Tuesday, April 23, 2013

Umpama Seekor Burung Yang Mencari Rezeki

Bacaan yang menarik perhatian saya pada petang ini. Info ni sangat menarik untuk dikongsi bersama. Huraiannya sungguh jelas dan mudah difahami. Dipetik dari penulisan di www.sabreehussin.com

Sabda Rasullullah SAW
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung di mana ia keluar dengan perut yang kosong pada waktu pagi dan kembali dengan perut yang kenyang pada waktu petang.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kenapa burung? Kenapa rezeki selalu sangat dikaitkan dengan burung. Rezeki burung dan lain-lain istilah lagi.
Jika kita fahami, ungkapan penuh hikmah Nabi Muhamamad s.a.w diatas itu tadi, maka dapatlah kita ketahui betapa Allah s.w.t yang memberikan rezeki kepada burung. Allah swt yang mengatur alam ini supaya burung sentiasa mendapat makanan. Walaubagaimanapun, Allah swt tidak memberi makan kepada burung tersebut disarangnya.
Masih tetap si burung itu tadi perlu keluar dari sarangnya. Ada harinya, rezeki burung ada di tepi kolam. Ada hari tertentu rezeki burung ada di sebalik pokok, dan ada juga hari-hari lain, rezeki burung berada jauh nun di atas gunung.
Walaupun ada ketikanya rezekinya kelihatan sukar, namun jarang sekali ia akan pulang dengan tangan kosong.
mencari rezeki

There is so many that we, as a human can learn from birds. Masya Allah.

1. Bangun Awal Pagi

Burung bangun diwaktu awal pagi. Setelah bangkit dari tidurnya, burung tadi berkicauan dengan riang sekali, seolah-olah memanggil seisi keluarga dan rakan-rakan yang lain untuk sama-sama bangkit bagi mencari rezeki.

2. Terbang Melawan Graviti dan Keluar Dari Sarangnya

Graviti sifatnya adalah menarik kita kebawah.
Begitu juga dengan hidup kita. Graviti ada dimana-mana. Waktu pagi, terasa katil kita sungguh berat tarikan gravitinya. Orang-orang disekeliling kita sungguh banyaknya yang tak mahu kita jadi seorang yang extra ordinary, dan mereka lebih suka menarik kita untuk jadi sama macam mereka, dan menarik kita untuk jatuh ke bawah.
Orang disekeliling kita adakalanya tak suka lihat kita lebih berjaya dan lebih sukses berbanding diri mereka.
Kita kena keluar dari sarang kita. Keluarlah kita dari rumah kita, kerana setiap hari yang kita bakal lalui pastinya menjanjikan pengalaman-pengalaman baru yang berbeza-beza. Saksikanlah kebesaran tuhan dengan menyaksikan keindahan alam. Semua ini kita tak akan dapat hargai dan bayangkan jika kita asyik terperap diruang lingkup kita yang sempit semata-mata.

3. Bergerak ke hadapan dengan yakin tanpa ada rasa ragu

Yakinlah bahawa dihadapan kita menanti rezeki tuhan yang maha luas tersedia untuk kita.
Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri sama ada kita nak kutip rezeki-rezeki tersebut, atau kita lebih cenderung untuk biarkan segalanya berlalu begitu sahaja tanpa ada siapa yang ambil peduli.

4. Kunjungi Kawasan yang Subur dan Berpotensi Untuk Dapat Rezeki

Burung terbang ke sesuatu kawasan dengan bantuan naluri. Naluri yang dianugerahi tuhan bagi membantu si burung itu tadi untuk mencari makanan.
Berbeza dengan kita, seorang insan yang diberi akal fikiran. Sudah tentu proses untuk kita menentukan tempat mana yang strategik untuk kita cari rezeki melalui proses yang lebih kompleks berbanding naluri semata-mata. Gunakan kelebihan, dan segalanya yang kita ada.

5. Bawa Pulang Hasil Ke Sarang & Kongsikan Dengan Ahli Keluarga

Sifat burung yang tak lokek, ia bukan sekadar mencari rezeki bagi dirinya semata-mata, malah ia masih lagi membawa sedikit bekalan untuk dikongsikan dengan ahli keluarga yang menunggu disarang.

6. Ambil Sekadar Yang Perlu & Tidak Merosakkan

Burung bukanlah haiwan yang tamak. Ia hanya makan sekadar yang perlu.
Kehadirannya tidak merosakkan tanam-tanaman. Malahan ada sebahagian daripada burung yang terlibat sama dalam proses persenyawaan beberapa jenis tumbuhan.
Itulah dia, kisah haiwan bernama burung. Hidupnya tidak menyusahkan, malah kelakuannya memberi pengajaran yang sangat banyak bagi insan yang memerhatikannya dengan renungan penuh keimanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...