apa keistimewaannya, ya rasulullah?" tanya aisyah lebih lanjut.

Khadijah mencintaiku pada saat aku sengsara. Khadijah beriman kepadaku pada saat orang lain tidka percaya dan menganggapku gila. Khadijah banyak memberikan pertolongan untukku pada masa orang lain menolakku dan memusuhiku. Patutkah aku melupakan wanita seagung itu?. Dia adalah isteriku, aisyah. Dia tetap isteriku sampai bila - bila. maut sekalipun tidka dapat memisahkan hubungan suami isteri ini, kecuali secara lahiriah dan berdasarkan hukum telah terpisah di dunia."

Begitulah cinta Nabi terhadap Khadijah. Walaupun Khadijah telah tiada, dia tetap ada dihati suaminya Rasulullah SAW.

*touching sungguh kisah Nabi ini ... 
banyak lagi cerita - cerita best yang akan saya muat turun dalam blog ni ... sehingga berjumpa lagi .. bye bye

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...