Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

Salam 15 ramadhan

Alhamdulillah, salam 15 ramadhan .. bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi amalan dalam bulan ramadhan yang mulia ..

Mari kekalkan momentum untuk merebut pahala dibulan ini .. alhamdulillah, tahun ini ramadhan yang kedua saya mengambil supplement shaklee untuk kekalkan momentum sepanjang bulan puasa.. (tak lembik dan perut mendidih - didih seperti 2 tahun yang lalu)

Syukur .. dengan tenaga yang allah kurniakan kepada saya ; moga - moga spiritual kali ini lebih baik dari tahun - tahun yang lalu ..

ramadhan, produk hot
pengalaman saya dulu - dulu [ sebab tak bertenaga : rasa nak tidur je sepanjang hari sehingga waktu berbuka ] .. ruginya saya tak grab peluang untuk tingkatkan ibadah dengan lebih sempurna (sedangkan Allah dah janji macam - macam kebaikan yang Allah nak beri pada bulan ramadhan ni)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Monday, July 7, 2014

Puasa Ramadan bantu bakar lemak berlebihan

Puasa Ramadan sebulan membantu tubuh menjalankan detoksifikasi. Tanda berlakunya detoksifikasi ialah bau mulut yang tidak menyenangkan. Puasa dikatakan mengubah mod tubuh kepada mod pemuliharaan kesihatan dan pencegahan daripada menghidapi penyakit.

emmm .. (sambil check bau mulut sendiri)

Mereka yang makan dan minum secara sederhana ketika tempoh diharuskan makan (berbuka, makan malam dan bersahur) akan mendapat ganjaran iaitu dari segi bentuk dan berat badan unggul. Mod pembakaran lemak dikatakan bermula pada 7 - 10 hari dari tempoh mula mengamalkan puasa. (sumber sinar harian)

Hari ni dan 9 ramadhan .. jom check , kita gambar no 1 atau no 2

puasa, bakar lemak

 puasa, iftar, kurus, gemuk

Anda mungkin ingin baca bagaimana sterol tumbuhan yang selalu kita makan mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dalam badan kita : klik sini

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Friday, March 21, 2014

Lagi 100 hari menuju ramadhan

Ketika saya tengok ramai kawan - kawan di FB post status ini pada 20 Mac yang lalu

"Ramadhan 100 hari lagi"

tetiba je rasa, eh ! dah nak ramadhan .. cepatnya masa berlalu ...ada puasa yang belum diganti ke belum ye? .. emmm, teringat tahun lepas saya berpuasa penuh .. cuma tahun - tahun yang lalu masih ada yang belum berganti .. cumanya tak ingat berapa hari .. emm kena lah ganti lebih la macam ni...anda bagaimana? ..dah habis ganti puasa ?

ramadhan, 100 hari

Ibu yang masih breastfeeding dan sedang berusaha menganti puasa, boleh cuba suplemen ini .. highly recommend ..

ganti puasa, ESP, PD, menyusukan, bayi, ramadhan, 100 hari

Boleh dapatkan ESP dengan tawaran harga yang menarik bulan ini dari saya.. :-)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Wednesday, August 14, 2013

Ramadan bermaksud cuaca panas terik

Eh! kan dah bulan Syawal, apalah Khairul Bariyah ni, lambat (buat entry ramadhan sedangkan syawal sudah masuk hari ke 7).

Sebenarnya banyak bahan yang saya cari untuk saya muat turun dalam blog saya. Tapi disebabkan kesibukan saya membuat persiapan syawal, banyak aktiviti tergendala.

Update a blog is like doing an assignment. Jika boleh, saya ingin menulis tentang fakta yang dirujuk daripada pelbagai bahan bacaan supaya boleh dirujuk oleh pembaca - pembaca blog saya.

Sekiranya, ada penulisan saya berdasarkan pengalaman peribadi (saya sebolehnya mencari bahan rujukan agar boleh menyokong pandangan dan pengalaman saya).

Hari ini saya nak berkongsi dengan sedikit ilmu yang saya dapat melalui pembacaan saya di ruangan Agama, Berita Harian bertarikh 5 Julai 2013. Rupa - rupanya ramadan itu bermaksud cuaca panas terik

Ia dinamakan sedemikian untuk menggambarkan rasa panas dalam perut disebabkan dahaga. Ramadaan berasal daripada perkataan Arab 'amida' atau 'al-ramad' yang bermaksud cuaca panas terik atau kemarau yang keterlaluan dan membakar tanah. Bahkan ia juga dikatakan sebagai batu - batan yang panas iaitu merujuk pada batu di padang pasir yang panas terbakar.

Ia juga dinamakan sedemikian untuk menggambakan rasa panas didalam perut disebabkan dahaga. Ada yang mengatakan ia kerana ramadan membakar dosa dengan amal soleh. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan ia dinamakan ramadan keran hati dan jiwa lebih bersedia untuk disucikan dan mengingati Allah sepanjang ramadan. Terlalu banyak kelebihan ramadan yang disebutkan sebagai penghulu segala bulan.

Penulis artikel adalah pegawai penyelidik kanan, pusat kajian syariah undang - undang dan  politik IKIM

Emmm, patutla sepanjang bulan ramdhan memang cuaca sangat panas dan terik. Alhamdulillah, ramadan kali ini Allah izinkan saya berpuasa penuh...Syukur ...

memetik kata - kata di rancangan MHI pagi tadi. "tanda - tanda puasa dan amalan kita diterima pada bulan ramadan ialah, apabila kita menjalankan ibadah dan amalan - amalan dengan istiqamah pada bulan seterusnya. Salah satunya ialah dengan berpuasa sebanyak 6 hari pada bulan Syawal."


*** Ya allah, izinkan daku berpuasa 6 hari pada bulan Syawal 1434H kali ini. Jom berpuasa 6

Sunday, July 21, 2013

Kisah Nabi Muhammad SAW dengan penyusuan susu ibu

Kisah Nabi Muhammad SAW mempunyai 2 orang ibu susuan iaitu thuwaibah dan Halimatus Saadiah bukti sejarah amalan penyusuan susu ibu sejak zaman Baginda lagi. Khasiat yang ada dalam susu ibu telah diberi kepada rasulullah SAW apabila disusui dengan sempurna oleh Halimatus Saadiah selama 2 tahun.

Khasiatnya adalah besar untuk mempengaruhi fikiran dan pembesaran anak - anak. Apa yang disebut dalam quran " wal walida tu yurdik na auladahunna hau lai ni kamilaian". Ibu hendaklah menyusukan anak secara sempurna dalam tempoh 2 tahun
Othman Mustapha, Pengarah JAKIM

Islam itu indah ... mengapa islam menyarankan penyusuan sepanjang 2 tahun ? kerana susu ibu itu adalah makanan dari syurga (memetik kata - kata Dr Hamid Arshad mengenai susu ibu). Susu yang dihasilkan oleh ibu memenuhi keperluan setiap fasa pertumbuhan bayi. Jika bayi berumur 2 bulan (nutrien didalamnya selaras untuk pertumbuhan 2 bulan), jika anak sudah berumur 1 tahun 6 bulan (nutrien didalamnya selaras dengan pertumbuhannya 1 tahun 6 bulan). Penyusuan susu ibu juga dianggap sunnah (memetik kata - kata pakar laktasi, Pn Rita Rahayu). 

Sebenarnya ramai ibu - ibu menyedari fakta ini, tapi masih ada ibu - ibu yang masih kurang berjaya ? Termasuklah saya juga dahulu .. kurang berjaya .. :-(

Saya pernah mengalami kegagalan tersebut. Puncanya kerana kepenatan yang melampau akibat proses bersalin yang terlalu panjang dan kurangnya energy semasa dalam pantang. Sesetengah ibu menyatakan keluhannya kepada saya, apabila kegagalannya adalah berpunca daripada kurangnya energy lebih - lebih lagi jika bayi asyik nak bergantung 24 jam.

Kepada ibu - ibu yang masih menyusukan dengan susu ibu pada bulan ramadhan ini, jangan berhenti kerana apabila pemberhentian sudah berlaku, sukar untuk re-laktasi semula penyusuan tersebut (Dr Zaharah Sulaiman, pakar Laktasi HUSM)

Semoga kita lebih berjaya untuk kali yang kedua. Anda semua boleh ! anda ibu ibu yang hebat !

Sedikit video penghayatan susu ibu di bulan ramadhan yang mulia ini :
  

Hargailah kita di Malaysia berbanding dengan negara Afika. Bersyukur kita di Malaysia mewah dengan makanan berkhasiat, hasilnya dapat beri susu yang berkualiti seterusnya melahikan generasi yang bijak dan cerdas. *pemakanan pun turut di highlightkan dalam video ini ; jadi memang penting pemakanan bagi ibu menyusukan bayi. Tapi malangnya sayuran dan buahan pada masa kini penuh dengan baja chemical (semakin kurang nutrisi yang ibu terima dari pemakanan)

Monday, May 20, 2013

Persediaan ibu menyusukan menjelang ramadhan


baik untuk dikongsi bersama ibu ibu semua

kredit to [mommylina] : 

Bulan puasa antara saat-saat paling getir bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya. Kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya buat pertama kali di bulan puasa sangat yakin (atau cuba meyakinkan dirinya sendiri) bahawa pengeluaran susu badannya takkan terjejas walaupun masih berpuasa. Bak kata pakar motivasi, berfikiran positif!

Namun, masalah biasanya timbul bila nak masuk minggu ke2/3. Sedikit-demi sedikit pengeluaran susu badannya berkurang sehingga memaksa mereka membuat pilihan yang sukar; sama ada tidak berpuasa untuk menyusukan anak atau terus berpuasa dan memberikan anak mereka campuran susu formula. Ya betul, ibu menyusu diberikan rukhsah untuk tidak berpuasa, tapi kan lebih baik jika mampu berpuasa sambil menyusukan anak?
Let’s say,
  1. anda kini dah ada stok sebanyak 20 oz dalam Freezer
  2. jumlah pengeluaran susu yang di pam ialah 17 oz sebelum bulan puasa (kecuali hari minggu sebab boleh direct feeding sepanjang hari)
  3. bayi kesayangan anda cuma minum 15 oz saja sehari (bekalan ke Taska waktu anda bekerja)
  4. jumlah pengeluaran susu yang di pam di bulan puasa akan menyusut kepada 9 oz sehari
Jika situasi anda sama seperti di atas, carta berikut menunjukkan bekalan susu yang boleh anda jangka,


Yup, by 2nd weeks of Ramadhan, bekalan susu habis. Time ni kalau tak cukup susu, bayi boleh melalak kelaparan; terutamanya kalau anak lelaki.
Apa perlu saya buat?

Mula banyakkan susu dari sekarang, jangan tunggu last minute atau yakin tak tentu hala. Dengan hanya meningkatkan pengeluaran susu yang di pam (untuk bekalan anak ke Nursery atau Taska) daripada 17 Oz kepada 20 Oz sehari (Ya, Cuma 3 Oz saja), bekalan susu anda dah cukup nak cover sampai akhir ramadhan. Tak caya tengok carta di bawah:


Kedua-dua kes di atas ni tak ambil kira kalau bayi atau nak kecil anda minum makin banyak & anda pun tak outstation ke mana-mana sehingga terpaksa menyediakan stock 2-3x ganda daripada biasa. Jika anda jangkakan kedua-dua perkara di atas bakal berlaku, saya nasihatkan cuba ikhtiarkan sesuatu sehingga boleh menambahkan pengeluaran susu sebanyak 25 Oz sehari sebelum masuk bulan puasa.


Jika anda berjaya menghasilkan 25 oz susu sehari mulai sekarang sebelum masuk bulan puasa, anda bakal menyimpan stok susu sebanyak 100 oz menjelang Syawal! Dengan jumlah sebegini, anda tak perlu lagi risau kalau tiba-tiba bos suruh outstation kerana urusan pejabat.

Ibu - ibu keep pumping dan berdoa berdoa dan berdoa kerana REZEKI susu itu datang dari ALLAH jua
Sekiranya anda memerlukan suppliment untuk membantu anda cergas semasa menyusukan bayi, boleh call/wassap 0137669176 atau pm di FB Independent Distributor 877261
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...