Saturday, September 14, 2013

Susu Ibu Anugerah Teragung

susu ibu anugerah teragung
Baru sempat nak menonton slot tanyalah ustazah ni..mujur zaman sekarang dah ada tonton.my..kalau ter miss bolehla tengok dalam tonton.my. Speaker dalam slot rancangan ni adalah Ustazah yang juga merupakan Dr

Banyak ilmu penyusuan susu ibu yang saya pelajari dalam slot ni. Jadi hari ni, saya suka berkongsi dengan ibu semua persoalan - persoalan dalam rancangan yang saya tonton ni..Ye la...mana la tahu kan, ada ibu yang tak berpeluang nak tengok di tonton.my. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua

Soalan: Sejauh manakah islam menggalakkan susu ibu bagi ibu yang baru lahir

Dr @ Ustazah menjawab : penyusuan susu ibu amat penting sehingga disebut berulang - ulang kali dalam alquran..dalam alquran penyusuan susu ibu yang sempurna adalah 2 tahun..ada ibu yang tak mampu..tapi penyusuan susu ibu amatlah digalakkan..ada kisah nabi musa semasa bayi ..kisah yang menyayat hati..nabi musa diletakkan dalam bekas dan dihanyutkan di sungai nil..sehingga dipertemukan dengan keluarga firaun..dan allah jadikan bayi ini tak mahu menyusu dengan orang lain melainkan kembali dengan ibu nya...kisah hajar dan anaknya ismail berlari kesana sini mencari air..kisah nabi muhammad SAW juga yang disusukan oleh thuwaibah dan halimatus saadiah ..

kisah - kisah ini menunjukkan bahawa bagaimana susu ibu itu amat digalakkan bagi bayi yang baru lahir


Soalan: Garis panduan menyusukan dalam islam

Dr @ Ustazah menjawab : Ada garis panduan, penyusuan susu ibu seharusnya tidak memudaratkan sesiapa pun....penyusuan susu ibu adalah hak anak..kalau kita tak nak bagi dengan alasan takut payudara tak seksi, takut - takut dibimbangi anak itu menuntut diakhirat  nanti..dimana menurut Prof. antara 10 hak utama anak adalah susu ibu ...

*besar rupanya maksud hak tu

jangkamasa penyusuan susu ibu paling ideal adalah 2 tahun...penyusuan susu ibu adalah kemuliaan ibu dalam islam..yang paling penting tidak memudaratkan ibu...

tanggungjawab bapa adalah memberi makan, pakai dan keperluan ibu...hati ibu perlu dijaga..perlu dipuji - puji..kerana penyusuan susu ibu berkait dengan emosi ibu...

Soalan : Apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula pada bayi ?

Dr @ Ustazah menjawab :

  • Perbezaan susu ibu dan susu formula macam langit dan bumi... susu ibu ni khusus utk sibayi itu (mcm susu itu ada nama dia)...kalau pramatang ; katakan beratnya hanya 1.2kg : susu ibu itu sesuai dengan tahap umur bayi tersebut...jika hari ini budak ini kurang garam, maka susu ibu pada hari itu banyak garam utk bayinya
  • susu ibu mengandungi kolostrum : paling sesuai dengan usus si bayi..susu formula tiada..
  • dari sudut antibodi : susu ibu cukup kaya utk anak terlindung dari jangkitan sementara anak ni dapat bina antibodinya sendiri..susu formula tiada, tak kira susu formula tu mahal mana pun..
  • protein : protein pada susu ibu amat sesuai utk dicerna dan dihadam pada usus bayi..susu formula; amat tinggi dan sukar utk dihadamkan..*boleh tengok pada najis bayi
  • karbohaidrat : susu ibu banyak lactose yg paling sesuai dengan bayi (susu formula lactose kurang tetapi byk karbohaidrat yg lain )
  • kandungan asid lemak : lemak ni penting untuk kita berfikir, saraf otak kita ni diselaputi dengan lemak..lemak baik ada dlm susu ibu (lemak dlm susu formula adalah dari kelapa sawit)
  •  vitamin dan garam galian dan mineral : susu ibu rendah dan mudah utk dicernakan (susu formula tinggi dan sukar utk dicernakan)

Soalan : Alternatif lain bagi ibu yang mempunyai inverted nipple menyusukan anak ?

Dr @ Ustazah menjawab : saya berpengalaman bertemu dengan ibu yang mempunyai inverted nipple akibat kebakaran terkena dibahagian dada..ibu yang mempunyai inverted nipple boleh menyusukan anak...tetapi sukar sikit...dan perlu berusaha lebih...ibu dapat pahala lebih kerana perlu berusaha lebih...dihospital ada juga byk kaedah..

Soalan : Apakah ganjaran menyusukan susu ibu dari perspektif islam ?

Dr @ Ustazah menjawab : ibu dan anak mendapat kebaikan..penyusuan susu ibu akan menyebabkan rahim ibu cepat kecut...pendarahan berkurangan..hari ini lepas kelahiran kita letak anak pada badan ibu dan anak ni akan merangkak mencari puting ibunya sendiri..subhanallah..bayi ni cari sendiri..bila bayi ni suckling..senang uri nak keluar dan tak tersangkut - sangkut...rahim terus mengecut...

ganjarannya pula dalam islam; setiap sentuhan dan tegukan susu oleh anak mendapat 1 kebaikan..bila ibu berjaga malam untuk menyusukan anak... maka pahalanya seperti memerdekakan 70 hamba di jalan Allah

Soalan : suami

Dr @ Ustazah menjawab : penyusuan ni ada implikasi mengenai nasab... aspek penyusuan ibu ni adalah penting dalam konteks hubungan anak, suami dan komuniti..semua terlibat...perlu ada perbincangan antara isteri dan suami

Soalan : bagaimana susu ibu berperanan kearah pembentukan anak - anak sejak kecil dan memberi kesan tumbesaran mereka

Dr @ Ustazah menjawab : bayi susu ibu ni lagi sihat..walaupun kecil tapi tegap..tak obes..cergas..neck control bagus..mata dia, IQ lagi tinggi dan interaksi dengan ibu...anak kurang dapat infeksi dan jangkitan..

Soalan : bagaimana nak bagi susu ibu bagi ibu bekerjaya

Dr @ Ustazah menjawab :  boleh..di flight sekarang ada polisi boleh simpan susu perahan ibu..ada kemudahan untuk memerah susu...ada sesetengah ibu memberhentikan penyusuan susu ibu semasa bekerja dengan alasan anak dah tak mahu..sebenarnya ibu yang tak mahu..memang sukar..perlu seribu daya..perlu sokongan dari majikan dan sokongan suami yang sangat penting..

Soalan : saya lahirkan bayi pramatang 32 minggu

Dr @ Ustazah menjawab : susu ibu sudah ada walaupun melahirkan bayi pramatang 32 minggu..ia tak menghalang penyusuan susu ibu...perlu sokongan, dokongan dan motivasi...beri penghormatan pada ibu yang menyusukan bayi..bila wanita menyusukan dipuji ; air susu mengalir macam sungai...ibu mertua jangan asyik mengkritik menantu ; jika dikritik..habislah flow penyusuan susu ibu..ramai ibu yang nak sangat menyusukan anak tapi disebabkan halangan - halangan ini, ibu tak berjaya dan timbul rasa bersalah..jangan biarkan perkara ini berlaku..sokongan suami ni penting

kenapa ibu perlu sangat menyusukan anak ni..semuanya disebabkan hubungan anak dan ibu, bila dah besar senang kita nak menegurnya, memberi nasihat kepadanya...semua itu ada kaitan dengan penyusuan semasa kecil..


Soalan : Adakah pengambilan supplement perlu diambil untuk memastikan jumlah susu ibu sentiasa ada dalam tempoh penyusuan bayi tersebut?

Dr @ Ustazah menjawab : yang paling penting tahap kesihatan ibu..bukan sahaja fizikal..tetapi emosi dan spiritual ..emosi memberi kesan pengeluaran susu ibu..kalau nak ambil pil, supplement memang baguslah.. kalau dlm konteks negara yg masih membangun, bagi ibu yang masih menyusukan dengan susu ibu..ibu perlu makan dahulu, baru ahli keluarga yang lain makan..sebab ibu itu sedang memberi nutrisi pada anak yang lain.. jadi supplement amat penting..

Soalan : Adakah risiko jika bayi tak dapat susu ibu dari awal kelahiran bolehkah menggangu tumbesaran anak tersebut ?

Dr @ Ustazah menjawab : paling ideal bayi dapat susu ibu dari awal..berterusan hingga 2 tahun..kalau ada ibu yang mengalami masalah kesihatan, kita tak paksa menyusukan dengan susu ibu..boleh diberi juga susu formula..tapi kita tak mahu anak tu dilahirkan terus diberikan dengan susu formula

Soalan : Susu saya dah tinggal sedikit pada usia anak saya 1 tahun, macamana nak kekalkan pemberian susu ibu sehingga 2 tahun

Dr @ Ustazah menjawab : jika anak kita dah nak 2 tahun, badan kita sendiri dah berkurang penghasilan susu ibu berbanding semasa baru lahir..ikut WHO susu ibu perlu diberi sampai 6 bulan, pastu kena beri makanan tambahan...tak boleh tak bagi makanan tambahan pada usia 6 bulan....ibu perlu susukan sepanjang mana yang boleh...

penyusuan susu ibu; kurang sangat pun tak bagus, lebih sangat pun tak bagus...

hikmah tempoh penyusuan 2 tahun adalah untuk menjarakkan kehamilan juga...supaya setiap penyusuan itu berakhir dengan sempurna...ibu bapa perlu merancang setiap kehadiran anak - anak supaya setiap anak mendapat manfaat..bimbang ibu itu tak dapat nutrisi, kesihatan ibu....ada hadis yang menyatakan bahawa tiada kesalahan ibu yang hamil dan masih menyusukan bayi....tapi ada hadis dhaif berkaitan penyusuan ketika hamil ; yang nabi sebenarnya kurang berkenan ibu yang hamil menyusukan anak, sebabnya dibimbangi anak sedang disusukan dan anak dalam dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang terbaik ...

tamat sudah ku tonton rancangan ini

*selingan ; anak - anak saya ...

zafirah minta adik
 liya zafirah masa baru berumur 7 bulan ... pandai dah dia ni ... eh silap 5 bulan baru...

arsyad aiman dan liya zafirah

*ibu hamil yang masih menyusukan .. jangan lupa ambil supplement untuk kesihatan diri sebagai ibu, anak yang disusukan dan anak yang dikandungkan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...