Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Apakah kaitan antara Alfalfa dan Hulk ?

Baru - baru ni ofismate saya bagitahu pada saya begini ..

"susu yang akak perah jadi hijau lah..memang normal eh bila kita ambil alfalfa susu jadi hijau?"

Hi hi hi ... tetiba rasa kelakar, sebab tetiba je terbayang - bayang kartun animasi Hulk masa tengah cari ilham nak menulis entry ni .. :-)

Adakah dengan minum susu yang pekat dan kehijauan, boleh menjadikan anak kita sekuat Hulk ?

Sebenarnya adalah normal susu perahan kelihatan pekat dan kehijauan selepas pengambilan alfalfa. 

"Susu ibu yang diperah kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain dalam set breastfeeding shaklee juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan susu ibu yang diperah ..."

Ramai ibu - ibu yang mengakui anak mereka montel dan badan berketul - ketul melalui pengambilan set breastfeeding shaklee .. Hakikat sebenarnya, ibu tersebut makan makanan yang berkhasiat, justeru khasiat tersebut disalurkan kepada bayi yang disusui ... Tu yang bayi jadi montel masa kecil ..Tapi nanti bila dah berusia 6 bulan keatas tidaklah jadi obesiti, perkembangannya selaras dengan umurnya ..

 Alfalfa adalah pilihan saya semasa saya menyusukan anak saya. Dan sehingga kini walaupun saya tidak menyusukan anak saya, saya tetap juga consume alfalfa. Sebab khasiat alfalfa ni bukan hanya bertindak sebagai milk booster sahaja. Tapi best tau .. ia bertindak seperti kacip fatimah. Lebih - lebih lagi kalau diambil bersama ESP ... emmmm, berbunga - bunga suami isteri.. :-)

*mereka yang dah consume je akan tersengih - sengih dan mengakui kata - kata di atas .. kan? kan?

Penutup entry kali ni, nak share dengan anda semua apa yang best nya Alfalfa Shaklee
*alfalfa also believed to be a galactagogue, that INDUCES LACTATION. Natural remedy to increase milk 

alfalfa shaklee
Bermula sejak hari itu ..alfalfa dan gabungan set breastfeeding yang lain terus jadi pilihan kawan saya ni ..cepat cepat je sambung order bila alfalfa dia dah nak habis .. kawan saya kata, susu cair la kalau tak ambil supplemen .. lagipun, akak pernah try tak makan supplemen, badan jadi lemah sangat...


Well, kawan saya ibu beranak empat ni dah merasai kebaikan alfalfa yang bertindak sebagai galactagogue, yang merangsang penyusuan. Remedi semulajadi untuk tingkatkan penghasilan susu ibu... :-)

Ibu - ibu menyusu yang lain bila lagi ? Promosi Alfalfa pada bulan januari masih lagi berlangsung .. pm me 0137669176 untuk harga kasih sayang tau .. :-)
 

Saturday, December 7, 2013

Susu Ibu : 35oz bersedia untuk dilupuskan

S yang pertama iaitu 'sisih'

Ya Allah, lamanya saya tak update blog.. hampir sebulan lamanya .. how time flies .. tak sangka sebulan blog ni disepikan ..

Hujung tahun adalah masa yang sangat mencabar pada saya ..sebab banyak perkara yang memerlukan saya untuk closing ..bukan closing shaklee ye anak anak.. Tapi closing bagi bidang tugas saya la ye (semua memerlukan report dan penelitian ; agar tidak ada quiry untuk sesi audit akan datang)

Oklah, hari ni perasaan nak cerita tentang susu ibu .. while zafirah dah 2 tahun, saya dah tak buat aktiviti rutin harian dengan mengepam .. sekarang adalah tugas tugas nak clearkan peti ais dengan susu ibu perahan ..

Ya, ini status 17 november : sisih 35oz susu ibu daripada deep frezer

susu ibu perahan
Bila dikumpul - kumpulkan tak percaya pulak 350z susu ibu ni bersamaan dengan setengah jug air .. hi hi hi ... kelakar pun ada juga ... macam nak serve orang minum dengan susu sendiri plak bila susu perahan tu ada dalam jug air

Ada juga yang bertanyakan kepada saya.

'tak bagi ke susu perahan tu pada anak ? sayangnya ..

1 tahun 4 bulan, zafirah demand yang fresh saja dengan susu ibu .. she's prefer direct feeding .. kalau susu perahan ni terkulat - kulat dia nak minum .. ya, might be dia dah pandai minum milo, susu kotak dan lain - lain (dah setahun lebih kan..)

Pengasuh kata, 'dia dah tak nak la kak, susu yang akak bekalkan' .. tak pelah, saya tak kecewa sebab pada usia 1 tahun sebenarnya susu ibu adalah pelengkap saja.. dan makanan seimbang adalah perkara utama ..

Tapi saya akan pastikan, diwaktu balik dari taska dan dihujung minggu, zafirah fully direct feeding .. alhamdulillah (saya berjaya capai target sehingga zafirah berusia 2 tahun)

Macamana ?

Walaupun zafirah dah menolak susu perahan ketika usia 1 tahun 4 bulan, saya tetap mengepam macam biasa.. untuk hantar isyarat pada otak, susu ibu masih lagi diperlukan.. dan pengaliran susu ibu tetap lancar..sehingga zafirah 2 tahun pun, alhamdulillah stok susu ibu tetap ada untuk zafirah ..

Dah pam, terasa sayang plak nak buang..jadi saya biarkan saja dalam deep freezer..sebagai koleksi dan penyedap mata saya memandang..

Sekarang ni, sesi sisih semuanya .. selamat tinggal susu susu ku ...

Perkenalan dengan set breastfeeding shaklee tak pernah menghampakan .. alhamdulillah, syukur ..

Friday, October 11, 2013

Berjihad dengan susu ibu

alhamdulillah...entry diwaktu pagi..mood berada dalam gelombang yang sungguh bahagia dan sangat membahagiakan..

entry pagi ini adalah tentang breastfeeding .. entry yang tidak pernah dijemu ditulis ..

emmm, sejak kebelakangan ini set breastfeeding shaklee semakin mendapat permintaan yang sangat tinggi..alhamdulillah ramai ibu - ibu yang berusaha menyusukan anak dengan susu ibu sebagaimana saranan dalam islam selama 2 tahun..

sebelum entry menjadi panjang , salah satu best seller supplement shaklee (set breastfeeding)
breastfeeding

Hakikatnya, majoriti ibu - ibu zaman kini adalah ibu bekerjaya..yang menuntut kepada energy yang banyak, kesihatan yang baik, hormon bahagia kerana bidang tugas kerja itu sendiri kadangkala sangat mencabar kredibiliti sebagai seorang ibu.. Buat 2 tugas yang banyak setiap hari..waktu pejabat menggalas KPI tugas kerja..waktu luar pejabat, menggalas KPI tugas sebagai seorang ibu,menyusukan anak dan menjadi seorang isteri.. alhamdulillah, mari kita buat kedua - dua tugas ini sepenuh hati..agar kita capai kedua - dua KPI tersebut

sebelum bercerita bagaimana set breasfeeding shaklee terbukti membantu ibu menjayakan penyusuan, saya nak share dengan anda semua a very interesting artikel iaitu "berjihad dengan susu ibu"

Q : Usatazah, saya bercadang untuk berjihad fisabilillah. Apa amalan terbaik untuk saya jihadkan?
A (jawapan ustazah) : Jihad bukan hanya berperang. Apa kata puan berjihad dengan susu ibu ?

*Ma sha Allah .. besar sungguh pengorbanan ibu yang menyusukan anak..sehingga boleh dikategorikan sebagai jihad !
 berjihad dengan susu ibu
sumber : majalah SOLUSI, sept 2013
berjihad dengan susu ibu
artikel ini menyebut :

"kalau sebelum ini puan sanggup dan mampu untuk berjihad hamil 9 bulan 10 hari, maka apalah sangat dengan berjihad untuk menyusukan bayi. Jihad dengan susu ibu bagi menunjukkan tanda kesyukuran selepas melahirkan anak.. "

 3 kewajipan wanita bergelar isteri dan ibu untuk berjihad kepada Allah:

  • Makanan pelengkap
 wanita itu dikira berjihad jika dia ingin menyusukan bayi sehingga berumur genap 2 tahun. Selain mengandungi nutrisi seimbang, komposisi air yang bersih tanpa kurang adalah sebanyak 90% pelengkap makanan bayi. Ia sekaligus mempercepatkan pertumbuhan sel otak dan perkembangan sistem saraf dalam tempoh tersebut
  • Untuk penjagaan kesihatan
Jihad ini boleh memupuk kasih sayang utuh selain mudah dihadam, mengandungi antibodi tinggi bagi menghalang kembung perut, alahan, radang, masalah jantung, pernafasan serta komplikasi penyakit kronik lain. sekaligus dapat mencegah daripada jangkitan kuman, virus, kanser dan risiko penyakit.
  • Semata - mata kerana Allah
Jihad ini tidak dijanjikan dengan sebarang habuan tetapi lebih kepada tautan kasih ibu sayang bayi. Bahkan, seseorang itu berjihad semata - mata kerana Allah.

a very interesting pie chart yang dikongsikan tentang kesan jihad susu ibu
kuasa susu ibu

kuasa susu ibu ni bukan sesuatu yang boleh kita lihat kesannya pada fizikal dan intelektual anak sahaja. Tapi yang sangat penting adalah pada spiritual anak.. ini lah part yang paling penting sehingga dalam carta ini menunjukkan pembahagian propotion pie kedua terbesar selepas intelektual iaitu spiritual !..

"jalinan ibu dan anak sewaktu menyusu akan memudahkan tarbiyah diterapkan bagi melahirkan hamba rabbani"

*Ma sha Allah..hebatnya allah dalam pemberian anugerah ini

Breastfeeding menjadi lebih mudah dan menyeronokkan bila ibu bertenaga, sihat dan perasaan ibu bahagia.. 

Bagaimana shaklee membantu ibu yang menyusukan anak ?

 Energizing Soy Protein (ESP)

Protien adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protien. 
Memang benar protien boleh di dapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan. Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol. Keperluan protien yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.

Vitalea 

Vitalea adalah multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat.

B complex  

B complex lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan.

Vitamin C 

Vitamin C perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Mamandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matarhari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.
 

Ostematrix 
Ostematrix adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit. Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.
sumber : anakkuwiraku blog

 breastfeeding mother ; jangan mengaku kalah, berusaha secara fizikal dan rohani supaya kita dapat lahirkan insan rabbani..

salah satu testimoni ibu yang mengambil set breastfeeding shaklee

sumber testimoni : ummiaisyahdina.blogspot
susu ibu

Saturday, September 14, 2013

Susu Ibu Anugerah Teragung

susu ibu anugerah teragung
Baru sempat nak menonton slot tanyalah ustazah ni..mujur zaman sekarang dah ada tonton.my..kalau ter miss bolehla tengok dalam tonton.my. Speaker dalam slot rancangan ni adalah Ustazah yang juga merupakan Dr

Banyak ilmu penyusuan susu ibu yang saya pelajari dalam slot ni. Jadi hari ni, saya suka berkongsi dengan ibu semua persoalan - persoalan dalam rancangan yang saya tonton ni..Ye la...mana la tahu kan, ada ibu yang tak berpeluang nak tengok di tonton.my. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua

Soalan: Sejauh manakah islam menggalakkan susu ibu bagi ibu yang baru lahir

Dr @ Ustazah menjawab : penyusuan susu ibu amat penting sehingga disebut berulang - ulang kali dalam alquran..dalam alquran penyusuan susu ibu yang sempurna adalah 2 tahun..ada ibu yang tak mampu..tapi penyusuan susu ibu amatlah digalakkan..ada kisah nabi musa semasa bayi ..kisah yang menyayat hati..nabi musa diletakkan dalam bekas dan dihanyutkan di sungai nil..sehingga dipertemukan dengan keluarga firaun..dan allah jadikan bayi ini tak mahu menyusu dengan orang lain melainkan kembali dengan ibu nya...kisah hajar dan anaknya ismail berlari kesana sini mencari air..kisah nabi muhammad SAW juga yang disusukan oleh thuwaibah dan halimatus saadiah ..

kisah - kisah ini menunjukkan bahawa bagaimana susu ibu itu amat digalakkan bagi bayi yang baru lahir


Soalan: Garis panduan menyusukan dalam islam

Dr @ Ustazah menjawab : Ada garis panduan, penyusuan susu ibu seharusnya tidak memudaratkan sesiapa pun....penyusuan susu ibu adalah hak anak..kalau kita tak nak bagi dengan alasan takut payudara tak seksi, takut - takut dibimbangi anak itu menuntut diakhirat  nanti..dimana menurut Prof. antara 10 hak utama anak adalah susu ibu ...

*besar rupanya maksud hak tu

jangkamasa penyusuan susu ibu paling ideal adalah 2 tahun...penyusuan susu ibu adalah kemuliaan ibu dalam islam..yang paling penting tidak memudaratkan ibu...

tanggungjawab bapa adalah memberi makan, pakai dan keperluan ibu...hati ibu perlu dijaga..perlu dipuji - puji..kerana penyusuan susu ibu berkait dengan emosi ibu...

Soalan : Apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula pada bayi ?

Dr @ Ustazah menjawab :

  • Perbezaan susu ibu dan susu formula macam langit dan bumi... susu ibu ni khusus utk sibayi itu (mcm susu itu ada nama dia)...kalau pramatang ; katakan beratnya hanya 1.2kg : susu ibu itu sesuai dengan tahap umur bayi tersebut...jika hari ini budak ini kurang garam, maka susu ibu pada hari itu banyak garam utk bayinya
  • susu ibu mengandungi kolostrum : paling sesuai dengan usus si bayi..susu formula tiada..
  • dari sudut antibodi : susu ibu cukup kaya utk anak terlindung dari jangkitan sementara anak ni dapat bina antibodinya sendiri..susu formula tiada, tak kira susu formula tu mahal mana pun..
  • protein : protein pada susu ibu amat sesuai utk dicerna dan dihadam pada usus bayi..susu formula; amat tinggi dan sukar utk dihadamkan..*boleh tengok pada najis bayi
  • karbohaidrat : susu ibu banyak lactose yg paling sesuai dengan bayi (susu formula lactose kurang tetapi byk karbohaidrat yg lain )
  • kandungan asid lemak : lemak ni penting untuk kita berfikir, saraf otak kita ni diselaputi dengan lemak..lemak baik ada dlm susu ibu (lemak dlm susu formula adalah dari kelapa sawit)
  •  vitamin dan garam galian dan mineral : susu ibu rendah dan mudah utk dicernakan (susu formula tinggi dan sukar utk dicernakan)

Soalan : Alternatif lain bagi ibu yang mempunyai inverted nipple menyusukan anak ?

Dr @ Ustazah menjawab : saya berpengalaman bertemu dengan ibu yang mempunyai inverted nipple akibat kebakaran terkena dibahagian dada..ibu yang mempunyai inverted nipple boleh menyusukan anak...tetapi sukar sikit...dan perlu berusaha lebih...ibu dapat pahala lebih kerana perlu berusaha lebih...dihospital ada juga byk kaedah..

Soalan : Apakah ganjaran menyusukan susu ibu dari perspektif islam ?

Dr @ Ustazah menjawab : ibu dan anak mendapat kebaikan..penyusuan susu ibu akan menyebabkan rahim ibu cepat kecut...pendarahan berkurangan..hari ini lepas kelahiran kita letak anak pada badan ibu dan anak ni akan merangkak mencari puting ibunya sendiri..subhanallah..bayi ni cari sendiri..bila bayi ni suckling..senang uri nak keluar dan tak tersangkut - sangkut...rahim terus mengecut...

ganjarannya pula dalam islam; setiap sentuhan dan tegukan susu oleh anak mendapat 1 kebaikan..bila ibu berjaga malam untuk menyusukan anak... maka pahalanya seperti memerdekakan 70 hamba di jalan Allah

Soalan : suami

Dr @ Ustazah menjawab : penyusuan ni ada implikasi mengenai nasab... aspek penyusuan ibu ni adalah penting dalam konteks hubungan anak, suami dan komuniti..semua terlibat...perlu ada perbincangan antara isteri dan suami

Soalan : bagaimana susu ibu berperanan kearah pembentukan anak - anak sejak kecil dan memberi kesan tumbesaran mereka

Dr @ Ustazah menjawab : bayi susu ibu ni lagi sihat..walaupun kecil tapi tegap..tak obes..cergas..neck control bagus..mata dia, IQ lagi tinggi dan interaksi dengan ibu...anak kurang dapat infeksi dan jangkitan..

Soalan : bagaimana nak bagi susu ibu bagi ibu bekerjaya

Dr @ Ustazah menjawab :  boleh..di flight sekarang ada polisi boleh simpan susu perahan ibu..ada kemudahan untuk memerah susu...ada sesetengah ibu memberhentikan penyusuan susu ibu semasa bekerja dengan alasan anak dah tak mahu..sebenarnya ibu yang tak mahu..memang sukar..perlu seribu daya..perlu sokongan dari majikan dan sokongan suami yang sangat penting..

Soalan : saya lahirkan bayi pramatang 32 minggu

Dr @ Ustazah menjawab : susu ibu sudah ada walaupun melahirkan bayi pramatang 32 minggu..ia tak menghalang penyusuan susu ibu...perlu sokongan, dokongan dan motivasi...beri penghormatan pada ibu yang menyusukan bayi..bila wanita menyusukan dipuji ; air susu mengalir macam sungai...ibu mertua jangan asyik mengkritik menantu ; jika dikritik..habislah flow penyusuan susu ibu..ramai ibu yang nak sangat menyusukan anak tapi disebabkan halangan - halangan ini, ibu tak berjaya dan timbul rasa bersalah..jangan biarkan perkara ini berlaku..sokongan suami ni penting

kenapa ibu perlu sangat menyusukan anak ni..semuanya disebabkan hubungan anak dan ibu, bila dah besar senang kita nak menegurnya, memberi nasihat kepadanya...semua itu ada kaitan dengan penyusuan semasa kecil..


Soalan : Adakah pengambilan supplement perlu diambil untuk memastikan jumlah susu ibu sentiasa ada dalam tempoh penyusuan bayi tersebut?

Dr @ Ustazah menjawab : yang paling penting tahap kesihatan ibu..bukan sahaja fizikal..tetapi emosi dan spiritual ..emosi memberi kesan pengeluaran susu ibu..kalau nak ambil pil, supplement memang baguslah.. kalau dlm konteks negara yg masih membangun, bagi ibu yang masih menyusukan dengan susu ibu..ibu perlu makan dahulu, baru ahli keluarga yang lain makan..sebab ibu itu sedang memberi nutrisi pada anak yang lain.. jadi supplement amat penting..

Soalan : Adakah risiko jika bayi tak dapat susu ibu dari awal kelahiran bolehkah menggangu tumbesaran anak tersebut ?

Dr @ Ustazah menjawab : paling ideal bayi dapat susu ibu dari awal..berterusan hingga 2 tahun..kalau ada ibu yang mengalami masalah kesihatan, kita tak paksa menyusukan dengan susu ibu..boleh diberi juga susu formula..tapi kita tak mahu anak tu dilahirkan terus diberikan dengan susu formula

Soalan : Susu saya dah tinggal sedikit pada usia anak saya 1 tahun, macamana nak kekalkan pemberian susu ibu sehingga 2 tahun

Dr @ Ustazah menjawab : jika anak kita dah nak 2 tahun, badan kita sendiri dah berkurang penghasilan susu ibu berbanding semasa baru lahir..ikut WHO susu ibu perlu diberi sampai 6 bulan, pastu kena beri makanan tambahan...tak boleh tak bagi makanan tambahan pada usia 6 bulan....ibu perlu susukan sepanjang mana yang boleh...

penyusuan susu ibu; kurang sangat pun tak bagus, lebih sangat pun tak bagus...

hikmah tempoh penyusuan 2 tahun adalah untuk menjarakkan kehamilan juga...supaya setiap penyusuan itu berakhir dengan sempurna...ibu bapa perlu merancang setiap kehadiran anak - anak supaya setiap anak mendapat manfaat..bimbang ibu itu tak dapat nutrisi, kesihatan ibu....ada hadis yang menyatakan bahawa tiada kesalahan ibu yang hamil dan masih menyusukan bayi....tapi ada hadis dhaif berkaitan penyusuan ketika hamil ; yang nabi sebenarnya kurang berkenan ibu yang hamil menyusukan anak, sebabnya dibimbangi anak sedang disusukan dan anak dalam dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang terbaik ...

tamat sudah ku tonton rancangan ini

*selingan ; anak - anak saya ...

zafirah minta adik
 liya zafirah masa baru berumur 7 bulan ... pandai dah dia ni ... eh silap 5 bulan baru...

arsyad aiman dan liya zafirah

*ibu hamil yang masih menyusukan .. jangan lupa ambil supplement untuk kesihatan diri sebagai ibu, anak yang disusukan dan anak yang dikandungkan

Tuesday, May 28, 2013

Bagaimana menyimpan susu perahan ibu ?

Kepada ibu - ibu baru yang sedang menuntut ilmu penyusuan susu ibu, kat sini saya nak share tempoh penyimpanan susu ibu. Artikel ini bukan dibuat oleh saya tau, tapi dipetik dan dirujuk dari sumber rujukan yang sah dan boleh diguna pakai (buku panduan menyusukan susu ibu, 2008)


Sekiranya anda memerlukan suppliment untuk membantu anda cergas semasa menyusukan bayi, boleh call/wassap 0137669176 atau pm di FB Secret of Supplement
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...