Tuesday, April 22, 2014

Review Buku : Who Move My Cheese

 siapa dah baca buku 'Who Move My Cheese?' .. 

who-move-my-cheese
 buku ni dah lama kan? .. tapi saya baru baca, sebab baru jumpa yang edisi bahasa melayu :-(

Baca yang sudah di translate ke bahasa melayu baru seronok .. ye la orang tak expert bahasa inggeris katakan .. takut baca lain tapi faham nya lain .. :-(

Alkisah sebenarnya, permulaan buku ni dah habis koyak rabak .. (hasil kreativiti liya zafirah) .. anak dara saya yang solehah ..

*puncanya mama juga ..anak - anak soleh dan solehah ni request bed time story ... memandangkan buku cerita kanak - kanak semua mama dah sisih dalam tong sampah ; jadi tinggal buku - buku mama j .. mama pun pura - pura lah cerita pasal tikus dan keju bila mama selak buku ni ngan anak - anak mama .. ala - ala cerita tom and jerry ..

Hasilnya, buku ni jadi favourite anak - anak saya .. bila dah jadi favourite; lama - lama habislah kena koyak ..
 Sebenarnya buku ni cerita pasal 2 watak manusia dan 2 watak tikus .. ayat - ayat dalam buku ni memang menggunakan daya fikiran yang tinggi ..sebab kita kena berfikir dalam - dalam mesej yang ingin disampaikan daripada sebuah cerita kisah cerita tikus dan manusia

Tapi secara kesimpulannya buku ni nak sampaikan mesej yang kita tidak boleh hidup dalam keadaan selesa setiap hari walaupun sebenarnya ketika itu kita dah sampai tahap kehidupan yang berjaya ..

Bagus motivasi ni ..sebelum ini saya selalu fikir bila buat sesuatu, pastu dah capai matlamat nak rehat panjang ..
 emmm, kena ubah cara berfikir ni .. setiap hari harus berubah jadi lebih baik dalam semua aspek

Jom, praktis

The best word daripada kumpulan shaklee kami : "kejayaan yang dah dapat tak usah dirai - rai lagi .. kesedihan yang dilalui tak usah diratapi .. tapi jalan terus menuju impian"

Yap, alhamdulillah .. saya dah kecapi kejayaan APC .. bukan masa untuk merai - rai lagi.. tapi mahu kerja keras dan buat betul - betul dengan bisness Shaklee

#saya suka dengan kumpulan ini .. :-) .. jom jadi sebahagian dalam kumpulan kami

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Friday, April 18, 2014

Kisah pertama kali memiliki baju sutera

 Personally, saya bukanlah individu yang suka pakai baju sehingga beratus - ratus ... rasa sayang pada duit sekiranya diperuntukan hanya untuk sehelai pakaian .. mungkin sebab dah biasa dengan cara hidup yang tidak mewah dari kecil.. jadi bila dah berkeupayaan (impian membeli barangan beratus - ratus ni memang akan berfikir panjanglah...)

Sejak mula saya bekerja... 'rasa teringin' nak sarung baju batik sutera sendiri tu memang lah ada... sebenarnya keinginan tu nak reward diri sendiri selepas berjaya habiskan master dengan result yang cemerlang..tapi keinginan tu tak lah meninggi sangat - sangat....sekurang - kurangnya saya nak ada sepasang.. jadi lah kan ..

Pertama kali saya beli baju sutera adalah di Pasar Payang, Terengganu ..tahun pertama saya bekerja .. masa ni saya ke Terengganu atas urusan berkursus selama 3 minggu ..jadi ambil peluang la cuci mata batik terengganu .. memang cantik .. harganya pun cantik .. ditambah pulak dengan impian nak reward diri .. jadi memang plan betul - betul lah nak membeli ..pusing satu pasar payang..wal hal nak beli sepasang je pun .. tapi pilih punya lah lama

nego - nego - nego .. dapatlah harga yang sesuai .. tapi end of the session sebenarnya rasa nak cancel sebab rasa macam tak sampai hati ratus - ratus itu diperuntukkan untuk sehelai sutera ..

 shahril (toy), shida dan zaman (ofismate yang bersama - sama saya membeli batik sutera)

masa ni kawan saya (shahril : toy) kata ..

'beli lah, kalau rasa tak sampai hati nak pakai p kerja .. pakai masa dapat APC nanti.. manalah tau ko dapat APC' ..

saya terus mati kata - kata dan beli .. masa ni dalam hati .."ya, aku tak kan pakai sehingga aku dapat APC suatu hari nanti .."

Dan kain ni saya simpan dalam almari tidak berjahit ... bila saya kemas - kemas almari, saya belek kain ni..nak pastikan dalam keadaan baik...

Sehinggalah tahun ke 3 saya bekerja .. masa ni lepas habis kelas Shaklee ...mentor saya cerita tentang hukum LoA ..(*kesian kat diri sendiri ... tahu LoA masa umur dah 30 tahun ...) ..orang lain dah tahu lama dah .. :-(

Habis kelas shaklee untuk tajuk LoA tu, saya duduk menung..kemudian saya selak almari..saya tengok kain saya ni ... dalam hati berkata .. saya nak cuba praktikkan ilmu baru .. ilmu LoA yang baru saya belajar.. so bermula lah sesi dari sehelai kain menjadi sepasang baju sutera .....

baju sutera .. oh baju sutera ...

Alhamdulillah, tahun kedua aplikasi LoA dengan diiringi the power of Doa .. Allah makbulkan keinginan saya ... Tahun ni saya dianugerahkan Anugerah Pekhidmatan Cemerlang (APC) untuk khidmat dan kecemerlangan 2013 ...Syukur ..saya miliki APC selepas berkhidmat selama 4 tahun 9 bulan ..

Rasa bertuah berkenalan dengan individu yang banyak ilmu ..alhamdulillah, ilmu eksklusif ni telah diturunkan kepada anak - anak downline saya...

In sha allah ... lepas ni nak cuba usaha untuk naik pentas NC shaklee untuk merangkul gelaran Master Khairul Bariyah

LoA and The Power of Doa

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Wednesday, April 2, 2014

Shaklee Bandar Penawar, Desaru

Alhamdulillah , done editing by Adobe Photoshop untuk buku pelawat ini dengan bantuan semua rakan - rakan kesayangan saya .... 

Ada cacat - cacat sikit .. tapi kira okey lah kan sebab dibuat dalam waktu yang singkat .. :-)

shaklee,bandar penawar,desaru

Pada 5 April ni saya bertindak sebagai salah seorang urusetia untuk Pelancaran Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) oleh Timbalan Perdana Menteri ..

Alhamdulillah .. dapat menyumbang tenaga .. dengan niat dan harapan dapat menyumbang untuk saham akhirat .. PISH ni sebenarnya satu dasar baru yang digubal agar pelajar - pelajar sekolah pondok, tahfiz diberi peluang untuk mendapat ilmu akademik melalui kursus pendek dan pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke bidang akademik di Kolej Komuniti.. in sha allah lepas ni boleh lah sambung pengajian seterusnya ke Politeknik dan Universiti .. :-)

 we, as a lecture support u 

Personally saya suka dengan pihak atasan yang mewujudkan dasar ini ...in sha allah, semoga profesional yang lahir pada masa akan datang adalah HAFIZ dan HAFIZAH ...

Alhamdulillah ..disiang hari..pada jam 8 hingga 5 petang, saya menjalankan tugas sebagai seorang pensyarah .. dimalam hari pula saya adalah business woman (Independent Distributor Shaklee ..) yang berjaya...

In sha allah, dengan sedikit kebolehan dan ilmu yang Allah beri pada saya...saya selalunya suka consult customer saya dengan ilmu berkaitan vitamin yang mereka beli (dibantu dengan informasi dari adik saya Doktor Perubatan)... :-)

untuk kawasan sekitar , saya boleh COD vitamin shaklee untuk anda .. :-)


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, April 1, 2014

Kenapa saya sungguh beria - ria ?

kenapa saya sungguh beria - ria dengan Shaklee ?

Berkongsi dengan rakan rapat dan saudara mara adalah perkara yang sangat menyeronokkan .. ekspressi wajah menggambarkan kepuasan sebenar...saya gembira bila rakan rapat dan saudara mara saya mendapat manfaat sebagaimana apa yang telah saya lalui satu ketika dulu

Vitamin shaklee yang paling saya suka cerita adalah SET BERPANTANG SHAKLEE .. sebab itulah saya sungguh beria - ria ... dan perasaan beria - ria saya tu bertambah - tambah kuasa nya bila rakan rapat saya turut memuji kebaikan yang diperolehinya berbanding sebelum ini 

"Set berpantang shaklee buat saya tak sembelit dan luka sembuh hari ke 7"
 
sembelit,berpantang,shaklee

Sembelit lepas bersalin memang suatu perasaan yang mengerikan  .. even bersalin ceaser..sebab kena guna otot perut untuk meneran ..wal hal perut masih luka dan belum pulih.. ili izyan adalah adik kawan rapat saya

boleh dapatkan vitamin shaklee untuk ibu mengandung daripada saya .. :-)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tak larat nak makan vitamin

 "saya tak larat nak telan vitamin sustainable vita-C shaklee, sebab beso bebenor ...."

Sepanjang saya sharing mengenai kebaikan vitamin Shaklee yang saya perolehi, ada diantara rakan saya merangkap customer saya yang lebih suka memilih vitamin Chewable Vita-C Plus 100mg berbanding vitamin Sustainable Vita-C 500mg ..

Apakah beza kedua - dua vitamin ini ... bezanya ialah kandungan vitamin C pada kedua - dua tablet tersebut .. Sustainable Vita-C mengandungi 500mg berbanding Chewable Vita-C mengandungi 100mg sahaja..

Selain itu Chewable Vita-C 100mg tabletnya kecil saja dan boleh dikunyah macam makan gula - gula (memula kita akan rasa masyam sampai tak tertelan)..tapi bila lama - lama kita kemam rasa manis .. 

macam gula sweet sour ..

jom baca apa yang istimewanya Chewable Vita-C 100mg

vitamin C

Tahukah anda
Haiwan  menghasilkan  vitamin  c  mereka  sendiri  seperti  arnab  mampu menghasilkan 18,000mg vitamin c sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin c. Tambahan pula, vitamin c larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin c setiap hari kerana vitamin C tidak memberi kesan toksik. 

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. Tetapi kandungan vitamin c tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...