Showing posts with label omega guard shaklee. Show all posts
Showing posts with label omega guard shaklee. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Seindah doa dhuha

Alhamdulillah ..baru selesai baca info berkaitan Omega 3, DHA, EPA pada bayi dan kanak - kanak ..
 rujuk sini untuk bahan bacaan menarik yang saya baru baca

Sebenarnya omega 3 bukan sahaja bagus untuk bayi dan kanak - kanak, tapi orang dewasa pun memerlukan omega 3 untuk kesihatan jantung, mengawal kolestrol jahat dan untuk kesihatan kerana hakikatnya badan kita tidak dapat hasilkan omega 3 dan omega 3 hanya boleh diperolehi daripada makanan.

Hebatnya Allah ciptakan omega 3 yang merangkumi DHA dan EPA adalah pada susu ibu ..Breast milk is the best for baby .. (alhamdulillah ..sebab itulah masa anak kedua saya berjuang habis - habisan untuk berjaya dengan susu ibu walaupun masa anak pertama berjaya sehingga 6 bulan sahaja)..tapi masa anak kedua ; saya usaha sehabisnya (labur masa, labur wang ringgit, labur keringat ... )..he he macam susah je kan? tak susah bila keyakinan kita pada Allah yang Esa ..

saya pernah baca satu quote di Hospital Sultan Ismail, JB 3 tahun yang lalu dan masih saya ingat hingga kehari ini

"Penyusuan susu ibu adalah satu pelaburan ; Pelaburan yang baik untuk anak"

masa ni saya terus fikir ; ya ia adalah pelaburan .. salah satu pelaburan yang terlintas dalam fikiran saya adalah wang ringgit .. emmm, rasanya macam betul .. saya laburkan duit untuk beli pam susu, peralatan menyusu, baju untuk memudahkan penyusuan susu ibu .. menyesal ? ..tak menyesal ..apa saja untuk anak dan jayakan penyusuan saya sanggup

apa lagi yang saya laburkan ya? .. supplement ! .. dulu saya tak rasa supplement ni penting semasa penyusuan susu ibu .. yakin boleh orang kata .. tapi bila dah lalui penyusuan susu ibu masa anak pertama ; saya rasa semangat yakin boleh tu macam tak kuat je pada diri saya .. Yakin Boleh tanpa supplement buat saya sensitif sebab kepenatan tak cukup tidur .. Yakin Boleh tanpa supplement buat saya tak dapat beri yang terbaik untuk uruskan rumah tangga .. kemudian, saya baru tahu bila ibu yang beastfeeding kemudian pemakanan seimbang tak dijaga, tambahan supplement tak ambil ; akan berlaku transfer factor yang kuat semasa penyusuan susu ibu .. anak akan menyerap kalsium, nutrien yang ada pada tubuh ibu ..ooo, patutlah gigi mak saya banyak hilang ..susukan 9 orang anaknya ...9 9 anak mak ni serap kalsium dan nutrien pada badan mak...terima kasih mak ... saya sayang mak dunia akhirat.. ..

dulu saya rasa supplement sangat mahal .. tapi bila fikikan nak berjaya susu ibu (nak tenaga banyak untuk bantu mudahkan kejayaan susu ibu) ..saya abaikan je perasaan mahal tu ..masa ni mungkin dah matang sikit ..dah tak banyak berabis nak beli baju brand KIKO..(brand KIKO je pun)..nak beli gadget gadget baby yang macam best pun telan air liur dulu ..

Alhamdulillah ...saya bersyukur dapat salurkan omega 3 yang merangkumi EPA dan DHA yang ada pada susu ibu selama 2 tahun untuk anak kedua ..untuk anak pertama bersyukur juga walaupun bertahan 6 bulan ..alhamdulillah dapat beri kebaikan yang ada pada susu ibu untuk kamu berdua

kemudian, habis fasa 2 tahun penyusuan susu ibu .. saya beri anak saya Omega Guard Shaklee (minyak ikan ultra-pure) untuk bekalkan Omega 3 pada anak - anak saya ..badan kita tak dapat hasilkan omega 3 tapi kena ambil dari makanan dan supplement.

"ALA is the essential Omega-3 fatty acid, being required in our diets because our bodies cannot make it'

Alhamdulillah seindah doa dhuha .. fungsi mata dan brain development pada anak - anak saya memang buat saya bersyukur .. alhamdulillah atas kurniaan Allah yang Maha Hebat

Ya Allah ..sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu .. kecantikannya kecantikan Mu .. keindahannya keindahan Mu .. kekuatannya kekuatan Mu ..kekuasaannya kekuasaan Mu .. perlindungannya perlindungan Mu

Ya Allah .. jika rezeki masih dilangit turunkanlah ..jika dibumi keluarkanlah .. jika sukar permudahkanlah ..jika haram sucikanlah .. jika jauh dekatkanlah ..

Berkat waktu dhuha , kecantikan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu, kekuasaan Mu ... limpahkan kepadaku segala apa yang telah engkau berikan kepada hamba - hamba Mu yang soleh ...


Harap entry ini tidak disalah ertikan ... video ni masa zafirah 2 tahun ++ .... syukur.. ini semua milik Allah .. saya yakin pemakanan yang baik membentuk anak - anak yang bijak .. saya consume vitamin semenjak menyusukan zafirah sehingga dia berusia 2 tahun .. dan sejak dia berusia 2 tahun saya kenalkan dia dengan omega guard Shaklee (minyak ikan).. selain chewable vita-C..

Ingin dapatkan omega guard Shaklee boleh hubungi saya

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, February 11, 2014

Vitamin untuk kanak - kanak

Vitamin untuk kanak - kanak Shaklee, terdiri daripada mealshake, chewable vita C 100mg, omega guard

pengedar sah shaklee bandar penawar desaru

Kebaikan Vitamin-vitamin ni adalah :

Mealshake ~ merupakan pemakanan lengkap yang mengandungi sumber protein dengan vitamin & mineral yang diperlukan.~ Sesuai untuk meningkatkan selera makan kanak-kanak. ~minuman perisa vanila rendah lemak dan rendah glycemic.

Chewable Vita C 100mg ~ Sesuai untuk kanak-kanak/dewasa yang sukar menelan tablet. ~ Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta struktur am badan.

Omega Guard ~ Menggalakkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak2. Membantu tumbesaran dan membantu perkembangan memori.Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2.

Setiap vitamin ini bukan sesuai diambil dalam setiap peringkat umur kanak - kanak tau....pastikan anda mendapat maklumat yang secukupnya sekiranya berhasrat memberikan anak - anak anda vitamin

Melalui pembelian produk shaklee daripada saya, konsultasi percuma akan diberikan kepada anda .. :-)

Wednesday, December 25, 2013

Omega guard : Bagus untuk sumber DHA

siapa yang tidak tahu kebaikan minyak ikan ? rasanya semua orang tahu minyak ikan bagus untuk sumber DHA. Apa yang membezakan minyak ikan shaklee dengan jenama yang lain adalah gambarajah ini :

omega guard shaklee
Satu biji omega guard shaklee memberikan 99% omega-3 berbanding jenama - jenama lain ..(kredit gambar pada vitaminpilihanibu)

Liya zafirah adalah satu satunya testimoni yang suka saya ceritakan. Sebab ia berlaku dihadapan mata saya. Saya dapat lihat she is like a sponge (kuasa memorinya sangat mudah meng ingat dengan setiap persekitarannya)

Saya ada cerita sedikit sebelum ni tentang kebolehan liya zafirah anugerah oleh Allah pada anak saya. Boleh klik sini jika mahu membaca ..

Dan lately, mama selalu terkejut dan tak menyangka akal anak mama ni.

Dialog dipetang hari : asyad aiman 4 tahun, liya zafirah baru 2 tahun

Arsyad aiman : mama.. nak air masak .. mama nak air masak ..(sambil merengek rengek)
Mama : ambillah kat dapur tu .. abang dah besar kan...
Liya zafirah : (kat dapur main apa ntah .. tetiba bawa air dalam cawan)
Mama : tu adik bawa air tuh.. minta air kat adik ..
Liya zafirah : ni firah bawa air masak ..ada dua

Mama : *terkesima sekejap .. macamana adik pandai mengira ni .. baru 2 tahun dia pandai buat conclusion bila pegang air pada tangan kanan dan tangan kiri maknanya jumlahnya DUA !

Bravo bravo bravo ... dan mama masih speechless sehingga kehari ini

Pastikan beli minyak ikan dan bukan lemak ikan ye ..

Boleh dapatkan promosi YES 2013 omega guard shaklee dari saya .. ready stock untuk anda .. whatsapp 0137669176 (khairul bariyah)

Friday, December 20, 2013

Suplemen agar anak anak hebat

Do and Don't bagi suplemen untuk ibu hamil

Pengambilan vitamin penting dan menjadi kemestian kepada bakal - bakal ibu.

"wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih dari biasa bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum."

Memetik kata - kata Faten Fareza (pakar farmasi) ; supplemen yang bersesuaian diawal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan spina bifida dan kecacatan tiub neural.

spina bifida

Asid folik turut disarankan diambil seawal tiga bulan pra-kehamilan apabila anda merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah salah satu suplemen yang penting.


Kenapa perlu banyak vitamin ?

Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pranatal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Suplemen seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu.

"Mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan dan fungsinya. Mutivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesan bayi dalam kandungan.

Pengambilan minyak ikan

"Minyak ikan merupakan sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan. 

*badan tak boleh hasilkan asid lemak ini rupanye ... kena ambil dari makanan

Omega 3 dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. pembentukan secara optimum sel sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

suplemen anak hebat minyak ikan
Suplemen yang dilarang

Biarpun tubuh memerlukan pelbagai zat zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, terdapat beberapa jenis suplemen yang dilarang. Antara vitamin yang berbahaya tersebut ialah vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

GLA atau Gamma Linolecic Acid biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Teh hijau juga tidak digalakkan kerana teh hijau mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan dan boleh menyebabkan dehidrasi.

Waktu pengambilan paling sesuai

bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan supplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu.

*oooo ..patutlah ada ibu yang mengadu HB tetap rendah walapun sudah ambil suplemen .. bukan salah suplemen .. tapi waktu pengambilan tidak sesuai

Jadi apakah waktu yang sesuai ? emm panjang bebenar nak taipnya ..boleh try whatsapp number ni untuk tau jawapannya .. :-)

pengedar sah shaklee desaru johor

Dan yang paling penting

Multivitamin yang mengandungi vitamin A atau retinol boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

Semak vitamin anda ! 
(sumber PaMa, oktober 2013)

Sunday, December 15, 2013

Promosi Disember 2013 : Omega guard

Alhamdulillah vitamin yang family saya suka termasuk abah dan anak anak ialah omega!

Omega guard shaklee ni banyak khasiat antaranya :

- merendahkan kolestrol jahat

- mengurangkan risiko kebas2 kaki

- membantu warm the chest (sebab tu ada testimoni dari consumer anak - anak kurang selsema lepas ambil omega guard)

- bagus untuk kurangkan serangan gout dan ateritis

- kurangkan masalah PMS

- membantu cairkan darah

- bagus untuk sumber DHA 

promosi omega guard
Dalam bulan ini, dengan pembelian sebanyak 6 omega guard shaklee akan dapat percuma 1 omega guard ..

Boleh dapatkannya dari saya .. ready stok untuk anda :-)

Tuesday, October 29, 2013

Menjaga berat badan oleh Prof Dr Muhaya

Saya sedar sejak akhir - akhir ni permintaan set menurunkan berat badan shaklee melambung - lambung tinggi.. sehingga kan sesetengah vitamin out of stock di cawangan shaklee .. alhamdulillah, ramai pengguna telah membuat kajian dengan baik dan memilih supplement yang tepat untuk menjadi lebih sihat disamping menurunkan berat badan .. syukur...semoga niat kita semua menjaga berat badan adalah dengan tujuan ini


"jaga berat supaya sihat tubuh badan dengan niat ubudiyyah kepada Allah, dapat sujud sehingga keakhir hayat..."
dipetik dari kata - kata Prof Dr Muhaya dalam segmen aspirasi

Sebelum saya berkongsi tips - tips penting dari Prof Dr Muhaya bagaimana menjaga berat badan, suka saya menulis perkataan ini, tagline yang sangat singkat dan sangat mendalam maknanya

Set kurus Shaklee : "Keep Muscle You Have, Burn Fat You Don't Need, Lose Inches You Don't Want"dan "Give Nutrien Your Body Need"
Set kurus jenama lain : "Makanan mengenyangkan supaya boleh skip waktu makan..bila kurang makan nanti jadi lebih kurus"

ok, lets read tips penting menjaga berat badan dari Prof Dr Muhaya


Kenapa kita perlu jaga berat badan ? 

  • Untuk elak sakit lutut ketika diusia tua
"salah satu faktor utama orang sakit lutut ialah badan yang terlampau berat.. bayangkan meja yang penuh sarat dengan atas barang, kakinya kecil..maka akan rosaklah kaki meja..sendi yang paling banyak kita guna adalah lutut..sebab kita selalu berdiri..seluruh keberatan tu tertumpu kepada lutut..jadi kalau berat badan tak dijaga, masa muda ok..tapi bila tua akan dapat sakit arthiritis, sakit lutut dan sebagainya"

  • Sebagai kesihatan dan kecantikan 
"Berat badan ni ada orang melihat sebagai kesihatan dan ada orang melihat sebagai kecantikan..tapi sebenarnya bila kita sihat kita akan cantik..tak guna kita cantik jika kita tidak sihat.."

Bagaimana formula menjaga berat badan yang betul ?

Jumlah masuk mesti sama dengan jumlah keluar
MASUK = KELUAR
jangan masuk banyak dan keluar sikit
  • Tips satu
Bakar kalori dengan cara pergerakan, senaman dan sebagainya
  • Tips dua
KARBOHAIDRAT : "cara makan kita bagaimana? : berat badan naik kerana karbohaidrat yang tinggi.. kalau orang islam dia tak minum beer jadi (rice bally)...kalau orang bukan islam beer bally....orang islam makan nasi terlampau banyak (rice bally)..zaman dulu makan nasi banyak, tapi buat aktiviti banyak..zaman sekarang, makan nasi banyak tapi buat aktiviti sedikit..jumlah masuk tidak sama dengan keluar"
  • Tips tiga
GULA : "racun utama dunia adalah GULA..kita hanya perlu gula sebanyak 25g sahaja setiap hari..bila kita tak makan gula kita boleh hilang 1/2 hingga 1 pound seminggu berat badan..gula ni kalori tinggi nutrisi 0...gula boleh menyebabkan ketagihan..gula juga boleh menyebabkan penyakit mental..gula akan merosakkan gigi...bila gula yang banyak dalam badan (hati tak boleh handle gula dan ditukar kepada lemak dan tersumbat kepada jantung, saluran darah, kalau perempuan pergi kepunggung, sebab itu ia jadi mangkin besar..kalau lelaki akan pergi ke perut..jadi buncit)..

Gula tersembunyi terutama dalam minuman 3 in 1 (bahaya)..bila kita minum 3 in 1 kita tak tahu berapa banyak gula yang diletak oleh manifacture..kita tak ada pilihan...terus kita minum semua..tapi bila kita minum kopi biasa, kita akan pilih sama ada nak letak 1/2 sudu gula atau 1/4 sudu....


"dan pilihan kita menentukan tahap kesihatan kita.."...audit diri kita, tengok tahap gula, kegemukan kita dan kesihatan kita.. tengok pilihan yang kita dah buat 15 tahun yang lalu....ubah pilihan..nak makan gula banyak dan cucuk insulin masa tua atau nak kurangkan makan gula dan sihat akan datang?"

*Takutnya, dengan gula macam letak racun dalam badan sendiri..
  • Tips tiga
STRESS : "bila stress kita akan keluarkan hormon streoid dan hormon *colecechkoadmin (betulkan jika saya silap taip)..hormon - hormon ni mengurangkan keupayaan untuk handle lemak..jadi kita akan lebih depositkan lemak berbanding pembakaran lemak
  • Tips empat
KURANG MINUM AIR : "minum air sentiasa...minuman terbaik, adalah air putih"...beli filter yang baik..siapa yang tidak berniat untuk beli filter yang baik, yang menentukan 70% komponen sel dari molekul yang baik, alangkah ruginyaaa

Prof kata : "sunnah nabi tak de sebut minum kopi pun..kenapa kita nak ikut cara barat..ikut sunnah nabi"
*minum air masak banyak - banyak
  • Tips lima
TABIAT PERBUATAN DAN TABIAT MAKAN & MINUM : siapa nak gemuk senang je (jangan breakfast, tak cukup tidur, tak cukup minum air dan makan jarang - jarang)...kalau yang nak kurus, mantapkan sarapan pagi ; banyakkan protein (telur,soya bean, quaker oat,madu dan yang sihat - sihat)..dan makan banyak kali..3 jam sekali..sikit - sikit..sebab dia akan bakar cepat...minum banyak air..minum air sebelum makan...jangan minum air lepas makan sebab kita dah ganggu enzim penghadaman kita.. cukup tidur (sebelum midnight dah tidur)

Tabiat perbuatan yang tidak elok : singgah kerestoran 24 jam, makan dan balik tidur (*eh betullah..kedai mamak 25jam pun ada dah sekarang ni memupuk tabiat makan lewat malam)

Tabiat orang gemuk : ambil nasi dulu banyak - banyak baru ambil lauk (orang kurus ambil lauk kemudian baru letak nasi, nasi sikit sahaja)
  • Tips enam
MAKAN BUAH DAHULU SEBELUM MAKAN : dalam buah ada gula buah namanya fructus..ia memberi tenaga.....bila makan buah selepas makan dia akan jadi asid
  • Tips tujuh
TINGKATKAN AMALAN ROHANI : ada 3 jenis makanan, iaitu makanan fizikal, makanan emosi dan makanan rohani..makanan fizikal adalah makanan yang kita makan, makanan emosi macam kasih sayang, penghargaan, makanan rohani adalah kebergantungan pada Allah SWT.. *nak kurus pun kena semak amalan kita pada Allah tau..

Orang yang selalu stress, frust menunggeng dia akan makan banyak..kalau makanan emosi kita kurang, kita akan makan makanan fizikal banyak..orang yang dekat dengan Allah, dia tak perlu makanan emosi..hatinya tenang, tak perlu penghargaan manusia, jadi dia akan kurang makan makanan fizikal ...

Check diri kita ..... muhasabah diri kita ..


Ada banyak lagi persoalan - persoalan bagus dari masyarakat luar yang dijawab oleh Prof ..kalau anda nak dengar boleh klik play ye ..

*video akan diupload kemudian

.. pilihan kita menentukan tahap kesihatan kita ...

Jadi perlu ke kita makan supplement shaklee untuk kurus ?

tak Perlu .. perlu .. tak perlu .. perlu ..
hubungi saya sekiranya mahukan jawapannya

kuruskan badan 
pilihan anda menentukan tahap kesihatan anda ...

Tuesday, September 24, 2013

Omega Guard Shaklee bukan minyak ikan biasa

Selalunya, yang saya tahu mengenai minyak ikan, supplement yang memang orang selalu beri pada anak - anak.. Yela, tahu pun sebab selalu tengok iklan minyak ikan fisherman friends kat TV (he he he) ...ala kanak - kanak riang yang minum cecair berwarna putih tu .. he he

Minyak ikan shaklee atau juga dikenali sebagai omega guard sangat istimewa, bukan saja supplement untuk kanak - kanak. Tapi banyak kelebihan - kelebihan yang lain. Sebelum tu, nak tunjuk sikit kat anda semua, testimoni salah seorang pengguna Omega Guard Shaklee.

"Dengan izin Allah, batu karang keluar ikut kencing, bengkak - bengkak sendi dah hilang"

testimoni omega guard shaklee

Apalagi lagi kelebihan Omega Guard Shaklee :

Melindungi Jantung anda

Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid - asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi - fungsi sendi

*kalau ada ibu bapa yang mengalami sakit - sakit sendi, gout ; minyak ikan omega guard shaklee adalah satu pilihan yang terbaik .. jom berbakti kepada kedua orang tua kita ..

sebenarnya omega guard shaklee juga adalah supplement untuk kurus ! ..macamana tu ? nextry entry saya story ye .. bye ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...