Friday, February 21, 2014

Salah Faham Terhadap AIR

Apa ada pada air kosong?" Bila haus, minumlah, jika tak haus, tak perlu minumlah"
 - inilah diantara jawapan yang biasa diberikan.

Sebenarnya kita mempunyai pusat haus di dalam otak, iaitu sama seperti pusat mengantuk. Semakin meningkat usia, pusat haus ini didapati kurang peka terhadap haus, dimana sebenarnya badan memerlukan air, tetapi kita tidak merasa haus. Lama kelamaan ianya sudah menjadi satu kebiasaan. Kita biasa mendengar jemaah haji yang sudah berumur mengalami masalah dehidrasi, kerana mereka tidak mahu lebih awal minum banyak air dengan alasan tidak haus.

 emmmm, perlu ambil iktibar dengan kepentingan mengambil air dalam tubuh badan kita (8 gelas sehari)..tidak semestinya mengambil supplement sahaja perlu minum air dalam kuantiti yang banyak .. tapi jika tak ambil supplement pun kita perlu minum banyak air kerana hakikat sebenarnya sebahagian tubuh besar kita terdiri daripada AIR

air,tubuh badan, pentingnya minum air, minum

Orang dewasa dicadangkan untuk mengambil 8 gelas air dalam sehari. Ini termasuk air teh dan air minuman bergula yang lain. 8 gelas ini bukan bermakna mesti air kosong semata-mata.Namun disyaratkan 70%  dari 8 gelas itu adalah air kosong. Kajian menunjukkan sebahagian  besar dari kita hanya mengambil 5- 6 gelas air sehari dimana 3-4 gelas adalah bukan air kosong.

Didalam buku ' You are not sick but you are thirsty', tulisan Dr. Batmanghelid, dinyatakan dengan  banyak sekali testimoni bagi mereka yang dapat mengekalkan minum air sebanyak 8 gelas ini. Diantaranya dapat menghilangkan sakit sendi, alahan kulit, muka lebih 'merah', kurang rasa pening ketika cuaca panas atau kepenatan, malah ada yang dapat mengawal kemarahan! Anda boleh mencari banyak maklumat tentang air ini didalam internet.

Air adalah makhluk istimewa yang Allah ciptakan, sebahagian besar badan manusia terdiri dari air. Kajian Dr Emoto tentang Kristal air, dimana beliau 'terpaksa' mengaku bahawa Kristal air zam-zam adalah yang paling cantik. Kristal ini yang dilihat melalui mikroskop khas boleh pecah apabila air itu tercemar, dengan kata lain pada hakikatnya air ini HIDUP atau ada ROH. Air yang dibacakan doa atau ayat-ayat AlQur'an tentulah berbeza 'zat'nya berbanding air biasa. Maka tidak salah kita meminum 'air Yasin' atau membaca bismilah dan fatihah pada air yang akan kita minum.

*saya pernah menulis mengenai air hasil kajian Dr Emoto ; boleh klik sini untuk baca lebih lanjut

Tayammum tidak sah bagi orang yang tiada halangan berwuduk dengan air, sedangkan berwuduk bukan tujuan untuk mencuci kotoran pada 4 anggota wajib wuduk. Air mempunyai aura tersendiri, dan Allah sahaja yang tahu mengapa berwuduk wajib dengan air, sedangkan pada zaman Nabi SAW, air umpama mutiara, kerana sukar untuk mendapatkannya.

Mudah sahaja untuk mengetahui samaada kita sudah cukup mengambil air atau tidak, jika melihat warna air kencing kuning pekat, ini bermakna anda kurang air.

Jika anda terasa pening kepala, lupakan dahulu mengambil panadol, sebaliknya minumlah air kosong 2 gelas, anda lihat kesannya nanti. Pada permulaannya anda akan kurang selesa jika mengamalkan minum air kosong ini kerana akan lebih kerap buang air kecil, tetapi alah bias tegal biasa. Air kosong adalah modal mudah untuk sihat.


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms@whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...