Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Kenapa saya sungguh beria - ria ?

kenapa saya sungguh beria - ria dengan Shaklee ?

Berkongsi dengan rakan rapat dan saudara mara adalah perkara yang sangat menyeronokkan .. ekspressi wajah menggambarkan kepuasan sebenar...saya gembira bila rakan rapat dan saudara mara saya mendapat manfaat sebagaimana apa yang telah saya lalui satu ketika dulu

Vitamin shaklee yang paling saya suka cerita adalah SET BERPANTANG SHAKLEE .. sebab itulah saya sungguh beria - ria ... dan perasaan beria - ria saya tu bertambah - tambah kuasa nya bila rakan rapat saya turut memuji kebaikan yang diperolehinya berbanding sebelum ini 

"Set berpantang shaklee buat saya tak sembelit dan luka sembuh hari ke 7"
 
sembelit,berpantang,shaklee

Sembelit lepas bersalin memang suatu perasaan yang mengerikan  .. even bersalin ceaser..sebab kena guna otot perut untuk meneran ..wal hal perut masih luka dan belum pulih.. ili izyan adalah adik kawan rapat saya

boleh dapatkan vitamin shaklee untuk ibu mengandung daripada saya .. :-)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, June 25, 2013

Testimoni set pembedahan shaklee


Ini ketua pengasuh nursery anak saya semasa melalui pembedahan akibat Lymphoma di bahagian bahu.

Pengalamannya bersama shaklee sebenarnya bermula dari set berpantang ketika melahirkan anak keduanya 2008. Ketika beliau menceritakan pengalamannya bersama shaklee kepada saya ketika itu, saya sebenarnya nak buat mimik muka macam ni :


Aci tak ? Saya lahirkan anak pertama 2009, tapi kenal shaklee tahun 2011. Akak ni dah kenal shaklee dari tahun 2008. Kata beliau, "akak dulu tak pernahlah rasa anak kuning masa berpantang sampai akak rasa macam tak bersalin masa tu" . Daku sungguh cemburu dengan pengakuan ikhlas mu itu. Yelah kak, saya pun rasa apa yang akak rasa dari pengalaman saya mengambil supplement shaklee semasa berpantang anak kedua saya. Boleh baca cerita penuh saya di sini.

Berbalik kepada gambar asal dalam entry kali ni, sebenarnya nak cerita pasal set pembedahan shaklee. Ok, memandangkan akak ni dah dapat manfaat dengan shaklee semasa berpantang tahun 2008 tahun yang lalu, beliau memang tidak teragak - agak nak ambil supplement/vitamin shaklee ni bagi pembedahan yang dah dilaluinya ni. Apa supplement yang akak ni ambil?

Inilah supplement yang akak ni ambil:

  •  B complex untuk pembedahan
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik (termasuk membantu pemulihan luka pembedahan). Memberi tambah nilai anti-stress.

  • Vita-C untuk pembedahan 
Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan (termasuk membantu pemulihan luka pembedahan)
  • Vita-lea untuk pembedahan
Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan (termasuk membantu pemulihan luka pembedahan). 
  • Zinc complex untuk pembedahan   
Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik. Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan. (termasuk membantu pemulihan luka pembedahan). 
sumber : www.shaklee.com.my

# Kesannya, seminggu jer akak ni cuti lepas pembedahan. Tak sempat saya nak melawat akak ni, dah masuk kerja semula. Respon akak ni pada saya.

"Boringla cuti lama - lama kat rumah"

"akak ada tanya Dr, vitamin yang akak makan ni, Dr kata boleh proceed."

"akak lepas beberapa hari operation, drive kereta tau"

"betullah, sebenarnya bila kita happy otak kita akan set kita tak sakit"

inilah uniknya vitamin/supplement shaklee kerana mempunya kombinasi kepada tambah nilai anti-stress yang membuatkan sentiasa GEMBIRA walaupun selepas menjalani pembedahan

Alhamdulillah ... Syukur syukur syukur ... seronok dapat berkongsi manfaat dan kebaikan dengan orang lain .. Saya juga adalah pengedar sah shaklee, boleh dapatkan dari saya k

Monday, June 24, 2013

Testimonial Pengguna Shaklee sejak 1997

Pengakuan ibu kepada 5 orang anak

Boleh baca cerita penuh di blog beliau : klik sini


"Pengalaman saya menggunakan set berpantang Shaklee sangat lah Fantastik, menyebabkan kesihatan saya pulih dengan begitu cepat sekali berbanding sebelum-sebelum ini. Yang ketaranya dalam masa 2 minggu kawan-kawan yang ziarah mengatakan muka saya dah merah semula tidak seperti wanita dalam pantang anak kelima berbanding dulu dua bualan masih pucat lagi.
 
Yang paling istimewa dan mengujakankan sekali,  pertama kalinya saya mampu menyusukan bayi saya dengan susu badan sepenuhnya. Ke empat-empat baby sebelum ni, susu memang tak berapa ada dan tak lancar dan amat menyakitkan, so memang dikira gagal dan susu kering semasa dalam pantang. Sebelum ini saya mengira saya memang tidak mampu menyusukan, tetapi ternyata saya adalah normal cuma disebabkan kekurangan kalsium yang ketara dan lain-lain zat menyebabkan terjadinya masalah tersebut.

 Kesihatan baby pula kali ni memang berbeza, kalau dulu membesar guna susu lembu, banyak sekali masalah-masalah seperti demam, cirit birit, kembung dsb, maka si ibu pun kerap lah MC, ubat pun bermacam-macam warna yang doktor akan preskrip, tapi anak kelima ni Alhamdulillah tak pernah ke klinik sehingga berumur 2 tahun dimana satu nurseri dijangkiti chicken pox, my baby paling lambat kena dan paling cepat sembuh, dalam masa 4-5 hari sahaja dan tak banyak..kalau setakat selsema siang hari, sepanjang malam menyusu, keesokkan pagi kering dengan sendirinya, dengan syarat si ibu which is me..tidak mengabaikan my supplemen. This is really my succes story about set dalam pantang Shaklee."

Saya juga pengamal supplement shaklee. dan mula jatuh cinta dengan shaklee dari sejak pengunaan set berpantang shaklee. boleh baca kisah penuh saya di sini

Tuesday, June 18, 2013

Be a best mother

Mahu jadi ibu yang terbaik !


Sebagai ibu, saya mahu beri yang terbaik kepada anak - anak saya. Begitu juga anda semua kan? Untuk melahirkan anak yang pintar, bukan bermula dari alam persekolahan. Tetapi bagi seorang ibu, ia bermula sejak diijabkabulkan lagi. Islam menyarankan agar bakal - bakal ibu berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Sekiranya disahkan mengandung, makanan yang baik perlu diambil kerana otak anak - anak mula terbentuk sejak dialam kehamilan lagi. Kerana itulah pentingnya pengambilan vitamin dan supplement semasa mengandung agar ibu dan anak yang dikandungkan sihat.

Kesan tidak mengambil berat pengambilan vitamin dan supplement akan menjejaskan kesihatan ibu seterusnya anak yang dikandungkan. Ada seorang nurse sangat bising ketika HB (hemoglobin blood) saya menurun ketika mengandung sehingga keparas merah. Sebenarnya, HB yang selalu rendah tidak bagus kerana akan menjejaskan perkembangan otak bayi yang dikandungkan.

kata nurse tu : "HB mangkin rendah jer ni. Awak pensyarah. Kesian anak awak. Boleh beri kesan pada kepandaian anak awak tau" . saya terdiam .

Pentingkan pengambilan supplement semasa mengandung.

Pengamalan pemakanan yang baik seharusnya diteruskan selepas kelahiran. Semasa mengandung dan apabila kanak - kanak sudah boleh makan. Semasa berpantang dan menyusukan bayi, pemakanan ibu harus dijaga kerana pengambilan jamu akan mengakibatkan bayi cirit - birit.

Pengalaman saya sendiri semasa berpantang anak sulung ; bayi mengalami PROLONG JAUNDICE 19mmg/mol kerana tidak menitikberatkan pengambilan supplement dan vitamin semasa berpantang. Tapi minum air ikan haruan yang saya sendiri tidak perasan kandungan air ikan haruan itu mengandungi ginseng!.

Pengalaman untuk anak kedua pula ; pengambilan supplement diambil dalam tempoh berpantang saya tapi masih degil untuk mencuba minum air kunyit asli yang diparut dan diperah oleh mak saya (ketika ini, anak saya dah 3 minggu dan tidak terkena jaundice ketika itu). Kesannya, anak saya meragam sepanjang hari ketika itu.

Atas pengalaman itulah, saya membuat kesimpulannya, apa yang bayi dapat adalah kesan daripada apa yang ibu makan. Sekiranya supplement diteruskan sepanjang penyusuan, mungkin banyak kesan positif yang anak saya dapat melalui susu tersebut. Walaupun, doktor perubatan kata "tiada bukti saintifik pengambilan supplement semasa menyusukan anak akan menyebabkan susu ibu lebih berkhasiat" , tapi saya percaya kepada analogi :

  1. ibu - ibu menyusukan kena makan makanan yang seimbang = mesti ada kesan pada bayi melalui pemakanan tersebut kan?.
  2. jika makan jamu = bayi cirit birit
  3. jika saya minum air kunyit = bayi meragam
 Jadi jika makan supplement = adakah tidak ada kesan langsung pada bayi ? Pada pandangan saya sebagai seorang pensyarah, kos untuk menjalankan sesuatu penyelidikan adalah sangat tinggi. dan kadangkala mengambil masa yang sangat lama untuk dibuktikan kebenarannya. bukti - bukti yang akan dikemukakan perlu mengambil kira banyak faktor persekitaran sebelum boleh digeneralisasikan dan disebarkan. Jadi, jika saya menunggu untuk keputusan tersebut, saya mungkin tergolong dikalangan orang yang rugi kerana ketika itu, anak - anak saya sudah besar. Lagipun supplement adalah bagus untuk tubuh badan saya sendiri jika tiada kesan saintifik keatas susu saya pun, saya sendiri mendapat manfaatnya.


Emm, banyak lagi journey breastfeed dan perkembangan cepat liya zafirah yang ingin saya kongsikan mengikut pemerhatian saya. Cukup untuk hari ini. Bersambung lagi ya
 ibu

Liya zafirah : si montok gebu ketika berusia 3 bulan teruja tengok mama sedang buat cat fish theraphy di Langkawi

Monday, June 10, 2013

My experience with prolonge JAUNDICE

Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:

  1. Jaundis fisiologikal
  2. Jaundis patologikal
  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)
Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.

Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.

Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Sumber : (Dr Saiful (Pakar Kanak-Kanak / Paediatrician)) klik sini untuk blog Dr

Kaum ibu yang pernah mengalami anak sakit kuning a.k.a Jaundis mesti memahami keadaan ini :



Saya bersama anak sulung saya (arsyad aiman) ketika menghadapi saat - saat prolong jaundis. Ujian yang paling besar buat saya. Ketika sakit bersalin belum pulih, terpaksa ditahan diwad dengan lama kerana bayi dihidapi penyakit prolong jaundis. Tinggal di wad bukanlah suasana yang sungguh menyeronokkan. Keadaan yang tidak selesa, diri sendiri yang tidak terurus, tiada siapa yang dapat selalu membantu dikala ini meskipun suami, tidak tidur sepanjang malam. Tu belum menangis sedu sedan bila nurse kerap kali ambil darah pada anak saya. Check itu ini. Bila kuning dah turun, sakit lain pula datang. Sebab tinggal dihospital dalam tempoh yang lama menyebabkan kebarangkalian berjangkit dengan pesakit lain adalah tinggi. Ye la, hospital kan tempat semua orang sakit berkumpul. Sungguh mencabar. Ketika ini, saya masih belum dipertemukan oleh Allah dengan shaklee. Melawan rasa keletihan yang melampau dengan kudrat yang ada. Proses recovery luka bersalin mengambil masa yang sangat lama. Ketika anak saya 5 bulan (saya masih sakit jika memakai seluar yang sedikit ketat dibahagian pinggang). Akhirnya saya gagal menyusukan anak saya secara eksklusif sekurang - kurangnya 6 bulan

Ibu - ibu, saya harap anda semua tidak menghadapi saat - saat getir ini seperti saya. Menghadapi anak sakit kuning yang panjang dan ditahan diwad  dalam tempoh yang lama adalah saat yang paling menyakitkan. Buatlah pilihan yang terbaik. Set berpantang shaklee adalah pilihan yang terbaik kerana selepas bersalin ibu - ibu sebenarnya memerlukan protein dan vitamin bagi memastikan luka bersalin cepat sembuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...