Thursday, December 26, 2013

8 Pelaburan Akhirat

Merongyeh - merongyeh juga .. tapi yang penting mesti beramal dengan Allah SWT..

Kadang - kadang entry dalam blog ni berbaur gembira - gembira .. sebelum ni, saya perasan kenapalah penulisan saya ni macam stress je .. tegak je .. tapi bila lama lama saya blogwalking, saya rasa bila baca blog orang lain yang menggembirakan, saya akan jadi happy dan ceria sepanjang hari..

Jadi, saya selit selitkan unsur unsu cerita yang gembira dan saya juga kongsikan manfaat manfaat agama apa yang saya baca .. bak kata salah seorang peserta 'Pencetus Ummah' : 'merongyeh - merongyeh juga tapi mesti beramal dengan Allah SWT..

Oklah, malam ni sebenarnya saya nak share 8 pelaburan akhirat yang saya petik dari majalah IMAN no 2 :

1. Berdoa ; ia senjata orang muslim ... sentiasalah berdoa .. jom kita selalu berdoa semoga allah kuatkan dan pelihara iman kita .. aminn

2. Memperbanyakkan amalan - amalan sunat

3. Membaca al-quran

4. Melakukan sembahyang malam

5. Sentiasalah berzikir ; zikir adalah terapi .. terapi ketenangan jiwa dan fikiran .. jom berzikir sekejap ;
                                                  La ila ha illallah , La ila ha illallah , La ila ha illallah
                                                                 (ha kan kamu dah berzikir ..)

6. Bersedekah ; rezeki bertambah berkat bila bersedekah

7. Menghadiri majlis ilmu

8. Zuriat yang soleh dan solehah

gapai pahala dengan teknologi
jom guna internet untuk sebar - sebarkan ilmu Allah ..

Wednesday, December 25, 2013

Terjadi kerana kebetulan

Percaya rukun Iman ke 6 (beriman kepada qada' dan qadar)

Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. 
 Dimana semua perkara yang berlaku adalah didalam pengetahuan Allah Ta'ala

 Berimanlah bahawa hanya Allah Ta'ala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan didunia ini. Sebagai manusia kita adalah lemah dan perlu bantuan Allah Ta'ala.

Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya
 
percaya kepada qada dan qadar

As a muslim, jagalah kata - kata kita agar ia tidak mengurangkan keimanan kita pada Allah SWT dengan rukun iman yang ke 6 ini

Muhasabah diri .. mari ubah cara berfikir dan berkata - kata , kerana ianya menggambarkan siapa diri kita sebenarnya 


untuk sahabat ku .. La Tahzan : innallah ha ma'ana

Omega guard : Bagus untuk sumber DHA

siapa yang tidak tahu kebaikan minyak ikan ? rasanya semua orang tahu minyak ikan bagus untuk sumber DHA. Apa yang membezakan minyak ikan shaklee dengan jenama yang lain adalah gambarajah ini :

omega guard shaklee
Satu biji omega guard shaklee memberikan 99% omega-3 berbanding jenama - jenama lain ..(kredit gambar pada vitaminpilihanibu)

Liya zafirah adalah satu satunya testimoni yang suka saya ceritakan. Sebab ia berlaku dihadapan mata saya. Saya dapat lihat she is like a sponge (kuasa memorinya sangat mudah meng ingat dengan setiap persekitarannya)

Saya ada cerita sedikit sebelum ni tentang kebolehan liya zafirah anugerah oleh Allah pada anak saya. Boleh klik sini jika mahu membaca ..

Dan lately, mama selalu terkejut dan tak menyangka akal anak mama ni.

Dialog dipetang hari : asyad aiman 4 tahun, liya zafirah baru 2 tahun

Arsyad aiman : mama.. nak air masak .. mama nak air masak ..(sambil merengek rengek)
Mama : ambillah kat dapur tu .. abang dah besar kan...
Liya zafirah : (kat dapur main apa ntah .. tetiba bawa air dalam cawan)
Mama : tu adik bawa air tuh.. minta air kat adik ..
Liya zafirah : ni firah bawa air masak ..ada dua

Mama : *terkesima sekejap .. macamana adik pandai mengira ni .. baru 2 tahun dia pandai buat conclusion bila pegang air pada tangan kanan dan tangan kiri maknanya jumlahnya DUA !

Bravo bravo bravo ... dan mama masih speechless sehingga kehari ini

Pastikan beli minyak ikan dan bukan lemak ikan ye ..

Boleh dapatkan promosi YES 2013 omega guard shaklee dari saya .. ready stock untuk anda .. whatsapp 0137669176 (khairul bariyah)

Hikmah di sebalik susah

cerita motivasi

Seorang kanak - kanak menemui kepompong seekor kupu - kupu. Dia duduk dan mengamati selama beberapa jam kupu - kupu dalam kepompong itu berjuang memaksa dirinya melewati lubang kecil itu. Kemudian, sang kupu - kupu berhenti bergerak. Kelihatan ia sudah berusaha sedaya upaya dan sudah tidak mampu lagi

Akhirnya kanak - kanak itu memutuskan untuk membantunya. Dia mengambil gunting dan memotongt kepompong itu. Kupu - kupu itu keluar dengan mudahnya. Namun, ia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, serta sayap - sayap yang mengerut. Kanak - kanak tersebut terus mengamatinya, kerana dia berharap bahawa pada suatu saat, sayap - sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuh di kupu - kupu.

Sayang .... semuanya itu TIDAK AKAN TEJADI ..


Akhirnya kupu - kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh kembung dan sayap - sayap mengerut. Ia tidak dapat terbang. Tidak akan pernah...

Apa yang tidak difahami dari kebaikan dan ketergesaan kanak - kanak tersebut adalah kepompong yang menghalang dan perjuangan yang diperlukan kupu - kupu untuk melewati lubang kecil tersebut adalah cara Tuhan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu - kupu itu mengalir kedalam sayap - sayapnya. Begitulah sehingga ia dapat terbang setelah bebas dai kepompong tersebut.

Kadangkala, perjuangan adalah apa yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan, itu mungkin malah melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat seperti sepatutnya kita mampu. Kita mungkin tidak pernah dapat terbang

Ya, Allah .. dengan rahmat dan kasih sayangmu ..

Aku memohon kekuatan akan segala cabaran dan dugaan hidup ini

Tuesday, December 24, 2013

Bila ulat pun berzikir

"Banyakkan membaca jika mahu berjaya.. "

ya, saya setuju .. ilmulah senjata paling ampuh dalam menangkis serangan yang berlaku .. selama ini masa saya menuntut master saya selalu kata begini..

"time master ni la pulun habis - habisan..pasni saya mahu rehat .. termasuklah rehat tak mahu baca buku .."

hi hi hi .. akhirnya saya memang dapat apa yang saya mahu kan .. CPA master saya 3.80 .. research master saya adalah apart of international research (research undergrant jaringan kerjasama 4 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Sepanyol dan German)

Bila saya masuk dibidang pekerjaan, perasaan kurang rajin membaca ni mangkin lama bertambah - tambah.. saya hanya baca apa yang saya nak mengajar hari itu saja..habis kerja tutup buku dan banyak layan televisyen

Kemudian sampailah satu ketika apabila saya berkawan dengan orang - orang yang berjaya dalam perniagaan ni ..bukan saya dapat jaringan kawan - kawan yang luas, tapi yang seronoknya..we always remind each other supaya banyak membaca .. Ini juga adalah rahsia orang orang yang dah berjaya dalam perniagaan

dan akhirnya saya memilih buku buku kerohanian..untuk mengisi jiwa yang kosong.. refresh dan tambah ilmu agama yang kurang diambil perhatian .. penulisan ini sangat menyedarkan saya .. bila ulat pun berzikir .. mengapa tidak saya .. hamba Allah yang diberi sifat sempurna ..diberi rezeki yang melimpah ruah, diberi rahmat, diberi kasih sayang ..

berzikir
sumber : Sujud isu 2
marilah berzikir bersama - sama saya

La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah
La ila ha illallah .. muhammadur rasul lullah

semoga diri ini jadi insan yang sentiasa berzikir kepadaNya .. amin

Friday, December 20, 2013

Suplemen agar anak anak hebat

Do and Don't bagi suplemen untuk ibu hamil

Pengambilan vitamin penting dan menjadi kemestian kepada bakal - bakal ibu.

"wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih dari biasa bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum."

Memetik kata - kata Faten Fareza (pakar farmasi) ; supplemen yang bersesuaian diawal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan spina bifida dan kecacatan tiub neural.

spina bifida

Asid folik turut disarankan diambil seawal tiga bulan pra-kehamilan apabila anda merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral adalah salah satu suplemen yang penting.


Kenapa perlu banyak vitamin ?

Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pranatal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Suplemen seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu.

"Mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan dan fungsinya. Mutivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesan bayi dalam kandungan.

Pengambilan minyak ikan

"Minyak ikan merupakan sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan. 

*badan tak boleh hasilkan asid lemak ini rupanye ... kena ambil dari makanan

Omega 3 dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. pembentukan secara optimum sel sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

suplemen anak hebat minyak ikan
Suplemen yang dilarang

Biarpun tubuh memerlukan pelbagai zat zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, terdapat beberapa jenis suplemen yang dilarang. Antara vitamin yang berbahaya tersebut ialah vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

GLA atau Gamma Linolecic Acid biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Teh hijau juga tidak digalakkan kerana teh hijau mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan dan boleh menyebabkan dehidrasi.

Waktu pengambilan paling sesuai

bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan supplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu.

*oooo ..patutlah ada ibu yang mengadu HB tetap rendah walapun sudah ambil suplemen .. bukan salah suplemen .. tapi waktu pengambilan tidak sesuai

Jadi apakah waktu yang sesuai ? emm panjang bebenar nak taipnya ..boleh try whatsapp number ni untuk tau jawapannya .. :-)

pengedar sah shaklee desaru johor

Dan yang paling penting

Multivitamin yang mengandungi vitamin A atau retinol boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

Semak vitamin anda ! 
(sumber PaMa, oktober 2013)

Thursday, December 19, 2013

12 orang mustajab doa

Sama ada di dalam kesusahan mahupun kesenangan, berdoalah kepada Allah s.w.t

Berdasarkan hadis dan firman Allah s.w.t, beberapa golongan dijanjikan doa mereka dimakbulkan. Antaranya :

  • Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya.
"Tidaklah seorang Muslim berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuannya, kecuali malaikat akan berdoa untuknya, 'Bagimu yang semisal dengannya.'

  • Anak yang salih
"Apabila manusia telah meninggal dunia, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang berdoa untuknya."

  • Orang yang banyak berzikir
"tiga jenis orang yang doanya tidak akan ditolak oleh Allah : Doa orang yang banyak berzikir, doa orang yang dizalimi dan doa pemimpin yang adil."

  • Orang yang dalam kesusahan
"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesusahan apabila dia berdoa kepada-Nya.."(an-Naml :62)

  • Anak yang berbakti kepada kedua - dua ibu bapanya
"Sungguh, Allah benar - benar akan mengangkat darjat hamba-Nya yang salih di syurga hingga haba itu bertanya. "Wahai Rab, dari mana aku mendapat darjat (yang tinggi) ini?. Allah menjawab ."kerana permohonan ampun anakmu untukmu."

  • Orang yang bermalam dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah
"tidaklah seorang Muslim bermalam dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah, dia terbangun diwaktu malam dan berdoa kepada Allah agar diberi kebaikan dunia dan akhirat kecuali allah akan mengkabulkan doanya."

  • Orang yang terbangun daripada tidur. 
"barangsiapa yang terbangun di malam hari, kemudian membaca 'la ilaha illallah wahdahu la syarikalah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai'in qadir. Alhamdulillah, wasubhanallah, walaailaha Illallah , wallahu akbar, wala haula wala quwwata Illa billah." kemudian dia berdoa, maka Allah akan mengabulkan doanya.

  • Orang yang berdoa dengan doa nabi yunus
  •  Orang berpuasa dan pemimpin yang adil 
  • Musafir
  • Orang yang dizalimi
  • Orang yang menunaikan haji dan umrah

jom beramal ..
sumber : majalah IMAN, no 8

Sunday, December 15, 2013

Promosi Disember 2013 : Omega guard

Alhamdulillah vitamin yang family saya suka termasuk abah dan anak anak ialah omega!

Omega guard shaklee ni banyak khasiat antaranya :

- merendahkan kolestrol jahat

- mengurangkan risiko kebas2 kaki

- membantu warm the chest (sebab tu ada testimoni dari consumer anak - anak kurang selsema lepas ambil omega guard)

- bagus untuk kurangkan serangan gout dan ateritis

- kurangkan masalah PMS

- membantu cairkan darah

- bagus untuk sumber DHA 

promosi omega guard
Dalam bulan ini, dengan pembelian sebanyak 6 omega guard shaklee akan dapat percuma 1 omega guard ..

Boleh dapatkannya dari saya .. ready stok untuk anda :-)

Saturday, December 7, 2013

Vivix Shaklee : Kerana excited

Hasil S yang pertama (Satu Sudu Sehari)

November adalah untuk promosi untuk vivix shaklee .. dan oleh kerana tempoh breastfeeding sudah 2 tahun, jadi perasaan nak cuba vivix shaklee ni teruja plak .. (manalah tahu boleh challenge lagi cantik dari ayu raudhah .. hi hi hi ..menyampah tak?..jangan marah ye..)

Rasa vivix shaklee ni macam ribena yang pekat, dan dihujung - hujungnya rasa kelat .. masa memula minum tu tak baca betul - betul kat direction botol tu ..jadi oleh kerana excited punya pasal .. mama ambil 1 sudu makan .. fuuuhhh terus perasan rasa cantik macam ayu raudhah.. ha ha

Lepas beberapa jam, mama rasa berdenyut denyut kat pipi ni ..eh pelikla .. mungkin badan saya tidak bermasalah (jadi kesannya cepat la dapat rasa kot) .. terus berangan..wah .. pipi ku dah berdenyut denyut .. memang betul awet muda lah tonik ni ..

tak lama lepas tu, teringin plak nak google google dan baca pengalaman mereka yang pernah cuba vivix shaklee ni .. pastu baru perasan cara pengambilan vivix shaklee rupanya hanya 1 sudu teh saja .. bukan 1 sudu makan .. patutla berdenyutnya cepat .. hi hi ... excited punya pasal ..

walaupun tiada larangan untuk consume vivix shaklee lebih dari 1 sudu teh .. tapi 1 sudu teh sudah cukup untuk membekalkan ORAC yang diperlukan oleh badan .. dan memberikan banyak kesan positif yang lain

sesudu teh vivix
Lepas ambil 1 sudu makan , terus upload kat FB (hu hu excited punya pasal)

Susu Ibu : 35oz bersedia untuk dilupuskan

S yang pertama iaitu 'sisih'

Ya Allah, lamanya saya tak update blog.. hampir sebulan lamanya .. how time flies .. tak sangka sebulan blog ni disepikan ..

Hujung tahun adalah masa yang sangat mencabar pada saya ..sebab banyak perkara yang memerlukan saya untuk closing ..bukan closing shaklee ye anak anak.. Tapi closing bagi bidang tugas saya la ye (semua memerlukan report dan penelitian ; agar tidak ada quiry untuk sesi audit akan datang)

Oklah, hari ni perasaan nak cerita tentang susu ibu .. while zafirah dah 2 tahun, saya dah tak buat aktiviti rutin harian dengan mengepam .. sekarang adalah tugas tugas nak clearkan peti ais dengan susu ibu perahan ..

Ya, ini status 17 november : sisih 35oz susu ibu daripada deep frezer

susu ibu perahan
Bila dikumpul - kumpulkan tak percaya pulak 350z susu ibu ni bersamaan dengan setengah jug air .. hi hi hi ... kelakar pun ada juga ... macam nak serve orang minum dengan susu sendiri plak bila susu perahan tu ada dalam jug air

Ada juga yang bertanyakan kepada saya.

'tak bagi ke susu perahan tu pada anak ? sayangnya ..

1 tahun 4 bulan, zafirah demand yang fresh saja dengan susu ibu .. she's prefer direct feeding .. kalau susu perahan ni terkulat - kulat dia nak minum .. ya, might be dia dah pandai minum milo, susu kotak dan lain - lain (dah setahun lebih kan..)

Pengasuh kata, 'dia dah tak nak la kak, susu yang akak bekalkan' .. tak pelah, saya tak kecewa sebab pada usia 1 tahun sebenarnya susu ibu adalah pelengkap saja.. dan makanan seimbang adalah perkara utama ..

Tapi saya akan pastikan, diwaktu balik dari taska dan dihujung minggu, zafirah fully direct feeding .. alhamdulillah (saya berjaya capai target sehingga zafirah berusia 2 tahun)

Macamana ?

Walaupun zafirah dah menolak susu perahan ketika usia 1 tahun 4 bulan, saya tetap mengepam macam biasa.. untuk hantar isyarat pada otak, susu ibu masih lagi diperlukan.. dan pengaliran susu ibu tetap lancar..sehingga zafirah 2 tahun pun, alhamdulillah stok susu ibu tetap ada untuk zafirah ..

Dah pam, terasa sayang plak nak buang..jadi saya biarkan saja dalam deep freezer..sebagai koleksi dan penyedap mata saya memandang..

Sekarang ni, sesi sisih semuanya .. selamat tinggal susu susu ku ...

Perkenalan dengan set breastfeeding shaklee tak pernah menghampakan .. alhamdulillah, syukur ..

Friday, November 22, 2013

Anggur luar biasa

"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh - tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluakan pula dari tanaman itu butir - butir buah yang bergugus - gugus; dan dari pohon - pohon tamar (kurma), dari mayang - mayangnya (Kami keluarkan) tandan - tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda - tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang - orang yang beriman." (surah al An'am ayat 99)

Anggur adalah antara buah - buahan yang disebutkan di dalam al-Quran (sumber ; Sujud, isu 02, 2013)

anggur

Anggur luar biasa besarnya iaitu anggur muscadine (merupakan salah satu ramuan dalam Vivix)

Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh.

Saiz daripada anggur muscadine adalah sebesar bola golf. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ini membuat ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan.


 beza anggur muscadine dengan anggur biasa


Anggur ni harganya sangat mahal ..dalam RM100++ ..(memetik status fb master shahreza).. *dan saya pun tak pernah nampak anggur ni dijual dimana, lagikan nak beli selalu kan ...

Selepas dilakukan kaji selidik anggur ni, ahli sains dari University Georgia membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti penuaan

Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan estrak dari anggur hebat ini dan gabungan 3 item lagi iaitu elderberry, purple carrot dan polygonum cuspidatum dan akhirnya terhasillah Vivix. Eksklusif dari Shaklee

Dengan hanya sesudu teh Vivix dari Shaklee, mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC)

ORAC ialah Oxygen Radical Absorbance Capacity Test

Penutup entry kali ni, saya nak share anda semua testimoni vivix shaklee ..


 alternatif supplement untuk penghidap diabetes

vivix untuk darah tinggi
alternatif supplement kencing manis

vivix untuk kayap
alternatif supplement penyakit kayap

vivix untuk stroke
 alternatif supplement stroke

vivix untuk perokok
alternatif supplement perokok tegar

(semua sumber testimoni ada di setiap gambar)

vivix ayu raudhah

Consume vivix bukan dapat cantik saja, tapi kesihatan yang lebih utama dengan izin Allah .. ayu raudhah salah seorang yang consume vivix shaklee

Vivix lahir dari penyelidikan bertahun - tahun dan diuji kualitinya

Sunday, November 10, 2013

Semak vitamin yang anda ambil

Sangat mengejutkan .. 

Tapi inilah fakta saintifik hasil penyelidikan bertahun - tahun ..

Hasil landmark study menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil supplement adalah kurang terdedah kepada penyakit diabetes, heart attack, stroke, coronary heart disease dan lain - lain berbanding mereka yang mengambil supplement

*aiyoo .... semak supplement / vitamin yang anda ambil .. adakah ia bersifat semulajadi ? adakah ia mempunyai silika gel dalam botol vitamin tersebut ?


Silica gel dalam vitamin sintetik ni sebenarnya berfungsi sebagai moisture absorption (bertujuan menyerap lembapan) .. apabila lembapan tidak diserap dalam vitamin yang tidak semulajadi maka Chemical Reaction akan berlaku pada vitamin tersebut ..

hati - hati ..dengan vitamin sintetik ...bahaya pada tubuh badan kita .. *kalau nak tahu apa tu vitamin sintetik boleh klik sini

Mengapa Shaklee Begitu Berbeza ?

  • Lebih 100,000 ujian kualiti tahunan
  • Sehingga 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru
  • Lebih 65 saintis menjalankan kajian & pembangunan keatas pelbagai bahan dan produk


dan ini juga salah satu perbezaan shaklee 'sentiasa berkesan'

Dr Bruce B Miller ni merupakan pihak ketiga yang membuat kajian tentang produk - produk shaklee. Bermakna hasil dapatan kajian memang tak bias dengan produk keluaran shaklee. Kajian keatas produk shaklee telah di publish di dalam pelbagai jurnal.

*siapa yang pernah terlibat dengan penyelidikan must understand bukan senang research paper nak publish dalam jurnal (sebab ia jadi rujukan tak kira saintis dan orang lain). Jika dapatan kajiannya main hentam keromo, pastu saintis rujuk ..  ia boleh mengancam nyawa manusia


kalau yang kat atas tadi tu Journal daripada kajian Dr Bruce B Miller sahaja, tapi kajian keatas shaklee juga  disokong melalui 100 lebih terbitan saintifik bertulis


dan satu kajian unggul terhadap pengguna supplemen menunjukkan, mereka yang mengambil supplemen shaklee dalam jangkamasa lama mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain atau langsung tidak mengambil sebarang vitamin


fuhh..lega rasanya nak kongsi apa yang saya dapat dari kelas ni .. shaklee is born from research .. bukan sebarang vitamin ... it green, it safe, it work and it halal too

Friday, November 8, 2013

Makan buah pun ada adabnya

emmm , everyday i learn something new and interesting .. and i love to share .. 

Jadi hari ini mari kita pelajari ilmu daripada pakar pemakanan terhebat dunia iaitu Baginda Nabi SAW yang ditulis oleh Ustaz Abd. Wahab Ali dalam majalah ANIS, bilangan 194

Nabi Muhammad SAW suka makan dua benda yang mempunyai dua sifat yang berbeza seperti timun bersama tamar atau tembikai bersama tamar. Maulana Zakaria al-Kandahlawi menyebut dalam Syarah Syamailnya bahawa Rasulullah SAW juga pernah memakan tamar bersama mentega

Kenapa makan dua benda yang mempunyai sifat berbeza ?

Pertama : Timun mempunyai sifat sejuk sedangkan tamar mempunyai sifat panas. Dengan mengambil kedua - duanya ia dapat menyeimbangkan sifat buah - buahan.

Kedua : Timun itu bersifat tawar. Jika dimakan bersama tamar, akan terasa juga kemanisannya. sama seperti yang dilakukan pada saman sekarang, orang menambahkan gula dalam minuman.



Beri hasil pertama kepada orang lain

Syeikh Bajuri seorang fakih besar dalam Mazhab Syafi'i dalam syarah syamailnya menyebut sunat menghadiahkan hasil atau buah pertama kepada para 'akabir' atau orang - orang besar. Itulah yang dinamakan keberkatan. Para sahabat menyerahkannya sebagai tanda hormat dan kasih sayang mereka terhadap penghulu mereka, nabi Muhammad SAW. baginda pula mendoakan keberkatan rezeki tersebut kemudian diberikan kepada anak - anak kecil yang berada disitu.

Kenapa Nabi memberikan buah - buahan kepada kanak - kanak ?

Perbuatan nabi mendahulukan kanak - kanak kecil menjadi bukti kesempurnaan hati baginda SAW. Hati baginda tidak terkesan dengan benda - benda baru seperti buah - buahan yang ada dihadapan mata.

Marilah kita mencari sudut - sudut sunnah yang boleh kita amalkan dengan buah - buahan ...

Selamat beramal ..

Kenapa perlu pilih vivix shaklee ?

memperkenalkan ...

 vivix shaklee tonik anti penuaan terbaik dunia yang mengandungi 10 kali resveratrol 

Penemuan revolusionari dalam ANTI PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR dan merupakan supplement ANTI PENUAAN TERBAIK DUNIA yang dibangunkan SELEPAS PENYELIDIKAN BERTAHUN - TAHUN oleh Shaklee.



dan saya suka dengan penerangan oleh salah seorang old timer dalam shaklee ni

kenapa perlu pilih vivix shaklee


Apa itu Vivix ?

Vivix merupakan tonik campuran polifenol yang telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel, termasuk membantu melindungi dan membaikki kerosakan DNA, mempengaruhi pengawalatur genetik untuk jangka hayat sel, membantu penghasilan tenaga dari mitokondria dan melambatkan pembentukan protein AGE

Siapa yang perlu mengambil VIVIX ?

Sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan badan yang optimum. (Vivix tidak digalakkan untuk ibu mengandung dan menyusu, dan mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Apa itu resveratrol?

Ia merupakan bahan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan dan buah buahan seperti anggur. Resveratrol mengandungi antioksida yang berpotensi memperbaikki kesihatan. Ujian Makmal menunjukkan resveratrol melawan penuaan sel.

Berapa banyak resveratrol yang terdapat dalam VIVIX?

Setiap hidangan Vivix mengandungi 100mg resveratrol. Ekstrak resveratrol ini mengandungi 98% resveratrol semulajadi. Khasiat vivix ditambah dengan anggur muscadine, satu satunya anggur dengan kromosom ekstra.

Apa itu polifenol?

Polifenol merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksida dan kebaikkan anti-penuaan.

Adakah VIVIX sejenis produk antioksida?

Ya. Vivix mengandungi polifenol yang telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel.
 
Adakah VIVIX sejenis minuman jus dan apa beza VIVIX dengan produk yang terdapat di pasaran?

Tidak. Vivix merupakan tonik kesihatan eksklusif yang mengandungi resveratrol tulen dan ekstrak polifenol yang mempunyai manfaat yang banyak. Campuran polifenol ini  telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel.

Bagaimanakah pengambilan VIVIX?

Ia boleh diambil setiap hari, selepas sarapan atau makan tengahari. Goncang sebelum digunakan. Jumlah pengambilan adalah 1 sudu teh setiap hari.

Boleh atau tidak saya mengambil VIVIX lebih daripada 1 sudu teh setiap hari?

Berdasarkan kajian terbaru, tiada manfaat tambahan dengan mengambil Vivix lebih daripada 1 sudu teh sehari seperti yang dicadangkan.

Bolehkah saya mengambil VIVIX bersama supplemen Shaklee yang lain?

Ya. Boleh. Ia memberi kesan yang lebih baik bila diambil bersama sama. Walaubagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaikki DNA.

Adakah VIVIX mengandungi Alkohol?

Tidak. Vivix Shaklee disahkan halal.

Berapakah jangka hayat VIVIX?
 
Vivix tahan selama 9 bulan.

Mengapa perlu disejukkan selepas dibuka?

Ini adalah untuk membantu mengekalkan kesegaran optimum, warna dan aktiviti polifenol yang maksimum dalam Vivix. Botol yang belum dibuka juga perlu disejukkan.

Jika diminum mengikut cadangan pengambilan, berapa lamakah VIVIX mampu bertahan?

2 bulan.

Berapakah harga VIVIX?

bulan ini ada promosi , harga nya lain sikit berbanding bulan - bulan lain

Minyak zaitun dan minyak kelapa sawit

listen listen dan listen ...

eh, kenapa listen ? sebelum ni saya ada cerita tentang hobi baru saya ; "menggunakan deria serentak dengan niat ubudiyyah kepada Allah SWT" dengan cara mendengar ilmu sambil tangan buat kerja ofis ..

Dan ada perkongsian ilmu yang sungguh menarik pada saya untuk dikongsikan. Tetapi oleh kerana audio tu mungkin dah lama diputarkan. Hari ni dah tak de dah audio tu. Jadi penulisan untuk entry kali ni berdasarkan apa yang mampu otak saya ingat ye..

Sebenarnya entry yang nak sangat saya tulis tu tentang minyak zaitun dan minyak kelapa sawit..

Selain mengambil supplement shaklee, saya juga menyukai makanan sunnah dan suka makan buah - buahan. Consume shaklee bukan bermakna, dilarang mengambil makanan sunnah dan memburukkan khasiat buah - buahan. Ramai yang telah salah faham. Tapi part makanan sunnah ni personally saya suka yang asli (makanan sunnah yang belum diproses)..suka makan buah kurma berbanding jus kurma yang telah diproses..suka makan delima berbanding jus delima yang telah diproses..dan sebagainya..

kalau teringin nak baca entry supplement shaklee vs makanan sunnah, boleh klik sini

entry ini juga menarik perhatian saya kerana saya adalah anak Felda..berkaitan juga dengan minyak kelapa sawit :-)

Dan hari ini saya sebenarnya nak cerita tentang minyak zaitun

Minyak zaitun seperti yang kita tahu adalah makanan sunnah dan banyak khasiatnya. Tetapi sebenarnya minyak zaitun  hanya efektif untuk kawasan mediteranean sahaja.. bagi kawasan macam Malaysia, minyak sawit la yang paling efektif berbanding minyak zaitun..banyak kajian telah dijalankan dan menyatakan kebagusan minyak sawit (Prof. Datin Dr. Azizan Bt. Baharuddin) ..

"Minyak kelapa sawit adalah makanan secret sejak zaman firaun...makanan sunnah seperti minyak zaitun hanya khusus untuk kawasan mediteranean..minyak sawit berkhasiat utk kawsan tropika....tidak mengandungi transakti acid @ kolestrol..digunakan oleh para Dr untuk merawat penyakit..dan banyak lagi khasiatnya tak tertulis dan tidak terjangkau oleh akal fikiran saya.."

dan patutla indonesia sanggup membakar hutan untuk tanam kelapa sawit ... kenapa tajuk audio ini adalah surah yasin, jerebu dan pohon kelapa sawit ?

minyak kelapa sawit

Sebenarnya Prof. cerita tentang kebaikan minyak kelapa sawit dan mengaitkan dengan jerebu yang berlaku akibat pembakaran hutan secara berleluasa oleh Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.. Dan sebenarnya dalam surah yassin, sudah diceritakan bahawa akan tiba suatu masa nanti api akan keluar dari pohon - pohon hijau .. dan ayat inilah terjadi apabila hutan hijau dibakar disebabkan tangan - tangan manusia sehingga merosakkan dan menyebabkan bencana jerebu

Banyak sebenarnya kesan jerebu..salah satunya ia memusnahkan plankton yang hidup atas air..apabila plankton mati..ikan tidak dapat sumber makanan..jika ikan tidak dapat sumber makanan akhirnya manusia pula mendapat kesan dan akibatnya..

Ma Sha Allah .. luasnya ilmu Allah seluas lautan..saya hanya tahu setitik air ...

seronok ilmu ni kan?, ilmu tentang kebaikan minyak kelapa sawit dan ilmu supaya kita menjaga alam sekitar  

jom jaga alam sekitar

Gula cetus 60 jenis penyakit

Sebelum ni saya ada buat penulisan kaitan gula dan gemuk oleh Prof Dr Muhaya.  

Dan hari ni sebenarnya saya terjumpa satu artikel yang menarik iaitu pengambilan gula sebenarnya lebih berbahaya berbanding makan makanan yang tinggi lemak


Penyelidik British, Dr John Yudkin dalam bukunya yang bertajuk

'Sweet and Dangerous'

menunjukkan bahawa gula adalah punca yang lebih besar kepada masalah jantung berbanding lemak. Beliau mengambil contoh Masai dan Samburu iaitu suku kaum di Afrika Timur yang hampir tidak mempunyai masalah penyakit jantung langsung walaupun mereka makan makanan yang tinggi lemak !

Pendedahan ini sangat mengejutkan.

Terdapat 3 jenis gula iaitu :
  • Gula semulajadi : gula yang tidak diproses yang mengandungi kalori rendah dan nutrien tinggi. contohnya gula dalam buah - buahan, sayur sayuran ; maltosa seperti malt barli, sirap beras perang ; glukosa dalam buah seperti madu, jagung ; laktosa iaitu gula dalam susu dan madu yang tidak diproses dan ditapis
  • Gula terproses : gula yang diproses daripda sumber tumbuhan hingga hilang semua khasiat vitamin, mineral, asid amino dan sebagainya. Contohnya gula pasir
  • Gula buatan : contohnya seperti aspartame, acesulfat K dan sucralose. Terdapat juga gula alcohol seperti xylitol yang ditambah dalam ubat gigi untuk mengurangkan pereputan gigi.
Sebenarnya badan kita tidak memerlukan gula terproses kerana tubuh boleh menukar banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila memerlukan tenaga.

gula cetus penyakit

DIET kaya gula akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras. Ini lama kelamaan akan melemahkannya dan menyebabkan kita diserang diabetes. Lazimnya pesakit akan mengalami komplikasi kardiovaskular yang boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada timbunan gula atau lemak. Keupayaan tubuh menggunakan kesemua lebihan lemak atau kolestrol daripada gula menyebabkan ia perlu di simpan.

Lemak akan di deposit dalam hati, jantung, arteri, tisu lemak, buah pinggang, otot dan lain - lain organ. Keadaan ini mendedahkan kita kepada atheroscleorosis, hati dan buah pinggang berlemak, sesetengah kanser, obesiti dan diabetes. Gula juga menghalang fungsi sistem imun dan meningkatkan risiko penyakit yang disebabkan sistem imun yang lemah seperti selsema, demam, AIDS dan jangkitan.

Kajian menunjukkan bahawa hampir 30 juta daripada kita menghidap diabetes jenis-2 manakala 70 juta individu yang lain dikategorikan sebagai pra-diabetes.

Takutnya dengan gula ......

vivix bantu pesakit diabetes


vivix bantu pesakit diabetes

Jom jaga kesihatan kita dari sekarang..Kalau ada saudara mara yang sudah menghidapi diabetes mungkin boleh ikhtiar dengan pengambilan vivix shaklee..

Shaklee is halal , always safe , always work and always green

Friday, November 1, 2013

Sains dan islam untuk kejayaan breastfeeding

sains dan islam
ya..knowledge is power.. selama 4 tahun sebagai ibu bekerjaya, rutin harian saya adalah mengajar dan membuat tugas - tugas pengurusan.. membaca jurnal untuk penyelidikan berkaitan bidang apabila nak publish paper untuk pembentangan ..menambah ilmu berkaitan bidang pula bila menghadiri kursus ..

dan yang seronoknya bila dapat tambah ilmu apabila menganjurkan kursus - kursus yang diluar daripada bidang.. *seronokseronok seronok

Saya realise masa saya remaja saya suka bidang yang mencabar dan menduga seperti engineering..tapi sejak dah jadi emak emak ni, macam minat tu dah teralih sikit pada bidang berkaitan anak - anak, masak - masak, jahit - jahit (ala - ala suri rumah giteww ler ..)..*nyampah tak baca statement ni?

Tapi sejak akhir - akhir ni, saya ada hobi baru.. "gunakan deria serentak dengan niat ubudiyyah kepada Allah" .. jika saya tak sempat membaca; saya pilih mendengar ilmu sambil tangan keletak - keletuk buat kerja di ofis..
*rupanya mendengar orang bercerita ni lebih seronok rasanya, sebab kita boleh buat 2 kerja serentak..(mendengar sambil membuat kerja - kerja ofis)

Today i learn something new..dan sangat menarik..tentang SARAF VOGUS .. menarik rupanya saraf vogus ni... siapa yang expert dalam bidang perubatan rasanya tak naik hairan dengan saraf vogus ni..tapi bagi saya yang pertama kali dengar ni rasa teruja pulak bila dengar pasal ilmu sains dan islam tentang SARAF VOGUS ni

betullah..bila kita banyak mempelajari dan mengetahui sains, kita akan menyedari dan menginsafi diri bahawa hebatnya Allah dalam segala yang ada dilangit dan dibumi... Allahuakbar....semoga dengan ilmu sains ni, mampu meningkatkan dan memperkayakan amalan kita dengan Allah

saraf vogus ni merupakan saraf yang ada dalam badan manusia..saraf ni dia panjang dan berada di belakang sepanjang tulang belakang kita...dan saraf ini adalah saraf yang penting dalam menghasilkan hormon gembira, hormon stress dan hormon - hormon perasaan yang lain..yang ditekankan oleh Prof Datin Dr. Azizan ni salah satu contohnya ialah hormon oksitosin..

Berdasarkan kajian barat, saintis sangat kagum dan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah untuk mengAKTIFkan saraf oksitosin iaitu dengan cara kita bernafas (*bernafas dalam - dalam sehingga ke otot perut untuk kawal perasaan marah), basahkan muka dengan air, berbaring dan mantera.


Dal hal ini, Prof mengaitkan kaitan kajian barat dengan islam, which is ; dalam islam cara kita bernafas,menyiram air dan berbaring tu sudah diajar dalam islam iaitu dengan cara islam menyuruh kita mengawal nafsu amarah dengan cara berwuduk dan berdoa.

*saintis juga mendapati bahawa saraf vogus ni adalah jambatan kepada body dan soul.. aktifkan kefungsiaan saraf vogus supaya bersatu dengan roh untuk jadi orang yang lebih baik


Apa yang seronok sangat sampai saya terpanggil nak mengulas pasal saraf vogus ni ?

Pembaca yang mengikuti blog saya mesti pernah membaca mengenai hormon oksitosin dalam breastfeeding. bagaimana hormon oksitosin ni mempengaruhi penghasilan dan pengaliran susu ibu.

Dalam slot sains dan islam ni Prof tidak menceritakan mengenai kaitan diantara oksitosin dan breastfeeding ..tapi aktiviti - aktiviti ini, adalah salah satu tips kejayaan dalam breastfeeding (khasnya) dan kejayaan dalam hidup.

Ibu - ibu islam yang breastfeeding jom kita aktifkan saraf vogus dengan buat banyak - banyak perkara ini
  • Berwuduk
  • Berdoa
Ibu - ibu bukan islam yang breastfeeding mungkin boleh buat ini
  • Bernafas dengan menggunakan otot perut
  • Basahkan muka dengan air
  • Berbaring
  • Mantera
*ambil iktibar dengan ilmu Allah yang sangat luas..hebatnya ajaran islam yang sudah ditetapkan oleh Allah untuk umat - umatnya ..mantapkan usaha zahir dan usaha rohani untuk kejayaan

Thursday, October 31, 2013

Semak kolagen anda hari ini

Apabila semakin banyak produk dipasaran yang menjual tentang kolagen, anda pasti teruja apabila promosi besar - besaran yang dibuat memaparkan wajah wanita yang sungguh cun, berkulit mulus dan gebu.

Sebelum buat keputusan hendak membeli, banyakkan membaca tentang sumber kolagen tersebut. Berhati - hati, dikuatiri kolagen tersebut bertoksik dan tidak selamat. Yang paling utama tentunya sumber kolagen tersebut...Takut diragui sumbernya. Pastikan ianya halal...kerana apa yang masuk dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging kita. dan salah satu punca doa tidak dimakbulkan ialah apabila kita memasukkan sesuatu yang tidak halal ke dalam tubuh badan kita.

Terdapat pelbagai sumber yang mempunyai kandungan collagen yang tinggi diantaranya iaitu :
  •  Khinzir dan lembu
  • Ayam dan arnab
  • Ikan 
  • Plasenta manusia 
Kolagen daripada ikan mempunyai 7 kali molekul yang lebih mudah diserap dan yang paling utamanya ia adalah halal. Jika anda ada membaca, banyak juga kolagen dipasaran yang menggunakan sumber ikan

Jadi nak pilih yang mana satu ye ..? pening tak ? .. tak pe saya boleh bantu anda..

Berikut adalah perbezaan kolagen "Shaklee Collagen Powder" dengan kolagen lain yang juga berasal dari ikan

Diantara ramuan - ramuan rahsia dalam Shaklee Collagen Powder ialah :
*kalau tak nak baca satu - satu boleh fokus pada tulisan besar berwarna biru sahaja ye... :-)

Kolagen dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah SUMBER KOLAGEN YANG PREMIUM dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan  lain

Ekstrak biji Camellia Japonica
Biji Camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan PELEMBAP KULIT YANG HEBAT dan isofalvon (ANTIOKSIDAN SEMULAJADI) yang mengurangkan radikal bebas

Ekstrak Pfaffia
Pfaffia adalah ginseng Brazil apabila digabungkan dengan esktrak biji Camellia Japonica MEMBANTU FORMASI KOLAGEN dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak. Asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidaratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin

Elastin dari Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen iakn mengandungi elastin yang berfungsi dan BERGANDING BAHU DENGAN KOLAGEN UNTUK MENGEKALKAN KULIT MENJADI TEGANG, ANJAL DAN ELASTIK

Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C MENGGALAKKAN PENGHASILAN KOLAGEN dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B pula bertindak membebaskan tenaga yang diperlukan untuk PENGHASILAN KOLAGEN DALAM SEL

Ekstrak Kerang
Glucosamine ekstrak kering adalah penting didalam sintesis cecari synovial yang MEMBEKALKAN PELINCIR KEPADA SENDI - SENDI 

Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu MENINGKATKAN PENYERAPAN KOLAGEN

*semua ramuan telah digabungkan dengan formula tertentu dan terhasillah Shaklee Collagen Powder

sumber kolagen

sebenarnya part yang paling mahal dan kualiti dalam sesuatu produk ialah "di uji secara klinikal" . Kerana adakalanya kolagen itu halal tetapi tidak selamat kerana bertoksik

Shaklee Collagen Powder efektif selepas di ambil secara berterusan sehingga 8 minggu. Jika anda menonton rancangan WHI (berhati - hati jika kolagen yang anda ambil memberi kesan optimum dalam masa yang cepat, mungkin mengandungi kandungan yang diragui keselamtannya)

semak kolagen anda

 Shaklee Collagen Powder bukan hanya sekadar kolagen...manusia sehebat anda akan berfikir dengan merujuk data - data saintifik untuk menjadi cantik dengan selamat....

Wednesday, October 30, 2013

Selamat Datang Semester Baru

Sesi pendaftaran pelajar baru dan semester baru telah bermula ..

Portal e-learning saya mungkin tidak aktif lagi memandangkan program SMK akan berakhir dan bermula dengan kurikulum yang baru ..

portal elearning

Walaupun kurikulum sentiasa berubah, tapi saya masih di sini meneruskan tanggungjawab dalam bidang tugas ini . Yang istimewanya, saya adalah pengedar sah shaklee .. Boleh buat penghantaran (COD) supplement Shaklee di sekitar Bandar Penawar, Desaru, Tanjung Balau, Felda Adela, Felda Tunggal, Felda Sening, Sungai Rengit, Felda Lok Heng, sehinggalah ke Felda Air Tawar 5 . Johor Darul Takzim

Juga boleh buat penghantaran menggunakan khidmat pos di seluruh negeri di Malaysia


pengedar sah shaklee johor
always for you ..

Tuesday, October 29, 2013

Menjaga berat badan oleh Prof Dr Muhaya

Saya sedar sejak akhir - akhir ni permintaan set menurunkan berat badan shaklee melambung - lambung tinggi.. sehingga kan sesetengah vitamin out of stock di cawangan shaklee .. alhamdulillah, ramai pengguna telah membuat kajian dengan baik dan memilih supplement yang tepat untuk menjadi lebih sihat disamping menurunkan berat badan .. syukur...semoga niat kita semua menjaga berat badan adalah dengan tujuan ini


"jaga berat supaya sihat tubuh badan dengan niat ubudiyyah kepada Allah, dapat sujud sehingga keakhir hayat..."
dipetik dari kata - kata Prof Dr Muhaya dalam segmen aspirasi

Sebelum saya berkongsi tips - tips penting dari Prof Dr Muhaya bagaimana menjaga berat badan, suka saya menulis perkataan ini, tagline yang sangat singkat dan sangat mendalam maknanya

Set kurus Shaklee : "Keep Muscle You Have, Burn Fat You Don't Need, Lose Inches You Don't Want"dan "Give Nutrien Your Body Need"
Set kurus jenama lain : "Makanan mengenyangkan supaya boleh skip waktu makan..bila kurang makan nanti jadi lebih kurus"

ok, lets read tips penting menjaga berat badan dari Prof Dr Muhaya


Kenapa kita perlu jaga berat badan ? 

  • Untuk elak sakit lutut ketika diusia tua
"salah satu faktor utama orang sakit lutut ialah badan yang terlampau berat.. bayangkan meja yang penuh sarat dengan atas barang, kakinya kecil..maka akan rosaklah kaki meja..sendi yang paling banyak kita guna adalah lutut..sebab kita selalu berdiri..seluruh keberatan tu tertumpu kepada lutut..jadi kalau berat badan tak dijaga, masa muda ok..tapi bila tua akan dapat sakit arthiritis, sakit lutut dan sebagainya"

  • Sebagai kesihatan dan kecantikan 
"Berat badan ni ada orang melihat sebagai kesihatan dan ada orang melihat sebagai kecantikan..tapi sebenarnya bila kita sihat kita akan cantik..tak guna kita cantik jika kita tidak sihat.."

Bagaimana formula menjaga berat badan yang betul ?

Jumlah masuk mesti sama dengan jumlah keluar
MASUK = KELUAR
jangan masuk banyak dan keluar sikit
  • Tips satu
Bakar kalori dengan cara pergerakan, senaman dan sebagainya
  • Tips dua
KARBOHAIDRAT : "cara makan kita bagaimana? : berat badan naik kerana karbohaidrat yang tinggi.. kalau orang islam dia tak minum beer jadi (rice bally)...kalau orang bukan islam beer bally....orang islam makan nasi terlampau banyak (rice bally)..zaman dulu makan nasi banyak, tapi buat aktiviti banyak..zaman sekarang, makan nasi banyak tapi buat aktiviti sedikit..jumlah masuk tidak sama dengan keluar"
  • Tips tiga
GULA : "racun utama dunia adalah GULA..kita hanya perlu gula sebanyak 25g sahaja setiap hari..bila kita tak makan gula kita boleh hilang 1/2 hingga 1 pound seminggu berat badan..gula ni kalori tinggi nutrisi 0...gula boleh menyebabkan ketagihan..gula juga boleh menyebabkan penyakit mental..gula akan merosakkan gigi...bila gula yang banyak dalam badan (hati tak boleh handle gula dan ditukar kepada lemak dan tersumbat kepada jantung, saluran darah, kalau perempuan pergi kepunggung, sebab itu ia jadi mangkin besar..kalau lelaki akan pergi ke perut..jadi buncit)..

Gula tersembunyi terutama dalam minuman 3 in 1 (bahaya)..bila kita minum 3 in 1 kita tak tahu berapa banyak gula yang diletak oleh manifacture..kita tak ada pilihan...terus kita minum semua..tapi bila kita minum kopi biasa, kita akan pilih sama ada nak letak 1/2 sudu gula atau 1/4 sudu....


"dan pilihan kita menentukan tahap kesihatan kita.."...audit diri kita, tengok tahap gula, kegemukan kita dan kesihatan kita.. tengok pilihan yang kita dah buat 15 tahun yang lalu....ubah pilihan..nak makan gula banyak dan cucuk insulin masa tua atau nak kurangkan makan gula dan sihat akan datang?"

*Takutnya, dengan gula macam letak racun dalam badan sendiri..
  • Tips tiga
STRESS : "bila stress kita akan keluarkan hormon streoid dan hormon *colecechkoadmin (betulkan jika saya silap taip)..hormon - hormon ni mengurangkan keupayaan untuk handle lemak..jadi kita akan lebih depositkan lemak berbanding pembakaran lemak
  • Tips empat
KURANG MINUM AIR : "minum air sentiasa...minuman terbaik, adalah air putih"...beli filter yang baik..siapa yang tidak berniat untuk beli filter yang baik, yang menentukan 70% komponen sel dari molekul yang baik, alangkah ruginyaaa

Prof kata : "sunnah nabi tak de sebut minum kopi pun..kenapa kita nak ikut cara barat..ikut sunnah nabi"
*minum air masak banyak - banyak
  • Tips lima
TABIAT PERBUATAN DAN TABIAT MAKAN & MINUM : siapa nak gemuk senang je (jangan breakfast, tak cukup tidur, tak cukup minum air dan makan jarang - jarang)...kalau yang nak kurus, mantapkan sarapan pagi ; banyakkan protein (telur,soya bean, quaker oat,madu dan yang sihat - sihat)..dan makan banyak kali..3 jam sekali..sikit - sikit..sebab dia akan bakar cepat...minum banyak air..minum air sebelum makan...jangan minum air lepas makan sebab kita dah ganggu enzim penghadaman kita.. cukup tidur (sebelum midnight dah tidur)

Tabiat perbuatan yang tidak elok : singgah kerestoran 24 jam, makan dan balik tidur (*eh betullah..kedai mamak 25jam pun ada dah sekarang ni memupuk tabiat makan lewat malam)

Tabiat orang gemuk : ambil nasi dulu banyak - banyak baru ambil lauk (orang kurus ambil lauk kemudian baru letak nasi, nasi sikit sahaja)
  • Tips enam
MAKAN BUAH DAHULU SEBELUM MAKAN : dalam buah ada gula buah namanya fructus..ia memberi tenaga.....bila makan buah selepas makan dia akan jadi asid
  • Tips tujuh
TINGKATKAN AMALAN ROHANI : ada 3 jenis makanan, iaitu makanan fizikal, makanan emosi dan makanan rohani..makanan fizikal adalah makanan yang kita makan, makanan emosi macam kasih sayang, penghargaan, makanan rohani adalah kebergantungan pada Allah SWT.. *nak kurus pun kena semak amalan kita pada Allah tau..

Orang yang selalu stress, frust menunggeng dia akan makan banyak..kalau makanan emosi kita kurang, kita akan makan makanan fizikal banyak..orang yang dekat dengan Allah, dia tak perlu makanan emosi..hatinya tenang, tak perlu penghargaan manusia, jadi dia akan kurang makan makanan fizikal ...

Check diri kita ..... muhasabah diri kita ..


Ada banyak lagi persoalan - persoalan bagus dari masyarakat luar yang dijawab oleh Prof ..kalau anda nak dengar boleh klik play ye ..

*video akan diupload kemudian

.. pilihan kita menentukan tahap kesihatan kita ...

Jadi perlu ke kita makan supplement shaklee untuk kurus ?

tak Perlu .. perlu .. tak perlu .. perlu ..
hubungi saya sekiranya mahukan jawapannya

kuruskan badan 
pilihan anda menentukan tahap kesihatan anda ...

Sunday, October 20, 2013

Mencungkil potensi diri

konsep idea asal penulisan untuk entry kali ini adalah berdasarkan pembacaan di majalah iK (irfan khairi @ inspirasi kejayaan) dan ditambah pula idea dari hasil lawatan ke Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 (KEKK 2013).

Kehadiran saya ke KEKK adalah sebagai pegawai pengiring kepada pelajar - pelajar saya. Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengeksplorasi bidang kemahiran baru yang dipertontonkan dan dipertandingkan pada karnival ini.

*ayat dah macam kertas kerja : skema .. he he .. jangan marah ye (saya sedang cari feel dengan entry penulisan kali ini)

Seronok tengok kemahiran anak - anak tempatan dan yang paling mengujakan saya ialah kereta inovasi ini.


kereta luar biasa 

Kereta asal gambar ini adalah kereta proton exora dan telah melalui proses kreativiti menjadi kereta yang sangat luar biasa. Pada mulanya saya ingat kereta ni just untuk dipamerkan dan tidak boleh bergerak. Tapi bila saya tengok salah satu kereta lain yang dipandu saya terus rasa amazing ; rupanya kereta - kereta yang dipamerkan ni semua boleh bergerak juga. 

*Wah ..sampai kehari ni bila tengok gambar ni rasa macam wahhhh (sukar untuk digambarkan) .. cuma mungkin sedikit pelik sebab cuma ada dua pintu berbanding dengan badannya yang sangat besar.

Banyak lagi ciptaan anak tempatan seperti kereta savvy berpintu keatas dan kereta yang tidak dikenalpasti berubah menjadi kasut pallas jazz bergerak. Jom layan gambar - gambar dulu ..

kereta luar biasa

kereta luar biasa

atau ciptaan kreativiti kereta kereta ini, kereta kuning .. kereta spiderman dan kereta satria neo berubah menjadi kereta yang sangat eksklusif (kalau tengok life, kereta satria neo ni memang nampak high class)

kereta pelik

spiderman

satria neo

motor pun ada juga, tapi biasalah kalau encik suami yang tengok mesti dia suka

motor luar biasa

Ok, berbalik kepada main point dalam entry kali ni sebenarnya nak bercerita tentang mencungkil potensi diri.

Memetik kata - kata iK

"Setiap manusia mempunyai potensi diri. Dan potensi diri manusia boleh dicungkil daripada diri sendiri pada bila - bila masa asal sahaja mengikut teknik dan strategi yang betul

Kita perlu memikirkan dan membayangkan apa akan terjadi pada diri kita dalam tempoh satu tahun, 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun akan datang sekiranya kita tidak mahu mengubah sikap dan tindakan kita pada hari ini "

Ya, rugi tak ambil peluang hari ini untuk mendapat hasilnya pada 3, 5 atau 10 tahun akan datang .. mana - mana perniagaan nak dapat keuntungan bukan datang sehari dua ..semakin lama kita menceburi perniagaan tersebut, semakin kita expert dengan selok belok dunia perniagaan

*Tak pernah berfikir saya boleh berniaga, walau hakikatnya saya tak pandai pun berniaga. Tak pandai bercakap. Tak pandai buat promosi. Tapi bila banyak sangat magic muncul dalam hidup saya. Contohnya, tetiba ada hamba Allah sms saya untuk beli shaklee dari saya, sedangkan saya tak pernah kenal dan buat promosi padanya. Tapi sesi jual beli berjalan dengan lancar. Kerana peristiwa inilah saya menyedari yang sebenarnya semua orang Allah kurniakan potensi yang sungguh hebat. Ikut saja al-quran dan sunnah ; semua manusia boleh berjaya

Terima kasih cikgu shaklee saya yang banyak mengajar magic magic itu pada diri saya.

Teringin nak tahu magic magic tu, jom bersama - sama kumpulan saya. Saya yakin anda semua boleh, malah lebih hebat dari saya

pengedar sah shaklee desaru johor

*Dari biasa - biasa berubah menjadi luar biasa 

Ubah cara berfikir untuk 3, 5 atau 10 tahun akan datang "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...