Showing posts with label Alfalfa shaklee. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa shaklee. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Apakah kaitan antara Alfalfa dan Hulk ?

Baru - baru ni ofismate saya bagitahu pada saya begini ..

"susu yang akak perah jadi hijau lah..memang normal eh bila kita ambil alfalfa susu jadi hijau?"

Hi hi hi ... tetiba rasa kelakar, sebab tetiba je terbayang - bayang kartun animasi Hulk masa tengah cari ilham nak menulis entry ni .. :-)

Adakah dengan minum susu yang pekat dan kehijauan, boleh menjadikan anak kita sekuat Hulk ?

Sebenarnya adalah normal susu perahan kelihatan pekat dan kehijauan selepas pengambilan alfalfa. 

"Susu ibu yang diperah kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain dalam set breastfeeding shaklee juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan susu ibu yang diperah ..."

Ramai ibu - ibu yang mengakui anak mereka montel dan badan berketul - ketul melalui pengambilan set breastfeeding shaklee .. Hakikat sebenarnya, ibu tersebut makan makanan yang berkhasiat, justeru khasiat tersebut disalurkan kepada bayi yang disusui ... Tu yang bayi jadi montel masa kecil ..Tapi nanti bila dah berusia 6 bulan keatas tidaklah jadi obesiti, perkembangannya selaras dengan umurnya ..

 Alfalfa adalah pilihan saya semasa saya menyusukan anak saya. Dan sehingga kini walaupun saya tidak menyusukan anak saya, saya tetap juga consume alfalfa. Sebab khasiat alfalfa ni bukan hanya bertindak sebagai milk booster sahaja. Tapi best tau .. ia bertindak seperti kacip fatimah. Lebih - lebih lagi kalau diambil bersama ESP ... emmmm, berbunga - bunga suami isteri.. :-)

*mereka yang dah consume je akan tersengih - sengih dan mengakui kata - kata di atas .. kan? kan?

Penutup entry kali ni, nak share dengan anda semua apa yang best nya Alfalfa Shaklee
*alfalfa also believed to be a galactagogue, that INDUCES LACTATION. Natural remedy to increase milk 

alfalfa shaklee
Bermula sejak hari itu ..alfalfa dan gabungan set breastfeeding yang lain terus jadi pilihan kawan saya ni ..cepat cepat je sambung order bila alfalfa dia dah nak habis .. kawan saya kata, susu cair la kalau tak ambil supplemen .. lagipun, akak pernah try tak makan supplemen, badan jadi lemah sangat...


Well, kawan saya ibu beranak empat ni dah merasai kebaikan alfalfa yang bertindak sebagai galactagogue, yang merangsang penyusuan. Remedi semulajadi untuk tingkatkan penghasilan susu ibu... :-)

Ibu - ibu menyusu yang lain bila lagi ? Promosi Alfalfa pada bulan januari masih lagi berlangsung .. pm me 0137669176 untuk harga kasih sayang tau .. :-)
 

Tuesday, October 29, 2013

Menjaga berat badan oleh Prof Dr Muhaya

Saya sedar sejak akhir - akhir ni permintaan set menurunkan berat badan shaklee melambung - lambung tinggi.. sehingga kan sesetengah vitamin out of stock di cawangan shaklee .. alhamdulillah, ramai pengguna telah membuat kajian dengan baik dan memilih supplement yang tepat untuk menjadi lebih sihat disamping menurunkan berat badan .. syukur...semoga niat kita semua menjaga berat badan adalah dengan tujuan ini


"jaga berat supaya sihat tubuh badan dengan niat ubudiyyah kepada Allah, dapat sujud sehingga keakhir hayat..."
dipetik dari kata - kata Prof Dr Muhaya dalam segmen aspirasi

Sebelum saya berkongsi tips - tips penting dari Prof Dr Muhaya bagaimana menjaga berat badan, suka saya menulis perkataan ini, tagline yang sangat singkat dan sangat mendalam maknanya

Set kurus Shaklee : "Keep Muscle You Have, Burn Fat You Don't Need, Lose Inches You Don't Want"dan "Give Nutrien Your Body Need"
Set kurus jenama lain : "Makanan mengenyangkan supaya boleh skip waktu makan..bila kurang makan nanti jadi lebih kurus"

ok, lets read tips penting menjaga berat badan dari Prof Dr Muhaya


Kenapa kita perlu jaga berat badan ? 

  • Untuk elak sakit lutut ketika diusia tua
"salah satu faktor utama orang sakit lutut ialah badan yang terlampau berat.. bayangkan meja yang penuh sarat dengan atas barang, kakinya kecil..maka akan rosaklah kaki meja..sendi yang paling banyak kita guna adalah lutut..sebab kita selalu berdiri..seluruh keberatan tu tertumpu kepada lutut..jadi kalau berat badan tak dijaga, masa muda ok..tapi bila tua akan dapat sakit arthiritis, sakit lutut dan sebagainya"

  • Sebagai kesihatan dan kecantikan 
"Berat badan ni ada orang melihat sebagai kesihatan dan ada orang melihat sebagai kecantikan..tapi sebenarnya bila kita sihat kita akan cantik..tak guna kita cantik jika kita tidak sihat.."

Bagaimana formula menjaga berat badan yang betul ?

Jumlah masuk mesti sama dengan jumlah keluar
MASUK = KELUAR
jangan masuk banyak dan keluar sikit
  • Tips satu
Bakar kalori dengan cara pergerakan, senaman dan sebagainya
  • Tips dua
KARBOHAIDRAT : "cara makan kita bagaimana? : berat badan naik kerana karbohaidrat yang tinggi.. kalau orang islam dia tak minum beer jadi (rice bally)...kalau orang bukan islam beer bally....orang islam makan nasi terlampau banyak (rice bally)..zaman dulu makan nasi banyak, tapi buat aktiviti banyak..zaman sekarang, makan nasi banyak tapi buat aktiviti sedikit..jumlah masuk tidak sama dengan keluar"
  • Tips tiga
GULA : "racun utama dunia adalah GULA..kita hanya perlu gula sebanyak 25g sahaja setiap hari..bila kita tak makan gula kita boleh hilang 1/2 hingga 1 pound seminggu berat badan..gula ni kalori tinggi nutrisi 0...gula boleh menyebabkan ketagihan..gula juga boleh menyebabkan penyakit mental..gula akan merosakkan gigi...bila gula yang banyak dalam badan (hati tak boleh handle gula dan ditukar kepada lemak dan tersumbat kepada jantung, saluran darah, kalau perempuan pergi kepunggung, sebab itu ia jadi mangkin besar..kalau lelaki akan pergi ke perut..jadi buncit)..

Gula tersembunyi terutama dalam minuman 3 in 1 (bahaya)..bila kita minum 3 in 1 kita tak tahu berapa banyak gula yang diletak oleh manifacture..kita tak ada pilihan...terus kita minum semua..tapi bila kita minum kopi biasa, kita akan pilih sama ada nak letak 1/2 sudu gula atau 1/4 sudu....


"dan pilihan kita menentukan tahap kesihatan kita.."...audit diri kita, tengok tahap gula, kegemukan kita dan kesihatan kita.. tengok pilihan yang kita dah buat 15 tahun yang lalu....ubah pilihan..nak makan gula banyak dan cucuk insulin masa tua atau nak kurangkan makan gula dan sihat akan datang?"

*Takutnya, dengan gula macam letak racun dalam badan sendiri..
  • Tips tiga
STRESS : "bila stress kita akan keluarkan hormon streoid dan hormon *colecechkoadmin (betulkan jika saya silap taip)..hormon - hormon ni mengurangkan keupayaan untuk handle lemak..jadi kita akan lebih depositkan lemak berbanding pembakaran lemak
  • Tips empat
KURANG MINUM AIR : "minum air sentiasa...minuman terbaik, adalah air putih"...beli filter yang baik..siapa yang tidak berniat untuk beli filter yang baik, yang menentukan 70% komponen sel dari molekul yang baik, alangkah ruginyaaa

Prof kata : "sunnah nabi tak de sebut minum kopi pun..kenapa kita nak ikut cara barat..ikut sunnah nabi"
*minum air masak banyak - banyak
  • Tips lima
TABIAT PERBUATAN DAN TABIAT MAKAN & MINUM : siapa nak gemuk senang je (jangan breakfast, tak cukup tidur, tak cukup minum air dan makan jarang - jarang)...kalau yang nak kurus, mantapkan sarapan pagi ; banyakkan protein (telur,soya bean, quaker oat,madu dan yang sihat - sihat)..dan makan banyak kali..3 jam sekali..sikit - sikit..sebab dia akan bakar cepat...minum banyak air..minum air sebelum makan...jangan minum air lepas makan sebab kita dah ganggu enzim penghadaman kita.. cukup tidur (sebelum midnight dah tidur)

Tabiat perbuatan yang tidak elok : singgah kerestoran 24 jam, makan dan balik tidur (*eh betullah..kedai mamak 25jam pun ada dah sekarang ni memupuk tabiat makan lewat malam)

Tabiat orang gemuk : ambil nasi dulu banyak - banyak baru ambil lauk (orang kurus ambil lauk kemudian baru letak nasi, nasi sikit sahaja)
  • Tips enam
MAKAN BUAH DAHULU SEBELUM MAKAN : dalam buah ada gula buah namanya fructus..ia memberi tenaga.....bila makan buah selepas makan dia akan jadi asid
  • Tips tujuh
TINGKATKAN AMALAN ROHANI : ada 3 jenis makanan, iaitu makanan fizikal, makanan emosi dan makanan rohani..makanan fizikal adalah makanan yang kita makan, makanan emosi macam kasih sayang, penghargaan, makanan rohani adalah kebergantungan pada Allah SWT.. *nak kurus pun kena semak amalan kita pada Allah tau..

Orang yang selalu stress, frust menunggeng dia akan makan banyak..kalau makanan emosi kita kurang, kita akan makan makanan fizikal banyak..orang yang dekat dengan Allah, dia tak perlu makanan emosi..hatinya tenang, tak perlu penghargaan manusia, jadi dia akan kurang makan makanan fizikal ...

Check diri kita ..... muhasabah diri kita ..


Ada banyak lagi persoalan - persoalan bagus dari masyarakat luar yang dijawab oleh Prof ..kalau anda nak dengar boleh klik play ye ..

*video akan diupload kemudian

.. pilihan kita menentukan tahap kesihatan kita ...

Jadi perlu ke kita makan supplement shaklee untuk kurus ?

tak Perlu .. perlu .. tak perlu .. perlu ..
hubungi saya sekiranya mahukan jawapannya

kuruskan badan 
pilihan anda menentukan tahap kesihatan anda ...

Sunday, September 22, 2013

Bacaan untuk isteri ; beratnya ujian untuk para suami

semasa membaca artikel ini, saya tertarik untuk berkongsi bersama kepada para isteri. Mesej yang ingin disampaikan oleh "Pesan nenek" ni sampai kedalam fikiran saya. Para isteri, jom baca ; bagus untuk anda semua

Cerita nenek :

"Kenapalah suami aku ni. Sikit - sikit keluar, sikit- sikit keluar." keluh seorang wanita
Hari cuti pun keluar, malam baru balik. Rumah dah jadi macam hotel . "wanita lain pula bercerita.

Nenek perhatikan wanita zaman moden suka memprotes suami tanpa menyelidik terlebih dahulu punca - puncanya. Suami suka keluar rumah dengan pelbagai alasan; berjumpa kawan lama, dipanggil bos, tertinggal barang dan sebagainya.

Rupa - rupanya suasana dirumah yang tidak beres. Rumah bersepah - sepah dan tidak terurus dari ruang tamu hingga kebilik tidur. Isteri pula tidak pandai mengungkapkan kata - kata meminta kerjasama suami. pantang bagi lelaki jika isteri meninggikan suara atau seperti mengarah suami.

Mungkin suami tidak selesa dengan penampilan isteri. Keadaan isteri yang mengalahkan pembantu rumah, malas membersihkan diri tau berdandan. Alasannya sibuk dengan kerja rumah.

Apabila keluar, isteri boleh pula menyiapkan diri berjam - jam dihadapan cermin, serta mengenakan fesyen pakaian yang menarik.

penampilan ketika keluar tidak dilaksanakan ketika dihadapan suami. Kesukaan suami tidak diambil peduli.

Sedarkah cucu-cucuku, yang dirahmati Allah

Diluar sana, suami dapat melihat ramai wanita cantik dan menarik. Wanita yang dimaksudkan itu ialah wanita fasiq yang keluar rumah. Siapakah wanita fasiq itu?

Wanita fasiq ialah wanita yang tidak mempedulikan perintah Allah. Dia berdandan, bersolek, memakai wangi - wangian dan mempamerkan tubuh yang memikat tanpa tujuan yang betul. Inilah fitnah wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud. "Tidaklaah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." (riwayat al-bukhari dan Muslim)

Benarlah sabda baginda. Hampir dimana - mana terdapat wanita yang tidak malu mempamerkan aurat dan kecantikan mereka.

Rasailah betapa berat ujian para suami ketika berada diluar. Ketika syahwat seorang lelaki yang soleh terpancing dengan godaan dunia, dia akan teringatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"sesungguhnya wanita itu datang dalam bentuk syaitan. Sesiapa yang mendapati hal yang sebegitu, dia hendaklah segera mendatangi isterinya kerana dengan demikian dapat menenangkan  gejolak yang ada dalam dirinya." (riwayat Abu Daud)

bayangkan, saat suami itu pulang kerumah, hatinya kecewa apabila melihat isterinya yang beraroma "rempah sepuluh rasa" "bau bawang putih, bau ikan dan belacan.

Jika begini keadaannya, bagaimana si suami dapat menenangkan gejolak dalam dirinya. Bagaimanakah dia kan selesa berada di rumah?

Wahai cucu - cucuku,

Berilah perhatian dalam hal ini. tidak mengapa rupa tidak cantik, tetapi menangi hati suami dengan penampilan bersih, menarik, berwangi - wangian dan bersoleh khusu untuk suami. Begitu juga keadaan di dalam rumah, pastikan kemas, bersih dan menenangkan.

Ingatlah, suami kita bukan malaikat. Suami kita adalah manusia biasa seperti yang digambarkan dalam al quran yang bermaksud:

"dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa - apa yang diingini; wanita - wanita, anak - anak, harta yang banyak daripada jenis emas dan perak.."(surah ali imaran 3:14)

sumber cerita ; majalah SOLUSI, April 2013

Penatnya menjadi isteri bukan ? semuanya perlu tip top.. tip top dari aspek kebersihan rumah dan tip top dari segi layanan kepada suami .. Belum lagi nak menguruskan hal - hal kewangan rumah, anak - anak dan bermacam lagi urusan yang berkait . semuanya memerlukan kesihatan yang baik dan energy yang banyak supaya semuanya dapat dilakukan dengan keikhlasan.. Ye la kadangkala, kita mampu buat semua ini tapi bila sampai tahap penat (mula lah macam - macam episod lain yang muncul) *sama ada membebel atau tertidur dengan badan masih berbau rempah 20 rasa, belacan dan sebagainya

Para isteri, jom siapkan diri kita dengan pengambilan supplement.. sebab kita perlu sihat dan banyak tenaga untuk menguruskan semua perkara... yang  paling penting "hal suami isteri" kan? Ramai yang memberi feed back dan testimoni baik melalui pengambilan ESP dan ALFALFA selain daripada memberi tenaga untuk menjalankan tugas - tugas seharian tetapi memberi kesan baik dalam hubungan suami isteri .. yelah, seronok bukan bila kita dapat kesan - kesan baik ni pada diri kita dengan pengambilan yang konsisten, seperti ini :

  • kulit jadi cerah dan cantik
  • payudara semakin anjal
  • tiada masalah keputihan
  • bahagian V ketat
* malu...nak buat tulisan besar

Kombinasi ESP dan ALFALFA ni cukup berbaloi bagi saya. Harganya kurang dari RM200 sahaja jika menjadi ahli dan mampu bertahan lebih kurang 3 bulan. Bermakna sebulan saya hanya perlu memperuntukkan RM 6+ sahaja...apalah sangat rm6+ sebulan kan, untuk kesihatan .. lagipun yang sangat penting produk shaklee bukan sekadar testimoni yang bagus tapi telah diuji secara klinikal sehingga diterbitkan dalam jurnal bagi rujukan para saintis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...