Showing posts with label mendidik anak. Show all posts
Showing posts with label mendidik anak. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Kerana anak saya lelaki

Sebagai ibu mama rasa, mama kena rancang banyak aktiviti untuk anak - anak. Kalau sebelum ni kami suka penuhkan masa anak - anak ke shopping complex, tapi sejak akhir - akhir ni mama sedar yang aktiviti ke shopping complex dah macam tak relevan dengan anak se aktif arsyad aiman ..

Apa - apapun, mama masih rasa ilmu tentang keibubapaan ni masih perlu ditambah lagi... Jom baca kejap bagaimana mendidik anak lelaki

1. Peranan Bapa
  • Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih dibawah umur 5 tahun.
  • Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.
  • Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) diantara bapa dan anak.
  • Kebiasaannya bapa adalah idola atau 'role-model' kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.
  • Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.
2. Peranan ibu
  • Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.
  • Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaja. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.
  • Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

sekarang ni mama kena bagi aktiviti fizikal yang banyak untuk anak lelaki mama, supaya tenaganya habis disalurkan dengan aktiviti ni.. mama kena belajar selalu berlemah lembut, selalu berbual dan memuji anak lelaki mama ni


Wednesday, December 25, 2013

Omega guard : Bagus untuk sumber DHA

siapa yang tidak tahu kebaikan minyak ikan ? rasanya semua orang tahu minyak ikan bagus untuk sumber DHA. Apa yang membezakan minyak ikan shaklee dengan jenama yang lain adalah gambarajah ini :

omega guard shaklee
Satu biji omega guard shaklee memberikan 99% omega-3 berbanding jenama - jenama lain ..(kredit gambar pada vitaminpilihanibu)

Liya zafirah adalah satu satunya testimoni yang suka saya ceritakan. Sebab ia berlaku dihadapan mata saya. Saya dapat lihat she is like a sponge (kuasa memorinya sangat mudah meng ingat dengan setiap persekitarannya)

Saya ada cerita sedikit sebelum ni tentang kebolehan liya zafirah anugerah oleh Allah pada anak saya. Boleh klik sini jika mahu membaca ..

Dan lately, mama selalu terkejut dan tak menyangka akal anak mama ni.

Dialog dipetang hari : asyad aiman 4 tahun, liya zafirah baru 2 tahun

Arsyad aiman : mama.. nak air masak .. mama nak air masak ..(sambil merengek rengek)
Mama : ambillah kat dapur tu .. abang dah besar kan...
Liya zafirah : (kat dapur main apa ntah .. tetiba bawa air dalam cawan)
Mama : tu adik bawa air tuh.. minta air kat adik ..
Liya zafirah : ni firah bawa air masak ..ada dua

Mama : *terkesima sekejap .. macamana adik pandai mengira ni .. baru 2 tahun dia pandai buat conclusion bila pegang air pada tangan kanan dan tangan kiri maknanya jumlahnya DUA !

Bravo bravo bravo ... dan mama masih speechless sehingga kehari ini

Pastikan beli minyak ikan dan bukan lemak ikan ye ..

Boleh dapatkan promosi YES 2013 omega guard shaklee dari saya .. ready stock untuk anda .. whatsapp 0137669176 (khairul bariyah)

Thursday, June 27, 2013

Anak Cerdik (Ubat dan Doa)



Oleh Ustaz Sharhan Shafie, diletak didalam blog ini untuk rujukan saya. Ibu - ibu pun boleh amalkan juga





Ustaz Sharhan Shafie, Tanyalah Ustaz - Ubat dan Doa
Paling AFDHAL mulakan dengan membaca:
1) Al Fatihah
2) Ayat Qursi
3) Selawat Nabi

Kemudian disusuli doa/ayat quran yang diberi.

Sebaiknya berdoa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kemudian akan disusuli dengan kesembuhan Insya Allah. Jika tidak dimakbulkan, bermuhasabahlah diri sendiri,
jika ada kesalahan dengan manusia atau dengan Allah. Berbuat baik dan bertaubat nasuha.

Sebagai ibu, apalagi yang kegembiraan yang kita ingin dambakan selain anak - anak yang soleh dan solehah kan?

Thursday, June 20, 2013

Selangkah menjadi seperti darwish dan darwisya

Apa kebolehan yang anak saya ada adalah rezeki yang Allah bagi pada saya. Kerana pemberi rezeki mutlak hanya Allah jua. Saya mungkin tidak sekaya harta tapi saya bersyukur kerana semua yang Allah bagi pada saya sungguh berkat (sangat cukup tiap - tiap bulan, anak - anak sihat dan yang penting jiwa saya sangat tenang).

Mengikut pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer yang saya ambil dari blog ibu darwish dan darwisha menyatakan bahawa

 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'

My first child tahun ini berumur 4 tahun. Oh! masih belum terlambat nak didik anak - anak jadi macam darwish dan darwisya.

Siapa tu darwish dan darwisha ? Alaa, budak comel yang dah hafal quran sejak kanak - kanak tu. "boleh jengah blog mak dorang kat sini"

Mari didik anak - anak kita dengan al - quran terlebih dahulu berbanding ABC dan 123, sebabnya bila anak - anak dah kuasai al-quran, ilmu lain senang dia nak catch up.

Suka dengan ayat ibu darwish dan darwisya ni:

"Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup"


A part of my effort to teach my son. Arsyad aiman anak soleh berumur 4 tahun, belum bersekolah seperti rakan - rakan sebayanya. Thanks juga kepada pengasuh pengasuh anak saya di nursery KEJORA


Target mama 3 kul dulu :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...