Wednesday, August 21, 2013

Alangkah rugi nya saya selama ini

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga 7 sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah :

Pertama : tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua : membaca al-quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-quran terbih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki kemasjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat : jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima : jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang duka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari

Keenam : jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat  dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah"

Ketujuh : amalkan istighfar setiap saat. dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat - sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme
sumber : iluvislam

Jom beramal .. :-)

Tuesday, August 20, 2013

Orang Malaysia tak perlu ambil supplement vitamin D

Menurut Prof Dr Aminah, pakar sains pemakanan UKM ; kita di Malaysia cukup cahaya matahari dan mudah mendapat vitamin D. Namun bagi mereka yang lebih banyak berada dalam bangunan dan tidak terdedah kepada matahari seperti nelayan, lebih baik mendapatkan vitamin D.
sumber : Berita Harian, 26 Jun 2013

Terdedah macam Nelayan? rasa - rasanya lebih rela menjaga kulit untuk jadi putih daripada berjemur ditengah matahari kemudian menjadi hitam seperti nelayan.

Penting ke vitamin D pada badan kita ?

Memetik dalam artikel ini ; kajian di Kanada mendapati bahawa kehadiran vitamin D dalam badan mengurangkan risiko beberapa penyakit barah. Lantaran ramai mula mengambil vitamin D kerana mereka lebih banyak berada dalam bangunan dan kurang terdedah kepada cahaya matahari

Prof Dr Aminah turut menyarankan pengambilan vitamin D daripada sumber makanan seperti susu.

"kaji selidik mendapati bahawa 72 peratus rakyat Malaysia sedar susu bagus tetapi tidak kisah untuk mengamalkannya dalam diet seharian.Beliau turut menyarankan ibu menyusukan bayinya sehingga 2 tahun untuk memberikan khasiat yag baik.Tiada minuman susu yang paling berharga dan lebih baik daripada susu ibu kerana lengkap dengan nutrisi.Cuma yang menghairankan ketika usia kecil, bayi dibekalkan dengan susu ibu atau formula, tetapi apabila meningkat usia, susu tidak lagi dijadikan amalan"

Pengambilan susu dimulakan dari usia kecil dan bagi mereka yang berusia 20an hingga 30an, perlu kerap minum susu untuk memelihara tulang. Pengambilan susu pada usia 40a hanya untuk menstabilkan kesihatan tulang.

kepentingan penagmbilan susu


Pentingkan pengambilan susu ?


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Tak suka minum susu? benci .. nak telan air susu susah... uweek ..minum susu bila mengandung je sebab fikirkan anak dalam kandungan ... 


Tak suka minum susu, kemudian tak suka berjemur - jemur bawah matahari. Kesian kat badan kita kan? menjaga tubuh badan sendiri itu adalah amanah yang telah Allah beri pada kita. Mula jaga tubuh badan kita dari sekarang supaya kita dapat sujud dengan sempurna dihadapan Allah ketika usia tua nanti berbanding solat atas kerusi

Jom sayangi diri kita, jika susah nak telan susu dan nak berjemur bawah matahari mcm nelayan boleh memilih alternatif pengambilan supplement semulajadi ini

ostematrik shaklee
 Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Testimoni ostematrik

Sunday, August 18, 2013

phD in breastfeeding

phD in breastfeeding? apa tu? .. phD in breastfeeding adalah istilah yang selalu mak mak gunakan sekiranya berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun. Award yang diberi kerana ketabahan mengharungi pahit manis menyusukan anak sendiri sehingga mencapai tempoh sempurna dalam islam iaitu selama 2 tahun.

Sebenarnya banyak lagi istilah mak mak pasal award - award dalam breastfeeding iaitu:
  1. Tahap degree : Penyusuan susu ibu sahaja sehingga 6 bulan
  2. Tahap master : Penyusuan susu ibu sehingga 1 tahun
  3. Tahap phD : Penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun
Hari ni bukan saya nak cerita saya dah dapat award phD in breastfeeding kerana berjaya menyusukan anak kedua saya Liya Zafirah (*entry  penyusuan 2 tahun liya zafirah akan saya tulis pada 28/8/2013 nanti). Tapi nak share dengan anda semua, saya baru baca jurnal penyelidikan oleh orang Barat ni. Saya seorang ibu yang passionate dengan ilmu pasal breastfeeding ni. Banyak juga jurnal jurnal yang saya baca sampaikan rasanya boleh graduate dalam bidang Phylosophy of Doctorate in Breastfeeding ..ahahahah (tukar bidang dari engineering ke breastfeeding)

Masa anak sulung dulu, bukan saya tidak mencari ilmu..husband turut menyokong membelikan buku mengenai penyusuan susu ibu.. Tapi, itulah (usaha dan doa tak cukup kuat ketika itu) : arsyad aiman berjaya susu ibu sehingga 6 bulan (while masa ni mama sedang gigih menjaga kamu seorang diri kerana kami husband and wife tinggal berjauhan akibat tempat kerja yang berbeza sejak arsyad aiman berusia 6 bulan).. Apa pun mama bangga dengan diri sendiri sebab walau sukar mana pun, tangan mama yang menjaga kamu ; bukan orang lain.

*siapa yang ada pengalaman jaga anak sendirian masa tinggal berjauhan dengan keluarga dan suami mesti faham situasi ini

Eh ! termasuk sesi touching - touching pulak. Berbalik kepada jurnal yang saya baru baca ni, kajian barat mendapati bahawa terdapat perbezaan mengenai adult intelligence mengikut tempoh penyusuan susu ibu.

Duration of breastfeeding untuk (7 to 9 month) dan (more than 9 month) mencatatkan nilai bacaan skor mean paling tinggi berbanding penyusuan susu ibu untuk (1 month), (2 to 3 month) dan (4 to 6 month).*macam mengulas penulisan untuk buat technical paper plak ..eheheh

Attachment ; rujukan jurnal tersebut
duration of breastfeeding and agult intelligence
 *klik untuk besarkan imej

Sebenarnya, islam sendiri sudah menyatakan kehebatan susu ibu dalam al-quran. Idola kita nabi muhammad S.A.W pun disusui dengan susu ibu walaupun bukan dari susu ibu kandungnya sendiri. Tak perlu buat rujukan di barat pun kita sudah sedia maklum bagusnya breastfeeding ni untuk kecerdasan dan IQ anak - anak. Kerana itulah kita disaran menyusukan dengan sempurna selama 2 tahun. 2 tahun .. ingat 2 tahun ..

Agaknya jika dikaji kenapa 2 tahun mesti banyak lagi penemuan - penemuan hebat dalam bentuk numerical statistik

Dalam islam, hikmah breastfeeding bukan sahaja makanan terbaik untuk tumbesaran fizikal bayi tetapi susu ibu adalah pembentuk akhlak yang merupakan makanan rohani pada bayi. Lepas ni sesape yang buat phD dalam breastfeeding boleh la buktikan dalam bentuk numerical akhlak anak yang menyusu dengan susu ibu dan akhlak anak yang tidak disusui dengan susu ibu

Saturday, August 17, 2013

Petua Rasulullah tidak pernah sakit

Semasa saya membelek - belek buku ini, ada beberapa isi yang menarik untuk dikongsi bersama. Perkara yang menarik perhatian saya tentulah bagaimana pemakanan idola umat islam iaiatu Nabi Muhammad SAW. memandangkan hari raya adalah hari kemenangan bagi umat islam, selalunya kita akan makan makan dan makan lagi...kan .. he he he ..

Jom tengok petua bagaimana rasulullah menjaga pemakanan

"Mengenai cara pemakanan rasulullah S.A.W ; baginda tidak makan buah selepas makan sebaliknya makan buah dahulu kemudian barulah makan. Berbeza sekali cara pemakanan Rasulullah S.A.W jika dibandingkan dengan kita yang akan memakan buah selepas makan"

"Tidak tinggal makan malam kerana sesiapa yang tinggal makan malam, mereka akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah (maksud tinggal disini ialah jangan makan malam)

Di dalam al-quran kita diajar menjaga kesihatan seperti melakukan amalan, diantaranya:
  1. Mandi pagi sebelum subuh, sekurang - kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak.
  2. Amalkan minum segelas air masak setiap pagi. in sha allah akan terhindar dari penyakit
  3. waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur dan memanjangkan zikir
  4. Sujud dapat mengelakkan kita daripada sakit kepala. ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian. mereka menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  5. Gunakan tangan kanan ketika makan dan apabila habis makan hendaklah menjilat jari. begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur
 Banyak lagi pesanan - pesanan yang baik oleh Rasulullah S.A.W dalam buku ini. Mungkin boleh jadi salah satu bacaan anda

100 pesanan terakhir rasulullah

Wednesday, August 14, 2013

Ramadan bermaksud cuaca panas terik

Eh! kan dah bulan Syawal, apalah Khairul Bariyah ni, lambat (buat entry ramadhan sedangkan syawal sudah masuk hari ke 7).

Sebenarnya banyak bahan yang saya cari untuk saya muat turun dalam blog saya. Tapi disebabkan kesibukan saya membuat persiapan syawal, banyak aktiviti tergendala.

Update a blog is like doing an assignment. Jika boleh, saya ingin menulis tentang fakta yang dirujuk daripada pelbagai bahan bacaan supaya boleh dirujuk oleh pembaca - pembaca blog saya.

Sekiranya, ada penulisan saya berdasarkan pengalaman peribadi (saya sebolehnya mencari bahan rujukan agar boleh menyokong pandangan dan pengalaman saya).

Hari ini saya nak berkongsi dengan sedikit ilmu yang saya dapat melalui pembacaan saya di ruangan Agama, Berita Harian bertarikh 5 Julai 2013. Rupa - rupanya ramadan itu bermaksud cuaca panas terik

Ia dinamakan sedemikian untuk menggambarkan rasa panas dalam perut disebabkan dahaga. Ramadaan berasal daripada perkataan Arab 'amida' atau 'al-ramad' yang bermaksud cuaca panas terik atau kemarau yang keterlaluan dan membakar tanah. Bahkan ia juga dikatakan sebagai batu - batan yang panas iaitu merujuk pada batu di padang pasir yang panas terbakar.

Ia juga dinamakan sedemikian untuk menggambakan rasa panas didalam perut disebabkan dahaga. Ada yang mengatakan ia kerana ramadan membakar dosa dengan amal soleh. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan ia dinamakan ramadan keran hati dan jiwa lebih bersedia untuk disucikan dan mengingati Allah sepanjang ramadan. Terlalu banyak kelebihan ramadan yang disebutkan sebagai penghulu segala bulan.

Penulis artikel adalah pegawai penyelidik kanan, pusat kajian syariah undang - undang dan  politik IKIM

Emmm, patutla sepanjang bulan ramdhan memang cuaca sangat panas dan terik. Alhamdulillah, ramadan kali ini Allah izinkan saya berpuasa penuh...Syukur ...

memetik kata - kata di rancangan MHI pagi tadi. "tanda - tanda puasa dan amalan kita diterima pada bulan ramadan ialah, apabila kita menjalankan ibadah dan amalan - amalan dengan istiqamah pada bulan seterusnya. Salah satunya ialah dengan berpuasa sebanyak 6 hari pada bulan Syawal."


*** Ya allah, izinkan daku berpuasa 6 hari pada bulan Syawal 1434H kali ini. Jom berpuasa 6

Saturday, August 10, 2013

Bagaimana saya menguruskan anak ketika dijangkiti chicken pox

emm, lama tak update blog... teruja sangat dengan persiapan raya sampai blog ni dianak tiri kan. Sebenarnya entry hari ini saya nak cerita mengenai pengalaman saya menguruskan anak pertama saya ketika dijangkiti virus chicken pox.

Arsyad aiman anak sulung saya dijangkiti virus chicken pox masa bulan ramadahan, 12 hari lagi umat islam nak menyambut lebaran syawal. Mak mak zaman sekarang ini, google dihujung jari. Jadi banyaklah maklumat yang saya cari mengenai chicken pox ni.

"The chicken pox, also known as the varicella virus, starts in your body internally and then shows up in the form of various symptoms (such as a a itchy rash and blisters) and can only be cured by tackling both the virus inside the body and by treating the symptoms that it causes

As you can see in the picture to the right, the varicella virus enters the body throught the nose, mouth or through broken skin
 

chicken pox
The virus is made up of incredibly small particles that attaches to host cells to live and reproduce. It will spread to the cells in the nose and surrounding lymph nods. Then it reproduces like mad and the particles travel to the liver, spleen and sensory nerve tissues.

After that it reproduces again, this time to the skin cells, resulting in the Chicken Pox rash. 
 

"We need to fight off the virus, stop it from reproducing any further, and destroy it. We also need to treat it externally to stop the itchiness and allow the blisters to scab over quickly and heal."

.. tidak ada ubat untuk chicken pox, tapi kena lawan varicella virus dari terus keep reproducing dengan lebih banyak. Disamping rawatan luaran untuk berhentikan kegatalan

Saya teringat kata - kata adik saya "sakit disebabkan virus ni tiada ubat". Bagi kes chicken pox ada kalanya Dr akan kawal pesakit melalui pemberian antibiotik. Sesetengah mak mak zaman dulu tidak membenarkan pemberian antibiotik kerana akan menyebabkan chicken pox tak keluar sepenuhnya. Tanggapan ni silap, sepatutnya "We need to fight off the virus, stop it from reproducing any further, and destroy it"

Dan chicken pox adalah sinonim dengan petua orang dulu iaitu "air kelapa muda".

Saya beri pada hari pertama ketika anak saya diserang dengan virus ni, kemudian saya berhentikan pemberian air kelapa. Kenapa ? ntah la ye...kerana, semakin saya banyak membaca mengenai air kelapa muda, semakin banyak ketidakpastian yang saya jumpa.....

Pengalaman individu 1 : Dr pun sarankan saya minum air kelapa
Pengalaman individu 2 : Dr dah warning jangan minum air kelapa

chicken pox

Pengalaman individu 3 : Dr kata tiada bukti saintifik air kelapa mampu merawat dan mengakibatkan chicken pox semakin teruk

Pendapat individu 4 (bukan Dr) : Air kelapa sebenarnya meneutralkan racun, jamu, vitamin dan menawarkan ubat dalam badan. Bila ubat tak berfungsi dengan baik, virus akan menyerang dengan lebih banyak sebab tak ada protection. Itu yang chicken pox akan keluar dengan banyaknya.

 Pendapat individu 5 (bukan Dr) : Minum air kelapa muda masa kena chicken ni bagus sebab ni petua orang - orang dulu. nanti chicken pox keluar sepenuhnya.orang dulu tak de ubat pun


 *oleh kerana banyak sangat ketidakpastiannya dan rasa was was, maka saya rasa baik saya berhenti pemberian air kelapa....emmm...ntah la ye...orang kata kalau was - was jangan buat... :-(

Jika anda tanya saya nak pilih rawatan moden atau petua orang - orang lama. Saya akan kata, saya pilih rawatan yang cepat pulih. Memandangkan saya ibu bekerjaya dan mempunyai cuti tahunan yang terhad, jadi mustahil untuk saya bercuti dengan lama untuk menjaga anak. Jika saya pilih petua orang - orang lama kemungkinan untuk bercuti bagi seorang anak adalah 14 hari. Jika jangkit dengan anak - anak yang lain, mahu kena tambah cuti lagi 14 hari. bestnya mak mak zaman dulu tak kerja.. jadi boleh lah menjaga anak sepenuhnya beberapa lama (tak perlu minta cuti emergency dari majikan)... :-(

Ini pengalaman ibualya
chicken pox

Apa yang saya buat ?
"We need to fight off the virus, stop it from reproducing any further, and destroy it"

Ada 2 perkara yang saya buat :

Pertama : saya tingkatkan sistem imun pada anak saya melalui pemberian nutriferon shaklee. Sebab saya nak lawan virus variecella tu dari terus keep reproducing any further.


nutriferon untuk chicken pox

NutriFeron™
Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.   


  Ia adalah supplement berasaskan bahan semulajadi dan halal





Kedua : untuk luaran, saya sapukan dengan hasil lumatan daun ini, yang diberi oleh ketua pengasuh anak saya dan memang cepat kering


daun semambu chicken pox
Daun semambu

Sepanjang pemerhatian saya pada arsyad aiman, saya tengok dia tak mengaru - garu kegatalan. Saya tetap mandikan dia setiap hari. Walaupun petua orang - orang lama kata, chicken pox ni pantangnya air. Alhamdulillah, syukur.. dengan izin Allah, arsyad aiman kena chicken pox sikit j..4 hingga 5 ketul dimuka dan sedikit dibadan. Hari ke 3 dah kering. Alhamdulillah, dengan izin Allah, chicken pox tak menyerang dengan banyak pada anak saya. Dan bahagian luaran kering dengan cepat.   

*ada juga pengalaman orang yang keluar chicken pox banyak (yang dianggap keluar semua) kerana minum air kelapa kena semula chicken pox pada kali kedua. keluar sikit atau banyak bukan penyebab kita tak kan diserang dengan virus varicella ni pada kali kedua (sakitkan Allah yang bagi...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...