Showing posts with label makanan sunnah. Show all posts
Showing posts with label makanan sunnah. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Sajian rasulullah

Salam maulidurrasul buat semua pembaca blog saya. Bila hari ini adalah hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, sebenarnya saya teringat satu forum perdana yang saya pernah tonton. Forum perdana ehwal islam TV1; Moderator Us. Rizal Ramli dan tetamu panelis Dr. Hj. Zaharuddin Hj. Abd. Rahman + Us. Izhar Ariff Mohd Kashim tentang topik

'Sajian Rasulullah'

Sebelum entry menjadi lebih panjang, marilah kita berselawat kepada nabi Muhammad SAW sebagai pembuka entry hari ini

selawat nabi

Dalam slot forum ini, banyak perkara berkaitan pemakanan rasulullah diceritakan. Walaubagaimanapun sebenarnya ada beberapa bait - bait perkataan yang sangat menarik perhatian saya iaitu :

1. "Jangan kita sempitkan skop pemakanan sunnah dengan hanya berfikir makanan sunnah adalah hanya madu, habbatussauda dan etc sahaja. Tetapi makanan sunnah adalah makanan yang baik kualitinya dan halal"

Justeru, komen dariku untuk para sahabatku ; mari kita ambil makanan sunnah seperti madu, delima dll dan jangan pertikaikan dan mempersoalkan makanan - makanan lain yang sudah dijamin baik kualitinya dan yang pastinya ia halal

allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia - sia
Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia - sia

2. "Makanan segera itu tidak jatuh hukum haram dimakan jika kualiti makanan segera itu adalah dijamin baik kualitinya ... jika makanan segera itu dapat memberi kita masa yang singkat supaya mudah kita nak melakukan tanggungjawab kita kepada Allah SWT, maka makanan segera itu adalah lebih baik"

Moral of the story here ; pokok pangkalnya apa jua makanan..makanan segera atau makanan tak segera , basic rule nya ia mesti mempunyai jaminan kualiti yang baik.


3. "Nabi Muhammad makan koktel (buah bersama susu).. buah tamar yang dicampur dengan susu dan madu.. sebenarnya boleh makan buah bersama susu.. yang tidak boleh adalah berlebih - lebihan.. Nabi minum sikit je.. yang jadi larangannya orang kita kalau makan koktel, makan sampai satu jug...

Contohnya makan kambing.. ada sesetengah kata ia high cholesterol..ada sesetengah kata bagus kita makan, sebab Nabi Muhammad makan kambing.. sebenarnya tiada kesalahan makan kambing, cumanya masyarakat hari ini kalau makan kambing dalam kuantiti yang banyak..

emm,betul juga..kalau saya tengok rancangan 'Spices Route'..orang arab kalau makan kambing seekor tu 4 orang.. memang berlebih - lebihan...

Intipati disini yang perlu kita ambil ialah ; jangan berlebih - lebihan dengan apa jua makanan yang kita ambil

4. "Ada satu makanan segera yang Nabi Muhammad suka buat.. ia sunnah rasullullah yang jarang orang highlightkan.. apakah dia ? .. iaitu minum air sejuk sebelum makan apa - apa pada waktu pagi ..ia juga dikategorikan sebagai makanan segera ..

Mari amalkan, minum air sejuk sebelum makan apa - apa pada waktu pagi

Salam maulidurrasul

Friday, November 8, 2013

Minyak zaitun dan minyak kelapa sawit

listen listen dan listen ...

eh, kenapa listen ? sebelum ni saya ada cerita tentang hobi baru saya ; "menggunakan deria serentak dengan niat ubudiyyah kepada Allah SWT" dengan cara mendengar ilmu sambil tangan buat kerja ofis ..

Dan ada perkongsian ilmu yang sungguh menarik pada saya untuk dikongsikan. Tetapi oleh kerana audio tu mungkin dah lama diputarkan. Hari ni dah tak de dah audio tu. Jadi penulisan untuk entry kali ni berdasarkan apa yang mampu otak saya ingat ye..

Sebenarnya entry yang nak sangat saya tulis tu tentang minyak zaitun dan minyak kelapa sawit..

Selain mengambil supplement shaklee, saya juga menyukai makanan sunnah dan suka makan buah - buahan. Consume shaklee bukan bermakna, dilarang mengambil makanan sunnah dan memburukkan khasiat buah - buahan. Ramai yang telah salah faham. Tapi part makanan sunnah ni personally saya suka yang asli (makanan sunnah yang belum diproses)..suka makan buah kurma berbanding jus kurma yang telah diproses..suka makan delima berbanding jus delima yang telah diproses..dan sebagainya..

kalau teringin nak baca entry supplement shaklee vs makanan sunnah, boleh klik sini

entry ini juga menarik perhatian saya kerana saya adalah anak Felda..berkaitan juga dengan minyak kelapa sawit :-)

Dan hari ini saya sebenarnya nak cerita tentang minyak zaitun

Minyak zaitun seperti yang kita tahu adalah makanan sunnah dan banyak khasiatnya. Tetapi sebenarnya minyak zaitun  hanya efektif untuk kawasan mediteranean sahaja.. bagi kawasan macam Malaysia, minyak sawit la yang paling efektif berbanding minyak zaitun..banyak kajian telah dijalankan dan menyatakan kebagusan minyak sawit (Prof. Datin Dr. Azizan Bt. Baharuddin) ..

"Minyak kelapa sawit adalah makanan secret sejak zaman firaun...makanan sunnah seperti minyak zaitun hanya khusus untuk kawasan mediteranean..minyak sawit berkhasiat utk kawsan tropika....tidak mengandungi transakti acid @ kolestrol..digunakan oleh para Dr untuk merawat penyakit..dan banyak lagi khasiatnya tak tertulis dan tidak terjangkau oleh akal fikiran saya.."

dan patutla indonesia sanggup membakar hutan untuk tanam kelapa sawit ... kenapa tajuk audio ini adalah surah yasin, jerebu dan pohon kelapa sawit ?

minyak kelapa sawit

Sebenarnya Prof. cerita tentang kebaikan minyak kelapa sawit dan mengaitkan dengan jerebu yang berlaku akibat pembakaran hutan secara berleluasa oleh Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.. Dan sebenarnya dalam surah yassin, sudah diceritakan bahawa akan tiba suatu masa nanti api akan keluar dari pohon - pohon hijau .. dan ayat inilah terjadi apabila hutan hijau dibakar disebabkan tangan - tangan manusia sehingga merosakkan dan menyebabkan bencana jerebu

Banyak sebenarnya kesan jerebu..salah satunya ia memusnahkan plankton yang hidup atas air..apabila plankton mati..ikan tidak dapat sumber makanan..jika ikan tidak dapat sumber makanan akhirnya manusia pula mendapat kesan dan akibatnya..

Ma Sha Allah .. luasnya ilmu Allah seluas lautan..saya hanya tahu setitik air ...

seronok ilmu ni kan?, ilmu tentang kebaikan minyak kelapa sawit dan ilmu supaya kita menjaga alam sekitar  

jom jaga alam sekitar

Wednesday, September 25, 2013

Supplement shaklee VS Makanan Sunnah

Sepanjang saya consume supplement shaklee ni, pernah juga saya diberi dengan perkataan ini :

"Shaklee tu vitamin orang barat..tinggalkanlah vitamin orang barat ni...berbaliklah kepada makanan sunnah "

Saya diam saja... sebab saya ni tak pandai berkata - kata ..jadi diam sajalah..

*Diam - diam pun..dalam hati terngiang - ngiang jugalah sepanjang hari.. (terngiang dan bergema - gema seperti suara dalam gua) ... Shakleeeeee adalah barat..baraaat...baraaat...amerikaaaa..amerikaaaa..amerikaaa

Mujurlah ada blog ni tempat hati saya memberi jawapan saintifik... dan berharap angin lalu membawa mesej ini kepada insan - insan yang dipilih oleh Allah membacanya..amin...
Sebelum tu kepada anda yang baru mengenali Shaklee. Shaklee memang supplemen semujadi No 1 di Amerika Syarikat.

 Pengasas Shaklee ialah Dr. Forrest C. Shaklee, Sr :

* memang orang Amerika
  1. Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”. Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.
  2. Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity. 
  3. Pada 1924, Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  4. Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah - buahan ,sayur - sayuran dan minima lemak dan gula.
  5. Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
  6. Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
  7. Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies. 
  8. Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
  9. Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University) dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk - produk Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as: The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
  10. Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta - juta ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka
  11. Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk - produk Shaklee mengandungi nutrien - nutrien asas,enzim - enzim dan juga pyhtochemicals 
  12. Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
  13. Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana - mana makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.
  14. Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia
  15. 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
  16. Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
  17. Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  18. Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti.

*oh saya tak nak tahu pun semua pasal shaklee tu.. tak nak tak nak...

... ok lah, berbalik semula kepada main point dalam entry ni ..


Bila saya dipertanyakan dengan ayat diatas sekali tu, saya teringin nak kata begini..dalam surah al-baqarah ayat no 2 ada menyatakan hal ini ..

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)"

*udah, nanti dikatakan daku ustazah memandai - memandai pula nak mengajar orang..saya ni bukanlah golongan bijak pandai agama..saya cuma mak kepada 2 orang cahaya mata j..tak de apa - apapun yang istimewa pada diri saya ni ..

"Islam tak halang makan apa yang ada di bumi, yang penting ia adalah halal.."..untuk yang baru mengenali shaklee, status kehalalan Shaklee di pantau oleh Islamic Services of America..sijil halal shaklee diperbaharui setiap tahun ye..

sijil halal shaklee
 *ni sijil halal untuk tahun 2013..untuk tahun 2014 nanti lain pula

Berkenaan makanan sunnah pula ..

Sebagai pengedar shaklee, saya tak pernah mengajak anda membenci makanan sunnah..sedangkan saya sendiri turut sama ambil makanan sunnah selain supplement shaklee..tak salahkan untuk kita ambil supplement yang telah diuji kualitinya berdasarkan kajian klinikal ?

memetik pandangan yang saya ambil dari blog Dr Harlina , "does not mean that we Muslims should deny ourselves of modern medicine"

Terma ini boleh juga digunapakai dengan pengambilan supplement dari barat..tak salah jika kita juga consume supplement dari barat ni..yang penting ia halal kan?


madu, habbatussauda
atau pandangan Dr Maza ni:

Pada zaman Nabi, Nabi menghormati kepakaran Al haris bin khaladah dia bukan muslim, tapi dia pakar perubatan arab pada zaman dalam masyarakat madinah ..



Saya tak pernah menolak makanan sunnah.. i love makanan sunnah too
 
khasiat buah delima
"Pernah suatu ketika, masa saya nak beli buah delima..auntie ni kata dengan saya "yang ni mahal sikit, sebab delima dari Australia..yang ni china mari, jadi murah sikit"

  Islam tak pernah halang kita makan apa yang ada dibumi ini. Tetapi islam tak bagi kita makan berlebih - lebihan.. mereka yang membeli shaklee dengan saya..janganlah ambil supplement secara berlebihan..ikut saranan pengambilan yang dicadangkan..minumlah banyak air dan sesekali minumlah air kelapa, bagi meneutralkan vitamin dalam badan (Kadangkala kita tak sedar, kita kurang ambil air pada hari tertentu)

Love shaklee dan love makanan sunnah yang belum diproses sahaja :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...