Sebenarnya, bukan mesej ini yang saya nak fokuskan hari ni. Tapi ada satu babak yang sangat menarik perhatian saya. Perkara yang saya tak pernah ambil kisah pun sebelum ni. Kisahnya begini ... isteri ni expert dalam pembuatan dan penghasilan kuih tart nenas. Kiranya, setiap kali hari raya kuih ni memang laris dan mendapat sambutan oleh penggemar - penggemar tart. Jadi, bila nak hari raya, ramaila yang order kuih ni dengan isteri ni. Si isteri pun minta izinla dengan encik suami untuk jual tart. Suami tak larang pun, sebab suami pun sebenarnya suka makan tart yang dibuat oleh isteri nya tu .. Untuk pengetahuan, suami dia dalam cerita ni kerja yang bagus (maksudnya, suami banyak duit dan kaya untuk menampung satu keluarga walaupun isterinya tidak pun bekerja)...
Masa isteri minta izin suami ni, anak - anak semua dengar dan diketahui oleh mak mertua ...
Kemudian, anak - anak tiri dan mak mertua pun response
anak - anak tiri : "ayah... kita ni dah miskin ke ayah sampai kena jual kuih"
mak mertua : "apa kamu ni dah susah sangat sampai nak jual kuih bagai ... "
he .. hee... kelakar sungguh bila teringat mimik - mimik muka diorang . Jadi sebenarnya, saya nak fokuskan kat sini sebenarnya saya dapat mesej yang lain dalam drama ni...Mesej tentang ; berniaga bukanlah untuk orang yang sedang dalam kesusahan sahaja. Tetapi ia adalah sunnah nabi . Perkara yang apabila kita buat, kita dapat pahala .. Jadi tak kiralah jika kita senang ke, susah ke ; rugi kita tak ikut salah satu sunnah nabi ni iaitu berniaga
lama kelamaan bila saya dah serius dengan perniagaan shaklee ni, saya menemui beberapa hikmah tentang mengapa islam meletakkan darjat perniagaan ni sebagai satu darjat yang tinggi ...
Pertamanya, saya menyedari , perniagaan membuatkan seseorang menjalinkan silaturahim dengan orang lain dengan lebih ramai. (perkara yang disukai Allah)
Ye lah, musuh macam mana pun bila dia nak jadi customer kita, kita mesti layan dia dengan baik kan ?
Kemudian, saya menyedari yang ... perniagaan membuatkan seseorang berubah (dari tak amal surah al-waqiah kepada membaca surah al-waqiah supaya rezeki masuk).. (perkara yang disukai Allah)
*sedangkan maksud setiap ayat dalam surah al-waqiah tu cerita tentang syurga dan neraka ; tak de pun ayat memohon limpahkan rezeki .. jadi sebenarnya Allah nak kita semua berubah jadi orang yang baik
Banyak lagi hikmah tersembunyi yang saya fikirkan tersimpan dalam kotak fikiran saya ni...tentang hikmah mengapa 9 daripada 10 rezeki, allah bagi dari perniagaan
Bila dah meningkat usia 30 ni ; suka lihat sesuatu sambil berfikir dalam - dalam .. Apa - apapun ini adalah pandangan peribadi saya saja sejak terlibat dengan golongan usrah bawah mentor shaklee saya. Kalau berminat nak join geng usrah bawah grandma Kak N, boleh pm saya ya
Berniagalah sekalipun kamu kaya ; Imam Hassan Al-banna
No comments:
Post a Comment