Showing posts with label mengandung shaklee. Show all posts
Showing posts with label mengandung shaklee. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Multivitamin boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada bayi ?

Oh! takutnya saya .. macamana mutivitamin boleh jadi racun dan menyebabkan bayi cacat ni?

Untuk entry kali ni, sebenarnya saya nak share tentang vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu mengandung. 

Jika saya mengandung perluke saya ambil sebarang vitamin tambahan?

 *jika anda ingin tahu sebenarnya wanita hamil yang mabuk sebenarnya adalah disebabkan pemakanannya tidak seimbang. Dan sebenarnya kita perlu vitamin untuk membantu memenuhi nutrien yang tidak dapat dipenuhi dalam pemakanan seimbang

Petikan artikel dari babycenter :
"Dalam sebuah dunia yang ideal yang bebas dari mabuk hamil atau alah kepada sesetengah makanan, diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi hakikatnya, vitamin dan mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda"
 sumber :babycenter

justeru, jangan abaikan pengambilan vitamin sekiranya anda mengandung. Jom baca artikel  yang sempat saya selitkan dalam entry kali ini tentang keperluan vitamin bagi ibu yang mengandung.

vitamin ibu mengandung

Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.

Tanyalah doktor anda mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.
sumber :babycenter

 Adakah multivitamin dari Shaklee selamat ?

Multi-vitamin dari shaklee dikenali juga sebagai vita-lea. Tablet vitalea menagndungi 30 nutrisi lengkap. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Bahagian luarnya disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina

Jom tengok keratan rentas vitamin vita-lea diantara brand S
vitalea dan spirulina
 kredit gambar pada satu nutrition

Fakta nutrisi yang terdapat dalam vita-lea terdiri daripada kombinasi vitamin - vitamin ini :

fakta nutrisi vitalea

 Vitalea juga mengandungi vitamin A dalam membantu memberi kesihatan mata, kulit, anti -oksida, melawan kanser, mencegah rabun malam, membantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat

Walaubagaimanapun vitamin A yang terdapat didalam vitalea adalah diekstrak daripada sayuran dan buah. Dimana dalam tablet vitalea terdapat 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA

Shaklee adalah peneraju pertama vitamin ; ia selamat, berkesan dan mesra alam

Shaklee bermula dengan alam semulajadi. Shaklee mencari diseluruh dunia untuk sumber bahan - bahan semulajadi yang terbaik. Lebih 350 ujian keatas setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana - mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya telah diuji terlebih dahulu. Dan shaklee juga terus menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.

Secara teknikal, produk shaklee tiada bahan - bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans dan tiada pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Malah pembungkusan produk shaklee adalah selamat dan bebas daripada biophenol toksin - phthalates dan dakwat toksik.

Shaklee dijamin 100% selamat untuk digunakan

Tambahan maklumat daripada babycenter juga kepada ibu yang mengandung dan ingin membeli suplemen ..

Bincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen khas untuk anda sekiranya anda:
  • seorang vegetarian tegar;
  • menghidap kencing manis atau diabetes gestasi;
  • mengalami praeklampsia;
  • menghidap anaemia;
  • pernah melahirkan bayi dengan berat badan kelahiran yang rendah.

 

Di manakah saya boleh mendapatkan multivitamin pranatal?

 

Anda boleh membeli suplemen pranatal di farmasi, pasar raya dan kedai dalam talian. Doktor anda akan mengesyorkan suplemen kepada anda jika beliau berpendapat anda memerlukannya atas sebab-sebab kesihatan. Selain itu, anda boleh berjimat dengan membeli suplemen jenama sendiri (jenama yang dikeluarkan oleh pasar raya atau kedai itu sendiri). Ramai doktor dan bidan yang setuju bahawa jenama sendiri berkesan, sama dengan jenama terkenal.

Sebelum membeli suplemen pranatal, baca labelnya dan pastikan anda faham apa kandungan setiap suplemen itu.
sumber : babycenter

Jom, pilih vitamin semulajadi ; yang disahkan 100% selamat

Sebagai penutup entry hari ini ; saya suka berkongsi testimoni ibu yang mengandung dan mengambil vitamin shaklee dalam diet seimbang ibu hamil. Jom tengok apa kata mereka ;

mutivitamin ibu mengandung


Melalui pembelian produk shaklee daripada saya, kamu akan diberi consultation secara percuma. Penting tau consultation ni, sebab ada sesetengah customer hb nya tetap rendah semasa mengandung walaupun dah ambil suplemen. Cara pengambilan yang tidak betul punca suplemen tidak dapat memberi kebaikan yang menyeluruh pada badan kita.

Jangan segan - segan nak whatsapp nombor ini ya

pengedar sah shaklee desaru johor

Friday, December 20, 2013

Suplemen agar anak anak hebat

Do and Don't bagi suplemen untuk ibu hamil

Pengambilan vitamin penting dan menjadi kemestian kepada bakal - bakal ibu.

"wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih dari biasa bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum."

Memetik kata - kata Faten Fareza (pakar farmasi) ; supplemen yang bersesuaian diawal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan spina bifida dan kecacatan tiub neural.

spina bifida

Asid folik turut disarankan diambil seawal tiga bulan pra-kehamilan apabila anda merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah salah satu suplemen yang penting.


Kenapa perlu banyak vitamin ?

Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pranatal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Suplemen seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu.

"Mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan dan fungsinya. Mutivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesan bayi dalam kandungan.

Pengambilan minyak ikan

"Minyak ikan merupakan sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan. 

*badan tak boleh hasilkan asid lemak ini rupanye ... kena ambil dari makanan

Omega 3 dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. pembentukan secara optimum sel sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

suplemen anak hebat minyak ikan
Suplemen yang dilarang

Biarpun tubuh memerlukan pelbagai zat zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, terdapat beberapa jenis suplemen yang dilarang. Antara vitamin yang berbahaya tersebut ialah vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

GLA atau Gamma Linolecic Acid biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Teh hijau juga tidak digalakkan kerana teh hijau mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan dan boleh menyebabkan dehidrasi.

Waktu pengambilan paling sesuai

bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan supplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu.

*oooo ..patutlah ada ibu yang mengadu HB tetap rendah walapun sudah ambil suplemen .. bukan salah suplemen .. tapi waktu pengambilan tidak sesuai

Jadi apakah waktu yang sesuai ? emm panjang bebenar nak taipnya ..boleh try whatsapp number ni untuk tau jawapannya .. :-)

pengedar sah shaklee desaru johor

Dan yang paling penting

Multivitamin yang mengandungi vitamin A atau retinol boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

Semak vitamin anda ! 
(sumber PaMa, oktober 2013)

Wednesday, June 19, 2013

Petua mengatasi loya ketika mengandung

Ini sahabat saya, ibu mengandung anak ke 3 yang comel :

loya ketika mengandung
Pertama sekali saya nak cerita pengalamannya bersama shaklee adalah bermula dengan set mengandung shaklee. 

Sebelum ni, beliau sama macam saya belum dijodohkan oleh Allah dengan shaklee. Dipertemukan dengan shaklee ketika mengandungkan anak ke 3 nya. Alhamdulillah, keunikan yang dia dapat dari set mengandung shaklee ni ialah tak mabuk di awal - awal kehamilan seterusnya dapat membantu dia buat kerja di ofis. Ok, here i want to show u her comment while we chatting in FB. Let's picture tell the story ;
 perbezaan shaklee

oopsss .. mesti anda tertanya, kenapa saya padamkan perkataan yang digariskan dengan garisan hitam tu kan ? sebenarnya, saya tidaklah menyangka, we are in a same case sebelum ni. Kami pernah makan vitamin yang sama dari produk yang lain sebelum ini.Well, didalam shaklee, kami dididik agar menjaga ETIKA dengan TIDAK MEMBANDINGKAN PRODUK LAIN DENGAN SHAKLEE. Sejujurnya, saya dan kawan - kawan saya ramai dah dapat kebaikan dan keunikan shaklee tidak kira semasa mengandung, berpantang, menyusukan malah untuk kebaikan untuk anak - anak juga. Jom dapatkan shaklee dari saya 0137669176 atau pm di FB pages saya. Klik sini

Tuesday, June 18, 2013

Be a best mother

Mahu jadi ibu yang terbaik !


Sebagai ibu, saya mahu beri yang terbaik kepada anak - anak saya. Begitu juga anda semua kan? Untuk melahirkan anak yang pintar, bukan bermula dari alam persekolahan. Tetapi bagi seorang ibu, ia bermula sejak diijabkabulkan lagi. Islam menyarankan agar bakal - bakal ibu berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Sekiranya disahkan mengandung, makanan yang baik perlu diambil kerana otak anak - anak mula terbentuk sejak dialam kehamilan lagi. Kerana itulah pentingnya pengambilan vitamin dan supplement semasa mengandung agar ibu dan anak yang dikandungkan sihat.

Kesan tidak mengambil berat pengambilan vitamin dan supplement akan menjejaskan kesihatan ibu seterusnya anak yang dikandungkan. Ada seorang nurse sangat bising ketika HB (hemoglobin blood) saya menurun ketika mengandung sehingga keparas merah. Sebenarnya, HB yang selalu rendah tidak bagus kerana akan menjejaskan perkembangan otak bayi yang dikandungkan.

kata nurse tu : "HB mangkin rendah jer ni. Awak pensyarah. Kesian anak awak. Boleh beri kesan pada kepandaian anak awak tau" . saya terdiam .

Pentingkan pengambilan supplement semasa mengandung.

Pengamalan pemakanan yang baik seharusnya diteruskan selepas kelahiran. Semasa mengandung dan apabila kanak - kanak sudah boleh makan. Semasa berpantang dan menyusukan bayi, pemakanan ibu harus dijaga kerana pengambilan jamu akan mengakibatkan bayi cirit - birit.

Pengalaman saya sendiri semasa berpantang anak sulung ; bayi mengalami PROLONG JAUNDICE 19mmg/mol kerana tidak menitikberatkan pengambilan supplement dan vitamin semasa berpantang. Tapi minum air ikan haruan yang saya sendiri tidak perasan kandungan air ikan haruan itu mengandungi ginseng!.

Pengalaman untuk anak kedua pula ; pengambilan supplement diambil dalam tempoh berpantang saya tapi masih degil untuk mencuba minum air kunyit asli yang diparut dan diperah oleh mak saya (ketika ini, anak saya dah 3 minggu dan tidak terkena jaundice ketika itu). Kesannya, anak saya meragam sepanjang hari ketika itu.

Atas pengalaman itulah, saya membuat kesimpulannya, apa yang bayi dapat adalah kesan daripada apa yang ibu makan. Sekiranya supplement diteruskan sepanjang penyusuan, mungkin banyak kesan positif yang anak saya dapat melalui susu tersebut. Walaupun, doktor perubatan kata "tiada bukti saintifik pengambilan supplement semasa menyusukan anak akan menyebabkan susu ibu lebih berkhasiat" , tapi saya percaya kepada analogi :

  1. ibu - ibu menyusukan kena makan makanan yang seimbang = mesti ada kesan pada bayi melalui pemakanan tersebut kan?.
  2. jika makan jamu = bayi cirit birit
  3. jika saya minum air kunyit = bayi meragam
 Jadi jika makan supplement = adakah tidak ada kesan langsung pada bayi ? Pada pandangan saya sebagai seorang pensyarah, kos untuk menjalankan sesuatu penyelidikan adalah sangat tinggi. dan kadangkala mengambil masa yang sangat lama untuk dibuktikan kebenarannya. bukti - bukti yang akan dikemukakan perlu mengambil kira banyak faktor persekitaran sebelum boleh digeneralisasikan dan disebarkan. Jadi, jika saya menunggu untuk keputusan tersebut, saya mungkin tergolong dikalangan orang yang rugi kerana ketika itu, anak - anak saya sudah besar. Lagipun supplement adalah bagus untuk tubuh badan saya sendiri jika tiada kesan saintifik keatas susu saya pun, saya sendiri mendapat manfaatnya.


Emm, banyak lagi journey breastfeed dan perkembangan cepat liya zafirah yang ingin saya kongsikan mengikut pemerhatian saya. Cukup untuk hari ini. Bersambung lagi ya
 ibu

Liya zafirah : si montok gebu ketika berusia 3 bulan teruja tengok mama sedang buat cat fish theraphy di Langkawi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...