Saturday, May 31, 2014

Ke mana perginya berat badan berlebihan semasa hamil?

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? 


Walaupun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

• Berat bayi : 2.5 - 3 kg
• Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
• Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
• Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
• Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
• Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
• Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
• Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg


Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza.

gemuk semasa hamil
ibu hamil gemuk berisiko lahirkan bayi obesiti
 
Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Paling penting adalah untuk anda makan dengan sederhana dan seimbang supaya anda dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat.

Info berikut mungkin membantu anda dalam mendapatkan khasiat secukupnya sewaktu hamil:

Protein - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protein tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi
Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi
Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang
Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin
Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung
Air - Amalkan meminum air masak 2-3L sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

sumber : website penerangan.gov.my  

anda mungkin ingin baca juga : Bagaimana pengalaman sahabat saya selepas bereksperimen dengan 2 jenama vitamin yang terkemuka ketika kehamilannya yang ke 3.. klik sini


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...