Showing posts with label kebaikan dan keburukan soya. Show all posts
Showing posts with label kebaikan dan keburukan soya. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Pemilihan soya yang baik

7 kriteria pemilihan soya yang baik
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ 
Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~
Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yang dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu~
Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol~
Alcohol tu haram..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan~
Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan~
Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ 
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yang demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Perincian kriteria ini dipenuhi bagi produk berasaskan soya shaklee (ESP), boleh klik sini untuk info lanjut


Di hujung entry ni, nak sharing dengan anda semua mengenai hal ini
ESP shaklee, soya, kebaikan, kanser, menapause
sumber :eid-lifeandhopes.blogspot.com

Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.

pengasas Shaklee adalah Doktor dalam bidang nutrisi 

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms@whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Monday, February 17, 2014

Soya dan kanser

Pengambilan soya boleh mengelakkan kanser payu dara

Semasa saya menonton rancangan NONA, saya tertarik dengan pengisian pada hari berkenaan. Dalam slot rancangan ni, menceritakan bagaimana masyarakat Jepun dikategorikan sebagai manusia yang mempunyai jangka hayat hidup yang panjang didunia dengan memperoleh kesihatan yang baik sehingga keusia lanjut. Kadar obesiti pun jarang dilihat dalam masyarakat Jepun. Corak pemakanan harian mereka yang mementingkan makanan berkhasiat selain pengambilan yakult dengan kerap, mereka juga mengamalkan pemakanan berasaskan soya. Dimana jumlah pengambilan soya adalah tinggi sebagaimana pengambilan yakult dalam diet harian mereka.

Jom tengok, video yang saya rakamkan dalam rancangan NONA ..


*pengambilan soya dalam diet pemakanan masyarakat Jepun setiap hari mengurangkan risiko kanser payudara ..

(kalau nak tengok video full, bolehlah melayari tonton.my NONA 2013 episod no 50)

"Tahukah anda kandungan isoflavon yang tinggi dalam kacang soya membekalkan keseluruhan kebaikan soya, tapi jika ia diproses dengan cara yang tidak betul akan menghilangkan kebaikan pada soya tersebut"

"Tahukah anda, Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya ?

Tahukah anda, sesetengah syarikat menggunakan Alkohol dalam pengasingan soya? 
 cara pemprosesan ini menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan - bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan


Apakah soya mempunyai kaitan dengan kesihatan tulang ?

"A recent study show that dietary intake of soy product containing isoflavones had a significant impact on bone turnover in healthy postmenopausal women"

Apakah soya mempunyai kaitan dengan kesihatan payudara dan prostat?

 "Men who reported frequently consuming soy milk (which contains isoflavon ) were 70% more likely to maintain prostate health during a follow-up period, compared to the men who had little or no soy in their diet"

 "Health study conducted in China investigated the relationship between soy intake during adolescence and breast health later in life"

"Researchers believe soy intake at young age and continued throughout live is linked to maintaining breast health"

*walaubagaimanapun, we recommend that women with this history of breast cancer discuss the option of soy intake with their physician

Apakah soya mempunyai kaitan dengan menopause?

"Japan experience a smoother transitional period than women in the west"

Apakah perbezaan makanan tambahan protein berasaskan soya dari Shaklee?

  • Energizing Soy Protein (ESP) diiktiraf diseluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif
  • ESP memiliki kualiti protein yang tinggi
  • Kacang soya yang digunakan dalam ESP adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organism)
  • ESP diproses pada kadar suhu yang rendah
  • Kacang soya dalam ESP diproses dengan cara dicuci dengan air untuk kekalkan isoflavon genistein dan daidzein
  • ESP dihasilkan dengan menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP) : bagi memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan genetik dari benih sehingga kepada pengeluarannya.
  • Tiada artifical flavors, sweeteners, colors or preservatives added
 attachment artikel untuk rujukan

shaklee desaru

Shaklee desaru bandar penawar
     Apa lagi keistimewaan ESP ?


 ESP perlu diambil dengan kuantiti air yang betul dan mempunyai had pengambilan ESP setiap hari ... bukan sembarangan ye.. 

Justeru melalui pembelian ESP dari saya konsultasi percuma akan diberikan ... :-)


Wednesday, June 5, 2013

Jangan beri anak anda meal shake (sebab ia berasaskan soya)


Meal Shake Shaklee adalah makanan tambahan yang saya berikan kepada anak saya sebagai supplemen untuk memastikan nutrien dalam badannya dipenuhi. Mengikut buku panduan nutrisi shaklee, meal shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah – buahan, sayur – sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain –lain.”

Meal shake shaklee mengandungi soya?

Eee soya tak bagus la. Nanti boleh sebabkan kanser dan kemandulan. Ni semua agenda barat. Berbaliklah kepada makanan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Pernahkah anda diajukan dengan perkataan ini. Ya, saya pernah. Sangat kontroversi. Tapi saya tak marah. Terima kasih, kerana ayat anda itulah beri saya idea untuk menulis pagi ini. Apa yang saya buat, memula saya cari bahan dan baca dan fahamkan. Sudah tentulah bacaan yang meningkatkan keyakinan saya ditulis oleh doktor (yang ada pengetahuan dalam bidang perubatan) atau jurnal yang sudah disahkan kesahihannya. Tapi malangnya saya masih belum jumpa jurnal berkaitan soya. Tapi saya jumpa penulisan Dr Zubaidi (pegawai perubatan yang selalu menulis mengenai kesihatan dan rawatan di blognya). Penulisan beliau adalah fakta, kerana setiap ayat yang ditulis adalah hasil bacaannya pada rujukan yang sah.

Adakah kacang soya boleh menyebabkan kanser?

”Ramai saintis beranggapan bahawa pengamalan produk berasaskan soya tidak memberikan kesan yang positif atau negatif kepada kanser payudara. Banyak kajian yang perlu dijalankan bagi membuktikan dakwaan sama ada soya akan menyebabkan kanser payudara atau soya boleh mengelakkan kanser payudara”

Saya berpendapat bahawa kanser payudara ini lebih kepada penyakit genetik yang tidak dapat dikawal oleh mana – mana wanita. Ianya penyakit yang bukan dicari atau diminta. Hanya Kuasa Allah SWT sahaja yang dapat menjauhkan kita dari musibah ini.

Boleh baca kenyataan penuh Dr Zubaidi di sini 

* siapa yang ada statistik pesakit kanser, boleh beri pada saya tak ? Saya nak tengok adakah Johor menunjukkan nilai tertinggi kerana orang jawa memang makan makanan yang berasaskan soya (tempe)

Adakah kacang soya menyebabkan kemandulan?

Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya. Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.

Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.

Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.

Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Baca huraian penuh Dr Zubaidi di sini 

Menurut Dr Zubaidi lagi

Kesimpulannya, pengambilan soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan kesan kemandulan. Pengambilan secara berlebihan mana-mana makanan juga tidak digalakkan, termasuk pengambilan soya. Harus juga diingatkan soya juga memberikan kesan positif yang lain pada tubuh dalam aspek kesihatan secara menyeluruh.
Islam sendiri sudah menetapkan garis panduan agar makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Pengambilan makanan yang berlebihan tidak digalakkan didalam islam. Kerana mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Sunnah Rasulullah SAW adalah makan makanan yang halal dan baik untuk kesihatan, sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)

Makanan yang baik adalah makanan yang halal dari segi sumbernya dan terbaik dari segi kualitinya, yakni mempunyai zat yang mencukupi. 


Persoalan : berbaliklah kepada sunnah makanan Nabi Muhammad SAW

Pandangan saya : Saya tidak menolak sunnah makanan Nabi Muhammad SAW ... Malah saya amat mengalakkan agar pemakanan suplement shaklee diiringi dengan pemakanan sunnah Nabi. Saya sendiri minum susu kambing dengan supplement shaklee semasa berpantang anak kedua saya. Boleh baca di sini. 

Bagi resepi mealshake, anda boleh campur saja blended kurma dengan mealshake jika kita mahu. Atau jus delima dengan mealshake. Tiada tentangan dalam pemakanan tersebut.

Bolehkah saya memberi analogi yang cukup mudah mengikut pandangan saya :

Nasi adalah sumber karbohaidrat dan dimakan oleh kita setiap hari. Sedangkan nasi tidak disenaraikan seperti kurma, madu, buah delima, habbatus sauda dan lain - lain. Adakah kita akan menolak sepenuhnya untuk tidak makan nasi ?. Islam sendiri menyatakan kita boleh makan apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, justeru sebenarnya kita boleh makan nasi, tapi kita tidak digalakkan makan nasi secara berlebih - lebihan. Kerana makanan yang berlebihan akan mengundang penyakit. Begitu juga dengan supplement shaklee. Ya memang bagus ambil supplement shaklee pada masa yang sama kita makan kurma, madu, habbatus sauda, susu kambing dan lain - lain. Saya sangat menggalakkan.

Kepada anda yang memberi Meal shake shaklee sebagai supplemen kepada anak anda, pastikan anda memberinya mengikut sukatan yang betul:

*1 tahun kebawah tidak digalakkan mengambil meal shake shaklee
  1. 1 hingga 3 tahun - 1 sudu kecik 2-3 kali seminggu
  2. Kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas (Anak-anak yang lebih aktif dan terdedah dengan ramai orang terutamanya yang sudah ke tadika) - 1 sudu besar setiap hari
  3. Golongan dewasa – 1 sudu besar 1-2 kali sehari

 Salam Sayang semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...