Showing posts with label vitamin semulajadi. Show all posts
Showing posts with label vitamin semulajadi. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Fahami vitamin SEMULAJADI, SINTETIK dan ORGANIK

Saya pernah membaca dalam artikel yang bertajuk 'Obsesi Suplemen : Perlukah?' yang vitamin sebenarnya ada 3 jenis iaitu vitamin semulajadi, sintetik dan organik. Namun begitu saya hanya tahu beza vitamin semulajadi dan vitamin sintetik sahaja. Apa yang saya ingat, vitamin organik tu sama seperti vitamin semulajadi. Tapi rupanya saya silap ..

Jom kita baca apa perbezaan ketiga - tiga vitamin tersebut

 Dalam bahasa mudah

(1) Vitamin Sintetik umpama buah dan sayur plastik

sayur dan buah mainan

(2) Vitamin Organik umpama jus buah dan jus sayur dalam pek

jus sayur dan buah


(3) Vitamin Semulajadi umpama buah dan sayur sebenar
buah dan sayur dalam vitamin
saya rujuk dari blog mommy lyna (http://vitaminsemulajadi.com/)

Dari segi penjelasan fakta, vitamin semulajadi, sintetik dan organik boleh difahami berdasarkan maklumat berikut :

VITAMIN VSEMULAJADI 
  • Di hasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi
  • kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding sintentik
  • perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti
  • kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (Rujuk : A consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
VITAMIN SINTETIK
  • nutrien yang di hasilkan dalam persekitaran makmal
  • bersumberkan tar arang batu
  • paling murah. Komponennya bahan kimia
  • kebanyakkan makanan tambahan adalah dalam jenis ini
  • syarikat yang pentingkan keuntungan gunakan cara ini
  • biasanya di jual di farmasi
  • walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza
  • dari label - di labelkan dengan huruf "l" berbanding huruf "d" bagi semulajadi (Rujuk : How to Understand Food Supplement Labels by Dr Bruce B. Miller).
VITAMIN ORGANIK
  • Nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat
  • ia tidak sama dengan semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya
  • semasa pemprosesan, ia melibatkan :
    • haba yang berlebihan
    • produk petroleum biasanya digunakan, menyebabkan kehilangan nutrien
  • ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa di ganti
MENGAPA PERLU PILIH VITAMIN SEMULAJADI?
  1. enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  2. tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien
  3. penyediaan bahan mentah dai sumber semulajadi yang berkualiti
  4. imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  5. semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintentik
  6. semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya
MENGAPA PERLU ELAKKAN VITAMIN SINTENTIK?
  1. tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh - struktur sistem enzim kita adalah untuk semulajadi, bukannya makmal
  2. percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintentik adalah seumpama memadankan tangan kanan anda ke sarung tangan kiri
  3. semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik - 42% lebih berkesan dari sintentik. Anda dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi.
 BAGAIMANA MENGENAL VITAMIN SEMULAJADI ATAU VITAMIN SINTETIK?
  • melalui pembacaan label - huruf "l" bagi tiruan dan " d" bagi semulajadi
  • melalui kehadiran pad "gel silika" dalam bekas sintetik..uncang gel yang bertulis "do not eat" tu...selalu ada dalam handbag, kasut...gel silika kan untuk menyerap kelembapan....so vitamin yang semulajadi memang tak perlukan gel silika ni ^^
  • dan sudah semestinya anda boleh beli Shaklee dangan yakin ^^ (Rujuk : Shaklee Food Supplement - A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
saya rujuk dari blog (http://beautydaisy.blogspot.com)

Jadi kita nak makan yang mana satu ya,  buah dan sayur plastik, jus buah dan jus sayur dalam pek atau buah dan sayur sebenar?

Sunday, January 19, 2014

Vitamin ; penting kah pada kanak - kanak?

Assalamualaikum semua ... hari ini saya suka berkongsi dengan anda salah satu artikel dalam majalah PaMa edisi oktober 2013 .. In sha allah, mana - mana artikel yang menarik akan saya kongsikan dengan anda semua dan akan saya nyatakan sumber rujukan bacaan tersebut ..

Artikel hari ini adalah tentang

'Menu penting untuk tumbesaran anak - anak'

Ibu bapa jom baca apa menu penting yang diperlukan oleh anak - anak bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran mereka yang sihat.

Khasiat pemakanan daripada sumber semulajadi

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat yang berbeza. Dengan memberikan anak anda pelbagai makanan dalam satu masa dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin dan mineral yang cukup untuk tumbesaran mereka. Bukan itu sahaja, malah kalsium yang cukup juga penting untuk kanak - kanak. Mereka memerlukan kira - kira 800mg kalsium setiap hari. Oleh itu makanan seperti susu, keju, dadih penting untuk mereka. Sayur - sayuran dan buah - buahan pula dapat membekalkan vitamin A dan C. Berikan anak - anak makan daging dan kekacang bagi mendapatkan zat besi dan protein yang secukupnya. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh juga dapat menyumbang kepada peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak - kanak.

Tambah saiz hidangan

Bertambah usia anak anda, maka bertambahlah saiz hidangan yang perlu diberikan kepada mereka. Yang penting setiap hidangan yang diberikan haruslah sihat dan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah disarankan. Kuantiti makanan yang biasanya disediakan untuk mereka adalah 1/4 hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Galakkan mereka makan setiap waktu dan sediakan snek sihat untuk kudapan mereka

Pentingnya vitamin

Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu tahu tentang jumlah pengambilan vitamin dan mineral yang diperlukan. Pakar pemakanan mencadangkan kanak - kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50mikrogram folat setiap hari

Jangan sekat anak makan

Kanak - kanak perlukan lemak secukupnya untuk memberikan mereka tenaga pada tahap yang tinggi. Secara umumnya, kanak - kanak mendapat 30 peratus kalori lemak. Antara saranan keperluan khasiat pemakanan kanak - kanak menggariskan bahawa kanak - kanak berusia 1 - 3 tahun perlu ambil 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Malah pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak - kanak mendapat 16mg atau lebih protein setiap hari untuk tumbesaran mereka. Namun ia bergantung kepada saiz badan anak - anak, sama ada terlalu kurus atau berlebihan berat badan

Bahaya kurang khasiat pemakanan

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak - kanak mudah mendapat anemia sekiranya kurang zat besi dalam badan. Kekurangan zink pula boleh menyebabkan gangguan deria dalam badan mereka yang mengakibatkan mereka kurang selera makan. Apa yang perlu anda INGAT adalah rutin pemakanan yang baik serta makanan yang sihat dapat membantu perkembangan dan tumbesaran anak - anak yang sihat

Friday, January 10, 2014

Multivitamin boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada bayi ?

Oh! takutnya saya .. macamana mutivitamin boleh jadi racun dan menyebabkan bayi cacat ni?

Untuk entry kali ni, sebenarnya saya nak share tentang vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu mengandung. 

Jika saya mengandung perluke saya ambil sebarang vitamin tambahan?

 *jika anda ingin tahu sebenarnya wanita hamil yang mabuk sebenarnya adalah disebabkan pemakanannya tidak seimbang. Dan sebenarnya kita perlu vitamin untuk membantu memenuhi nutrien yang tidak dapat dipenuhi dalam pemakanan seimbang

Petikan artikel dari babycenter :
"Dalam sebuah dunia yang ideal yang bebas dari mabuk hamil atau alah kepada sesetengah makanan, diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi hakikatnya, vitamin dan mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda"
 sumber :babycenter

justeru, jangan abaikan pengambilan vitamin sekiranya anda mengandung. Jom baca artikel  yang sempat saya selitkan dalam entry kali ini tentang keperluan vitamin bagi ibu yang mengandung.

vitamin ibu mengandung

Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.

Tanyalah doktor anda mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.
sumber :babycenter

 Adakah multivitamin dari Shaklee selamat ?

Multi-vitamin dari shaklee dikenali juga sebagai vita-lea. Tablet vitalea menagndungi 30 nutrisi lengkap. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Bahagian luarnya disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina

Jom tengok keratan rentas vitamin vita-lea diantara brand S
vitalea dan spirulina
 kredit gambar pada satu nutrition

Fakta nutrisi yang terdapat dalam vita-lea terdiri daripada kombinasi vitamin - vitamin ini :

fakta nutrisi vitalea

 Vitalea juga mengandungi vitamin A dalam membantu memberi kesihatan mata, kulit, anti -oksida, melawan kanser, mencegah rabun malam, membantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat

Walaubagaimanapun vitamin A yang terdapat didalam vitalea adalah diekstrak daripada sayuran dan buah. Dimana dalam tablet vitalea terdapat 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA

Shaklee adalah peneraju pertama vitamin ; ia selamat, berkesan dan mesra alam

Shaklee bermula dengan alam semulajadi. Shaklee mencari diseluruh dunia untuk sumber bahan - bahan semulajadi yang terbaik. Lebih 350 ujian keatas setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana - mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya telah diuji terlebih dahulu. Dan shaklee juga terus menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.

Secara teknikal, produk shaklee tiada bahan - bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans dan tiada pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Malah pembungkusan produk shaklee adalah selamat dan bebas daripada biophenol toksin - phthalates dan dakwat toksik.

Shaklee dijamin 100% selamat untuk digunakan

Tambahan maklumat daripada babycenter juga kepada ibu yang mengandung dan ingin membeli suplemen ..

Bincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen khas untuk anda sekiranya anda:
  • seorang vegetarian tegar;
  • menghidap kencing manis atau diabetes gestasi;
  • mengalami praeklampsia;
  • menghidap anaemia;
  • pernah melahirkan bayi dengan berat badan kelahiran yang rendah.

 

Di manakah saya boleh mendapatkan multivitamin pranatal?

 

Anda boleh membeli suplemen pranatal di farmasi, pasar raya dan kedai dalam talian. Doktor anda akan mengesyorkan suplemen kepada anda jika beliau berpendapat anda memerlukannya atas sebab-sebab kesihatan. Selain itu, anda boleh berjimat dengan membeli suplemen jenama sendiri (jenama yang dikeluarkan oleh pasar raya atau kedai itu sendiri). Ramai doktor dan bidan yang setuju bahawa jenama sendiri berkesan, sama dengan jenama terkenal.

Sebelum membeli suplemen pranatal, baca labelnya dan pastikan anda faham apa kandungan setiap suplemen itu.
sumber : babycenter

Jom, pilih vitamin semulajadi ; yang disahkan 100% selamat

Sebagai penutup entry hari ini ; saya suka berkongsi testimoni ibu yang mengandung dan mengambil vitamin shaklee dalam diet seimbang ibu hamil. Jom tengok apa kata mereka ;

mutivitamin ibu mengandung


Melalui pembelian produk shaklee daripada saya, kamu akan diberi consultation secara percuma. Penting tau consultation ni, sebab ada sesetengah customer hb nya tetap rendah semasa mengandung walaupun dah ambil suplemen. Cara pengambilan yang tidak betul punca suplemen tidak dapat memberi kebaikan yang menyeluruh pada badan kita.

Jangan segan - segan nak whatsapp nombor ini ya

pengedar sah shaklee desaru johor

Thursday, January 9, 2014

Saya demam selepas consume Shaklee

Krisis Pemulihan

Semalam pengasuh anak saya maklumkan pada saya begini ;

"adik akak demam teruk la lepas makan Shaklee.. pastu dia terus berhenti sekejap..bila berhenti terus demam dia baik ...."

Demam selepas consume suplemen Shaklee adalah salah satu tanda krisis pemulihan. Tak semua orang alami simptom yang sama..

Untuk makluman semua ; adik pengasuh saya ni makan suplemen shaklee sebab mengalami masalah dah lama tak datang period.. dan tidak pernah ambil apa apa suplemen sebelum ni..

Sebenarnya memang logik..bila tubuh badan kita tidak berfungsi dengan baik, darah kotor (period) tidak keluar dengan teratur..dan tambahan pula tidak pernah mengambil apa apa suplemen ; adalah logik badan kita mengalami krisis pemulihan

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietry. Simptom - simpton ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan  tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan terjadi

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit - penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Sisa - sia makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat - ubatan. Suplemen dietry membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ - organ kita

Pada wakti detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman, cirit - birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain - lain. Simptom - simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu sehingga 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

krisis pemulihan shaklee
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.

healing crisis
Pengambilan suplemen mengikut saranan yang betul dan berterusan akan memberikan kebaikan yang menyeluruh pada tubuh badan kita. Jika tidak, mungkin kita akan rasa suplemen langsung tidak memberi kesan yang bagus

Boleh dapatkan suplemen shaklee beserta konsultation percuma dari saya juga ..

Saya adalah pengedar sah shaklee anda :-)

Wednesday, January 8, 2014

Suplemen untuk ibu bekerja

Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen dan keperluan untuk mengambilnya

Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen ; boleh kurus, lebih sihat, cantik dan awet muda tanpa perlu bersenam dan makan

Sebab utama suplemen perlu diambil ialah untuk menangani masalah pencemaran dan pengambilan makanan segera dan pemakanan yang tidak teratur dikalangan masyarakat kita hari ini.

Sebenarnya setiap hari, kita harus makan :
  • 6 - 11 sajian roti, bijirin, nasi dan pasta lain
  • 3 - 5 sajian sayur - sayuran
  • 2 - 4 sajian buah - buahan
  • 2 -3 sajian jika susu, yogurt dan keju
  • 2 - 3 sajian daging, ayam, itik, ikan, kacang kering, telur atau kacang
  • lemak, minyak dan gula secara sederhana
 Memetik kata - kata pengarang buku terlaris 'The Nutrition Guarantee" dan pakar pemakanan bertauliah (Dr Bruce Miller)


"Walaupun kita mematuhi saranan pemakanan diatas; tapi .. sebenarnya kita mungkin menghadapi tiga masalah iaitu : "


1. Sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada pemakanan tersebut 
*vitamin C adalah vitamin yang mudah hilang dan perlu diperbaharui setiap hari

2. Jumlah vitamin yang diperlukan seperti vitamin E (vitamin E diperlukan untuk perlindungan daripada beberapa penyakit) dalah mustahil daripada diet biasa

3. Sesetengah nutrien (seperti minyak daripada ikan air sejuk) sukar untuk kita perolehi kerana ia bukan pemakanan utama dalam diet biasa kita



suplemen untuk ibu bekerja

Justeru, pengambilan suplemen dalam gaya hidup seharian kita sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan ibu bekerja yang terikat dengan masa dan sibuk sehingga tiada masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan diluar.

emmm .. besar sungguh pengaruh seorang ibu ye.. pengaruh dari segi lifestyle, pemakanan dan kehidupan keluarga

patutlah Prof Dr Muhaya suka berdakwah kepada kaum wanita, kaum ibu dan kaum isteri, sebab besarnya pengaruh ibu itu dalam sesebuah keluarga ..

Yelah, yang memasak untuk keluarga ialah ibu .. yang banyak menjaga , mendidik anak anak selalunya 70% adalah ibu ..

 sampaikan wujudnya perkataan ini "terdidik wanita, terdidiklah generasi"

Ibu - ibu ; mari beri makanan yang berkhasiat kepada keluarga kita.. dan tambahan suplemen untuk memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan seharian kita....

semoga terdidiknya wanita berdasarkan kepentingan makanan berkhasiat maka terdidiklah generasi yang sihat

Pilih suplemen semulajadi ; kerana hanya suplemen/vitamin semulajadi saja yang sesuai dengan tubuh manusia yang bersifat alami

Friday, December 20, 2013

Suplemen agar anak anak hebat

Do and Don't bagi suplemen untuk ibu hamil

Pengambilan vitamin penting dan menjadi kemestian kepada bakal - bakal ibu.

"wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih dari biasa bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum."

Memetik kata - kata Faten Fareza (pakar farmasi) ; supplemen yang bersesuaian diawal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan spina bifida dan kecacatan tiub neural.

spina bifida

Asid folik turut disarankan diambil seawal tiga bulan pra-kehamilan apabila anda merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah salah satu suplemen yang penting.


Kenapa perlu banyak vitamin ?

Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pranatal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Suplemen seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu.

"Mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan dan fungsinya. Mutivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesan bayi dalam kandungan.

Pengambilan minyak ikan

"Minyak ikan merupakan sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan. 

*badan tak boleh hasilkan asid lemak ini rupanye ... kena ambil dari makanan

Omega 3 dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. pembentukan secara optimum sel sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

suplemen anak hebat minyak ikan
Suplemen yang dilarang

Biarpun tubuh memerlukan pelbagai zat zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, terdapat beberapa jenis suplemen yang dilarang. Antara vitamin yang berbahaya tersebut ialah vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

GLA atau Gamma Linolecic Acid biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Teh hijau juga tidak digalakkan kerana teh hijau mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan dan boleh menyebabkan dehidrasi.

Waktu pengambilan paling sesuai

bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan supplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu.

*oooo ..patutlah ada ibu yang mengadu HB tetap rendah walapun sudah ambil suplemen .. bukan salah suplemen .. tapi waktu pengambilan tidak sesuai

Jadi apakah waktu yang sesuai ? emm panjang bebenar nak taipnya ..boleh try whatsapp number ni untuk tau jawapannya .. :-)

pengedar sah shaklee desaru johor

Dan yang paling penting

Multivitamin yang mengandungi vitamin A atau retinol boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

Semak vitamin anda ! 
(sumber PaMa, oktober 2013)

Sunday, November 10, 2013

Semak vitamin yang anda ambil

Sangat mengejutkan .. 

Tapi inilah fakta saintifik hasil penyelidikan bertahun - tahun ..

Hasil landmark study menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil supplement adalah kurang terdedah kepada penyakit diabetes, heart attack, stroke, coronary heart disease dan lain - lain berbanding mereka yang mengambil supplement

*aiyoo .... semak supplement / vitamin yang anda ambil .. adakah ia bersifat semulajadi ? adakah ia mempunyai silika gel dalam botol vitamin tersebut ?


Silica gel dalam vitamin sintetik ni sebenarnya berfungsi sebagai moisture absorption (bertujuan menyerap lembapan) .. apabila lembapan tidak diserap dalam vitamin yang tidak semulajadi maka Chemical Reaction akan berlaku pada vitamin tersebut ..

hati - hati ..dengan vitamin sintetik ...bahaya pada tubuh badan kita .. *kalau nak tahu apa tu vitamin sintetik boleh klik sini

Mengapa Shaklee Begitu Berbeza ?

  • Lebih 100,000 ujian kualiti tahunan
  • Sehingga 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru
  • Lebih 65 saintis menjalankan kajian & pembangunan keatas pelbagai bahan dan produk


dan ini juga salah satu perbezaan shaklee 'sentiasa berkesan'

Dr Bruce B Miller ni merupakan pihak ketiga yang membuat kajian tentang produk - produk shaklee. Bermakna hasil dapatan kajian memang tak bias dengan produk keluaran shaklee. Kajian keatas produk shaklee telah di publish di dalam pelbagai jurnal.

*siapa yang pernah terlibat dengan penyelidikan must understand bukan senang research paper nak publish dalam jurnal (sebab ia jadi rujukan tak kira saintis dan orang lain). Jika dapatan kajiannya main hentam keromo, pastu saintis rujuk ..  ia boleh mengancam nyawa manusia


kalau yang kat atas tadi tu Journal daripada kajian Dr Bruce B Miller sahaja, tapi kajian keatas shaklee juga  disokong melalui 100 lebih terbitan saintifik bertulis


dan satu kajian unggul terhadap pengguna supplemen menunjukkan, mereka yang mengambil supplemen shaklee dalam jangkamasa lama mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain atau langsung tidak mengambil sebarang vitamin


fuhh..lega rasanya nak kongsi apa yang saya dapat dari kelas ni .. shaklee is born from research .. bukan sebarang vitamin ... it green, it safe, it work and it halal too

Monday, July 15, 2013

Sila jangan baca

Bacaan khas untuk remaja sahaja

 

kepentingan pengambilan vitamin


 'vitamin dan makanan tambahan untuk remaja penting kerana mereka sentiasa bergerak aktif dalam aktiviti seharian terutama untuk memberi fokus di dalam kelas dan juga ketika mengikuti aktiviti kokurikulum'


Jika remaja penting untuk mengambil vitamin untuk bergerak aktif dalam aktiviti seharian, apatah lagi ibu dan bapa yang mempunyai tanggungjawab yang banyak untuk menguruskan kerjaya dan keletah anak - anak. Lebih - lebih lagi ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak yang memerlukan nutrisi yang banyak dalam diet seharian.

Memetik artikel tersebut " Proses penyediaan sesuatu makanan kadangkala menyebabkan vitamin dan nutrien didalamnya rosak: Oleh itu pengambilan vitamin diperlukan untuk memastikan anda mendapat khasiat yang mencukupi"

Memetik kata - kata Prof. Dr Muhaya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O bertajuk "Kesejahteraan Fizikal"

"Manusia pada umur 25 hingga 40 tahun suka merosakkan badan sendiri untuk mengejar kekayaan.. mesti jaga badan kita supaya kita dapat solat dengan sempurna pada masa tua berbanding duduk diatas kerusi..dan lebih baik kita membeli supplement berbanding membeli barang - barang branded"


Pentingkan pengambilan supplement dalam diet seharian kita?

Pilihlah vitamin yang bersifat semulajadi, kerana produk yang bersifat kimia hanya akan merosakkan tubuh manusia yang bersifat alami.

Thursday, May 23, 2013

Should a Breastfeeding Mom Be Taking Supplements?

[Kenyataan ini dipetik dan dirujuk dalam website breastfeeding http://www.africanbabiesdontcry.com]

Q : Should a Breastfeeding Mom Be Taking Supplements?  

A : In a word, yes! You should definitely be supplementing your diet with, well, supplements! 

Heres why: 
Our food is not as nutritious as days gone by!

 Not long ago, I was a firm disbeliever in supplements. I thought they were all part of a money making racket, and made up of cheap fillers that made no real difference to your health. I believed that eating a healthy diet of whole foods would meet your bodies nutritional requirements. That was until I had a health scare myself. Many tests were run, but the results that stuck in my head were those that illustrated how deficient in vital vitamins I was. It was shocking. 
Since then I have been researching vitamins and other supplements and how best to get what your body requires. First and foremost you need a varied diet of whole foods, plenty of fruit and vegetables and a good source of essential fats. Over and above this, due to the way in which fruit and vegetables are grown these days with an abundance of pesticides and only chemically replicated fertilisers, supplements are vital.

 Kepada anda yang baru mengenali supplement shaklee :


supplement shaklee
 Supplement Shaklee telah berada lebih 50 tahun dalam pasaran Malaysia. Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi? Pertama sekali kerana tiadanya silika gel dalam vitamin shaklee seperti dalam kebanyakan botol vitamin lain. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan. Shaklee Always Green, Always Safe and Always Works


 Sekiranya anda memerlukan suppliment untuk membantu anda cergas semasa menyusukan bayi, boleh call/wassap 0137669176 atau pm di FB Independent Distributor 877261

Tuesday, May 21, 2013

Ibu menyusu : Perlu ke ambil vitamin?


Baik untuk dikongsi bersama 

 credit to [sis norita idris]


Setiap orang mempunyai cara hidup dan pegangan yang tersendiri. Tiada siapa berhak mengatakan sesuatu itu perlu atau tidak kecuali kita sendiri yang menentukan. Mungkin ‘sesuatu’ itu perlu pada kita tetapi tidak pada orang lain. Tidak kurang juga bilamana ‘sesuatu’ itu adakala tidak perlu untuk kita namun ia penting buat orang lain. Hanya kita yang berhak menentukan apa yang perlu dan tidak buat diri kita. Namun ianya balik pada keperluan individu. 

Sama juga dengan pengambilan vitamin. Bukan semua orang perlu amik vitamin. Ia memang benar sama sekali. Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan yang seimbang, tiada sakit yang perlu dirawat, sentiasa bersenam dan punya masa beriadah, bebas dari stress….memang tidak perlu makan vitamin. 


Adakah anda mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan yang seimbang, tiada sakit yang perlu dirawat, sentiasa bersenam dan punya masa beriadah, bebas dari stress ?



Namun ada sesetengah pendapat, walau mereka sihat mereka tetap mengambil supplement sekadar memastikan semua keperluan nutrien oleh tubuh dipenuhi dengan baik dan ianya salah satu cara untuk mengekalkan atau memastikan tubuh sihat. Seperti pelajar yang cemerlang di sekolah, mengapa ibu bapa mereka masih perlu mencari tuition diluar? Ini hanya untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam momentum pembelajaran yang betul dan sentiasa cemerlang. Tak salah kalau ada duit

 Bagi ibu yang menyusu, banyak pendapat yang mengatakan tak perlu amik supplement memandangkan makanan harian yang seimbang sudah memadai. Namun ada sesetengah kes, saya rasa si ibu perlu pertimbangkan semula keperluan vitamin mengikut keadaannya ; antara situasi yang perlu pertimbangan :


1. Si ibu yang makan tidak teratur dan tidak seimbang. Nutrisi dalam susuibu dipengaruhi oleh apa yang si ibu makan. Hari ini, jika anda ibu bekerjaya, menu makan malam adalah menu yang paling simple dan tidak mengikut pemakanan seimbang.


2. Perkembangan dan berat bayi pada 6 bulan pertama tidak memberansangkan. Ini biasanya dipengaruhi oleh sumber vitamin dari badan ibu sendiri. Ada kebarangkalian ibu kekurangan zat besi, protien dan kalsium.


3. Hasil perahan sedikit walaupun si ibu minum 2-3 liter dan pam yang konsisten setiap 2-3 jam. Satu sesi perahan seharusnya dilakukan dalam 10-20 minit tetapi tidak lebih dari itu kerana ia boleh menyebabkan si ibu tertekan dan puting susu melecet. 


4. Si ibu adalah seorang yang bekerjaya dan mempunyai banyak tekanan di tempat kerja. Tekanan ini jika tidak di atasi akan menyebabkan si ibu mengalami kemerunduman susu kerana penghasilan susu yang lancar adalah ketika hormon oksitosin dirembeskan dengan banyak.


5. Si ibu sering keletihan dan mengalami masalah  sakit pinggang, sakit kaki malah sering sakit kepala. Keletihan yang melampau boleh menjejaskan penghasilan susu kerana ia akan mempengaruhi mood si ibu.


6. Si ibu kelihatan sangat tua dan tidak setara dengan umur. Ada yang kelihatan sangat kusam dan kedutan pada wajah. Ini kerana  zat dalam badan telah digunakan untuk disalurkan kepada bayi melalui susuibu, malangnya ia tidak diganti dengan baik.


7. Anak yang disusukan sering sakit. Memang benar susuibu kaya dengan antibodi namun jika anak mudah sakit dan ianya berlarutan, sesuatu harus dilakukan dan pergantungan pada ubat bukan penyelesaian terbaik. Selain amalan kerohanian seperti membacakan Fatihah untuk si anak, bersedekah si ibu perlu juga berusaha memastikan susunya kaya dengan nutrisi agar anak mendapat antibodi yang lebih baik untuk sistem imunisasinya.


8. Si ibu sering sakit. Apabila si ibu dalam keadaan tidak sihat, maka vitamin sedia ada akan digunakan untuk merawat tubuh si ibu terlebih dahulu. Adakala kesakitan yang dirasai oleh si ibu mempengaruhi perasaannya dan ini boleh menjejaskan penghasilan hormon oksitosin dan apabila ini berlaku, susuibu mempunyai risiko untuk menurun penghasilannya.


9. Si ibu di dapati mengandung dan ingin meneruskan penyusuan buat si manja. Apabila si ibu di dapati mengandung ,doktor akan memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik maka barulah disarankan si ibu itu meneruskan penyusuan bagi anak yang sedang dan masih menyusu. Walaubagaimanapun kebiasaannya doktor akan menyarankan pengambilan supplement di utamakan kerana badan ibu perlu ‘supply’ makanan[ vitamin] kepada dua anaknya, di dalam kandungan dan anak yang sedang disusukan. 


10. Ibu yang mempunyai masalah jiwa tertekan, emosi yang sering tidak stabil dan mudah marah….hakikatnya apabila keadaan ini tidak di atasi, maka penghasilan susu akan merosot secara perlahan-lahan. Ini kerana emosi yang terganggu pastinya menjejaskan penghasilan hormon oksitosin. Hormon oksitosin adalah sangat perlu dalam penghasilan susuibu yang lebih lancar terutama apabila hormon prolatin adalah tinggi. Ibu yang ada masalah ini perlukan cukup b complex dan kalsium.


Sekiranya anda memerlukan vitamin shaklee untuk penyusuan feel free to call/whatsapp : 0137669176 atau pm di FB Independent Distributor 877261





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...