Friday, March 28, 2014

Suplemen itu sangat mahal harganya

Baru - baru ni ex-ofismate saya meluahkan perasaan kepada saya ..

"kak, nak beli vitamin C shaklee....saya dah pergi 2 klinik untuk check up.. Dr kata kencing saya kotor..mahal la kak bayaran check up Dr lepas pergi kedua - dua klinik tu..seratus lebih..."

Kata - kata kawan saya ni mengingatkan saya mengenai pesanan old-timer dalam shaklee ..Suplemen bukan lah ubat untuk merawat penyakit .. Ia hanyalah makanan tambahan untuk memenuhi ruang - ruang kosong dalam badan kita yang tidak dapat dipenuhi dalam diet seharian kita.. Secara logiknya, apabila kesemua nutrien dalam piramid pemakanan seimbang dapat dipenuhi setiap hari, maka tubuh badan kita tentulah dapat berfungsi dengan sempurna ..

Tapi hakikatnya ; bila kita sihat kita tidak menyedari mengenai kepentingan suplemen dalam hidup kita.. malah kita akan rasa suplemen bukanlah perkara yang penting ..

Pengambilan suplemen adalah pilihan diri kita sendiri .. cuma kita saja yang tahu bagaimana diri kita .. dan suplemen bukanlah ubat ajaib...

Alhamdulillah, ex-ofismate saya membuat pilihan yang tepat selepas diuji dengan ujian yang kecil...ketika usianya lebih muda dari saya ; tapi sudah mempunyai kesedaran untuk ambil suplemen semulajadi bagi menjaga kesihatan diri ..

Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.
1 tablet vitamin C shaklee adalah semahal rm0.40 .. kalau ikutkan aturan pemakanan sehari anda hanya perlukan rm0.40 sahaja .. walaubagaimanapun ia terpulang kepada individu ..bagi saya, saya hanya ambil sebiji tablet vita C shaklee hanya pada hari dimana saya kurang mengambil buah dan sayuran.. justeru, ia memang berbaloi kerana 180 tablet yang ada dalam sebotol vitamin C shaklee boleh bertahan lebih dari 6 bulan ..

Saya setuju dengan luahan kawan saya "mengubat itu lebih mahal harganya berbanding mencegah"

Pengedar Sah Shaklee Khas Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

"Produk- produk Shaklee tidak bertujuan merawat atau menyembuh sebarang penyakit"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...