Saturday, June 28, 2014

Konsep Syukur Rasulullah SAW

Saya selalu mendengar orang berkata 'bersyukurlah dengan apa yang kita ada' ..Hari ini saya pelajari satu lesson baru yang sebenarnya bersyukur bukan hanya dengan berkata - kata ; tapi tambah amal ibadah sunat untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT.

sedikit artikel mengenai konsep syukur Rasulullah untuk perkongsian kita bersama

"Daripada  Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”.

Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.”

bersyukur,rasulullah

Huraian Hadith:
1) Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan.

2) Setiap muslim hendaklah melakukan ibadat sunat untuk membuktikan kesyukuran kepada Allah SWT.

3) Setiap manusia hendaklah berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba yang lebih diredhai.

4) Seseorang yang menerima nikmat sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT.

Wallahuaklam!
sumber :koleksi-hadis-nabi.blogspot.com

Pengedar Sah Shaklee Anda 
Sms/whatsapp : 0137669176 
Fb message : Secret of Supplement 
Email : puteri.awam@gmail.com

Wednesday, June 25, 2014

Hilangkan taik lalat dengan basic H??

salam semua : hari ni saya nak kongsi real testimoni dari salah seorang ahli kumpulan shaklee kami .. memang teruja sebab masalah taik lalat ni memang satu perkara yang sangat sinonim dengan kaum perempuan

so lepas ni boleh cuba ganti clorox dengan Basic H Shaklee ya untuk hilangkan masalah taik lalat pada pakaian

"Sy nk citer real testimoni BASIC H
Sebelum g holiday 2 mnggu lepas,tukar cadar n sarung bantal..n siap cuci la kannn..
Smlm time amik baldi kat tepi washing machine, trjumpa 2 helai sarung bantal ni..rupenye terlepas pndang.igtkan dah cuci semua...baldi pulak dah disusun bertindih kan..mmg x perasan laaa..
pnuh taik lalat dahhhh sarung bantal tu!!!!!
Sayangnya..dah la ni set comforter my luv dpt hadiah golf..x kan nak buang,kan?
Nk guna peluntur nt rosak terusss...uwaaaa...
Terpandangkan BASIC H kat atas rak..tawakal je la.rendam sarung bantal ni dlm air larutan BASIC H (1 cap).
Pagi td tngok mmg clear sgttt..dah xde lngsung taik lalat tu...
Kesan 2 mnggu punye ...u all bygkan la kannn..

Mmg trbukti la BASIC H ni bagus sgt2 & multipurpose.
X rugi sgt beli...
dgn hrga yg x smpai 50 hengget n blh tahan smpai setahun."

masalah taik lalat, basic H shaklee
kredit pada Niza
Boleh dapatkan Basic H Shaklee dari saya ya :

Pengedar Sah Shaklee Anda
sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Friday, June 13, 2014

Sikitnya nilai mereka yang sihat


sakit, kronik, shaklee johor

Hari ini, lebih 95% menghidapi penyakit kronik disebabkan pemilihan makanan...kandungan toksik dalam makanan...kekurangan nutrisi dan kurang melakukan senaman fizikal ..

95% .. hanya 5% saja yang tidak tergolong dalam penyakit kronik ..kecil bilangan mereka yang sihat ..semoga kita semua tidak terpilih dalam peratusan pesakit kronik .. nauzubillahiminzalik .. jom kita ubah gaya hidup dari sekarang untuk masa depan .. agar kita dapat beribadah kepada Nya dengan lebih sempurna ..

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tips ibu bapa dari Prof. Dr Muhaya

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

ibu bapa, anak, cemerlang

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya ‪#‎silakan‬ share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Menggapai Bintang Johor Bharu

alhamdulillah, allah izinkan saya menghadiri seminar ini .. walaupun kedatangan saya lambat ..tapi sekurang - kurangnya ada input yang saya dapat dari seminar ini ..

seminar menggapai bintang JB

"seminar jam 9 .. kul 12 baru sampai"

Seminar menggapai bintang ni sebenarnya seminar yang dianjurkan oleh group dibawah naungan master Norita .. selain sharing rahsia pengalaman mereka yang dah berjaya tapi ada strategi bisness yang master Norita terapkan .. seronok tau sebab mereka yang berjaya dalam Shaklee ni bukan calang - calang orangnya .. mostly engineer .. cuma oleh kerana saya lewat hadir, maka saya terlepas sharing rahsia master aimi (graduate biotechnology dari New York dengan pointer 3.91).. muda lagi master aimi ni, baru 2+

tapi at least saya dapat juga rahsia kejayaan master Yati (engineer), master Arniey (engineer) dan master Raihan (even bekerja di kastam tapi sangat berjaya)

seminar menggapai bintang JB

tapi yang paling best diantara semua ni, mestilah dari master norita .. (seronoknya berada dibawah master norita ni selain lebih dari 15 tahun dari Shaklee ; tapi akak ni banyak sangat tips bisness dari Mr Victor dan Mr Roger Banet) .. memandangkan sekarang ni dah tepu media facebook dengan Shaklee : so ada strategi bisness baru untuk anak - anak dibawah naungan group Euphoria yang master Norita dapat dari Mr Victor dan Mr Roger Banet .. rahsia tau .. eksklusif hanya di kumpulan Euphoria je ..

jom jadi sebahagian dari kami
whatsapp : 0137669176

Wednesday, June 11, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah .. tahun 2014 melakar kenangan manis lagi buat saya bila saya dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi usaha tahun 2013 .. syukur alhamdulillah ...

Kalau difikirkan, walaupun saya sudah berkhidmat selama 4 tahun 9 bulan tapi secara offically saya berada di lokasi tempat kerja sekarang ni masih baru berusia 2 tahun ++ ...berpindah randah ..

Kalau diikutkan, saya rasa sebenarnya saya bukanlah pekerja yang cemerlang .. saya pun tak tahu kenapa saya di pilih untuk terima anugerah ni.. sebenarnya sampai sekarang ni pun kalau masuk meeting (sayalah orang yang paling pendiam dan tak berani nak bagi idea @ solution @ pandangan untuk sesuatu isu) .. kalau ada idea pun saya akan cakap dengan kawan sebelah je minta kawan saya sampaikan).. he he .. saya ingat masa saya dicalonkan menjadi ketua program .. hai ; punyalah saya gelabah tak tentu pasal (siap buat solat hajat semoga saya tidak dilantik) ..mujur terselamat ...lega rasanya .....

Saya dapat APC ni sebab saya membodek boss ke ? rasanya kawan - kawan saya juga tahu dengan perangai saya ; bila boss datang turun ke unit kami (saya akan lari ; sebab saya bukanlah golongan orang yang pandai nak berbual mesra dengan orang yang berpangkat) .. ini kan pula nak bodek boss ..

Kalau diikutkan ramai lagi yang layak menerima penganugerahan ni .. tapi saya percaya ini adalah rezeki yang Allah dah tuliskan untuk saya terima .. alhamdulillah (dalam tak semena - mena sejak saya ditarbiahkan oleh mentor shaklee saya ; rezeki datang tidak putus - putus ... syukur ...)

Pencapaian ni sebenarnya saya nak kategorikan bahawa walaupun saya menjalankan perniagaan Shaklee tapi saya tak abaikan bidang tugas utama saya ......(mujurlah saya berada dibawah mentor shaklee yang betul ; yang banyak mengingatkan saya tentang keberkatan rezeki)

'semoga allah kurniakan kepada saya rezeki yang berkat ... '

Majlis APC di Putrajaya ni sungguh istimewa rasanya .. macam pertama kali naik pentas untuk ambil segulung ijazah .. penghargaan buat penerima anugerah APC ni memang buat saya rasa terharu .. ayat yang buat saya touching ialah bila baca tentatif buku program '8.00 pagi : ketibaan penerima anugerah APC' .. terharu .. tak sangka saya adalah salah seorangnya .. bila selak helaian buku tertera nama saya (macam baca buku penerima ijazah universiti..) .. tu belum lagi beratur dan berhenti di step - step pentas (sebiji sama macam ambil scroll degree) .. 

alhamdulillah ... syukur ... saya memang teringin nak rasa perasaan ni .. dah terima sekali seumur hidup cukuplah ...

APC, anugerah perkhidmatan cemerlang


APC, anugerah perkhidmatan cemerlang
Alhamdulillah, penerima anugerah APC 2013 adalah milik saya ... 'satu bukti pencapaian yang saya tak abaikan kerja utama saya walaupun saya menjalankan bisness' .. saya ibu bekerjaya dalam masa yang sama saya juga menjalankan perniagaan Shaklee .. jika anda ingin bersama - sama menjana pendapatan bersama Shaklee boleh sms/whatsapp saya k  0137669176

Salam ukhuwah dan selamat malam .. :-)

Sunday, June 1, 2014

Kena operate buang sebelah mata kerana diabetes

Baru - baru ini ; ada dikalangan ofismate saya bercerita mengenai saudara mereka yang dibuang mata nya sebelah kerana diabetes yang tinggi ... nauzubillahiminzalik..

terus fikiran saya flashback kisah ketika keluarga kami di uji dengan sakit tersebut ... ya Allah, beberapa bulan yang lalu, keluarga kami di uji ...

mak saya sakit ..
diabetes/kencing manis dengan bacaan yang sangat tinggi (25 bacaan) + darah tinggi

kencing manis, diabetes, mak
* mujurlah adik saya doktor perubatan yang check darah mak kami dan senang kami nak di rujuk

Sebelum ini dalam kalangan ahli keluarga kami ; Allah kurniakan kami dengan kesihatan yang baik .. mak dan abah tak pernah ada history darah tinggi dan kencing manis .. even masa mak mengandung kesemua anak - anak nya ..mak tak tergolong dalam sakit 3 serangkai (kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung) ..

Ketika terima berita tersebut....dalam keadaan tak keruan saya terus balik jumpa mak .. masa ni semua anak - anak bagi nasihat kat mak, 'mak kena kurangkan ambil gula ni mak...' nasi tak boleh makan banyak, kuih yang manis, air manis semua tak boleh ambil dah'..

masa ni dari jauh , saya nampak raut wajah mak rasa sungguh tertekan .. tertekan sebab kena ubah cara pemakanan harian .. mak kata 'kalau mak tak minum air gula : mak tak de tenaga ... mak tak boleh buat kerja..' .. mak dah cuba satu hari tak minum air gula langsung ... badan mak lemah j...

kesian saya tengok mak masa ni .. sedih rasanya

besar sungguh dugaan ini rasanya ... selama ni dari pandangan mata kasar mak memang sihat (sebelum ni saya bekalkan mak dengan Gla Complex je memandangkan mak dah menopause) ..

tapi tak sangka pula .. tanda - tanda seperti masalah pendengaran mak menjadi lebih serius dan anak mata putih mak terkopek sedikit rupanya berkait - kait yang mak kena diabetes ..ya allah ..saya terus teringat bagaimana 'saya pernah berjumpa dengan saudara husband yang matanya menjadi buta akibat diabetes yang semakin tinggi ...duduk diatas wheel chair mengharapkan simpati anak - anak dan suami untuk menguruskan diri ... ya allah, jauhkan sakit itu dari ibu ku ...

review saya pasal gula terproses ni buat saya mangkin takut, 'gula terproses adalah racun utama dunia' ..

Selepas merayu dan memohon kepada yang maha Esa ; baru saya cuba usaha beri mak vivix Shaklee ('saya pilih dari jenama Shaklee sebab lebih dari 2 tahun saya consume Shaklee dan hasilnya memang positif.. lagipun ia adalah produk dari penemuan eksklusif hasil penyelidikan bertahun - tahun')  ..

diabetes, kencing manis, vivix shaklee

Alhamdulillah , belum sebotol vivix ni habis : bacaan diabetes mak dah turun dari 25 ke 10 .. syukur pada Allah dengan ke izinanNya ..

In sha allah , akan teruskan beri vivix Shaklee pada mak .. walaupun ia memang mahal (tapi duit boleh di cari) .. mak saya cuma seorang (dan saya masih mengharapkan doa - doa mak untuk jalani kehidupan ni)

Ada lagi satu kisah yang saya nak share mengenai masalah pendengaran bertahun - tahun mak .. 

nanti saya akan cerita mengenai masalah pendengaran mak .. :-(


If ada dikalangan keluarga anda menghidapi diabetes dan anda nak cuba usaha dengan pengambilan vivix Shaklee ; boleh hubungi saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...