Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Shaklee pilihan Tun Dr Mahathir

"Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”)."

Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!

sumber : klik link ini

Ketika saya membaca artikel penulis ini saya teringat nyaie (panggilan bagi nenek untuk orang jawa) yang masih hidup tapi tidak mengambil vitamin .. kitaran usianya adalah sama seperti Tun Mahathir .. secara fizikalnya nenek saya masih mampu berjalan walaupun perlahan - lahan, cuma dari segi pemikiran nenek saya dah jadi seorang yang pelupa dan selalu menangis ..faktor usia dengan emosi yang tidak stabil...

nyaie,shaklee,multivitamin,tua,kesihatan
nenek saya berusia 8+ ..

Hakikatnya, vitamin membantu memenuhi ruang - ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dalam diet pemakanan kita seharian .. agar, in sha allah, apabila dimamah usia kita memperoleh kesihatan dan mungkin pemikiran yang lebih baik supaya kita dapat beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna  

p/s : teringat husband cerita pasal Tun Mahathir, walapun sudah tidak menjadi perdana menteri tapi ideanya masih bernas dan menjadi rujukan ramai pihak. ketika harga elektrik semakin meningkat dan meningkat akibat kos meninggi, Tun bagi cadangan agar labur sedikit dana untuk buat penggantian lampu jalan kepada lampu jenis LED..supaya dalam jangka masa panjang kos dapat dikurangkan.. pelaburan itu salah satu option yang baik selain meningkatkan taraf elektrik kepada pengguna

emmm ...bernas idea tu

nenek saya yang bermula dengan kehidupan dan persekitaran yang belum tercemar dahulu masih dikurniakan kesihatan yang baik cuma sering lupa .. agaknya bagaimana kita pada usia tua dengan kehidupan dan persekitaran yang banyak pencemaran, fast food dan sebagainya...

Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar)

multivitamin,pertama,dunia
Vita-lea Shaklee .. multivitamin dan mineral PERTAMA dicipta didunia sejak tahun 1915

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Saturday, January 11, 2014

Meeting atas katil?

Ini bukan entry 18sx

Apabila tajuk entry ini ditulis oleh upline saya. Saya terus sengih.. hi hi hi.. bukan sengih bukan - bukan ye.. Tapi sengih sebab saya dah dapat idea nak menulis pada blog saya malam ni. Terbaiklah kak N. Tajuk ni memang catchy dan pada firasat saya memang ramai yang akan klik dan mahu tahu isi kandungannya.. :-) ..

termasuklah kamu kan ..teeetttttttt...  :-p

Meeting atas katil ni adalah ilmu yang baru je saya belajar semalam pukul 11.15malam. Kelas malam yang dibuat oleh upline saya kepada semua anak - anak didik dia. Kalau anda nak tahu upline saya tinggal kat miri sarawak nunnnn. Dan saya sebenarnya ketika itu masih berada di AEON, bukit indah !.Tapi kelas berjalan dengan lancar .. macam mana ye kami datang kelas ni ?

Ceritanya bermula begini ..

Bila wassap group shaklee saya berbunyi macam ini

beep beep beep beep:  ".. Anak - anak semua ... ; kelas akan bermula jam 10.00 malam ini .. sila bersedia di laptop atau di hp pada jam 9.45 malam"

Lepas terima informasi ni, saya terus ajak suami saya balik. "Bang, jom masuk dalam kereta" ...tanpa berlengah - lengah, kami dan anak - anak terus masuk dalam kereta.

Mujurlah, askar berdua ni batery dah tinggal 2 bar. Jadi kedua - dua anak saya ni masuk kereta terus diam - diam tertidur.

Dan kelas pun bermula dengan nyamannya secara alam maya

Kelas shaklee ni menggunakan sistem online atau dalam bahasa famousnya orang jawa kata webinar.

 Webinar is : short form Web-based seminar, a presentation, lecture, workshop or seminar that is transmitted over the Web.

Meeting dengan menggunakan sistem online. Walapun saya di Johor, upline saya di Sarawak, tapi kami ramai - ramai akan datang meeting ni dengar sharing ilmu yang diberi oleh upline kami. Hebat kan, sampai quota terhad pada 100orang peserta saja. Yang kelakarnya, ada yang sambil lipat kain dengar kelas. Mungkin juga, ada yang sedang mengempengkan anak atas katil sambil dengar kelas. 

*hebat lah ibu - ibu zaman sekarang ; memang menggunakan semua deria dengan serentak la .. :-)

Sambil buat kerja lain, mata pandang laptop atau hp untuk dengar dan lihat satu - satu slide power point diselak. Teruja kan? Dalam satu malam sahaja 2 topik disampaikan, iaitu topik basic dalam shaklee. Dan topik bagaimana meletakkan blog dalam google list

Jadi, dalam keadaan semua serba naik dan mahal ni. Minyak naik, tol naik.... Ada satu perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk selalu pergi travel kesana sini pergi kelas (jimat duit taww). Pada masa yang sama anak - anak dan suami semua dicelah ketiak anda.

kenaikan harga barang naik

Ni kelas pertama yang saya join ..lama dah sebelum ni...best sangat tajuk ni (SEO pada blog untuk optimize kan blog kita pada pencarian google).. nampak tak upline saya kat bahagian kamera sebelah kanan video tu.


Kelas kedua yang saya baru je attend adalah semalam..guna handphone je dalam kereta

Walau dimana anda berada, tidak menjadi suatu masalah perniagaan ni. Sekarang ni kan zaman dunia tanpa sempadan. Jom jadi sebahagian dalam team saya. Hanya rm75 sahaja yuran keahlian seumur hidup untuk jalankan bisness best ni. Kemudian, anda pun boleh join datang kelas sambil baring - baring atas katil dengar sharing ilmu dari pengamal 15 tahun shaklee.  :-)

Thursday, January 9, 2014

Saya demam selepas consume Shaklee

Krisis Pemulihan

Semalam pengasuh anak saya maklumkan pada saya begini ;

"adik akak demam teruk la lepas makan Shaklee.. pastu dia terus berhenti sekejap..bila berhenti terus demam dia baik ...."

Demam selepas consume suplemen Shaklee adalah salah satu tanda krisis pemulihan. Tak semua orang alami simptom yang sama..

Untuk makluman semua ; adik pengasuh saya ni makan suplemen shaklee sebab mengalami masalah dah lama tak datang period.. dan tidak pernah ambil apa apa suplemen sebelum ni..

Sebenarnya memang logik..bila tubuh badan kita tidak berfungsi dengan baik, darah kotor (period) tidak keluar dengan teratur..dan tambahan pula tidak pernah mengambil apa apa suplemen ; adalah logik badan kita mengalami krisis pemulihan

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietry. Simptom - simpton ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan  tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan terjadi

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit - penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Sisa - sia makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat - ubatan. Suplemen dietry membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ - organ kita

Pada wakti detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman, cirit - birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain - lain. Simptom - simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu sehingga 1 hingga 2 minggu.

Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

krisis pemulihan shaklee
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.

healing crisis
Pengambilan suplemen mengikut saranan yang betul dan berterusan akan memberikan kebaikan yang menyeluruh pada tubuh badan kita. Jika tidak, mungkin kita akan rasa suplemen langsung tidak memberi kesan yang bagus

Boleh dapatkan suplemen shaklee beserta konsultation percuma dari saya juga ..

Saya adalah pengedar sah shaklee anda :-)

Wednesday, September 25, 2013

Supplement shaklee VS Makanan Sunnah

Sepanjang saya consume supplement shaklee ni, pernah juga saya diberi dengan perkataan ini :

"Shaklee tu vitamin orang barat..tinggalkanlah vitamin orang barat ni...berbaliklah kepada makanan sunnah "

Saya diam saja... sebab saya ni tak pandai berkata - kata ..jadi diam sajalah..

*Diam - diam pun..dalam hati terngiang - ngiang jugalah sepanjang hari.. (terngiang dan bergema - gema seperti suara dalam gua) ... Shakleeeeee adalah barat..baraaat...baraaat...amerikaaaa..amerikaaaa..amerikaaa

Mujurlah ada blog ni tempat hati saya memberi jawapan saintifik... dan berharap angin lalu membawa mesej ini kepada insan - insan yang dipilih oleh Allah membacanya..amin...
Sebelum tu kepada anda yang baru mengenali Shaklee. Shaklee memang supplemen semujadi No 1 di Amerika Syarikat.

 Pengasas Shaklee ialah Dr. Forrest C. Shaklee, Sr :

* memang orang Amerika
  1. Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”. Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.
  2. Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity. 
  3. Pada 1924, Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  4. Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah - buahan ,sayur - sayuran dan minima lemak dan gula.
  5. Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
  6. Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
  7. Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies. 
  8. Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
  9. Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University) dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk - produk Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as: The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
  10. Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta - juta ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka
  11. Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk - produk Shaklee mengandungi nutrien - nutrien asas,enzim - enzim dan juga pyhtochemicals 
  12. Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
  13. Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana - mana makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.
  14. Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia
  15. 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
  16. Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
  17. Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  18. Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti.

*oh saya tak nak tahu pun semua pasal shaklee tu.. tak nak tak nak...

... ok lah, berbalik semula kepada main point dalam entry ni ..


Bila saya dipertanyakan dengan ayat diatas sekali tu, saya teringin nak kata begini..dalam surah al-baqarah ayat no 2 ada menyatakan hal ini ..

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)"

*udah, nanti dikatakan daku ustazah memandai - memandai pula nak mengajar orang..saya ni bukanlah golongan bijak pandai agama..saya cuma mak kepada 2 orang cahaya mata j..tak de apa - apapun yang istimewa pada diri saya ni ..

"Islam tak halang makan apa yang ada di bumi, yang penting ia adalah halal.."..untuk yang baru mengenali shaklee, status kehalalan Shaklee di pantau oleh Islamic Services of America..sijil halal shaklee diperbaharui setiap tahun ye..

sijil halal shaklee
 *ni sijil halal untuk tahun 2013..untuk tahun 2014 nanti lain pula

Berkenaan makanan sunnah pula ..

Sebagai pengedar shaklee, saya tak pernah mengajak anda membenci makanan sunnah..sedangkan saya sendiri turut sama ambil makanan sunnah selain supplement shaklee..tak salahkan untuk kita ambil supplement yang telah diuji kualitinya berdasarkan kajian klinikal ?

memetik pandangan yang saya ambil dari blog Dr Harlina , "does not mean that we Muslims should deny ourselves of modern medicine"

Terma ini boleh juga digunapakai dengan pengambilan supplement dari barat..tak salah jika kita juga consume supplement dari barat ni..yang penting ia halal kan?


madu, habbatussauda
atau pandangan Dr Maza ni:

Pada zaman Nabi, Nabi menghormati kepakaran Al haris bin khaladah dia bukan muslim, tapi dia pakar perubatan arab pada zaman dalam masyarakat madinah ..



Saya tak pernah menolak makanan sunnah.. i love makanan sunnah too
 
khasiat buah delima
"Pernah suatu ketika, masa saya nak beli buah delima..auntie ni kata dengan saya "yang ni mahal sikit, sebab delima dari Australia..yang ni china mari, jadi murah sikit"

  Islam tak pernah halang kita makan apa yang ada dibumi ini. Tetapi islam tak bagi kita makan berlebih - lebihan.. mereka yang membeli shaklee dengan saya..janganlah ambil supplement secara berlebihan..ikut saranan pengambilan yang dicadangkan..minumlah banyak air dan sesekali minumlah air kelapa, bagi meneutralkan vitamin dalam badan (Kadangkala kita tak sedar, kita kurang ambil air pada hari tertentu)

Love shaklee dan love makanan sunnah yang belum diproses sahaja :-)

Monday, July 15, 2013

Sila jangan baca

Bacaan khas untuk remaja sahaja

 

kepentingan pengambilan vitamin


 'vitamin dan makanan tambahan untuk remaja penting kerana mereka sentiasa bergerak aktif dalam aktiviti seharian terutama untuk memberi fokus di dalam kelas dan juga ketika mengikuti aktiviti kokurikulum'


Jika remaja penting untuk mengambil vitamin untuk bergerak aktif dalam aktiviti seharian, apatah lagi ibu dan bapa yang mempunyai tanggungjawab yang banyak untuk menguruskan kerjaya dan keletah anak - anak. Lebih - lebih lagi ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak yang memerlukan nutrisi yang banyak dalam diet seharian.

Memetik artikel tersebut " Proses penyediaan sesuatu makanan kadangkala menyebabkan vitamin dan nutrien didalamnya rosak: Oleh itu pengambilan vitamin diperlukan untuk memastikan anda mendapat khasiat yang mencukupi"

Memetik kata - kata Prof. Dr Muhaya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O bertajuk "Kesejahteraan Fizikal"

"Manusia pada umur 25 hingga 40 tahun suka merosakkan badan sendiri untuk mengejar kekayaan.. mesti jaga badan kita supaya kita dapat solat dengan sempurna pada masa tua berbanding duduk diatas kerusi..dan lebih baik kita membeli supplement berbanding membeli barang - barang branded"


Pentingkan pengambilan supplement dalam diet seharian kita?

Pilihlah vitamin yang bersifat semulajadi, kerana produk yang bersifat kimia hanya akan merosakkan tubuh manusia yang bersifat alami.

Tuesday, June 25, 2013

Usahawan terulung (Nabi Muhammad SAW)

Artikel ini saya petik dari Jutawan Internet, Irfan khairi

Pasti anda tahu bahawa Rasulullah saw adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?

Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!

Pesanan saudara Irfan Khairi ;

"Dah nak masuk hujung-hujung bulan Ramadhan ni, apa kata kita kenangkan kisah Rasulullah sebagai seorang usahawan muda. Semoga boleh menjadi inspirasi kepada kita semua dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan dengan sempurna. Jadilah seorang usahawan Al-Ameen! "

Dan yang ini pula ayat yang saya petik dari penulisan Pakdi

 "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik ... (surah al-Ahzab : ayat 21)

sumber : Pakdi.net
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik … (Surah al-Ahzab: ayat 21) - See more at: http://www.pakdi.net/4-fasa-bisnes-nabi-muhammad-saw/#sthash.V0DNJWP0.dpuf

Mari kita mencontohi Nabi Muhammad SAW yang suka berniaga dan merupakan usahawan terulung. Perniagaan adalah sunnah Nabi, dan dapat pahala jika kita buat sunnah Nabi. Rasulullah itu contoh ikutan yang baik. 

Susah tak bisness shaklee ni?. 

Tak susah, it's all about internet bisness. Sifu saya sendiri dari Sarawak, dan kami berkomunikasi hanya di internet!. Selain itu sayap perniagaan anda boleh berkembang bukan saja di Malaysia tapi boleh sehingga ke Indonesia juga.


Sekarang kita hidup dalam Dunia Tanpa Sempadan. Internet is a powerful tool that help u and your bisness grow up. Senang kan ?. Klik sini untuk tengok apa yang shaklee tawarkan.

Testimoni set pembedahan shaklee


Ini ketua pengasuh nursery anak saya semasa melalui pembedahan akibat Lymphoma di bahagian bahu.

Pengalamannya bersama shaklee sebenarnya bermula dari set berpantang ketika melahirkan anak keduanya 2008. Ketika beliau menceritakan pengalamannya bersama shaklee kepada saya ketika itu, saya sebenarnya nak buat mimik muka macam ni :


Aci tak ? Saya lahirkan anak pertama 2009, tapi kenal shaklee tahun 2011. Akak ni dah kenal shaklee dari tahun 2008. Kata beliau, "akak dulu tak pernahlah rasa anak kuning masa berpantang sampai akak rasa macam tak bersalin masa tu" . Daku sungguh cemburu dengan pengakuan ikhlas mu itu. Yelah kak, saya pun rasa apa yang akak rasa dari pengalaman saya mengambil supplement shaklee semasa berpantang anak kedua saya. Boleh baca cerita penuh saya di sini.

Berbalik kepada gambar asal dalam entry kali ni, sebenarnya nak cerita pasal set pembedahan shaklee. Ok, memandangkan akak ni dah dapat manfaat dengan shaklee semasa berpantang tahun 2008 tahun yang lalu, beliau memang tidak teragak - agak nak ambil supplement/vitamin shaklee ni bagi pembedahan yang dah dilaluinya ni. Apa supplement yang akak ni ambil?

Inilah supplement yang akak ni ambil:

  •  B complex untuk pembedahan
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik (termasuk membantu pemulihan luka pembedahan). Memberi tambah nilai anti-stress.

  • Vita-C untuk pembedahan 
Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan (termasuk membantu pemulihan luka pembedahan)
  • Vita-lea untuk pembedahan
Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan (termasuk membantu pemulihan luka pembedahan). 
  • Zinc complex untuk pembedahan   
Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik. Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan. (termasuk membantu pemulihan luka pembedahan). 
sumber : www.shaklee.com.my

# Kesannya, seminggu jer akak ni cuti lepas pembedahan. Tak sempat saya nak melawat akak ni, dah masuk kerja semula. Respon akak ni pada saya.

"Boringla cuti lama - lama kat rumah"

"akak ada tanya Dr, vitamin yang akak makan ni, Dr kata boleh proceed."

"akak lepas beberapa hari operation, drive kereta tau"

"betullah, sebenarnya bila kita happy otak kita akan set kita tak sakit"

inilah uniknya vitamin/supplement shaklee kerana mempunya kombinasi kepada tambah nilai anti-stress yang membuatkan sentiasa GEMBIRA walaupun selepas menjalani pembedahan

Alhamdulillah ... Syukur syukur syukur ... seronok dapat berkongsi manfaat dan kebaikan dengan orang lain .. Saya juga adalah pengedar sah shaklee, boleh dapatkan dari saya k

Monday, June 24, 2013

Testimonial Pengguna Shaklee sejak 1997

Pengakuan ibu kepada 5 orang anak

Boleh baca cerita penuh di blog beliau : klik sini


"Pengalaman saya menggunakan set berpantang Shaklee sangat lah Fantastik, menyebabkan kesihatan saya pulih dengan begitu cepat sekali berbanding sebelum-sebelum ini. Yang ketaranya dalam masa 2 minggu kawan-kawan yang ziarah mengatakan muka saya dah merah semula tidak seperti wanita dalam pantang anak kelima berbanding dulu dua bualan masih pucat lagi.
 
Yang paling istimewa dan mengujakankan sekali,  pertama kalinya saya mampu menyusukan bayi saya dengan susu badan sepenuhnya. Ke empat-empat baby sebelum ni, susu memang tak berapa ada dan tak lancar dan amat menyakitkan, so memang dikira gagal dan susu kering semasa dalam pantang. Sebelum ini saya mengira saya memang tidak mampu menyusukan, tetapi ternyata saya adalah normal cuma disebabkan kekurangan kalsium yang ketara dan lain-lain zat menyebabkan terjadinya masalah tersebut.

 Kesihatan baby pula kali ni memang berbeza, kalau dulu membesar guna susu lembu, banyak sekali masalah-masalah seperti demam, cirit birit, kembung dsb, maka si ibu pun kerap lah MC, ubat pun bermacam-macam warna yang doktor akan preskrip, tapi anak kelima ni Alhamdulillah tak pernah ke klinik sehingga berumur 2 tahun dimana satu nurseri dijangkiti chicken pox, my baby paling lambat kena dan paling cepat sembuh, dalam masa 4-5 hari sahaja dan tak banyak..kalau setakat selsema siang hari, sepanjang malam menyusu, keesokkan pagi kering dengan sendirinya, dengan syarat si ibu which is me..tidak mengabaikan my supplemen. This is really my succes story about set dalam pantang Shaklee."

Saya juga pengamal supplement shaklee. dan mula jatuh cinta dengan shaklee dari sejak pengunaan set berpantang shaklee. boleh baca kisah penuh saya di sini

Sunday, June 23, 2013

Saya tak suka minum air masak

Supplement shaklee yang saya adore so much selepas SET BERPANTANG ialah SET BREASTFEEDING. Kalau set berpantang shaklee saya teruja sebab buat saya GEMBIRA SOKMO dalam pantang, tapi set breastfeeding shaklee buat saya HAUS SOKMO!. Ya, inilah salah satu kesan ketara yang saya dapat lepas consume set breasfeeding shaklee. Sangat unik. Memang unik. Tak boleh nak kata uniknya shaklee ni pada diri saya.

Kita semua maklum, bagi menjayakan penyusuan susu ibu, ibu - ibu perlu minum air dengan banyak ;

"Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda."

sumber diambil  dari : www.babycenter.com.my

Minum banyak air. Terutamanya air masak. Air masak? Alaaahaaiiii ...lemahnya. Saya adalah kategori manusia yang sangat liat nak minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Saya tidaklah menyangka, selepas pengambilan set breastfeeding shaklee, ada satu kesan sampingan yang bagus pada diri saya. Iaitu membuatkan saya haus macam tak minum 6 hari rasanya. Rasanya dah minum air banyak, tapi tak puas puas. Seronoknya la hai .. mmmm, tak sangka set breasfeeding shaklee bukan saja membantu ibu - ibu cergas sepanjang menyusukan bayi, tapi memberi tambah nilai kepada "nak minum air masak jer dalam kuantiti yang banyak" . Uniknya la hai..Tak pernah makan vitamin/supplement yang beri kesan macam ni

 Apa SET BREASTFEEDING SHAKLEE yang memula saya ambil?
Inilah set yang memula saya ambil, iaitu:
  • Vita-C 
  • Vita-Lea
  • B-complex
  • Alfalfa
Kalaulah shaklee suruh saya gambarkan SET BREASTFEEDING SHAKLEE dengan 1 gambar, inilah gambar yang saya nak beri

"Oh shaklee ; why u do this to me ... i'm thirsty ... pleaseee don't do this to me only... do to other mother too


Tak percaya ke? cubalah dulu untuk anda dapat kesan seperti ini. Tak cuba tak tau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...