Showing posts with label jadi ibu terbaik. Show all posts
Showing posts with label jadi ibu terbaik. Show all posts

Friday, October 4, 2013

Doa ibu membuka pintu rezeki

malam - malam begini..sebelum melenakan diri..nak berkongsi artikel yang saya petik dari buku

"Dahsyatnya Doa ibu"

Banyak artikel yang menarik, mlm ni saya berkongsi salah satunya..iaitu doa ibu membuka pintu rezeki..

kata - kata yang paling menarik dalam artikel ini untuk renungan kita semua

"Ibu adalah sumber kemudahan hidup bagi setiap anak namun ramai orang tidak menyedari hal ini. Doa - doa yang ibu ucapkan untuk anaknya mampu menggoncang langit dan mengubah takdir di luhmahfuz. Doa - doa ibu berupaya mengelakkan malapetaka dan bencana serta membuka pintu rahmat Allah"

Ya, Allah ; aku masih bersyukur masih mempunyai ibu....insan yang boleh mendoakan diriku... alhamdulillah

Selamat malam semua .. semoga kita tidur dengan niat ubudiah kepada allah dan bangun untuk bertahajjud kepada-Nya .. assalamualaikum


doa ibu

doa ibu membuka pintu rezeki .. sungguh touching kerana daku jua seorang ibu dan memahami perasaan ibu ku sendiri

Tuesday, June 18, 2013

Be a best mother

Mahu jadi ibu yang terbaik !


Sebagai ibu, saya mahu beri yang terbaik kepada anak - anak saya. Begitu juga anda semua kan? Untuk melahirkan anak yang pintar, bukan bermula dari alam persekolahan. Tetapi bagi seorang ibu, ia bermula sejak diijabkabulkan lagi. Islam menyarankan agar bakal - bakal ibu berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Sekiranya disahkan mengandung, makanan yang baik perlu diambil kerana otak anak - anak mula terbentuk sejak dialam kehamilan lagi. Kerana itulah pentingnya pengambilan vitamin dan supplement semasa mengandung agar ibu dan anak yang dikandungkan sihat.

Kesan tidak mengambil berat pengambilan vitamin dan supplement akan menjejaskan kesihatan ibu seterusnya anak yang dikandungkan. Ada seorang nurse sangat bising ketika HB (hemoglobin blood) saya menurun ketika mengandung sehingga keparas merah. Sebenarnya, HB yang selalu rendah tidak bagus kerana akan menjejaskan perkembangan otak bayi yang dikandungkan.

kata nurse tu : "HB mangkin rendah jer ni. Awak pensyarah. Kesian anak awak. Boleh beri kesan pada kepandaian anak awak tau" . saya terdiam .

Pentingkan pengambilan supplement semasa mengandung.

Pengamalan pemakanan yang baik seharusnya diteruskan selepas kelahiran. Semasa mengandung dan apabila kanak - kanak sudah boleh makan. Semasa berpantang dan menyusukan bayi, pemakanan ibu harus dijaga kerana pengambilan jamu akan mengakibatkan bayi cirit - birit.

Pengalaman saya sendiri semasa berpantang anak sulung ; bayi mengalami PROLONG JAUNDICE 19mmg/mol kerana tidak menitikberatkan pengambilan supplement dan vitamin semasa berpantang. Tapi minum air ikan haruan yang saya sendiri tidak perasan kandungan air ikan haruan itu mengandungi ginseng!.

Pengalaman untuk anak kedua pula ; pengambilan supplement diambil dalam tempoh berpantang saya tapi masih degil untuk mencuba minum air kunyit asli yang diparut dan diperah oleh mak saya (ketika ini, anak saya dah 3 minggu dan tidak terkena jaundice ketika itu). Kesannya, anak saya meragam sepanjang hari ketika itu.

Atas pengalaman itulah, saya membuat kesimpulannya, apa yang bayi dapat adalah kesan daripada apa yang ibu makan. Sekiranya supplement diteruskan sepanjang penyusuan, mungkin banyak kesan positif yang anak saya dapat melalui susu tersebut. Walaupun, doktor perubatan kata "tiada bukti saintifik pengambilan supplement semasa menyusukan anak akan menyebabkan susu ibu lebih berkhasiat" , tapi saya percaya kepada analogi :

  1. ibu - ibu menyusukan kena makan makanan yang seimbang = mesti ada kesan pada bayi melalui pemakanan tersebut kan?.
  2. jika makan jamu = bayi cirit birit
  3. jika saya minum air kunyit = bayi meragam
 Jadi jika makan supplement = adakah tidak ada kesan langsung pada bayi ? Pada pandangan saya sebagai seorang pensyarah, kos untuk menjalankan sesuatu penyelidikan adalah sangat tinggi. dan kadangkala mengambil masa yang sangat lama untuk dibuktikan kebenarannya. bukti - bukti yang akan dikemukakan perlu mengambil kira banyak faktor persekitaran sebelum boleh digeneralisasikan dan disebarkan. Jadi, jika saya menunggu untuk keputusan tersebut, saya mungkin tergolong dikalangan orang yang rugi kerana ketika itu, anak - anak saya sudah besar. Lagipun supplement adalah bagus untuk tubuh badan saya sendiri jika tiada kesan saintifik keatas susu saya pun, saya sendiri mendapat manfaatnya.


Emm, banyak lagi journey breastfeed dan perkembangan cepat liya zafirah yang ingin saya kongsikan mengikut pemerhatian saya. Cukup untuk hari ini. Bersambung lagi ya
 ibu

Liya zafirah : si montok gebu ketika berusia 3 bulan teruja tengok mama sedang buat cat fish theraphy di Langkawi

Thursday, May 30, 2013

Testimoni ibu beranak empat


Semalam saya bersembang dengan ofismate saya yang mengambil supplement shaklee untuk memastikan dirinya cergas sepanjang menyusukan anak. Akak beliau pun mengambil supplement shaklee set breastfeeding atas saranan beliau.
 
Dialog saya dan kawan saya :

Kawan saya : "kak, akak kandung saya, yg beli supplement shaklee ngan akak tu bagitahu saya..sekarang ni dia dah habis cuti bersalin 3 bulan, tapi susu dia banyak lagi..berbanding dengan ketiga - tiga anaknya sebelum ni..bila dah naik kerja je susu dah tak de"
 
Saya : Tersenyum saya ..

Vitamin membantu ibu - ibu cergas bagi menjayakan proses penyusuan yang berlaku. Bila badan kita cergas, otak kita akan berfikiran positif, hasilnya susu ibu meningkat. Bayangkan sajalah kalau dah beranak ramai, ibu perlu menguruskan anak - anak yang dah besar, bayi, termasuklah suami. Bukan mudah nak uruskan semuanya dengan sempurna jika kita sering penat dan keletihan akibat kurang tidur apabila menyusukan anak.

Tahniah kakak kawan saya, akak dah buat pilihan yang terbaik.

Shaklee sudah berada lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.


tugas ibu
*jadi ibu memang mencabar, sebab itulah ibu - ibu perlu supplement untuk sustain tenaga dan beri yang terbaik kepada keluarga.

Sekiranya anda memerlukan suppliment untuk membantu anda cergas semasa menyusukan bayi, boleh call/wassap 0137669176 atau pm di FB Secret of Supplement
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...