Showing posts with label berpuasa. Show all posts
Showing posts with label berpuasa. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Puasa buat anak semakin tinggi?

entry ni seharusnya di publish masa puasa .. emmm ; tak pelah kan ..sekurang - kurangnya dapat belajar  ilmu baru ..mai belajar ilmu baru .. :-)

Puasa buat anak semakin tinggi? 
puasa-buat-anak-tinggi


Kajian dari sarjana barat mendapati, puasa dapat memanjangkan hayat, meningkatkan kualiti hidup, merendahkan trigliserida, menentang rejuvenasi sel barah, merangsang penghasilan hormon tumbesaran, merangsang pembaharuan sel dan banyak lagi.

Hasil pemerhatian mendapati, tidak makan dalam tempoh sepanjang siang atau berpuasa tidak menyekat kalori yang dimakan pada waktu pagi. Sebaliknya berpuasa selepas dua waktu makan tersebut didapati mengaktifkan homon tumbesaran kanak - kanak dan membolehkan mereka menjadi lebih tinggi!

Ma sha Allah .. rasa teruja plak baca artikel ni

Suka baca pengalaman kawan - kawan yang kongsi gelagat anak - anak mereka yang pertama kali berpuasa ramadhan yang lepas...rasa nak tergelak pun ada..seronok..kagum pun ada dengan semangat diorang..

zafirah pun dah pandai cakap puasa walaupun tak puasa pun sebenarnya .. penangan tengok cerita upin dan ipin...bagus cerita upin dan ipin versi puasa dan raya ni (boleh didik kanak - kanak secara tak langsung mengenai kewajipan no 3 rukun islam ni)... 

untuk anak - anak saya suatu hari nanti mama nak bagi #shakleeEffect pertama kali berpuasa dengan Shaklee ..seronok baca perkongsian kakak ni walaupun anak dia berpuasa tapi tak melepek je sepanjang hari ...

puasa-kanak-kanak
 “ Salam GBS, saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa. Makan sahur dan berbuka mcm biasa makan nasi dan lauk yang saya masak.cuma saya beri makanan tambahan freshmilk+mealshake+kurma (blended) ketika berbuka, PD+Mealshakes masa sahur. Alhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool je puasa..tak merengek cakap lapar or dahaga. Sepanjang puasa semalam siap aktif menyakat adik dan main2x kat halaman rumah..bukannya tidur sepanjang hari.Syabas anakku! Semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ini. InsyaALLAH”
(kredit pada mychibibox.com)

 *emmm bagusnya .. saya dulu masa kecil - kecil, paling melepek bila dah hujung - hujung ramadhan .. lebih - lebih lagi bila tang mak buat kuih raya ... pergkhhhhh rasa nak tolong mak rasakan kuih raya tu je sedap ke tidak ...bau aroma kuih di bakar tu memang menguji kesabaran lah ..

Apa yang anda perlu tahu mengenai Shaklee Mealshake dan Performance Drink?? 

Menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu termasuk asid amino. Nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian dan diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.
Membantu tumbesaran anak dengan mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. Rasanya yang lazat berperisa vanilla yang sungguh yummy sesuai diambil bersama dengan fruktos semulajadi. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
Dilengkapi dengan rumusan optiCarb yang sudah dipatenkan. Ujian klinikal membuktikan ianya dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.
Selain itu, PD membantu mencegah penyahhidratan bagi mengurangkan rasa haus serta melembapkan kulit. Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat bagi menggantikan air yang hilang sewaktu aktiviti fizikal.
Sangat disarankan untuk mereka yang tinggal di kawasan tropika dan yang aktif dalam kerja harian.

p/s : Khas untuk anak - anak saya, mama nak didik anak mama tak tinggal solat walaupun berpuasa ... in sha allah ..sekarang fasa didik anak dengan solat dulu..nak tengok kesan mealshake pada anak kedua saya bila ada yang nampak perubahannya ? baca sini

Boleh dapatkan vitamin Shaklee dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Sunday, July 13, 2014

Salam 15 ramadhan

Alhamdulillah, salam 15 ramadhan .. bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi amalan dalam bulan ramadhan yang mulia ..

Mari kekalkan momentum untuk merebut pahala dibulan ini .. alhamdulillah, tahun ini ramadhan yang kedua saya mengambil supplement shaklee untuk kekalkan momentum sepanjang bulan puasa.. (tak lembik dan perut mendidih - didih seperti 2 tahun yang lalu)

Syukur .. dengan tenaga yang allah kurniakan kepada saya ; moga - moga spiritual kali ini lebih baik dari tahun - tahun yang lalu ..

ramadhan, produk hot
pengalaman saya dulu - dulu [ sebab tak bertenaga : rasa nak tidur je sepanjang hari sehingga waktu berbuka ] .. ruginya saya tak grab peluang untuk tingkatkan ibadah dengan lebih sempurna (sedangkan Allah dah janji macam - macam kebaikan yang Allah nak beri pada bulan ramadhan ni)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, July 8, 2014

Tip diet semasa bersahur oleh Kevin Zahri


tip diet sahur

1. Jangan skip sahur (ia penting untuk bekalan tenaga dan sunnah dalam amalan puasa)
*bersahur tu bezakan puasa kita dan orang Yahudi dan Kristian tau : cuba klik sini untuk baca

2. Segenggam + Karbo (ia sumber tenaga utama badan)

3. Komplex Karbo (ia berikan tenaga yang tahan lebih lama. Jadi pilih karbo yang berserat)

4. Protein yang bersih (protein mengenyangkan)
*cuba klik sini untuk baca protein mengenyangkan yang dihasilkan pada tahun 1961 lagi oleh seorang Doktor (terbukti secara klinikal)

5. Elak Garam (ia mempercepatkan dehydration kerana ia diuretik)
*anda mungkin ingin baca minuman pilihan saya terbukti membantu mengelakkan dehydration semasa berpuasa : klik sini

6. Elak minuman gas (ia mengandungi kafein juga)

8. Jangan minum terlalu banyak air (lebih banyak anda minum, lebih cepat ia akan dibuang. 2 - 3 gelas tu cukup dah kot)


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Monday, July 7, 2014

Puasa Ramadan bantu bakar lemak berlebihan

Puasa Ramadan sebulan membantu tubuh menjalankan detoksifikasi. Tanda berlakunya detoksifikasi ialah bau mulut yang tidak menyenangkan. Puasa dikatakan mengubah mod tubuh kepada mod pemuliharaan kesihatan dan pencegahan daripada menghidapi penyakit.

emmm .. (sambil check bau mulut sendiri)

Mereka yang makan dan minum secara sederhana ketika tempoh diharuskan makan (berbuka, makan malam dan bersahur) akan mendapat ganjaran iaitu dari segi bentuk dan berat badan unggul. Mod pembakaran lemak dikatakan bermula pada 7 - 10 hari dari tempoh mula mengamalkan puasa. (sumber sinar harian)

Hari ni dan 9 ramadhan .. jom check , kita gambar no 1 atau no 2

puasa, bakar lemak

 puasa, iftar, kurus, gemuk

Anda mungkin ingin baca bagaimana sterol tumbuhan yang selalu kita makan mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dalam badan kita : klik sini

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Friday, March 21, 2014

Lagi 100 hari menuju ramadhan

Ketika saya tengok ramai kawan - kawan di FB post status ini pada 20 Mac yang lalu

"Ramadhan 100 hari lagi"

tetiba je rasa, eh ! dah nak ramadhan .. cepatnya masa berlalu ...ada puasa yang belum diganti ke belum ye? .. emmm, teringat tahun lepas saya berpuasa penuh .. cuma tahun - tahun yang lalu masih ada yang belum berganti .. cumanya tak ingat berapa hari .. emm kena lah ganti lebih la macam ni...anda bagaimana? ..dah habis ganti puasa ?

ramadhan, 100 hari

Ibu yang masih breastfeeding dan sedang berusaha menganti puasa, boleh cuba suplemen ini .. highly recommend ..

ganti puasa, ESP, PD, menyusukan, bayi, ramadhan, 100 hari

Boleh dapatkan ESP dengan tawaran harga yang menarik bulan ini dari saya.. :-)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Wednesday, March 5, 2014

Nutrisi yang hilang

 Sebagaimana artikel yang pernah saya tulis sebelum ini ;

"Soya adalah makanan paling tinggi diambil dalam masyarakat Jepun setiap hari selain daripada Yakult .. Jika diperhatikan masyarakat Jepun mempunyai jangka hayat yang tinggi di DUNIA dengan kesihatan yang baik dan kadar obesiti pun jarang dilihat dalam masyarakat Jepun"

"Di Malaysia, soya bukanlah makanan yang asing ... kita dah terbiasa makan makanan yang berasaskan tempe, air soya dan tau fu fah sejak dari kecil lagi.."

"Sebenarnya hari ini saya nak share dengan anda semua mengenai nutrisi yang hilang dalam makanan daripada buku Khasiat Makanan Segar, di tulis oleh Dr. Made Antawan tentang peratusan gizi yang hilang dengan kaedah memasak. Secara puratanya 50% zat makanan kita hilang dalam proses memasak itu sendiri "



Gizi nutrien dalam soya hilang sebanyak 44 hingga 77 % selepas dimasak. Emmm ... Jadi jika anda tertanya-tanya mengapakah anda sering tidak sihat, badan sering letih-letih dan sering di serang selsema, ini mungkin jawapannya.. Jadi, secara konsep formulanya kita memang memerlukan vitamin/suplemen untuk mengisi ruang - ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dalam diet seharian kita ..

Jom perolehi 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan banyak lagi khasiat dalam satu canister Energizing Soy Protein (ESP) .. 


Nak kurus? - ESP mengawal selera makan

Nak puasa? - ESP salah satu sumber protein memberi rasa kenyang lebih lama, membekalkan tenaga sepanjang hari

Nak tambah susu ibu ? - ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu

Nak cantik ? - ESP memberi kesan menjadikan kulit gebu, licin dan menganjalkan kulit (boleh lihat kesannya dalam tempoh 21 hari jika diambil secara konsisten)

Nak sihat ? - ESP menyihatkan tubuh secara keseluruhannya

Nak pregnant ? -  ESP membantu memelihara rahim dan memberikan tenaga

Jika dah pregnant ? - ESP menguatkan rahim dan membantu pembentukan otot baby

Nak cepat baik selepas pembedahan ? - ESP membantu mempercepatkan pemulihan luka bersalin

Dapatkan ESP dengan harga PROMOSI bulan mac ini


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, September 24, 2013

Mudahnya berpuasa isnin dan khamis

emmm, sebelum bermula dengan entry yang lebih panjang..saya nak ucapkan tahniah kepada umat islam yang dah berjaya puasa 6 pada bulan syawal...(sudah kelewatan kan saya ni)..

* khairul bariyah selalu buat entry yang outdated ... aparraaaa


emm, sebenarnya banyak entry yang masih dibawah status draft..sebab adakalanya bila banyak sangat idea penulisan yang muncul saya akan taip key word dan remain in draft.. eheheh bukan senang nak publish penulisan ni ye, sebab saya kena baca berulang ulang kali, takut terkeluar cerita peribadi..oh no no no...i tak suka cerita peribadi untuk tatapan umum..kalau cerita peribadi berkaitan pengalaman bersama shaklee yang saya dapat, saya akan share..in sha allah, saya akan teruskan usaha mencari bahan bacaan terbaik untuk dimuat turun dalam blog ini..

ok, sepanjang berpuasa 6 yang lalu..saya selalu dengar kawan - kawan saya berkata begini :

"akak tak boleh la tak makan nasi kalau puasa..raasa menggigil satu badan kalau berpuasa tak makan nasi"

emmmm, saya pun macam tu juga sebenarnya..kadang - kadang bila berpuasa walau bersahur makan nasi pun ; badan tetap lemah.. tak semangat ... lagi - lagi nak penghujung azan ; rasa mendidih je perut ni ...

oh, rupanya saya ni kurang ilmu... bila tengok slot rancangan nasi lemak kopi o ni, baru saya tahu yang saya perlu banyakkan sedikit makanan berasaskan protein.. "pengambilan protein sebenarnya akan melambatkan cepat lapar..sebab molekulnya sangat panjang dan sukar untuk di hadam..berbanding mengambil lebih karbohaidrat, badan kita cepat lapar"

Jom tengok video Prof Dr Muhaya sekejap ;

*manusia pada usia 20 hingga 40tahun suka merosakkan badan sendiri untuk mencari kekayaan..dan pada usia 40 tahun membayar kekayaan untuk mendapatkan semula kesihatan.. ambil lebih sedikit protein berbanding makan banyak karbohaidrat supaya tak cepat lapar


Apakah protein ringkas yang mudah diambil bila baru bangun terpisat - pisat untuk bersahur pada waktu pagi ? i suggest kat u ESP .. atau nama panjangnya Energizing Soy Protein, shaklee

ENERGIZING SOY PROTEIN
Supplement ni memang hot seller ..

Sedikit penerangan ringkas mengenai ESP

ESP shaklee atau namanya energizing soy protein, adalah minuman yang mengandungi sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasaskan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. 

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan soya. Banyak kajian klinikal yang telah dibuat membuktikan ESP dapat mengekalkan tenaga berjam - jam lamanya. 


"ESP sumber protein ringkas saya bila bangun pagi...hanya perlu tambah air, goncang dan boleh terus minum...Pengalaman saya, jika sesi sahur saya ada sekeping roti dan segelas ESP cukup membantu saya memberikan tenaga dan sedikit rasa kenyang dalam tempoh yang lama ..bila jam 3.00 petang tu tak de la rasa kenyang macam baru lepas makan nasi ye..tapi boleh maintain tak lapar sehinggala waktu berbuka masa azan maghrib

*resepi paling popular semasa berpuasa..dan menjadi pilihan ramai
ESP dan kurma
kredit pada : master azrin (dazzlingmoms.com)

 In sha allah, saya sedang dalam proses mendidik jiwa untuk berpuasa isnin dan khamis ..

Banyak menfaat berpuasa setiap isnin dan khamis.. yang saya baca di blog ini .. dan salah satu yang saya baca

"Hadist Riwayat Ahmad disebutkan bahwa Rasulullah mengatakan bahwa semua amal dibentangkan di hari Senin dan Kamis. Kerana itulah, sebagai orang beriman, amatlah baik bila pada saat malaikat melaporkan amalan kita itu kita tengah berpuasa."
 boleh klik di sini untuk dahsyatnya puasa isnin khamis

Wednesday, August 14, 2013

Ramadan bermaksud cuaca panas terik

Eh! kan dah bulan Syawal, apalah Khairul Bariyah ni, lambat (buat entry ramadhan sedangkan syawal sudah masuk hari ke 7).

Sebenarnya banyak bahan yang saya cari untuk saya muat turun dalam blog saya. Tapi disebabkan kesibukan saya membuat persiapan syawal, banyak aktiviti tergendala.

Update a blog is like doing an assignment. Jika boleh, saya ingin menulis tentang fakta yang dirujuk daripada pelbagai bahan bacaan supaya boleh dirujuk oleh pembaca - pembaca blog saya.

Sekiranya, ada penulisan saya berdasarkan pengalaman peribadi (saya sebolehnya mencari bahan rujukan agar boleh menyokong pandangan dan pengalaman saya).

Hari ini saya nak berkongsi dengan sedikit ilmu yang saya dapat melalui pembacaan saya di ruangan Agama, Berita Harian bertarikh 5 Julai 2013. Rupa - rupanya ramadan itu bermaksud cuaca panas terik

Ia dinamakan sedemikian untuk menggambarkan rasa panas dalam perut disebabkan dahaga. Ramadaan berasal daripada perkataan Arab 'amida' atau 'al-ramad' yang bermaksud cuaca panas terik atau kemarau yang keterlaluan dan membakar tanah. Bahkan ia juga dikatakan sebagai batu - batan yang panas iaitu merujuk pada batu di padang pasir yang panas terbakar.

Ia juga dinamakan sedemikian untuk menggambakan rasa panas didalam perut disebabkan dahaga. Ada yang mengatakan ia kerana ramadan membakar dosa dengan amal soleh. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan ia dinamakan ramadan keran hati dan jiwa lebih bersedia untuk disucikan dan mengingati Allah sepanjang ramadan. Terlalu banyak kelebihan ramadan yang disebutkan sebagai penghulu segala bulan.

Penulis artikel adalah pegawai penyelidik kanan, pusat kajian syariah undang - undang dan  politik IKIM

Emmm, patutla sepanjang bulan ramdhan memang cuaca sangat panas dan terik. Alhamdulillah, ramadan kali ini Allah izinkan saya berpuasa penuh...Syukur ...

memetik kata - kata di rancangan MHI pagi tadi. "tanda - tanda puasa dan amalan kita diterima pada bulan ramadan ialah, apabila kita menjalankan ibadah dan amalan - amalan dengan istiqamah pada bulan seterusnya. Salah satunya ialah dengan berpuasa sebanyak 6 hari pada bulan Syawal."


*** Ya allah, izinkan daku berpuasa 6 hari pada bulan Syawal 1434H kali ini. Jom berpuasa 6

Monday, July 15, 2013

Bersahur bezakan puasa orang Yahudi dan Kristian

Bersahur lah dalam bulan ramadhan ini


Artikel yang saya ambil dari Berita Harian, 4 Julai 2013 (ruangan Agama), baik untuk dikongsi bersama :
bersahur bezakan puasa orang Yahudi dan Kristian

Oh ! bagaimana jika saya terlewat bangun dan hanya tinggal 2 minit saja untuk bersahur ?

Sunday, July 14, 2013

Bagaimana jika saya tinggal 2 minit untuk bersahur

"Oh! saya sudah terlambat bangun, macamana ni ?"


"Amr bin al-'as berkata, Rasulullah bersabda : "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan kristian adalah bersahur." (Riwayat Muslim)
Berita Harian, 4 Julai 2013 (ruangan Agama)

Sebagai muslim, bersahur kerana menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa dibulan ramadhan tidak boleh dipandang remeh. Kerana bersahur itulah membezakan puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan kristian. Sekiranya anda sudah tinggal 2 minit untuk bersahur, apa yang boleh kita makan dalam masa 2 minit pada masa yang saya kita nak rasa cergas dan bertenaga ?

Penting ke cergas sepanjang bulan ramadhan ? Pada saya ia merupakan satu bonus, agar kita dapat buat ibadah - ibadah lain dengan lebih banyak dan sempurna. Setiap tahun kita berdoa semoga ramadan kali ini menjadikan kita lebih bertaqwa dan menjadi islam lebih baik daripada sebelumnya. Tapi bagaimana kita nak buat dengan lebih baik jika kita tidak bertenaga

Jika sudah terlewat bangun sahur, alternatif segera yang boleh anda ambil ialah makan beberapa biji kurma dan ambil 1 sudu ESP, campurkan dengan minuman kegemaran anda, goncang dan terus minum. ESP memang menu harian tambahan saya bersahur, selain daripada nasi. Alhamdulillah, mampu menjalankan tugas dengan sempurna pada hari tersebut. Setakat ni masih mampu bertahan kerana belum pernah miss bersahur lagi. Sekiranya saya sudah terlewat untuk bangun bersahur nanti, ESP dan performance drink akan jadi pilihan wajib saya. Dan untuk 10 hari ramadhan yang terakhir, mungkin saya nak cuba campur dengan Performance Drink (sebab perlukan speed laju untuk 10 ramadhan yang terakhir nanti, macam atlet... he he)

Energizing Soy Protein :
  • Makes you feel full longer and feel more energized (betul ke?)
 
Performance Drink (minuman untuk atlet, sesuai untuk orang berpuasa) kerana :
  • Membantu menggantikan air yang hilang sepanjang berpuasa
  • Mengimbangi metabolisme air dalam badan dan mencegah kehausan
saya terlewat bangun sahur

Macamana nak dapatkan ESP dan Performance Drink Shaklee ?
Boleh juga dapatkan dari saya
bagaimana jika saya terlewat bangun sahur

Thursday, July 11, 2013

Formula Sedekah

Amalan yang dituntut terutamanya di bulan ramadhan

Baru hari kedua berpuasa.. bukan menghitung hari nak berhari raya. Tapi masih ligat berfikir, apa amalan - amalan sunat lain yang ingin saya capai pada bulan ini. Selain KPI meningkatkan kualiti perkara wajib, salah satunya saya nak bersedekah dengan lebih banyak pada bulan ini. Entry sedekah pada bulan ramadhan akan saya tulis setiap hari dalam blog saya. Pertamanya kerana saya ingin mengingatkan diri saya. Keduanya saya yakin, apa yang saya tulis akan merangsang kelakuan saya melalui kata - kata yang saya petik dari Prof. Dr Muhaya.

Jadi hari ini, ada hamba Allah share tentang penulisan sedekah iaitu ; "Formula Sedekah". Ayat ini sungguh menarik perhatian saya ;

"Mereka yang sudah bersedekah, tetapi merasakan rezekinya masih tidak bertambah - tambah dan masih tidak mencukupi... hakikat sebenarnya, sedekah mereka itu masih belum mencukupi."

Ramai orang yang bersedekah sangat sedikit, hanya 2.5% sahaja (berdasarkan kiraan nilaian zakat) dari apa yang diperolehi. Bersedekah sebanyak 2.5% itu cukup sekiranya ianya disertakan dengan amalan - amalan lain seperti solat dhuha, zikir, solat tahajjud, solat hajat, solat taubah dan sebagainya "

Di dalam formula sedekah, setiap 1 sedekah akan dibalas dengan 10 ganda balasan" 
sumber : mohdsuhaimy.com

Matematik Allah berbeza dengan matematik manusia

Matematik Manusia 10 - 1 = 9
Matematik Allah      10 - 1 = 11

1 sedekah yang kita beri 10 kali ganda yang Allah balas pada kita

sumber : mudahnya menjemput rezeki

Rasulullah bersabda : "Sebaik - baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." (HR. Tirmidzi)

Mari kita kejar bersedekah, tinggal 28 hari lagi ..

amalan di bulan puasa

What my husband said

Penangan Energizing Soy Protein Shaklee

Alhamdulillah, hari ni hari kedua kita berpuasa dalam bulan ramadhan 1434H. Syukur, masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk menunaikan puasa pada hari ni.

Semalam, adalah hari pertama saya memberi supplement ESP, pada husband saya. Selama ni memang saya yang consume sorang untuk breastfeeding anak.

Ini lah ayat yang keluar secara spontan dari husband saya masa nak berbuka petang tu

"Magiklah, hari ni saya bertenaga ! tak pernah rasa bertenaga macam ni !

Hehehehheh... senyum memanjang je saya. Suami saya pun dah terima penangan ESP untuk kekal bertenaga sepanjang bulan ramadhan. Tu belum saya campur dengan performance drink. Lagilah hebat kesannya nanti.

Jom tengok kajian klinikal tentang ESP shaklee, memang memberi tenaga dan rasa kenyang berpanjangan. *Gabungan blended kurma dan ESP shaklee memang SUPERB ! .. kalau campur lagi dengan Performance Drink Shaklee lagilah mantap

badan bertenaga semasa berpuasa


Thursday, July 4, 2013

Tak sabar nak tunggu ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Kali ni, semangat saya membara - bara nak tunggu bulan ramadhan. Saya akan pastikan kali ni saya nak buat lebih banyak kebaikan terutamanya berkaitan sedekah.

sedekah di bualn ramadhan
Yang seronoknya, tentulah kerana saya dah ada supplement yang membantu saya bertenaga untuk bulan ramadhan kali ni. Jadi, in sha Allah tiada lagi sesi tidur ditengahari kerana letih seperti tahun tahun yang lalu.

Supplement apa yang seronok sangat tu ye, inilah dia. Salah satunya ialah ESP.

apa bestnya ESP
Jom miliki sekurang - kurangnya ESP shaklee ni time berpuasa nanti, agar kita kekal cergas dan dapat buat amalan - amalan lain dengan lebih sempurna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...