Showing posts with label kanak - kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak - kanak. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Puasa buat anak semakin tinggi?

entry ni seharusnya di publish masa puasa .. emmm ; tak pelah kan ..sekurang - kurangnya dapat belajar  ilmu baru ..mai belajar ilmu baru .. :-)

Puasa buat anak semakin tinggi? 
puasa-buat-anak-tinggi


Kajian dari sarjana barat mendapati, puasa dapat memanjangkan hayat, meningkatkan kualiti hidup, merendahkan trigliserida, menentang rejuvenasi sel barah, merangsang penghasilan hormon tumbesaran, merangsang pembaharuan sel dan banyak lagi.

Hasil pemerhatian mendapati, tidak makan dalam tempoh sepanjang siang atau berpuasa tidak menyekat kalori yang dimakan pada waktu pagi. Sebaliknya berpuasa selepas dua waktu makan tersebut didapati mengaktifkan homon tumbesaran kanak - kanak dan membolehkan mereka menjadi lebih tinggi!

Ma sha Allah .. rasa teruja plak baca artikel ni

Suka baca pengalaman kawan - kawan yang kongsi gelagat anak - anak mereka yang pertama kali berpuasa ramadhan yang lepas...rasa nak tergelak pun ada..seronok..kagum pun ada dengan semangat diorang..

zafirah pun dah pandai cakap puasa walaupun tak puasa pun sebenarnya .. penangan tengok cerita upin dan ipin...bagus cerita upin dan ipin versi puasa dan raya ni (boleh didik kanak - kanak secara tak langsung mengenai kewajipan no 3 rukun islam ni)... 

untuk anak - anak saya suatu hari nanti mama nak bagi #shakleeEffect pertama kali berpuasa dengan Shaklee ..seronok baca perkongsian kakak ni walaupun anak dia berpuasa tapi tak melepek je sepanjang hari ...

puasa-kanak-kanak
 “ Salam GBS, saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa. Makan sahur dan berbuka mcm biasa makan nasi dan lauk yang saya masak.cuma saya beri makanan tambahan freshmilk+mealshake+kurma (blended) ketika berbuka, PD+Mealshakes masa sahur. Alhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool je puasa..tak merengek cakap lapar or dahaga. Sepanjang puasa semalam siap aktif menyakat adik dan main2x kat halaman rumah..bukannya tidur sepanjang hari.Syabas anakku! Semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ini. InsyaALLAH”
(kredit pada mychibibox.com)

 *emmm bagusnya .. saya dulu masa kecil - kecil, paling melepek bila dah hujung - hujung ramadhan .. lebih - lebih lagi bila tang mak buat kuih raya ... pergkhhhhh rasa nak tolong mak rasakan kuih raya tu je sedap ke tidak ...bau aroma kuih di bakar tu memang menguji kesabaran lah ..

Apa yang anda perlu tahu mengenai Shaklee Mealshake dan Performance Drink?? 

Menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu termasuk asid amino. Nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian dan diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.
Membantu tumbesaran anak dengan mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. Rasanya yang lazat berperisa vanilla yang sungguh yummy sesuai diambil bersama dengan fruktos semulajadi. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
Dilengkapi dengan rumusan optiCarb yang sudah dipatenkan. Ujian klinikal membuktikan ianya dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.
Selain itu, PD membantu mencegah penyahhidratan bagi mengurangkan rasa haus serta melembapkan kulit. Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat bagi menggantikan air yang hilang sewaktu aktiviti fizikal.
Sangat disarankan untuk mereka yang tinggal di kawasan tropika dan yang aktif dalam kerja harian.

p/s : Khas untuk anak - anak saya, mama nak didik anak mama tak tinggal solat walaupun berpuasa ... in sha allah ..sekarang fasa didik anak dengan solat dulu..nak tengok kesan mealshake pada anak kedua saya bila ada yang nampak perubahannya ? baca sini

Boleh dapatkan vitamin Shaklee dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Thursday, January 23, 2014

Kerana anak saya lelaki

Sebagai ibu mama rasa, mama kena rancang banyak aktiviti untuk anak - anak. Kalau sebelum ni kami suka penuhkan masa anak - anak ke shopping complex, tapi sejak akhir - akhir ni mama sedar yang aktiviti ke shopping complex dah macam tak relevan dengan anak se aktif arsyad aiman ..

Apa - apapun, mama masih rasa ilmu tentang keibubapaan ni masih perlu ditambah lagi... Jom baca kejap bagaimana mendidik anak lelaki

1. Peranan Bapa
  • Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih dibawah umur 5 tahun.
  • Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.
  • Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) diantara bapa dan anak.
  • Kebiasaannya bapa adalah idola atau 'role-model' kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.
  • Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.
2. Peranan ibu
  • Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.
  • Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaja. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.
  • Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

sekarang ni mama kena bagi aktiviti fizikal yang banyak untuk anak lelaki mama, supaya tenaganya habis disalurkan dengan aktiviti ni.. mama kena belajar selalu berlemah lembut, selalu berbual dan memuji anak lelaki mama ni


Sunday, January 19, 2014

Vitamin ; penting kah pada kanak - kanak?

Assalamualaikum semua ... hari ini saya suka berkongsi dengan anda salah satu artikel dalam majalah PaMa edisi oktober 2013 .. In sha allah, mana - mana artikel yang menarik akan saya kongsikan dengan anda semua dan akan saya nyatakan sumber rujukan bacaan tersebut ..

Artikel hari ini adalah tentang

'Menu penting untuk tumbesaran anak - anak'

Ibu bapa jom baca apa menu penting yang diperlukan oleh anak - anak bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran mereka yang sihat.

Khasiat pemakanan daripada sumber semulajadi

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat yang berbeza. Dengan memberikan anak anda pelbagai makanan dalam satu masa dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin dan mineral yang cukup untuk tumbesaran mereka. Bukan itu sahaja, malah kalsium yang cukup juga penting untuk kanak - kanak. Mereka memerlukan kira - kira 800mg kalsium setiap hari. Oleh itu makanan seperti susu, keju, dadih penting untuk mereka. Sayur - sayuran dan buah - buahan pula dapat membekalkan vitamin A dan C. Berikan anak - anak makan daging dan kekacang bagi mendapatkan zat besi dan protein yang secukupnya. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh juga dapat menyumbang kepada peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak - kanak.

Tambah saiz hidangan

Bertambah usia anak anda, maka bertambahlah saiz hidangan yang perlu diberikan kepada mereka. Yang penting setiap hidangan yang diberikan haruslah sihat dan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah disarankan. Kuantiti makanan yang biasanya disediakan untuk mereka adalah 1/4 hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Galakkan mereka makan setiap waktu dan sediakan snek sihat untuk kudapan mereka

Pentingnya vitamin

Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu tahu tentang jumlah pengambilan vitamin dan mineral yang diperlukan. Pakar pemakanan mencadangkan kanak - kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50mikrogram folat setiap hari

Jangan sekat anak makan

Kanak - kanak perlukan lemak secukupnya untuk memberikan mereka tenaga pada tahap yang tinggi. Secara umumnya, kanak - kanak mendapat 30 peratus kalori lemak. Antara saranan keperluan khasiat pemakanan kanak - kanak menggariskan bahawa kanak - kanak berusia 1 - 3 tahun perlu ambil 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Malah pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak - kanak mendapat 16mg atau lebih protein setiap hari untuk tumbesaran mereka. Namun ia bergantung kepada saiz badan anak - anak, sama ada terlalu kurus atau berlebihan berat badan

Bahaya kurang khasiat pemakanan

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak - kanak mudah mendapat anemia sekiranya kurang zat besi dalam badan. Kekurangan zink pula boleh menyebabkan gangguan deria dalam badan mereka yang mengakibatkan mereka kurang selera makan. Apa yang perlu anda INGAT adalah rutin pemakanan yang baik serta makanan yang sihat dapat membantu perkembangan dan tumbesaran anak - anak yang sihat

Wednesday, December 25, 2013

Omega guard : Bagus untuk sumber DHA

siapa yang tidak tahu kebaikan minyak ikan ? rasanya semua orang tahu minyak ikan bagus untuk sumber DHA. Apa yang membezakan minyak ikan shaklee dengan jenama yang lain adalah gambarajah ini :

omega guard shaklee
Satu biji omega guard shaklee memberikan 99% omega-3 berbanding jenama - jenama lain ..(kredit gambar pada vitaminpilihanibu)

Liya zafirah adalah satu satunya testimoni yang suka saya ceritakan. Sebab ia berlaku dihadapan mata saya. Saya dapat lihat she is like a sponge (kuasa memorinya sangat mudah meng ingat dengan setiap persekitarannya)

Saya ada cerita sedikit sebelum ni tentang kebolehan liya zafirah anugerah oleh Allah pada anak saya. Boleh klik sini jika mahu membaca ..

Dan lately, mama selalu terkejut dan tak menyangka akal anak mama ni.

Dialog dipetang hari : asyad aiman 4 tahun, liya zafirah baru 2 tahun

Arsyad aiman : mama.. nak air masak .. mama nak air masak ..(sambil merengek rengek)
Mama : ambillah kat dapur tu .. abang dah besar kan...
Liya zafirah : (kat dapur main apa ntah .. tetiba bawa air dalam cawan)
Mama : tu adik bawa air tuh.. minta air kat adik ..
Liya zafirah : ni firah bawa air masak ..ada dua

Mama : *terkesima sekejap .. macamana adik pandai mengira ni .. baru 2 tahun dia pandai buat conclusion bila pegang air pada tangan kanan dan tangan kiri maknanya jumlahnya DUA !

Bravo bravo bravo ... dan mama masih speechless sehingga kehari ini

Pastikan beli minyak ikan dan bukan lemak ikan ye ..

Boleh dapatkan promosi YES 2013 omega guard shaklee dari saya .. ready stock untuk anda .. whatsapp 0137669176 (khairul bariyah)

Sunday, June 2, 2013

Tips untuk lahirkan kanak - kanak yang cerdas dan ligat


Kajian bagi korelasi diantara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan “kanak – kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum kesekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan”

Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan lepada pencapaian kanak – kanak disekolah secara keseluruhannya?
  • Memberi tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan
  • Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai
  • Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja – kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat
  • Meningkatkan pencapaian berfikir
  • Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah
  • Membantu mereka untuk tidak ”berkhayal” semasa di dalam kelas
  • Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang mengelabah
Mealshake adalah sarapan pagi yang sangat ringkas dan berkhasiat bagi memenuhi tabiat kanak – kanak yang sering berkejaran dan tidak duduk diam menikmati hidangan mereka. Ia mengandungi 19 vitamiin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas untuk tumbesaran kanak – kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat. 

 Rujukan :(Shaklee today, Vol6,2012)

Mari tengok testimoni pengguna mealshake:

mealshake shaklee

mealshake shaklee

 kredit pada mamayariesya dan mama2win blog

Saya juga memberi mealshake kepada anak saya. Banyak kesan positif yang saya nampak pada diri anak saya. Boleh baca cerita penuh di sini

"Shaklee sudah berada lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan. Tambahan pula, tiada keraguan dalam status halal shaklee. Apa pilihan anda ? "
call/wassap 0137669176 atau pm di FB Secret of Supplement  sekiranya anda perlukan supplement shaklee 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...