Showing posts with label set breastfeeding shaklee. Show all posts
Showing posts with label set breastfeeding shaklee. Show all posts

Saturday, December 7, 2013

Susu Ibu : 35oz bersedia untuk dilupuskan

S yang pertama iaitu 'sisih'

Ya Allah, lamanya saya tak update blog.. hampir sebulan lamanya .. how time flies .. tak sangka sebulan blog ni disepikan ..

Hujung tahun adalah masa yang sangat mencabar pada saya ..sebab banyak perkara yang memerlukan saya untuk closing ..bukan closing shaklee ye anak anak.. Tapi closing bagi bidang tugas saya la ye (semua memerlukan report dan penelitian ; agar tidak ada quiry untuk sesi audit akan datang)

Oklah, hari ni perasaan nak cerita tentang susu ibu .. while zafirah dah 2 tahun, saya dah tak buat aktiviti rutin harian dengan mengepam .. sekarang adalah tugas tugas nak clearkan peti ais dengan susu ibu perahan ..

Ya, ini status 17 november : sisih 35oz susu ibu daripada deep frezer

susu ibu perahan
Bila dikumpul - kumpulkan tak percaya pulak 350z susu ibu ni bersamaan dengan setengah jug air .. hi hi hi ... kelakar pun ada juga ... macam nak serve orang minum dengan susu sendiri plak bila susu perahan tu ada dalam jug air

Ada juga yang bertanyakan kepada saya.

'tak bagi ke susu perahan tu pada anak ? sayangnya ..

1 tahun 4 bulan, zafirah demand yang fresh saja dengan susu ibu .. she's prefer direct feeding .. kalau susu perahan ni terkulat - kulat dia nak minum .. ya, might be dia dah pandai minum milo, susu kotak dan lain - lain (dah setahun lebih kan..)

Pengasuh kata, 'dia dah tak nak la kak, susu yang akak bekalkan' .. tak pelah, saya tak kecewa sebab pada usia 1 tahun sebenarnya susu ibu adalah pelengkap saja.. dan makanan seimbang adalah perkara utama ..

Tapi saya akan pastikan, diwaktu balik dari taska dan dihujung minggu, zafirah fully direct feeding .. alhamdulillah (saya berjaya capai target sehingga zafirah berusia 2 tahun)

Macamana ?

Walaupun zafirah dah menolak susu perahan ketika usia 1 tahun 4 bulan, saya tetap mengepam macam biasa.. untuk hantar isyarat pada otak, susu ibu masih lagi diperlukan.. dan pengaliran susu ibu tetap lancar..sehingga zafirah 2 tahun pun, alhamdulillah stok susu ibu tetap ada untuk zafirah ..

Dah pam, terasa sayang plak nak buang..jadi saya biarkan saja dalam deep freezer..sebagai koleksi dan penyedap mata saya memandang..

Sekarang ni, sesi sisih semuanya .. selamat tinggal susu susu ku ...

Perkenalan dengan set breastfeeding shaklee tak pernah menghampakan .. alhamdulillah, syukur ..

Wednesday, June 19, 2013

Kesan sampingan set breastfeeding shaklee

Sebelum ini saya ada story pasal keterujaan ofismate saya lepas consume set breastfeeding shaklee. Boleh klik di sini untuk baca cerita penuh. Kemudian, kawan saya ni beria - ria suruh letak komen dia kat blog ni. Okeylah, bagi tidak menghampakan, saya nak show sikitla apa komen kawan saya tu

kesan sampingan set breastfeeding shaklee


dan ini anaknya yang comel tu .. (si putih comel berbadan ketak ketak ; sharifah nuwairah adreena)


baby shaklee
nak tengok gambar adik addrena yang montel montel lagi boleh klik sini ya

Hakikatnya, apa yang bayi dapat adalah apa yang ibu makan. Adakah ibu - ibu mengamalkan pemakanan seimbang sepanjang penyusuan bayi ? . " fruit and vegetables are grown these days with an abundance of pesticides and only chemically replicated fertilisers " . Jadi apalah pilihannya ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...