Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Saturday, January 25, 2014

Meroyan selepas bersalin

Masa saya kecil - kecil dulu, saya selalu ikut mak pergi kenduri yassin kumpulan ibu - ibu komuniti felda. Atau orang Johor kata yassinan..rasa rindu pulak dengan suasana masa kecil - kecil dulu dengan aktiviti kemasyarakatan kat kampung..

masa ni mak sungguh sabar layan kami...kami tumpahkan kuah pun mak tak marah, kami tumpahkan air pun mak tak marah...touching plak rasanya ..-__- ..

Masa saya ikut mak pergi yassinan, mak pernah tunjuk kawan mak yang tak berapa sihat..masa tu mak kata dia sakit meroyan lepas bersalin..kesian juga saya tengok....tapi masa tu tak lah saya ambil berat sangat kenapa..kanak - kanak katakan ...

Tak logik pulak kalau time kanak - kanak dah kaji pasal sebab meroyan selepas bersalin ni kan .. he he.. :-)

Ada beberapa info yang saya baca, sebenarnya meroyan selepas bersalin atau gangguan emosi ni berlaku pada 25 - 85% pada wanita selepas bersalin, dan ia memuncak pada hari kelima


Adalah sangat penting bagi ibu berpantang menjaga kesihatan diri untuk mengelakkan risiko gangguan emosi. Minda yang positif, rehat yang mencukupi, sokongan dari ahli keluarga, pemakanan yang seimbang dan amalan berpantang secara tradisional juga membantu mengatasi masalah ini..

Bila bercerita pasal gangguan emosi dan kemurungan ni, sebenarnya saya suka cerita pengalaman saya bersama set berpantang shaklee..apa yang uniknya pada saya, kombinasi vitamin berpantang shaklee adalah menyeluruh..sebab ia bukan sahaja membantu proses pemulihan luka cepat sembuh, tapi ada elemen yang menggembirakan ibu semasa dalam pantang..

'sampaikan saya pelik, kenapa saya rasa gembira sangat ni walaupun perut saya dah kena belah 2 kali'...tak pernah segembira ini (sebab pertama kali saya cuba suplemen shaklee adalah semasa berpantang)..

Dalam set bepantang Shaklee ; ada 4 kombinasi asas yang dicadangkan kepada ibu - ibu.. iaitu vita-lea,b-complex,sustained realease vita-C dan zink

Saya akan cerita bagaimana setiap satu vitamin ini berfungsi, tapi untuk kali ini saya ingin fokuskan mengenai kepentingan vitamin b-complex bagi ibu berpantang dan uniknya vitamin b-complex Shaklee dalam mengurangkan kemurungan & tekanan....

Secara dasarnya ada beberapa maklumat daripada pembantu farmasi hospital yang saya rujuk, mengenai kesan kekurangan vitamin b-complex iaitu :

Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, hilang selera makan, kegelisahan, gangguan tidur, beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung, sakit pada bahagian abdomen,sembelit, gangguan mental atau emosi.

Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut, lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya),gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur), lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental.

Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, pellegra (sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; pening; lemah badan; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah)

Kekurangan vitamin B5 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, sakit kepala.loya , muntah, sakit abdomen, lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan, kebas dan sesemut pada kaki, kejang otot.

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, kegelisahan, depressi ( rasa tertekan)., Penyakit kulit, bibir merekah , bengkak mulut dan lidah, Anemia, sawan, pada bayi.

Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan : Keletihan, lemah badan, megaloblastic anaemia, sakit mulut dan lidah, kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang, gangguan mental dan emosi..

Kekurangan Biotin boleh menyebabkan : Keletihan dan lemah badan, kurang selera makan, rambut gugur, bengkak lidah, ruam kulit (eczema) dan gangguan emosi.

saya rujuk makluman ini dari artikel pembantu farmasi negeri , klik sini untuk info lain

Selain mengambil pemakanan daripada gandum, kekacang, ikan, sayuran, daging dan lain - lain yang kaya dengan vitamin b-complex. Saya sangat mencadangkan ibu selepas bersalin mengambil vitamin b-complex Shaklee sebagai makanan tambahan untuk memenuhi nutrien yang tidak dapat dipenuhi dalam diet pemakanan ibu berpantang..

Kenapa perlu pilih b-complex Shaklee ?

b-complex mengelak masalah meroyan 
  1.  Ia mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemua perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Ia mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, B5, B6, B12 tidak besar
  4. B-complex shaklee tidak menawakan rumusan larut air (sustain release)
Bagaimana b-complex shaklee bertindak mengawal stress

1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
4) Kesihatan Rambut - B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. 
 5) Kesihatan Mata - B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.
6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
7) Meredakan Senggugut - B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
8)  Mengurangkan risiko mendapat Perleche - B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan. 

Dulu masa anak sulung tak rasa pun kepentingan b-complex  semasa berpantang. memang emosi tak stabil sebab tak boleh solat kan...Ibu - ibu yang bakal bersalin, masukkan b-complex dalam checklist keperluan berpantang anda..

Saya adalah pengedar sah shaklee; boleh dapatkannya b-complex shaklee dari saya berserta konsultasi percuma ...

Saturday, June 1, 2013

Petua Pemulihan Selepas Bersalin


Dihujung - hujung kehamilan, salah satu perkara yang difikirkan satu kewajipan adalah set untuk berpantang. Selalunya ibu - ibu memilih jamu sebagai pilihan dalam penjagaan semasa berpantang. Pengambilan jamu dalam bentuk luaran selalunya tidak dilarang. Tetapi pengambilan jamu dalam bentuk pemakanan sebenarnya tidak digalakkan. Kenapa ?


(1) Bahan kandungan

Jamu : Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak pasti.

(2) Khasiat dan penyerapan oleh badan

Jamu : Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang komplikasi memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat.

(3) Kesan kepada bayi

Jamu : Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau tidak. Malahan kebanyakan jamu boleh meningkatkan risiko JAUNDICE kepada bayi.

(4) Waktu pengambilan selepas bersalin

Jamu : Ibu yang bersalin secara caesarian tidak digalakkan untuk ambil jamu malahan ibu bersalin normal pun diminta untuk mengambil jamu 2 minggu selepas bersalin.


Jadi apalah alternatif terbaik bagi menggantikan jamu sebagai set untuk berpantang?. 

Pengambilan vitamin semasa dalam pantang adalah jawapannya. Ibu - ibu selepas bersalin sebenarnya memerlukan makanan yang mengandungi protein dan vitamin lain dalam pemakanan seimbang bagi memastikan pemulihan luka bersalin dapat berlaku dengan baik. Berikut adalah artikel yang menyokong kenyataan saya. Dipetik dari harian metro bertarikh 29 Mei 2013

petua pemulihan selepas bersalin
Apakah pilihan vitamin yang bagus bagi ibu - ibu semasa dalam pantang ?

Pemilihan set bersalin Shaklee adalah pilihan yang terbaik. Kenapa ? 

Pertama sekali kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan. Tambahan pula kelebihan Shaklee ialah kerana ianya telah lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia (tiada apa yang ingin diragukan : lebih setengah abad)

Selain itu yang sangat istimewa dalam set bersalin ini adalah :

B complex (*memberi tambah nilai dengan menyebabkan ibu GEMBIRA : tiada dalam set berpantang yang lain)
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.
Vitamin - vitamin lain yang ada dalam set berpantang ialah :


Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.


Anda boleh juga tengok testimoni ibu yang telah menggunakan set ini di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...