Slot motivasi : Dipetik dari
e-book Bisness Internet Best
Luangkan sedikit masa
berfikir tentang J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir
tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang
yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan
melalui perkara yang mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang
mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk
diri mereka.
J. K. Rowling mempunyai minat
menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak.
Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus
menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini
menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia
membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada
Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang
kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.
Mungkin tiada cinematophile
yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh
dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia
menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah
paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan
menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!
Perlukah seseorang bercakap
apa-apa tentang Donald Trump? Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya. Dan dia
tidak boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga berjalan, dia melabur ke
dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang
wang. Dia cuma berikan lubang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu
mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang ia mahu.
Paul Greengrass dikenali
sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood
hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya
kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang),
tetapi adakah dia ‘membengkokkan’ caranya untuk menyenangkan hati diktator
tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat? Siri The Bourne! Dan filemnya
menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.
Kejar minat anda. Jangan
pedulikan ejekan. Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda
rasa ia mampu memberikan anda wang? Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang
memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya.