Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Inspirasi : Usahawan Wanita

Masa sesi S yang ke3 iaitu SUSUN, saya terpandangkan buku ni di rak buku unit

usahawan, bisness, berjaya, kaya, wanita, shaklee, keluarga
50 kisah usahawan wanita Malaysia

Pada mulanya saya berkata sayangnya buku ni tinggal dalam rak dalam unit kami. Bermakna hanya unit kami je yang selalu baca. Berbanding jika di dalam library, ramai yang membaca dan mendapat manfaat dari buku ini.


Sinopsis buku ini memuatkan kisa suka duka perjuangan 50 usahawan wanita dalam memajukan diri dan berjaya dalam perniagaan. Dan dihujung muka surat buku ini dimuatkan motivasi diri dan pengalaman bagaimana mereka menghadapi kesulitan dalam meneruskan perjuagan mengejar cita - cita.

Dalam buku ni, ada beberapa bait - bait motivasi yang sangat menyentuh jiwa saya. Diantaranya ialah kata - kata ini, yang merupakan nukilan ramai usahawan wanita yang telah berjaya.

"Rahsia kejayaan wanita bermula dengan menyempurnakan tanggungjawab utamanya sebagai isteri dan ibu"


Emm, masa ni fikiran saya melayang dan teringat kisah pertama saya datang ke kelas Shaklee ..

shaklee bandar penawar desaru


Kelas ni la kelas pertama saya join sebab saya teringin nak jumpa upline saya. Selama ni saya datang kelas secara dalam talian saja.

Klik sini untuk tahu bagaimana sebelum ini saya belajar ilmu perniagaan tanpa datang kelas


Masa kelas pertama ni saya tak rancang nak bawak anak - anak, sebab sebenarnya saya ni macam tak caya je bila distributor shaklee lain kata kelas Shaklee boleh bawa anak - anak...Tapi bila saya sampai kelas, macam family day..Yang dah ada family mostly bawa suami dan anak - anak ...

Emmm, patutlah bisness shaklee ni menjadi pilihan..sebab it's not about business tapi it's all about family too..

Upline saya kata, siapa yang pertama kali datang kelas, jangan terkejut ya bila ada anak - anak kecil..kita buat kelas memang macam ni ..

Sangat kelakar bila sesi Q & A, bukan peserta yang angkat tangan..tapi anak - anak yang angkat tangan..comel je...

Emm, mama rasa mama dalam track yang betul ...mama mahu mengejar impian mama bersama kamu anak - anak mama...anak - anak, kamulah rezeki untuk mama..mama tak mahu tinggalkan kamu walau sehari..cukuplah kamu ditinggalkan di pusat asuhan masa mama bekerja, berkursus, menghadiri mesyuarat di luar kawasan...


Ibu - ibu, mari kejar impian bersama - sama suami dan anak - anak tersayang melalui bisness Shaklee (syarikat pertama peneraju suplemen nutrisi dan industri MLM dengan kejayaan melebihi 57 tahun)

syarikat, kukuh, berjaya, pertama, perniagaan, bisnes, suplemen, nutrisi


Jom bersama saya dalam susur galur businesswoman berjaya 15 tahun dalam shaklee

Sms @ whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Thursday, February 6, 2014

Berguru dengan sempadan laut china selatan

Saya berada dalam dunia blogger sejak zaman 2009. Pada ketika itu, blog boleh dikategorikan sebagai satu perkara yang masih baru. Dan memang sedikit mencabar bagi saya untuk explore satu persatu fungsi button dalam blogspot ni...

Disebabkan itu, blog saya menjadi hambar dan jarang saya update.(setahun sekali je untuk pastikan diri sendiri tak lupa password blogspot .. "_" )

Lama kelamaan, saya menyedari blog merupakan salah satu medium penting....bila mana ia boleh jadi kedai 24/7..walaupun ketika saya sedang tidur, kedai saya masih terbuka untuk pelayar internet...

Walaupun diri sendiri rasa dah banyak juga ilmu pasal blog ni yang saya tahu....tapi rupa - rupanya masih banyak lagi rahsia - rahsia yang ada pada blog untuk majukan perniagaan yang masih belum saya kuasai sepenuhnya..

Alhamdulillah.. melalui pendaftaran keahlian rm75 sahaja dalam shaklee, macam - macam ilmu yang upline saya kongsikan..mudahnya belajar bila ada guru..pada saya ia memang berbeza berbanding membeli e-book kemudian kita explore dan pelajari sendiri...Tambahan pula saya bukan dapat ilmu blog sahaja..Tapi saya juga dapat pengalaman seorang bussinesswoman yang berjaya..semuanya dikongsikan secara percuma..

Pengalaman orang yang berjaya mempunyai nilai harga. Pengalaman mereka buat kita pelajari sesuatu sebelum kita terjatuh malah menjadikan kita lebih baik lagi

harganya

Saya hanya belajar ilmu perniagaan orang yang berjaya dalam rumah saja ditemani suara gelak ketawa anak anak bermain - main disekeliling saya dan suami didepan mata..guru @ bussinesswoman yang berjaya itu berada diseberang laut china selatan..tapi seolah  - olah berada disebelah saya sahaja mengajar bagaikan guru dalam kelas..tiada yang mustahil dengan teknologi jalur lebar internet..

Berminat menjana pendapatan bersama shaklee, didalam susur galur bussinesswoman yang berjaya 15 tahun dalam Shaklee. Jom sertai kumpulan kami ;

khairul bariyah
Banyak ilmu yang saya dah serap untuk saya kongsikan dengan anda .. :-)

Saturday, January 11, 2014

Meeting atas katil?

Ini bukan entry 18sx

Apabila tajuk entry ini ditulis oleh upline saya. Saya terus sengih.. hi hi hi.. bukan sengih bukan - bukan ye.. Tapi sengih sebab saya dah dapat idea nak menulis pada blog saya malam ni. Terbaiklah kak N. Tajuk ni memang catchy dan pada firasat saya memang ramai yang akan klik dan mahu tahu isi kandungannya.. :-) ..

termasuklah kamu kan ..teeetttttttt...  :-p

Meeting atas katil ni adalah ilmu yang baru je saya belajar semalam pukul 11.15malam. Kelas malam yang dibuat oleh upline saya kepada semua anak - anak didik dia. Kalau anda nak tahu upline saya tinggal kat miri sarawak nunnnn. Dan saya sebenarnya ketika itu masih berada di AEON, bukit indah !.Tapi kelas berjalan dengan lancar .. macam mana ye kami datang kelas ni ?

Ceritanya bermula begini ..

Bila wassap group shaklee saya berbunyi macam ini

beep beep beep beep:  ".. Anak - anak semua ... ; kelas akan bermula jam 10.00 malam ini .. sila bersedia di laptop atau di hp pada jam 9.45 malam"

Lepas terima informasi ni, saya terus ajak suami saya balik. "Bang, jom masuk dalam kereta" ...tanpa berlengah - lengah, kami dan anak - anak terus masuk dalam kereta.

Mujurlah, askar berdua ni batery dah tinggal 2 bar. Jadi kedua - dua anak saya ni masuk kereta terus diam - diam tertidur.

Dan kelas pun bermula dengan nyamannya secara alam maya

Kelas shaklee ni menggunakan sistem online atau dalam bahasa famousnya orang jawa kata webinar.

 Webinar is : short form Web-based seminar, a presentation, lecture, workshop or seminar that is transmitted over the Web.

Meeting dengan menggunakan sistem online. Walapun saya di Johor, upline saya di Sarawak, tapi kami ramai - ramai akan datang meeting ni dengar sharing ilmu yang diberi oleh upline kami. Hebat kan, sampai quota terhad pada 100orang peserta saja. Yang kelakarnya, ada yang sambil lipat kain dengar kelas. Mungkin juga, ada yang sedang mengempengkan anak atas katil sambil dengar kelas. 

*hebat lah ibu - ibu zaman sekarang ; memang menggunakan semua deria dengan serentak la .. :-)

Sambil buat kerja lain, mata pandang laptop atau hp untuk dengar dan lihat satu - satu slide power point diselak. Teruja kan? Dalam satu malam sahaja 2 topik disampaikan, iaitu topik basic dalam shaklee. Dan topik bagaimana meletakkan blog dalam google list

Jadi, dalam keadaan semua serba naik dan mahal ni. Minyak naik, tol naik.... Ada satu perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk selalu pergi travel kesana sini pergi kelas (jimat duit taww). Pada masa yang sama anak - anak dan suami semua dicelah ketiak anda.

kenaikan harga barang naik

Ni kelas pertama yang saya join ..lama dah sebelum ni...best sangat tajuk ni (SEO pada blog untuk optimize kan blog kita pada pencarian google).. nampak tak upline saya kat bahagian kamera sebelah kanan video tu.


Kelas kedua yang saya baru je attend adalah semalam..guna handphone je dalam kereta

Walau dimana anda berada, tidak menjadi suatu masalah perniagaan ni. Sekarang ni kan zaman dunia tanpa sempadan. Jom jadi sebahagian dalam team saya. Hanya rm75 sahaja yuran keahlian seumur hidup untuk jalankan bisness best ni. Kemudian, anda pun boleh join datang kelas sambil baring - baring atas katil dengar sharing ilmu dari pengamal 15 tahun shaklee.  :-)

Saturday, September 7, 2013

Berniagalah walau kamu kaya sekalipun

Suka saya drama "tart untuk kakak", drama hari raya di TV Al-hijrah. Sebenarnya drama komedi family ni lebih berkisar tentang kekeluargaan. Dan mesej yang nak disampaikan pun tentang bagaimana seorang ibu tiri berusaha bersungguh - sungguh mengambil hati anak - anak tirinya supaya menerimanya sebagai ibu baru dalam hidup diorang ..

Sebenarnya, bukan mesej ini yang saya nak fokuskan hari ni. Tapi ada satu babak yang sangat menarik perhatian saya. Perkara yang saya tak pernah ambil kisah pun sebelum ni. Kisahnya begini ... isteri ni expert dalam pembuatan dan penghasilan kuih tart nenas. Kiranya, setiap kali hari raya kuih ni memang laris dan mendapat sambutan oleh penggemar - penggemar tart. Jadi, bila nak hari raya, ramaila yang order kuih ni dengan isteri ni. Si isteri pun minta izinla dengan encik suami untuk jual tart. Suami tak larang pun, sebab suami pun sebenarnya suka makan tart yang dibuat oleh isteri nya tu .. Untuk pengetahuan, suami dia dalam cerita ni kerja yang bagus (maksudnya, suami banyak duit dan kaya untuk menampung satu keluarga walaupun isterinya tidak pun bekerja)...

Masa isteri minta izin suami ni, anak - anak semua dengar dan diketahui oleh mak mertua ...

Kemudian, anak - anak tiri dan mak mertua pun response

anak - anak tiri : "ayah... kita ni dah miskin ke ayah sampai kena jual kuih"
mak mertua : "apa kamu ni dah susah sangat sampai nak jual kuih bagai ... "


he .. hee... kelakar sungguh bila teringat mimik - mimik muka diorang . Jadi sebenarnya, saya nak fokuskan kat sini sebenarnya saya dapat mesej yang lain dalam drama ni...Mesej tentang ; berniaga bukanlah untuk orang yang sedang dalam kesusahan sahaja. Tetapi ia adalah sunnah nabi . Perkara yang apabila kita buat, kita dapat pahala .. Jadi tak kiralah jika kita senang ke, susah ke ; rugi kita tak ikut salah satu sunnah nabi ni iaitu berniaga

lama kelamaan bila saya dah serius dengan perniagaan shaklee ni, saya menemui beberapa hikmah tentang mengapa islam meletakkan darjat perniagaan ni sebagai satu darjat yang tinggi ...

Pertamanya, saya menyedari , perniagaan membuatkan seseorang menjalinkan silaturahim dengan orang lain dengan lebih ramai. (perkara yang disukai Allah)

Ye lah, musuh macam mana pun bila dia nak jadi customer kita, kita mesti layan dia dengan baik kan ?

Kemudian, saya menyedari yang ... perniagaan membuatkan seseorang berubah (dari tak amal surah al-waqiah kepada membaca surah al-waqiah supaya rezeki masuk).. (perkara yang disukai Allah)

*sedangkan maksud setiap ayat dalam surah al-waqiah tu cerita tentang syurga dan neraka ; tak de pun ayat memohon limpahkan rezeki .. jadi sebenarnya Allah nak kita semua berubah jadi orang yang baik

Banyak lagi hikmah tersembunyi yang saya fikirkan tersimpan dalam kotak fikiran saya ni...tentang hikmah mengapa 9 daripada 10 rezeki, allah bagi dari perniagaan

Bila dah meningkat usia 30 ni ; suka lihat sesuatu sambil berfikir dalam - dalam .. Apa - apapun ini adalah pandangan peribadi saya saja sejak terlibat dengan golongan usrah bawah mentor shaklee saya. Kalau berminat nak join geng usrah bawah grandma Kak N, boleh pm saya ya

Berniagalah sekalipun kamu kaya ; Imam Hassan Al-banna

Thursday, September 5, 2013

Perniagaan yang mana boleh jadi kaya ?

emmm, kenapa saya buat entry ni ? Sebab saya pernah search maklumat mengenai maklumat "perniagaan apa yang paling banyak mendapat permintaan". Masa ni perasaan nak berniaga baru nak bercambah dalam diri sendiri. Saya memang prefer internet bisness, sebabnya i love online internet. Rasa macam satu kerugian jika hanya mengeluarkan duit untuk internet tetapi tidak menjana duit daripada internet

Lagipun perniagaan sangat digalakkan dalam islam. "Rugi tak buat sesuatu yang digalakkan oleh islam"

"Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).
Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT"
sumber : Amalan Perniagaan Dalam Islam, Portal rasmi IKIM

Menurut Irfan Khairi :
"dulu kita berada dalam zaman pertanian.. kemudian beralih ke zaman perindustrian ...perubahan zaman membawa kita kepada zaman teknologi maklumat.. sekarang kita berada di zaman komunikasi (internet communication)"

Internet communication ni macam facebook dan lain - lain : (yang melibatkan komunikasi)
Jika anda tercari - cari jawapan perniagaan yang boleh menjadikan anda kaya. Ini lah jawapan Irfan Khairi ketika saya menghadiri seminar usahawan bersama Irfan Khairi.

"perniagaan tanah boleh jadi kaya tak? boleh "perniagaan makanan boleh jadi kaya tak? boleh perniagaan emas boleh jadi kaya tak? boleh "perniagaan jual belacan boleh kaya tak? boleh !

Jadi kesimpulannya, apa - apa jenis perniagaan pun boleh menjadikan anda kaya. Dalam islam, perniagaan yang dituntut adalah perniagaan yang menurut aturan islam.

Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya:
"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi).

Bagaimanapun, tijarah yang dimaksudkan adalah yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan menempatkan mereka bersama-sama dengan para nabi dan rasul.

Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:

"Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya" (Hadis Riwayat Bukhari). Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya pengguna.

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang susah, mahupun dilangsaikan hutang tersebut, Allah SWT akan memayungkannya di hari kiamat di bawah bayangan arashNya"(Hadis Riwayat Kaab bin Umar). Bagi peniaga Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah SWT telah berjanji akan memberinya bayangan arasy di akhirat kelak. Ini menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui perniagaan.

Islam juga menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan di samping memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Ini bersesuaian dengan konsep persaudaraan dalam Islam, seperti dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: "Seseorang Muslim itu adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Baginda Rasulullah SAW telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa memberi senyuman kepada pelanggan dan meletakkan harga jualan yang sama kepada semua pelanggan yang hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki Baginda ini membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan mendapat keuntungan yang besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina Khadijah iaitu Maisarah.

Islam melarang umatnya daripada melakukan "monopoli" dan menyorok barangan (ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu barangan akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesiapa yang menyorok(barangan), dia telah melakukan kesalahan"(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim).
Unsur-unsur tipu daya atau helah juga patut dielakkan oleh peniaga, ini kerana ia boleh menghilangkan keberkatan di dalam perniagaan. Rasulullah SAW telah bersabda yang berbunyi: "Barangsiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami" (Hadis Riwayat Muslim). Hadis ini timbul daripada satu peristiwa yang berlaku di sebuah pasar di zaman Rasulullah SAW, di mana Baginda telah mendapati seorang peniaga telah melakukan penipuan dengan meletakkan gandum yang basah di bahagian sebelah bawah dan gandum yang kering di bahagian atasnya.

Pengguna perlu dilindungi daripada ditipu oleh peniaga melalui kadar sukatan dan timbangan. Perkara ini telah ditegaskan di dalam Al-Quran dalam Surah al-Isra' ayat 35. Allah akan mencela mereka yang mengurangkan sukatan dan timbangan di dalam jual beli(Surah al-Mutaffifin ayat 1-6). Ibrahim Adham, seorang ulamak tasawuf yang terkenal mengingatkan bahawa ["syaitan akan menggoda seseorang manusia yang berniaga melalui beberapa cara; di antaranya ialah melalui timbangan atau mizan, dan juga semasa peniaga tersebut mengambil dan memberi barangan kepada pelanggan"].

Amalan riba juga perlu dijauhi kerana riba tergolong di dalam dosa-dosa besar(Surah al-Baqarah ayat 275).Ini ketara dalam amalan perniagaan biasa di mana pinjaman wang diberikan dengan dikenakan faedah yang ditetapkan. Islam juga melarang elemen gharar bila berniaga. Gharar ialah sesuatu yang tidak pasti, tidak tentu dan tidak jelas. Contohnya menjual ikan semasa ikan masih di laut, menjual burung yang belum ditembak atau memajak buah semasa ia masih berputik atau berbunga. Ia dianggap sebagai judi dan judi itu adalah haram.
 sumber : Amalan Perniagaan Dalam Islam, Portal rasmi IKIM

Justeru secara kesimpulannya, mana - mana perniagaan pun boleh menjadikan kita kaya. Yang penting, amalan perniagaan haruslah mengikut cara islam ..

Adakah saya memberi anda maklumat yang ingin anda cari ?

Atau juga, anda boleh lihat artikel ini yang saya rujuk dari majalah dara.com 2013

perniagaan yang mempunyai permintaan yang tinggi

Bidang ubatan dan kesihatan merupakan sungai perniagaan yang sentiasa mengalir dan tak pernah surut. Atas alasan ini jugalah saya memilih shaklee sebagai bidang perniagaan pilihan saya. Internet bisness best yang menuntut saya kepada update blog dan FB.

Lagipun, jenama Shaklee sudah kukuh sebagai supplement semulajadi, selamat dan berkesan. Yang lebih pentingnya ia disokong dengan jurnal kajian yang sudah banyak diterbitkan dan menjadi rujukan untuk para saintis. Bukti - bukti saintifik ni memang penting. Ye la, pembeli sekarang bijak - bijak belaka. Mereka selalunya nak tahu dari A - Z mengenai produk tu. Bagaimana ? apa ? dimana ? kenapa ? sebelum memilih untuk membuat pembelian. Testimoni yang positif dari ramai pengguna shaklee juga adalah bonus kepada produk - produk shaklee.

Sebab itulah, bila ada yang menawarkan kepada saya produk dari jenama lain ; saya bukan tak percaya , tapi kena kaji dulu (produk ni ada bukti saintifik etc tak?)

Berminat untuk menyertai bersama - sama saya mengemudi sungai perniagaan ubatan dan kesihatan, boleh hubungi saya ya ..



Thursday, July 4, 2013

Saya dah ada kerja tetap dan tak perlu berniaga

Change Your Mind Set

Artikel ini sangat menarik dan saya kepilkan dalam ruangan blog saya, agar anda pun boleh baca juga :
sumber : juwatangold.com




Baca catatan di bawah dengan hati yang tenang,terbuka dan fahami setiap baris yang ditulis supaya mesejnya sampai kepada anda. Kemudian tepuk dada masing-masing. Saya dah bermula,anda bagaimana? Selamat membaca  :)

KESTABILAN PENDAPATAN.
1. Ada org kata kerja gomen, duit dah pasti masuk tiap bulan, senang buat loan, ada pencen, ada gratuiti, senang itu, senang ini.

2. Ya sy tak nafikan, memang benar, sbb dulu pun sy berada dlm komuniti tersebut. Memang semuanya betul terutamanya gaji, tak pernah putus tiap2 bulan.

3. Tp seperti biasalah, sy nie suka mencari, mencari erti kehidupan, mencari erti kebahagian, kerana apabila kita mencari, pasti kita akan dpt jawapannya, kita tak dpt jawapan sbb tak cari.


macamana nak jadi kaya
Kerja dengan orang untuk kayakan orang atau kerja sendiri?
4. Sy rasa penat yang teramat sgt bila sy buat sesuatu benda dan sy tak tahu kenapa sy perlu buat perkara tersebut. Tp bila kita mencari dan dpt jawapan, maka memang tak penatlah kalau kita buat sesuatu perkara sungguhpun nampak penat di mata masyakarat.

5. Semasa sy kerja dahulu, sy selalu sembang dgn pak guard di opis sy, ada satu kisah yg meyentuh hati. Pakcik nie umurnya agak tua, dalam 60 tahun. Sy tanya dia, “kenapa pakcik kerja lg?” “maklumlah nak, pencen pakcik RM600 jer dulu kerja dekat majlis X, sekarang kena kerja sbg guard dpt la lg RM900″, “Boleh la RM1500 sebulan, tue pun tak cukup hidup di kl nak”

6. Kemudian satu hari sy berjumpa lagi seorang makcik tokey kantin, pun dalam umur hujung 50an. “Soalan yg sama sy tanya, makcik kenapa makcik kerja lagi” “Yerlah dik, makcik nie dulu kerja govt jer, dah pencen hutang rumah belum selesai, kena la buat kerja lebih sikit, mujur dpt kontrak 2 thn nie”

7. Seorang lagi sy jumpa, tp dia nie driver swasta dulu, “pakcik kenapa pakcik kerja lg, umur dah 63 tahun” “anak, pakcik nie dulu kerja dgn syarikat swasta terkemuka, gaji dulu mmg banyak walaupun pakcik driver, dgn insentif khas lg”, “tp anak2 skolah lg, pakcik still kena kerja”

8. Kemudian sy jumpa pulak sorang pencen engineer, pun sama jugak, sy ulang ya, pencen engineer dr jabatan kerajaan. Bukan calang2 tau “Uncle, kenapa uncle kena kerja?” “I silap la, i ingat dah pencen, boleh relax2, tp banyak juga tau gaji ‘hilang’, my pencen sikit jer, so i kena kerja jugak la, nasib baik company baru nie nak ambik I kerja, boleh la topup sikit tiap2 bulan”

9. Kemudian sy terfikir, macam ada sesuatu yg tidak kena, masa tgh kerja, kata mereka ada pencen, tak susahkan anak2, senang dpt loan, bla bla bla. Alih2 dah pencen lain pulak realitinya. Ini harapan ker, suratan kebetulan ker, atau sy yg tersalah tafsir?

10. Sabar2 pembaca sekalian, bukan niat sy utk memperlekehkan mereka yg bekerja biasa, atau makan gaji, sy tahu ramai antara kita mempunyai ibu bapa yg kurang bernasib baik, cuma apa yg sy nak bangkitkan di sini, HARAPAN & REALITI nya sangat berbeza. Sy pernah berada dalam kedua2 situasi, makan gaji, dan berniaga (yakni sekarang). Ibu bapa sy juga dahulu makan gaji. Sebab situasi2 yg saya jumpa nie lah hati sy berkobar2 untuk terus berjuang menjalankan perniagaan, take things positively, jgn cepat melatah.

11. Sy kasihan tgk pakcik makcik yg kena kerja kuat, sedangkan hari tua mereka adalah hari utk menuai, ya mmg walaupun dah tua masih juga kerja, tp diorang bekerja sbb SEPATUTNYA
“I Work Because I Choose To, Not Because I Have To”
tapi kes2 yg sy jumpa nie, kebanyakannya adalah :
“I work Because I Have To, Not Because I Choose To”

12. Mungkin ada yg berkata, yg mereka tak pandai untuk menguruskan kewangan, tp tgk kes jugak la, kalau duduk di kg, kos sara hidup rendah dan dah biasa dgn lifestlye rendah, MAYBE boleh survive. Tp yg di bandar2 nie?

13. Akhirnya sy dah dpt jawapan, kenapa perniagaan itu sgt penting, walaupun berniaga ini rugi sudah pasti, untung belum tahu lagi tetapi ia boleh menjadi suatu mesin wang yg berterusan ketika kita veteran nanti, asalkan bila berniaga perlu ikut SISTEM, ADA ILMU, DAN ADA COACH YG BOLEH BIMBING KITA.

14. Manusia yang rugi adalah manusia yang jatuh dalam lubang yg sama lebih dari sekali. Belum terlambat untuk kita buat reprogramming minda. Mulakan perniagaan secara part time dahulu, mula2 sehari RM1, kemudian sehari, RM10, sehari RM100, sehari RM1000, dan seterusnya.


Tuesday, June 11, 2013

Buka perniagaan atau Network marketing?



Kalian mesti pernah mendengar/membaca ayat - ayat ini "9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan" dan "Perniagaan adalah sunnah nabi (*dapat pahala jika kita buat sunnah nabi)". Saya juga seperti anda, pernah membaca dan mendengar kenyataan ini. Teringin nak menjalankan perniagaan, dan pernah juga menjalankan perniagaan secara kecil - kecilan. Tapi passion pada perniagaan kecil - kecilan tu tak kekal lama. Sebabnya, tiada penggerak dan pemberi semangat untuk menjalankan perniagaan tersebut. Apa yang menjebakkan saya menjalankan perniagaan shaklee? Semuanya kerana saya suka berada dalam kumpulan muslimah ini. Kumpulan yang selalu gerakkan amalan saya kepada Allah setiap hari. Saya suka dengan kehidupan saya sekarang. Jiwa sangat tenang. Yang paling penting, saya dapat buat salah satu sunnah nabi iaitu berniaga.

Mari kita tengok carta dibawah:  

Saya bukan nak membandingkan kerja di sektor kerajaan dan sektor swasta, kerana saya sendiri bekerja di sektor kerajaan. Tapi saya nak anda lihat graf "buka perniagaan" dan "network marketing". Shaklee termasuk didalam golongan network marketing. Jika saya memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri, saya akan terdedah dengan pelbagai risiko. Dan ini tidak sesuai dengan saya yang tidak mempunyai background perniagaan. Saya tak pandai nak buat akaun imbang duga, kira kos utiliti, kos tersembunyi dan macam - macam lagi. Peluang untuk saya berjaya mungkin tipis. Graf menunjukkan turun naik turun naik. Jika pelan perniagaan berjaya, graf keuntungan akan naik, tapi graf akan turun jika pelan perniagaan tidak berjaya. Justeru, network marketing adalah cabang perniagaan yang saya rasakan sesuai dengan saya, kerana saya tidak perlu bersusah payah nak buat produk, nak design, nak buat labeling, nak kira kos untuk tentukan harga dan sebagainya. Pada awalnya, mungkin agak sukar tapi saya yakin, suatu masa nanti saya mungkin akan berjaya (naik meninggi seperti graf tersebut)
Boleh ke berjaya dengan shaklee jika dah ramai yang menjual shaklee ? Jawapannya boleh sebab shaklee bukan ada di negara Malaysia saja. Downline anda boleh keserata dunia yang ada shaklee kerana bisness shaklee adalah internet bisness. *Mentor saya sendiri sedang melebarkan sayap downline nya ke indonesia.

Mari baca artikel yang saya ambil dari © Utusan Melayu (M) Bhd



Shaklee tawar peluang pendapatan lumayan


PETALING JAYA 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.
Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson (gambar) berkata, rancangan tersebut didorong oleh pencapaian cawangan syarikat itu di Malaysia yang telah mencatat prestasi amat menggalakkan sejak mula beroperasi pada 1995.
Katanya, pasaran produk kesihatan menjanjikan potensi yang besar memandangkan tahap kesedaran rakyat negara ini dalam peringkat yang amat memberangsangkan.
"Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, penyertaan masyarakat khususnya golongan ibu muda dalam perniagaan syarikat semakin menunjukkan peningkatan.
"Kami lihat ramai ibu muda suka melibatkan perniagaan sedemikian kerana ia mudah, dapat bekerja dari rumah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan isi rumah sementara menjaga anak-anak mereka.
"Malah perniagaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada mereka tetapi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.
"Saya berharap Shaklee dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat dengan membuka peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan sedia ada termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan warga emas," katanya dalam temu bual di sini semalam.
Turut hadir Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim.
Richardson berkata, dengan inisiatif demikian ia dapat menggalakkan lagi ibu muda supaya lebih menghargai nilai diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perniagaan.
Tambah beliau, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah, seterusnya ke peringkat lebih tinggi dengan pelaburan modal sebanyak RM600 bagi memulakan perniagaan.
Mengulas mengenai kemajuan operasi Shaklee di Malaysia, Victor berkata, sejak penubuhan syarikatnya, pihaknya sudah mempunyai lebih 170,000 ahli termasuk pengedar dan ketua jurujual yang komited dalam penjualan produk.
Dalam perkembangan lain, Richardson berkata, Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 akan diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa esok bagi memberi pengiktirafan kepada pengedar dan penjual produk Shaklee.

Berminat untuk jalankan perniagaan tanpa risiko ? Jom sertai saya sebagai ahli shaklee. Unik sangat perniagaan ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...