Showing posts with label penyusuan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label penyusuan susu ibu. Show all posts

Friday, March 21, 2014

Lagi 100 hari menuju ramadhan

Ketika saya tengok ramai kawan - kawan di FB post status ini pada 20 Mac yang lalu

"Ramadhan 100 hari lagi"

tetiba je rasa, eh ! dah nak ramadhan .. cepatnya masa berlalu ...ada puasa yang belum diganti ke belum ye? .. emmm, teringat tahun lepas saya berpuasa penuh .. cuma tahun - tahun yang lalu masih ada yang belum berganti .. cumanya tak ingat berapa hari .. emm kena lah ganti lebih la macam ni...anda bagaimana? ..dah habis ganti puasa ?

ramadhan, 100 hari

Ibu yang masih breastfeeding dan sedang berusaha menganti puasa, boleh cuba suplemen ini .. highly recommend ..

ganti puasa, ESP, PD, menyusukan, bayi, ramadhan, 100 hari

Boleh dapatkan ESP dengan tawaran harga yang menarik bulan ini dari saya.. :-)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, February 18, 2014

Tip tingkatkan Susu Ibu

"Ibu permata hati..ibu teman sejati"

Biarpun pelbagai jolokan diberi ..

mummy, emak, mama, mak, umi dan sebagainya

namun orangnya tetap sama

Walau sebutan ibu semudah dua suku kata, namun menjadi dan menggalas tugas seorang ibu bukanlah semudah disangka. 

"Ibu sihat bermula dengan Nutrisi yang betul"

memetik dalam artikel rencana kesihatan

"Pengambilan suplemen selain makanan seharian adalah perlu bagi mereka yang masih menyusukan bayi. Melihat kepada makanan ruji kita di Malaysia yang lazat namun kekurangan zat, menuntut para ibu memberikan perhatian kepada suplemen dan nutrisi untuk mengimbangi zat dalam gizi makanan seharian mereka"

"Penyusuan Ibu"

"Ramai yang telah mula sedar tentang khasiat susu ibu namun masih ramai yang bermasalah menyusui sendiri bayi mereka. Puncanya dari ibu itu sendiri yang kekurangan zat serta kurang arif tentang teknik penyusuan dan nutrisi yang betul dalam meningkatkan penghasilan susu.

Tambahan pula ibu hari ini sibuk bekerja dan lambakan jenama susu tepung dipasaran merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu mengambil jalan mudah dengan terus sahaja memberikan susu tepung kepada bayi

"Ketahui Rahsia Shaklee"

Set penyusuan Shaklee menjadi bualan hangat sejak akhir - akhir ini dan telah ramai yang mengambilnya untuk meningkatkan penghasilan susu. Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian suplemen berkhasiat agar dapat memenuhi keperluan nutrien penyusuan ibu.

* Perlu ambil suplemen atau tak perlu ambil supplemen ?

Anda tidak akan menyesal kerana disamping anak membesar selari dengan khasiat yang diperlukan, para ibu turut mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut.

Health is Wealth .. Kesihatan itu adalah Kekayaan Sebenar

shaklee desaru bandar penawar
Marilah bersama Shaklee mencipta kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat untuk semua, sesiapa jua ..

Mereka yang sudah mencuba set penyusuan Shaklee salah seorangnya adalah saya sejak 2 tahun yang lalu .. juga dua orang ofismate saya ... (bukan testimoni rekaan)

Klik untuk testimoni saya
Klik untuk testimoni ofismate 1 saya
Klik untuk testimoni ofismate 2 saya 

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms @ whatsapp : 0137669176
Fb page : Secret of Suplement
Email :puteri.awam@gmail.com

Thursday, January 23, 2014

Apakah kaitan antara Alfalfa dan Hulk ?

Baru - baru ni ofismate saya bagitahu pada saya begini ..

"susu yang akak perah jadi hijau lah..memang normal eh bila kita ambil alfalfa susu jadi hijau?"

Hi hi hi ... tetiba rasa kelakar, sebab tetiba je terbayang - bayang kartun animasi Hulk masa tengah cari ilham nak menulis entry ni .. :-)

Adakah dengan minum susu yang pekat dan kehijauan, boleh menjadikan anak kita sekuat Hulk ?

Sebenarnya adalah normal susu perahan kelihatan pekat dan kehijauan selepas pengambilan alfalfa. 

"Susu ibu yang diperah kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain dalam set breastfeeding shaklee juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan susu ibu yang diperah ..."

Ramai ibu - ibu yang mengakui anak mereka montel dan badan berketul - ketul melalui pengambilan set breastfeeding shaklee .. Hakikat sebenarnya, ibu tersebut makan makanan yang berkhasiat, justeru khasiat tersebut disalurkan kepada bayi yang disusui ... Tu yang bayi jadi montel masa kecil ..Tapi nanti bila dah berusia 6 bulan keatas tidaklah jadi obesiti, perkembangannya selaras dengan umurnya ..

 Alfalfa adalah pilihan saya semasa saya menyusukan anak saya. Dan sehingga kini walaupun saya tidak menyusukan anak saya, saya tetap juga consume alfalfa. Sebab khasiat alfalfa ni bukan hanya bertindak sebagai milk booster sahaja. Tapi best tau .. ia bertindak seperti kacip fatimah. Lebih - lebih lagi kalau diambil bersama ESP ... emmmm, berbunga - bunga suami isteri.. :-)

*mereka yang dah consume je akan tersengih - sengih dan mengakui kata - kata di atas .. kan? kan?

Penutup entry kali ni, nak share dengan anda semua apa yang best nya Alfalfa Shaklee
*alfalfa also believed to be a galactagogue, that INDUCES LACTATION. Natural remedy to increase milk 

alfalfa shaklee
Bermula sejak hari itu ..alfalfa dan gabungan set breastfeeding yang lain terus jadi pilihan kawan saya ni ..cepat cepat je sambung order bila alfalfa dia dah nak habis .. kawan saya kata, susu cair la kalau tak ambil supplemen .. lagipun, akak pernah try tak makan supplemen, badan jadi lemah sangat...


Well, kawan saya ibu beranak empat ni dah merasai kebaikan alfalfa yang bertindak sebagai galactagogue, yang merangsang penyusuan. Remedi semulajadi untuk tingkatkan penghasilan susu ibu... :-)

Ibu - ibu menyusu yang lain bila lagi ? Promosi Alfalfa pada bulan januari masih lagi berlangsung .. pm me 0137669176 untuk harga kasih sayang tau .. :-)
 

Saturday, January 18, 2014

Bila saya perlu kumpul stok susu ibu?

Pagi ini, tetiba saya rasa nak membaca mengenai breastfeeding. Dan seperti biasa, apa - apa saja ilmu yang baik yang saya dapat, saya akan kongsikan di blog ini .. :-)

Bagi ibu yang sedang mencari bahan bacaan berkaitan tentang bagaimana nak bermula buat stok susu ibu, jom baca dulu sedikit informasi kat bawah ni .. :-)

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu- buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Friday, November 1, 2013

Sains dan islam untuk kejayaan breastfeeding

sains dan islam
ya..knowledge is power.. selama 4 tahun sebagai ibu bekerjaya, rutin harian saya adalah mengajar dan membuat tugas - tugas pengurusan.. membaca jurnal untuk penyelidikan berkaitan bidang apabila nak publish paper untuk pembentangan ..menambah ilmu berkaitan bidang pula bila menghadiri kursus ..

dan yang seronoknya bila dapat tambah ilmu apabila menganjurkan kursus - kursus yang diluar daripada bidang.. *seronokseronok seronok

Saya realise masa saya remaja saya suka bidang yang mencabar dan menduga seperti engineering..tapi sejak dah jadi emak emak ni, macam minat tu dah teralih sikit pada bidang berkaitan anak - anak, masak - masak, jahit - jahit (ala - ala suri rumah giteww ler ..)..*nyampah tak baca statement ni?

Tapi sejak akhir - akhir ni, saya ada hobi baru.. "gunakan deria serentak dengan niat ubudiyyah kepada Allah" .. jika saya tak sempat membaca; saya pilih mendengar ilmu sambil tangan keletak - keletuk buat kerja di ofis..
*rupanya mendengar orang bercerita ni lebih seronok rasanya, sebab kita boleh buat 2 kerja serentak..(mendengar sambil membuat kerja - kerja ofis)

Today i learn something new..dan sangat menarik..tentang SARAF VOGUS .. menarik rupanya saraf vogus ni... siapa yang expert dalam bidang perubatan rasanya tak naik hairan dengan saraf vogus ni..tapi bagi saya yang pertama kali dengar ni rasa teruja pulak bila dengar pasal ilmu sains dan islam tentang SARAF VOGUS ni

betullah..bila kita banyak mempelajari dan mengetahui sains, kita akan menyedari dan menginsafi diri bahawa hebatnya Allah dalam segala yang ada dilangit dan dibumi... Allahuakbar....semoga dengan ilmu sains ni, mampu meningkatkan dan memperkayakan amalan kita dengan Allah

saraf vogus ni merupakan saraf yang ada dalam badan manusia..saraf ni dia panjang dan berada di belakang sepanjang tulang belakang kita...dan saraf ini adalah saraf yang penting dalam menghasilkan hormon gembira, hormon stress dan hormon - hormon perasaan yang lain..yang ditekankan oleh Prof Datin Dr. Azizan ni salah satu contohnya ialah hormon oksitosin..

Berdasarkan kajian barat, saintis sangat kagum dan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah untuk mengAKTIFkan saraf oksitosin iaitu dengan cara kita bernafas (*bernafas dalam - dalam sehingga ke otot perut untuk kawal perasaan marah), basahkan muka dengan air, berbaring dan mantera.


Dal hal ini, Prof mengaitkan kaitan kajian barat dengan islam, which is ; dalam islam cara kita bernafas,menyiram air dan berbaring tu sudah diajar dalam islam iaitu dengan cara islam menyuruh kita mengawal nafsu amarah dengan cara berwuduk dan berdoa.

*saintis juga mendapati bahawa saraf vogus ni adalah jambatan kepada body dan soul.. aktifkan kefungsiaan saraf vogus supaya bersatu dengan roh untuk jadi orang yang lebih baik


Apa yang seronok sangat sampai saya terpanggil nak mengulas pasal saraf vogus ni ?

Pembaca yang mengikuti blog saya mesti pernah membaca mengenai hormon oksitosin dalam breastfeeding. bagaimana hormon oksitosin ni mempengaruhi penghasilan dan pengaliran susu ibu.

Dalam slot sains dan islam ni Prof tidak menceritakan mengenai kaitan diantara oksitosin dan breastfeeding ..tapi aktiviti - aktiviti ini, adalah salah satu tips kejayaan dalam breastfeeding (khasnya) dan kejayaan dalam hidup.

Ibu - ibu islam yang breastfeeding jom kita aktifkan saraf vogus dengan buat banyak - banyak perkara ini
  • Berwuduk
  • Berdoa
Ibu - ibu bukan islam yang breastfeeding mungkin boleh buat ini
  • Bernafas dengan menggunakan otot perut
  • Basahkan muka dengan air
  • Berbaring
  • Mantera
*ambil iktibar dengan ilmu Allah yang sangat luas..hebatnya ajaran islam yang sudah ditetapkan oleh Allah untuk umat - umatnya ..mantapkan usaha zahir dan usaha rohani untuk kejayaan

Wednesday, October 16, 2013

Sudah besar tapi masih menyusu?

seperti biasa .. entry susu ibu ..tapi kali ni nak berkongsi tips bagaimana nak memutuskan susu ibu apabila anak sudah 2 tahun .. sebenarnya bahan ni, adalah artikel yang saya cari.. sebab saya sedang melalui pengalaman ini dan merasa alahaiii sukarnya memutuskan susu ibu pada anak yang dah lebih 2 tahun ye ....

sampai ofismate saya kata. :.

"tengok gaya anak awak ni rasanya 3 tahun nanti pun tak boleh pisah lagi ni.. susu banyak lagi ke?"

alhamdulillah....ini semua rezeki Allah.."sampaikan saya rasa nak minta izin suami untuk susukan baby orang lain" .. penangan bantuan supplement shaklee

Apa - apapun ini adalah artikel yang ingin dikongsikan

"sudah besar tapi masih menyusu dari majalah Pa&Ma, sept 2013"

10 tips berkesan menghentikan simanja dari melekap :

  1. Jangan menawarkan payu dara kepada simanja dalam apa jua situasi ; anda perlu mempunyai mental yang kuat dan tegas dalam hal ini dan kenakan syarat jika perlu 
  2. Cuba peluk dan cium setiap kali dia meminta untuk melekap dengan anda. Mungkin dia hanya perlukan belaian anda
  3. Gunakan kaedah psikologi untuk menyakinkannya untuk berhenti melekap dengan anda. Misalnya katakan ayat seperti ini, "Mia sudah besarkan? Mia sudah pergi sekolah dan sangat bijak. Orang dah besar tak perlu menyusus ibu lagi. Cuba Mia lihat kakak dan abang pun sudah tidak menyusu ibu lagi kan?
  4. Cuba gantikan waktu kebiasaan melekap dengan aktiviti lain. Misalnya membacakannya cerita atau kisah nabi sehingga dia terlena sendiri
  5. Katakan kepadanya bahawa kanak - kanak seusianya sudah meminum susu segar menggantikan susu ibu
  6. Pelbagaikan jenis makanannya supaya dia rasa sudah tidak bergantung pada susu ibu
  7. Berikan ganjaran atau pujian kepada si manka setiap kali dia berjaya untuk tidak melekap dengan anda
  8. Minta bantuan suami atau orang lain untuk menerangkan kepada simanja bahawa tabiat melekap dengan ibu adalah perbuatan bayi kecil sahajka dan amat memalukan jika diteruskan apabila sudah besar
  9. Berdoalah agar hajat anda menghentikan tabiatnya itu dapat dicapai dengan baik tanpa mengakibatkan tekanan perasaan kepada simanja
  10. Belikan dia sesuatu yang baru yang boleh membantunya melupakan waktu melekap seperti katil dan tilam saiz kanak - kanak.Katakan padanya sudah tiba masanya dia tidur berasingan dengan anda dan sudah tidak boleh melekap lagi.
dan video ini berkenaan bagaimana memutuskan susu ibu... ada beza tau bercerai susu dan putus susu


*sedang belajar sikit - sikit untuk memutuskan susu ibu..dan saya tahu ia mengambil masa...lebih - lebih lagi kilang susu saya masih diberi rezeki oleh Allah mempunyai susu ; seronoklah anak saya ...

Tapi sebenarnya sebab nombor satu ialah 'sebab kita ibu kan'? perasaan tak sampai hati tu masih menebal ...tak pe, berusaha perlahan - lahan; sampai emosi ibu dan emosi anak ready baru berhenti sepenuhnya

Nak tahu tak bagaimana ofismate saya berjaya mengumpulkan 240 oz susu ibu tak sampai sebulan ?

Friday, October 11, 2013

Berjihad dengan susu ibu

alhamdulillah...entry diwaktu pagi..mood berada dalam gelombang yang sungguh bahagia dan sangat membahagiakan..

entry pagi ini adalah tentang breastfeeding .. entry yang tidak pernah dijemu ditulis ..

emmm, sejak kebelakangan ini set breastfeeding shaklee semakin mendapat permintaan yang sangat tinggi..alhamdulillah ramai ibu - ibu yang berusaha menyusukan anak dengan susu ibu sebagaimana saranan dalam islam selama 2 tahun..

sebelum entry menjadi panjang , salah satu best seller supplement shaklee (set breastfeeding)
breastfeeding

Hakikatnya, majoriti ibu - ibu zaman kini adalah ibu bekerjaya..yang menuntut kepada energy yang banyak, kesihatan yang baik, hormon bahagia kerana bidang tugas kerja itu sendiri kadangkala sangat mencabar kredibiliti sebagai seorang ibu.. Buat 2 tugas yang banyak setiap hari..waktu pejabat menggalas KPI tugas kerja..waktu luar pejabat, menggalas KPI tugas sebagai seorang ibu,menyusukan anak dan menjadi seorang isteri.. alhamdulillah, mari kita buat kedua - dua tugas ini sepenuh hati..agar kita capai kedua - dua KPI tersebut

sebelum bercerita bagaimana set breasfeeding shaklee terbukti membantu ibu menjayakan penyusuan, saya nak share dengan anda semua a very interesting artikel iaitu "berjihad dengan susu ibu"

Q : Usatazah, saya bercadang untuk berjihad fisabilillah. Apa amalan terbaik untuk saya jihadkan?
A (jawapan ustazah) : Jihad bukan hanya berperang. Apa kata puan berjihad dengan susu ibu ?

*Ma sha Allah .. besar sungguh pengorbanan ibu yang menyusukan anak..sehingga boleh dikategorikan sebagai jihad !
 berjihad dengan susu ibu
sumber : majalah SOLUSI, sept 2013
berjihad dengan susu ibu
artikel ini menyebut :

"kalau sebelum ini puan sanggup dan mampu untuk berjihad hamil 9 bulan 10 hari, maka apalah sangat dengan berjihad untuk menyusukan bayi. Jihad dengan susu ibu bagi menunjukkan tanda kesyukuran selepas melahirkan anak.. "

 3 kewajipan wanita bergelar isteri dan ibu untuk berjihad kepada Allah:

  • Makanan pelengkap
 wanita itu dikira berjihad jika dia ingin menyusukan bayi sehingga berumur genap 2 tahun. Selain mengandungi nutrisi seimbang, komposisi air yang bersih tanpa kurang adalah sebanyak 90% pelengkap makanan bayi. Ia sekaligus mempercepatkan pertumbuhan sel otak dan perkembangan sistem saraf dalam tempoh tersebut
  • Untuk penjagaan kesihatan
Jihad ini boleh memupuk kasih sayang utuh selain mudah dihadam, mengandungi antibodi tinggi bagi menghalang kembung perut, alahan, radang, masalah jantung, pernafasan serta komplikasi penyakit kronik lain. sekaligus dapat mencegah daripada jangkitan kuman, virus, kanser dan risiko penyakit.
  • Semata - mata kerana Allah
Jihad ini tidak dijanjikan dengan sebarang habuan tetapi lebih kepada tautan kasih ibu sayang bayi. Bahkan, seseorang itu berjihad semata - mata kerana Allah.

a very interesting pie chart yang dikongsikan tentang kesan jihad susu ibu
kuasa susu ibu

kuasa susu ibu ni bukan sesuatu yang boleh kita lihat kesannya pada fizikal dan intelektual anak sahaja. Tapi yang sangat penting adalah pada spiritual anak.. ini lah part yang paling penting sehingga dalam carta ini menunjukkan pembahagian propotion pie kedua terbesar selepas intelektual iaitu spiritual !..

"jalinan ibu dan anak sewaktu menyusu akan memudahkan tarbiyah diterapkan bagi melahirkan hamba rabbani"

*Ma sha Allah..hebatnya allah dalam pemberian anugerah ini

Breastfeeding menjadi lebih mudah dan menyeronokkan bila ibu bertenaga, sihat dan perasaan ibu bahagia.. 

Bagaimana shaklee membantu ibu yang menyusukan anak ?

 Energizing Soy Protein (ESP)

Protien adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protien. 
Memang benar protien boleh di dapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan. Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol. Keperluan protien yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.

Vitalea 

Vitalea adalah multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat.

B complex  

B complex lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan.

Vitamin C 

Vitamin C perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Mamandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matarhari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.
 

Ostematrix 
Ostematrix adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit. Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.
sumber : anakkuwiraku blog

 breastfeeding mother ; jangan mengaku kalah, berusaha secara fizikal dan rohani supaya kita dapat lahirkan insan rabbani..

salah satu testimoni ibu yang mengambil set breastfeeding shaklee

sumber testimoni : ummiaisyahdina.blogspot
susu ibu

Tuesday, October 1, 2013

Set syahdu Shaklee

emm..today nak share ngan anda semua testimonial salah seorang pengguna shaklee dengan set yang sangat syahdu iaitu ...
SET BREASTFEEDING SHAKLEE

kenapa ianya syahdu? sebab, saya juga consume set ini sepanjang menyusukan anak kedua saya liya zafirah...alhamdulillah.. syahdu tau...sebab zaman sebelum ni tak kenal set ni masa anak pertama..pastu anak sulung saya tak berjaya breastfeed 2 tahun..rasa sedih..sedih tak dapat beri yang terbaik pada anak sendiri dengan susu ibu..menyesal sangat...

personally, zaman sekarang ni saya rasa rugi mereka yang tak grab peluang menyusukan anak dengan susu ibu..sebab, kita semua dah didedahkan dengan kebaikan susu ibu..orang barat berlumba - lumba susukan anak mereka dengan susu ibu..jom kita contohi Nabi Muhammad yang disusui dengan susu ibu selama 2 tahun...

Ibu yang beragama islam, "Pilih susu ibu no 1 berbanding susu formula"

Testimoni ibu Norshafat macam sama dengan saya, supplement shaklee bukan saja membantu meningkatkan susu ibu, tapi memberi kesan baik pada anaknya...sama macam anak saya..  alhamdulillah dengan izin Allah, perkembangan anak saya memang sangat cepat


susu banyak dengan shaklee

*jangan lepaskan peluang sepanjang menyusukan anak kita dengan susu ibu ... ia hadir sekali sepanjang hidup.. tidak akan wujud 2 kali.. salurkan yang terbaik, bukan semasa mengandung sahaja..tapi teruskan sepanjang penyusuan ..

Saturday, September 14, 2013

Susu Ibu Anugerah Teragung

susu ibu anugerah teragung
Baru sempat nak menonton slot tanyalah ustazah ni..mujur zaman sekarang dah ada tonton.my..kalau ter miss bolehla tengok dalam tonton.my. Speaker dalam slot rancangan ni adalah Ustazah yang juga merupakan Dr

Banyak ilmu penyusuan susu ibu yang saya pelajari dalam slot ni. Jadi hari ni, saya suka berkongsi dengan ibu semua persoalan - persoalan dalam rancangan yang saya tonton ni..Ye la...mana la tahu kan, ada ibu yang tak berpeluang nak tengok di tonton.my. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua

Soalan: Sejauh manakah islam menggalakkan susu ibu bagi ibu yang baru lahir

Dr @ Ustazah menjawab : penyusuan susu ibu amat penting sehingga disebut berulang - ulang kali dalam alquran..dalam alquran penyusuan susu ibu yang sempurna adalah 2 tahun..ada ibu yang tak mampu..tapi penyusuan susu ibu amatlah digalakkan..ada kisah nabi musa semasa bayi ..kisah yang menyayat hati..nabi musa diletakkan dalam bekas dan dihanyutkan di sungai nil..sehingga dipertemukan dengan keluarga firaun..dan allah jadikan bayi ini tak mahu menyusu dengan orang lain melainkan kembali dengan ibu nya...kisah hajar dan anaknya ismail berlari kesana sini mencari air..kisah nabi muhammad SAW juga yang disusukan oleh thuwaibah dan halimatus saadiah ..

kisah - kisah ini menunjukkan bahawa bagaimana susu ibu itu amat digalakkan bagi bayi yang baru lahir


Soalan: Garis panduan menyusukan dalam islam

Dr @ Ustazah menjawab : Ada garis panduan, penyusuan susu ibu seharusnya tidak memudaratkan sesiapa pun....penyusuan susu ibu adalah hak anak..kalau kita tak nak bagi dengan alasan takut payudara tak seksi, takut - takut dibimbangi anak itu menuntut diakhirat  nanti..dimana menurut Prof. antara 10 hak utama anak adalah susu ibu ...

*besar rupanya maksud hak tu

jangkamasa penyusuan susu ibu paling ideal adalah 2 tahun...penyusuan susu ibu adalah kemuliaan ibu dalam islam..yang paling penting tidak memudaratkan ibu...

tanggungjawab bapa adalah memberi makan, pakai dan keperluan ibu...hati ibu perlu dijaga..perlu dipuji - puji..kerana penyusuan susu ibu berkait dengan emosi ibu...

Soalan : Apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula pada bayi ?

Dr @ Ustazah menjawab :

  • Perbezaan susu ibu dan susu formula macam langit dan bumi... susu ibu ni khusus utk sibayi itu (mcm susu itu ada nama dia)...kalau pramatang ; katakan beratnya hanya 1.2kg : susu ibu itu sesuai dengan tahap umur bayi tersebut...jika hari ini budak ini kurang garam, maka susu ibu pada hari itu banyak garam utk bayinya
  • susu ibu mengandungi kolostrum : paling sesuai dengan usus si bayi..susu formula tiada..
  • dari sudut antibodi : susu ibu cukup kaya utk anak terlindung dari jangkitan sementara anak ni dapat bina antibodinya sendiri..susu formula tiada, tak kira susu formula tu mahal mana pun..
  • protein : protein pada susu ibu amat sesuai utk dicerna dan dihadam pada usus bayi..susu formula; amat tinggi dan sukar utk dihadamkan..*boleh tengok pada najis bayi
  • karbohaidrat : susu ibu banyak lactose yg paling sesuai dengan bayi (susu formula lactose kurang tetapi byk karbohaidrat yg lain )
  • kandungan asid lemak : lemak ni penting untuk kita berfikir, saraf otak kita ni diselaputi dengan lemak..lemak baik ada dlm susu ibu (lemak dlm susu formula adalah dari kelapa sawit)
  •  vitamin dan garam galian dan mineral : susu ibu rendah dan mudah utk dicernakan (susu formula tinggi dan sukar utk dicernakan)

Soalan : Alternatif lain bagi ibu yang mempunyai inverted nipple menyusukan anak ?

Dr @ Ustazah menjawab : saya berpengalaman bertemu dengan ibu yang mempunyai inverted nipple akibat kebakaran terkena dibahagian dada..ibu yang mempunyai inverted nipple boleh menyusukan anak...tetapi sukar sikit...dan perlu berusaha lebih...ibu dapat pahala lebih kerana perlu berusaha lebih...dihospital ada juga byk kaedah..

Soalan : Apakah ganjaran menyusukan susu ibu dari perspektif islam ?

Dr @ Ustazah menjawab : ibu dan anak mendapat kebaikan..penyusuan susu ibu akan menyebabkan rahim ibu cepat kecut...pendarahan berkurangan..hari ini lepas kelahiran kita letak anak pada badan ibu dan anak ni akan merangkak mencari puting ibunya sendiri..subhanallah..bayi ni cari sendiri..bila bayi ni suckling..senang uri nak keluar dan tak tersangkut - sangkut...rahim terus mengecut...

ganjarannya pula dalam islam; setiap sentuhan dan tegukan susu oleh anak mendapat 1 kebaikan..bila ibu berjaga malam untuk menyusukan anak... maka pahalanya seperti memerdekakan 70 hamba di jalan Allah

Soalan : suami

Dr @ Ustazah menjawab : penyusuan ni ada implikasi mengenai nasab... aspek penyusuan ibu ni adalah penting dalam konteks hubungan anak, suami dan komuniti..semua terlibat...perlu ada perbincangan antara isteri dan suami

Soalan : bagaimana susu ibu berperanan kearah pembentukan anak - anak sejak kecil dan memberi kesan tumbesaran mereka

Dr @ Ustazah menjawab : bayi susu ibu ni lagi sihat..walaupun kecil tapi tegap..tak obes..cergas..neck control bagus..mata dia, IQ lagi tinggi dan interaksi dengan ibu...anak kurang dapat infeksi dan jangkitan..

Soalan : bagaimana nak bagi susu ibu bagi ibu bekerjaya

Dr @ Ustazah menjawab :  boleh..di flight sekarang ada polisi boleh simpan susu perahan ibu..ada kemudahan untuk memerah susu...ada sesetengah ibu memberhentikan penyusuan susu ibu semasa bekerja dengan alasan anak dah tak mahu..sebenarnya ibu yang tak mahu..memang sukar..perlu seribu daya..perlu sokongan dari majikan dan sokongan suami yang sangat penting..

Soalan : saya lahirkan bayi pramatang 32 minggu

Dr @ Ustazah menjawab : susu ibu sudah ada walaupun melahirkan bayi pramatang 32 minggu..ia tak menghalang penyusuan susu ibu...perlu sokongan, dokongan dan motivasi...beri penghormatan pada ibu yang menyusukan bayi..bila wanita menyusukan dipuji ; air susu mengalir macam sungai...ibu mertua jangan asyik mengkritik menantu ; jika dikritik..habislah flow penyusuan susu ibu..ramai ibu yang nak sangat menyusukan anak tapi disebabkan halangan - halangan ini, ibu tak berjaya dan timbul rasa bersalah..jangan biarkan perkara ini berlaku..sokongan suami ni penting

kenapa ibu perlu sangat menyusukan anak ni..semuanya disebabkan hubungan anak dan ibu, bila dah besar senang kita nak menegurnya, memberi nasihat kepadanya...semua itu ada kaitan dengan penyusuan semasa kecil..


Soalan : Adakah pengambilan supplement perlu diambil untuk memastikan jumlah susu ibu sentiasa ada dalam tempoh penyusuan bayi tersebut?

Dr @ Ustazah menjawab : yang paling penting tahap kesihatan ibu..bukan sahaja fizikal..tetapi emosi dan spiritual ..emosi memberi kesan pengeluaran susu ibu..kalau nak ambil pil, supplement memang baguslah.. kalau dlm konteks negara yg masih membangun, bagi ibu yang masih menyusukan dengan susu ibu..ibu perlu makan dahulu, baru ahli keluarga yang lain makan..sebab ibu itu sedang memberi nutrisi pada anak yang lain.. jadi supplement amat penting..

Soalan : Adakah risiko jika bayi tak dapat susu ibu dari awal kelahiran bolehkah menggangu tumbesaran anak tersebut ?

Dr @ Ustazah menjawab : paling ideal bayi dapat susu ibu dari awal..berterusan hingga 2 tahun..kalau ada ibu yang mengalami masalah kesihatan, kita tak paksa menyusukan dengan susu ibu..boleh diberi juga susu formula..tapi kita tak mahu anak tu dilahirkan terus diberikan dengan susu formula

Soalan : Susu saya dah tinggal sedikit pada usia anak saya 1 tahun, macamana nak kekalkan pemberian susu ibu sehingga 2 tahun

Dr @ Ustazah menjawab : jika anak kita dah nak 2 tahun, badan kita sendiri dah berkurang penghasilan susu ibu berbanding semasa baru lahir..ikut WHO susu ibu perlu diberi sampai 6 bulan, pastu kena beri makanan tambahan...tak boleh tak bagi makanan tambahan pada usia 6 bulan....ibu perlu susukan sepanjang mana yang boleh...

penyusuan susu ibu; kurang sangat pun tak bagus, lebih sangat pun tak bagus...

hikmah tempoh penyusuan 2 tahun adalah untuk menjarakkan kehamilan juga...supaya setiap penyusuan itu berakhir dengan sempurna...ibu bapa perlu merancang setiap kehadiran anak - anak supaya setiap anak mendapat manfaat..bimbang ibu itu tak dapat nutrisi, kesihatan ibu....ada hadis yang menyatakan bahawa tiada kesalahan ibu yang hamil dan masih menyusukan bayi....tapi ada hadis dhaif berkaitan penyusuan ketika hamil ; yang nabi sebenarnya kurang berkenan ibu yang hamil menyusukan anak, sebabnya dibimbangi anak sedang disusukan dan anak dalam dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang terbaik ...

tamat sudah ku tonton rancangan ini

*selingan ; anak - anak saya ...

zafirah minta adik
 liya zafirah masa baru berumur 7 bulan ... pandai dah dia ni ... eh silap 5 bulan baru...

arsyad aiman dan liya zafirah

*ibu hamil yang masih menyusukan .. jangan lupa ambil supplement untuk kesihatan diri sebagai ibu, anak yang disusukan dan anak yang dikandungkan

Sunday, August 18, 2013

phD in breastfeeding

phD in breastfeeding? apa tu? .. phD in breastfeeding adalah istilah yang selalu mak mak gunakan sekiranya berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun. Award yang diberi kerana ketabahan mengharungi pahit manis menyusukan anak sendiri sehingga mencapai tempoh sempurna dalam islam iaitu selama 2 tahun.

Sebenarnya banyak lagi istilah mak mak pasal award - award dalam breastfeeding iaitu:
  1. Tahap degree : Penyusuan susu ibu sahaja sehingga 6 bulan
  2. Tahap master : Penyusuan susu ibu sehingga 1 tahun
  3. Tahap phD : Penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun
Hari ni bukan saya nak cerita saya dah dapat award phD in breastfeeding kerana berjaya menyusukan anak kedua saya Liya Zafirah (*entry  penyusuan 2 tahun liya zafirah akan saya tulis pada 28/8/2013 nanti). Tapi nak share dengan anda semua, saya baru baca jurnal penyelidikan oleh orang Barat ni. Saya seorang ibu yang passionate dengan ilmu pasal breastfeeding ni. Banyak juga jurnal jurnal yang saya baca sampaikan rasanya boleh graduate dalam bidang Phylosophy of Doctorate in Breastfeeding ..ahahahah (tukar bidang dari engineering ke breastfeeding)

Masa anak sulung dulu, bukan saya tidak mencari ilmu..husband turut menyokong membelikan buku mengenai penyusuan susu ibu.. Tapi, itulah (usaha dan doa tak cukup kuat ketika itu) : arsyad aiman berjaya susu ibu sehingga 6 bulan (while masa ni mama sedang gigih menjaga kamu seorang diri kerana kami husband and wife tinggal berjauhan akibat tempat kerja yang berbeza sejak arsyad aiman berusia 6 bulan).. Apa pun mama bangga dengan diri sendiri sebab walau sukar mana pun, tangan mama yang menjaga kamu ; bukan orang lain.

*siapa yang ada pengalaman jaga anak sendirian masa tinggal berjauhan dengan keluarga dan suami mesti faham situasi ini

Eh ! termasuk sesi touching - touching pulak. Berbalik kepada jurnal yang saya baru baca ni, kajian barat mendapati bahawa terdapat perbezaan mengenai adult intelligence mengikut tempoh penyusuan susu ibu.

Duration of breastfeeding untuk (7 to 9 month) dan (more than 9 month) mencatatkan nilai bacaan skor mean paling tinggi berbanding penyusuan susu ibu untuk (1 month), (2 to 3 month) dan (4 to 6 month).*macam mengulas penulisan untuk buat technical paper plak ..eheheh

Attachment ; rujukan jurnal tersebut
duration of breastfeeding and agult intelligence
 *klik untuk besarkan imej

Sebenarnya, islam sendiri sudah menyatakan kehebatan susu ibu dalam al-quran. Idola kita nabi muhammad S.A.W pun disusui dengan susu ibu walaupun bukan dari susu ibu kandungnya sendiri. Tak perlu buat rujukan di barat pun kita sudah sedia maklum bagusnya breastfeeding ni untuk kecerdasan dan IQ anak - anak. Kerana itulah kita disaran menyusukan dengan sempurna selama 2 tahun. 2 tahun .. ingat 2 tahun ..

Agaknya jika dikaji kenapa 2 tahun mesti banyak lagi penemuan - penemuan hebat dalam bentuk numerical statistik

Dalam islam, hikmah breastfeeding bukan sahaja makanan terbaik untuk tumbesaran fizikal bayi tetapi susu ibu adalah pembentuk akhlak yang merupakan makanan rohani pada bayi. Lepas ni sesape yang buat phD dalam breastfeeding boleh la buktikan dalam bentuk numerical akhlak anak yang menyusu dengan susu ibu dan akhlak anak yang tidak disusui dengan susu ibu

Wednesday, July 24, 2013

20 Perkara bapa perlu tahu tentang penyusuan

Penyusuan yang berjaya sebenarnya turut disokong oleh suami. Para suami, meh lihat apa yang perlu anda tahu mengenai breastfeeding. Jom sokong isteri - isteri kita agar kita dapat lahirkan anak yang bukan sahaja sihat tapi baik akhlaknya mengikut sunnah nabi Muhammad SAW

bapa dan breastfeeding
klik untuk besarkan imej

bapa dan breastfeeding
klik untuk besarkan imej

"Vitamin A, B kompleks, C, K, niasin dan asid folik antara vitamin penting yang perlu ditingkatkan pengambilannya semasa menyusukan bayi. "

Jom pilih vitamin shaklee, kerana ia bersifat semulajadi yang sangat sesuai dengan tubuh manusia yang bersifat alami. Berbanding vitamin sintetik.

Ramai ibu - ibu yang telah mendapat kesan baik melalui pengambilan vitamin set breastfeeding shaklee. Salah seorangnya adalah ofismate saya yang berjaya mengumpul 240 oz tak sampai sebulan.. 

shaklee

Kebaikan breastfeeding yang jarang orang tahu

Hampir setiap ibu mengakui bahawa penyusuan ibu adalah cara yang sebaik - baiknya. Malah polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan ekslusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Walaubagaimanapun kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.

Lebih menyedihkan lagi, ada segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi. bahkan biasanya ibu - ibu muda berasa malu untuk menyusukan anak mereka dikhalayak ramai sehingga merelakan susu formula menjadi minuman ganti mereka keluar dari rumah.

Dalam Islam turut menganjurkan beberapa amalan yang baik untuk mendapatkan anak yang taat dan soleh antara yang digariskan ialah penyusuan susu ibu. Selain untuk kesihatan bayi itu, ia merupakan makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.
sumber : Pa&Ma,2008

* susu ibu membentuk keperibadian akhlak anak juga. Lihatlah bagaimana akhlak Nabi Muhammad SAW yang disusui dengan 2 orang ibu susuan selama 2 tahun. Ma sha Allah... hebatnya akhlak rasulullah SAW..

kebaikan breastfeeding
*Berdasarkan pembacaan saya, susu ibu diawal kelahiran memang sedikit tetapi melalui pengalaman saya ketika anak kedua, susu ibu banyak sejurus lepas melahirkan zafirah. Eksperimentasi zahir dan pengamalan doa dan ayat pada anak kedua nampaknya memberikan kesan yang baik dengan susu ibu pada anak kedua. Teringin nak kongsi bersama customer - customer saya, nak tak?

Tuesday, July 23, 2013

Bagaimana sendawakan bayi dengan betul?

Penyusuan susu ibu adalah suatu yang perlu dipelajari. Mengikut pengalaman pertama saya, ia tidaklah semudah yang ibu jangka. Betullah kata Dynas, jika kita adalah ibu yang baru mempunyai bayi sulung kita akan berdepan dengan "gangguan emosi dengan ragam bayi, penyusuan susu ibu dan pelbagai lagi".

Jika tidak diuruskan dengan sempurna ia juga merupakan salah satu faktor kegagalan penyusuan susu ibu selama 2 tahun kan?

Masalah pertama : Kita akan berhadapan dengan ragam bayi yang baru lahir untuk menyesuaikan diri dengan dunia luar (sukar bagi saya terutamanya ketika dalam pantang kerana perasaan ibu selepas bersalin adalah sangat sensitif dan fragile disamping badan yang lemah akibat proses bersalin itu sendiri)

*teringat anak sulung saya dulu ; "patutlah dia asyik nak melekap di dada 24 hour, padahal dia tak lapar, nappy tak penuh " ; dan ia sangat sukar untuk saya lakukannya selama 24jam kerana saya kurangnya energy ketika itu. How about u ? Setuju tak jika kita kurang tenaga kita tak mampu buat ini semua dengan sempurna.

Jom belajar dari video ini bagaimana nak sendawakan bayi kita dengan cara yang betul :


Tips dari Puan Rita Rahayu ; "bayi yang muntah selepas menyusukan dengan susu ibu pada usia 6 bulan kebawah adalah normal (ini namanya refluks kerana susu ibu terlebih masuk kedalam badannya)"

*hi hi hi, teringat zafirah, masa dia susah nak tidur asyik menyusu sahaja sampai muntah (best moment ever)

Penyusuan susu ibu juga memberi ketenangan pada bayi ; "betul, senang nak tidurkan anak yang menyusu dengan susu ibu berbanding susu formula (*mengikut pengalaman kedua - dua anak - anak saya) .. yang bestnya; mak nya pun tidur sekali kerana rembesan hormon prolaktin memberi ketenangan pada ibu yang menyusukan.. jadi kalau tengah stress - stress tu segeralah susukan anak ; mesti tenang

Bagus ke penyusuan susu ibu?

Setiap tahun di Uganda, ratusan ribu anak meninggal kerana berbagai penyakit yang tidak dapat dicegah. Namun sebenarnya, terdapat cara alamiah untuk menjaga anak - anak tetap sehat iaitu

"BREASTFEEDING "


Jika di Uganda, ramai ibu - ibu telah menyedari hakikat bagusnya breastfeeding ni untuk mencegah penyakit secara semulajadi. Jadi kita sebagai ibu terutamanya yang beragama islam, seboleh - bolehnya kita tidak mengabaikan breastfeeding sebagaimana yang telah tertera sebanyak 8 ayat didalam al-quran dan juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan yang rugi kerana tidak menyusukan anak kita selama 2 tahun. Ikutlah islam agar menyusukan anak dengan sempurna selama 2 tahun. Breastfeeding adalah pelaburan baik untuk masa hadapan.

Salah seorang ofismate saya, yang saya bantu melalui perkongsian pengalaman saya dalam penyusuan susu ibu berjaya mengumpulkan 240 oz tak sampai sebulan. Mungkin anda juga inginkan pengalaman dari saya ?

Monday, July 22, 2013

Tips meningkatkan susu ibu

Bersama Dr Hamid Arshad berbicara mengenai tips meningkatkan susu ibu, khas untuk ibu - ibu menyusukan bayi dan ibu yang ingin menyusukan anak angkat


Isi penting dalam video ini disenaraikan khas untuk pembaca blog ini

Persediaan patut dimulakan dari awal kehamilan :
  1. Makan makanan berkhasiat ditambah dengan supplement
  2. Penjagaan payudara *tuam dengan tuala yang dicelup dengan air panas untuk membersihkan daripada daki
  3. Urut payudara *elak kesumbatan pada kilang susu
Selepas kelahiran :
  1. Galakkan bayi menghisap dengan segera dalam 1 jam pertama 
Semasa berpantang :
  1. Vitamin adalah penting untuk diteruskan semasa dalam pantang.
  2. Jangan berpantang makan semasa dalam pantang. Semua zat dalam pemakanan adalah penting untuk pemulihan rahim
  3. Petua isteri saya makan sayur keledek masak lemak daun turi
  4. Jika kurang juga susu ada ubat yang dinamakan notilium atau eksolon
  5. Jangan makan jamu dan rempah ratus kerana boleh menyebabkan bayi cirit - birit
Shaklee banyak bantu ibu - ibu meningkatkan susu ibu, yang sempurnanya ia adalah vitamin semulajadi yang selamat dengan tubuh kita yang bersifat alami. Berbanding vitamin sintetik.

Salah seorang ofismate saya, yang saya bantu melalui perkongsian pengalaman saya dalam penyusuan susu ibu berjaya mengumpulkan 240 oz tak sampai sebulan. Mungkin anda juga inginkan pengalaman saya ?

Sunday, July 21, 2013

Kisah Nabi Muhammad SAW dengan penyusuan susu ibu

Kisah Nabi Muhammad SAW mempunyai 2 orang ibu susuan iaitu thuwaibah dan Halimatus Saadiah bukti sejarah amalan penyusuan susu ibu sejak zaman Baginda lagi. Khasiat yang ada dalam susu ibu telah diberi kepada rasulullah SAW apabila disusui dengan sempurna oleh Halimatus Saadiah selama 2 tahun.

Khasiatnya adalah besar untuk mempengaruhi fikiran dan pembesaran anak - anak. Apa yang disebut dalam quran " wal walida tu yurdik na auladahunna hau lai ni kamilaian". Ibu hendaklah menyusukan anak secara sempurna dalam tempoh 2 tahun
Othman Mustapha, Pengarah JAKIM

Islam itu indah ... mengapa islam menyarankan penyusuan sepanjang 2 tahun ? kerana susu ibu itu adalah makanan dari syurga (memetik kata - kata Dr Hamid Arshad mengenai susu ibu). Susu yang dihasilkan oleh ibu memenuhi keperluan setiap fasa pertumbuhan bayi. Jika bayi berumur 2 bulan (nutrien didalamnya selaras untuk pertumbuhan 2 bulan), jika anak sudah berumur 1 tahun 6 bulan (nutrien didalamnya selaras dengan pertumbuhannya 1 tahun 6 bulan). Penyusuan susu ibu juga dianggap sunnah (memetik kata - kata pakar laktasi, Pn Rita Rahayu). 

Sebenarnya ramai ibu - ibu menyedari fakta ini, tapi masih ada ibu - ibu yang masih kurang berjaya ? Termasuklah saya juga dahulu .. kurang berjaya .. :-(

Saya pernah mengalami kegagalan tersebut. Puncanya kerana kepenatan yang melampau akibat proses bersalin yang terlalu panjang dan kurangnya energy semasa dalam pantang. Sesetengah ibu menyatakan keluhannya kepada saya, apabila kegagalannya adalah berpunca daripada kurangnya energy lebih - lebih lagi jika bayi asyik nak bergantung 24 jam.

Kepada ibu - ibu yang masih menyusukan dengan susu ibu pada bulan ramadhan ini, jangan berhenti kerana apabila pemberhentian sudah berlaku, sukar untuk re-laktasi semula penyusuan tersebut (Dr Zaharah Sulaiman, pakar Laktasi HUSM)

Semoga kita lebih berjaya untuk kali yang kedua. Anda semua boleh ! anda ibu ibu yang hebat !

Sedikit video penghayatan susu ibu di bulan ramadhan yang mulia ini :
  

Hargailah kita di Malaysia berbanding dengan negara Afika. Bersyukur kita di Malaysia mewah dengan makanan berkhasiat, hasilnya dapat beri susu yang berkualiti seterusnya melahikan generasi yang bijak dan cerdas. *pemakanan pun turut di highlightkan dalam video ini ; jadi memang penting pemakanan bagi ibu menyusukan bayi. Tapi malangnya sayuran dan buahan pada masa kini penuh dengan baja chemical (semakin kurang nutrisi yang ibu terima dari pemakanan)

Saturday, July 20, 2013

Bagaimana susu ibu dihasilkan ?

Video ini diletak sebagai education programme; khas buat para ibu, bakal ibu, remaja perempuan pun bagus juga untuk menonton video ini sebagai persediaan menjadi ibu suatu masa nanti.

Yakinlah diri anda boleh menghasilkan susu ibu. Ya, setiap ibu boleh menyusukan bayi, tetapi yang paling sukar adalah istiqamah dalam penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Kerana dalam perjalanan susu ibu terdapat banyak faktor persekitaran yang menganggu dalam usaha murni tersebut.

Pengalaman saya ...

Hakikatnya, saya sering melihat penyusuan susu ibu seperti ini...
penyusuan susu ibu sempurna

Gambar menyusu ibu ni memberi signal pada otak saya "alaaaahai senang je la bagi susu ibu, mudah, senang.. letak je B kat anak, dia hisap..pastu kenyang..senang " (*inilah yang saya fikirkan masa anak pertama belum lahir)

Tetapi pada hakikat sebenarnya situasi ibu yang menyusukan bayi sebenarnya begini :

rumah bersepah
gambar (ihsan google)
aduhai rumah bersepah, ibu tak cukup tidur, penat dan bermacam - macam lagi...alahai..macamanalah saya nak berjaya dan memenuhi keperluan dengan semua perkara?

 Saya sebenarnya memerlukan energy yang banyak agar penyusuan susu ibu secara istiqamah dapat diteruskan sehingga mencapai misi 2 tahun. Jika saya sering penat, otak saya tidak dapat berfikiran positif. Fikiran yang positif penting bagi merangsang hormon oksitosin dalam penghasilan susu ibu....

Bagaimana nak dapat energy yang banyak setiap hari sebagai seorang ibu? ..

Pemakanan seimbang dan supplement [untuk bantu keperluan nutrien yang tidak dapat dipenuhi oleh tubuh badan seorang ibu] dapat membantu saya..dan mungkin anda juga

pilihan ibu menyusukan bayi


Gabungan lengkap ini sangat sempurna dalam menjayakan penyusuan secara istiqamah, kerana ia bukan saja memberikan ibu mood yang gembira bagi merangsang hormon oksitosin tetapi membekalkan energy yang berterusan..alhamdulillah..semoga kita semua berjaya mencapai misi penyusuan susu ibu selama 2 tahun .. amin

Sunday, July 14, 2013

What Islam said about breastfeeding

Ayat al-quran mengenai breastfeeding

 Terdapat 8 ayat al-quran yang menceritakan mengenai penyusuan susu ibu.

1. Surah al-Baqarah ayat 233
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak - anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.."

2. Surah at- Talaq ayat 6
"...kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah diantara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya".

3. Surah an- Nisa' ayat 23
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut) : ibu - ibu kamu dan anak - anak kamu, dan saudara - saudara kamu dan saudara - saudara bapa kamu, dan saudara - saudara ibu kamu, dan anak - anak saudara - saudara kamu yang lelaki, dan anak - anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu - ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara - saudara susuan kamu ..."

4. Surah al-Qasas ayat 7
"Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa : Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angakara firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari rasul - rasul Kami".

5. Surah al-Qasas ayat 12
"Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan - perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata : "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?"

6. Surah al-Hajj ayat 2
"Pada hari kaumu melihat (peristiwa - peristiwa yang mengerikan) itu, tiap - tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap - tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya: dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebeanrnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan".

7. Surah al-Ahqaf ayat 15
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya: ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan..."

8. Surah Luqman ayat 14
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun)..."
 
Dr kertas kerja "Al-Quran dan Sains berbicara Mengenai Susu Ibu" oleh Prof, Madya Dr farahwahida Mohd Yusof, Zilal Saari dan Marwah Saari
kredit kepada : mardhotillah-bp.blog
breastfeeding is sunnah

Friday, July 12, 2013

I love you mom !

How about your mother. Does your mother understand what you need


For mother's outhere, jangan sekali kali mengabaikan penyusuan eksklusif sekurang - kurangnya 6 bulan pertama pada bayi anda. Kebanjiran susu formula pada hari ini sebenarnya menggugat usaha penyusuan secara susu ibu. Anda pernah mengalami kegagalan penyusuan susu ibu sebelum ni ? Saya juga seperti anda. Saya pernah mengalami kegagalan itu. Dan kerana kegagalan itulah sering menghantui diri saya. Jadi untuk anak kedua SAYA AKAN PASTIKAN SAYA BERJAYA WALAU APA PUN YANG TERJADI.

pakar laktasi susu ibu


Teringin tak nak baca kisah penyusuan anak kedua saya ? Boleh klik sini

shaklee distributor desaru

Thursday, July 11, 2013

Tips penyusuan susu ibu dibulan ramadhan

Setiap ibu boleh berjaya berpuasa sambil menyusukan anak jika tahu rahsianya

Salam ramadhan buat semua yang beragama islam. Semoga ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan amalan kita dengan lebih baik berbanding tahun - tahun lepas. Adakah anda ibu yang masih menyusukan bayi anda ? Ibu - ibu tak perlu runsing susu merudum kerana berpuasa di bulan ramadhan ni sambil menyusukan anak. Kita semua mampu dengan izin-Nya. Sebelum itu, saya nak bagi tips menyusukan anak dibulan mulia ini oleh Dr Zaharah Sulaiman, pakar laktasi HUKM


Shaklee banyak bantu  ibu - ibu yang berpuasa tapi masih berjaya buat stock untuk bayi. Jom tengok testimoni ofismate saya, pengamal supplement shaklee

tips penyusuan sibulan ramadhan

Shaklee bukan bantu ofismate saya saja, tapi ramai ibu - ibu yang lain juga

susu ibu banyak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...