Monday, September 29, 2014

Keep going


keep-going
Wordless entry for today

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Friday, September 5, 2014

Special birthday Song

Special birthday song dari abang pada adik ... he he .. arsyad aiman dah pandai dedikasikan lagu birthday untuk adik .. suka tengok anak - anak yang rukun damai .. he he betul ke ayat rukun damai ni? ..yang ni time bekerjasama ..tapi bila

1) time abang menggunakan kuasa veto nya sebagai abang berebut mainan ..
2) time abang jadi ultraman dan jadikan adik sebagai raksasa yang perlu dimusnahkan ...
3) time abang buat aksi WWF pada adik
4) time adik tiba - tiba mainan watak mami jarum (mengadu tang itu tang ini kat mama)
5) time adik tiba - tiba sakat abang

adoiiiyaiii...meriah rumah ni ..alhamdulillah, ini kan nikmat ada hiruk pikuk dalam rumah ni..abang ke..adik ke..sama je la kamu ni ..


Selamat ulang tahun yang ke 3 zafirah ... mama dan papa love both of you very much ..semoga jadi anak - anak yang soleh dan solehah ... 3 tahun secara officially saya makan vitamin Shaklee .. mahu jadi duta Shaklee .. keep cute and young like 17th .. he he .. energetic dan sihat in sha allah untuk beribadat dengan sempurna pada Allah yang maha Esa

81-tahun-shaklee
 aunty ni dah umur 81 tahun ..masih sihat walafiat.. lebih 30tahun consume Shaklee ..saya umur 81 nanti lagi comel kot dari aunty ni ..he he ...just kidding

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Seindah doa dhuha

Alhamdulillah ..baru selesai baca info berkaitan Omega 3, DHA, EPA pada bayi dan kanak - kanak ..
 rujuk sini untuk bahan bacaan menarik yang saya baru baca

Sebenarnya omega 3 bukan sahaja bagus untuk bayi dan kanak - kanak, tapi orang dewasa pun memerlukan omega 3 untuk kesihatan jantung, mengawal kolestrol jahat dan untuk kesihatan kerana hakikatnya badan kita tidak dapat hasilkan omega 3 dan omega 3 hanya boleh diperolehi daripada makanan.

Hebatnya Allah ciptakan omega 3 yang merangkumi DHA dan EPA adalah pada susu ibu ..Breast milk is the best for baby .. (alhamdulillah ..sebab itulah masa anak kedua saya berjuang habis - habisan untuk berjaya dengan susu ibu walaupun masa anak pertama berjaya sehingga 6 bulan sahaja)..tapi masa anak kedua ; saya usaha sehabisnya (labur masa, labur wang ringgit, labur keringat ... )..he he macam susah je kan? tak susah bila keyakinan kita pada Allah yang Esa ..

saya pernah baca satu quote di Hospital Sultan Ismail, JB 3 tahun yang lalu dan masih saya ingat hingga kehari ini

"Penyusuan susu ibu adalah satu pelaburan ; Pelaburan yang baik untuk anak"

masa ni saya terus fikir ; ya ia adalah pelaburan .. salah satu pelaburan yang terlintas dalam fikiran saya adalah wang ringgit .. emmm, rasanya macam betul .. saya laburkan duit untuk beli pam susu, peralatan menyusu, baju untuk memudahkan penyusuan susu ibu .. menyesal ? ..tak menyesal ..apa saja untuk anak dan jayakan penyusuan saya sanggup

apa lagi yang saya laburkan ya? .. supplement ! .. dulu saya tak rasa supplement ni penting semasa penyusuan susu ibu .. yakin boleh orang kata .. tapi bila dah lalui penyusuan susu ibu masa anak pertama ; saya rasa semangat yakin boleh tu macam tak kuat je pada diri saya .. Yakin Boleh tanpa supplement buat saya sensitif sebab kepenatan tak cukup tidur .. Yakin Boleh tanpa supplement buat saya tak dapat beri yang terbaik untuk uruskan rumah tangga .. kemudian, saya baru tahu bila ibu yang beastfeeding kemudian pemakanan seimbang tak dijaga, tambahan supplement tak ambil ; akan berlaku transfer factor yang kuat semasa penyusuan susu ibu .. anak akan menyerap kalsium, nutrien yang ada pada tubuh ibu ..ooo, patutlah gigi mak saya banyak hilang ..susukan 9 orang anaknya ...9 9 anak mak ni serap kalsium dan nutrien pada badan mak...terima kasih mak ... saya sayang mak dunia akhirat.. ..

dulu saya rasa supplement sangat mahal .. tapi bila fikikan nak berjaya susu ibu (nak tenaga banyak untuk bantu mudahkan kejayaan susu ibu) ..saya abaikan je perasaan mahal tu ..masa ni mungkin dah matang sikit ..dah tak banyak berabis nak beli baju brand KIKO..(brand KIKO je pun)..nak beli gadget gadget baby yang macam best pun telan air liur dulu ..

Alhamdulillah ...saya bersyukur dapat salurkan omega 3 yang merangkumi EPA dan DHA yang ada pada susu ibu selama 2 tahun untuk anak kedua ..untuk anak pertama bersyukur juga walaupun bertahan 6 bulan ..alhamdulillah dapat beri kebaikan yang ada pada susu ibu untuk kamu berdua

kemudian, habis fasa 2 tahun penyusuan susu ibu .. saya beri anak saya Omega Guard Shaklee (minyak ikan ultra-pure) untuk bekalkan Omega 3 pada anak - anak saya ..badan kita tak dapat hasilkan omega 3 tapi kena ambil dari makanan dan supplement.

"ALA is the essential Omega-3 fatty acid, being required in our diets because our bodies cannot make it'

Alhamdulillah seindah doa dhuha .. fungsi mata dan brain development pada anak - anak saya memang buat saya bersyukur .. alhamdulillah atas kurniaan Allah yang Maha Hebat

Ya Allah ..sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu .. kecantikannya kecantikan Mu .. keindahannya keindahan Mu .. kekuatannya kekuatan Mu ..kekuasaannya kekuasaan Mu .. perlindungannya perlindungan Mu

Ya Allah .. jika rezeki masih dilangit turunkanlah ..jika dibumi keluarkanlah .. jika sukar permudahkanlah ..jika haram sucikanlah .. jika jauh dekatkanlah ..

Berkat waktu dhuha , kecantikan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu, kekuasaan Mu ... limpahkan kepadaku segala apa yang telah engkau berikan kepada hamba - hamba Mu yang soleh ...


Harap entry ini tidak disalah ertikan ... video ni masa zafirah 2 tahun ++ .... syukur.. ini semua milik Allah .. saya yakin pemakanan yang baik membentuk anak - anak yang bijak .. saya consume vitamin semenjak menyusukan zafirah sehingga dia berusia 2 tahun .. dan sejak dia berusia 2 tahun saya kenalkan dia dengan omega guard Shaklee (minyak ikan).. selain chewable vita-C..

Ingin dapatkan omega guard Shaklee boleh hubungi saya

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Friday, August 22, 2014

Hiduplah untuk hari ini

Perkongsian yang menarik dari facebook untuk di renungi ... ayat yang paling buat saya renungi adalah ayat yang terakhir dalam kata - kata ini

mari sama - sama baca

Tugasan pagi td saya interview seorg datin. Di tgh pbualan, Datuk menyertai kami. Tanpa sedar air mata sy menakung, turun sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin lebat. Mengapa?

Kata-kata "HIDUPLAH UNTUK HARI INI" sgt menusuk jauh ke
dalam hati sy. APa yg diperkatakan jelas terkena pd btg hidung sy (yg x berbatang pun sebenarnya).

Nasihat Datuk tsebut yg sy perlu share dgn kekwn FB:
- Malam adalah masa utk keluarga. Simpan handphone, jauhkan ipad.

- Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dgn isteri & anak2. Ini dpt mghalang perkara yg x sewajarnya.

- Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tsebut.

- Jangan tlalu sibuk/ gila mcari wang krn mahukn khidupan yg senang pd masa hdpn, percayalah rezeki itu di tgn Allah. Berusaha tp bukan hingga mengabaikan yg sepatutnya.

- Sentiasa peluk cium anak2, pasangan. Kita x tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.

- Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula2 mgkn rasa mcm rimas, isteri queen control dll...Pedulikan jika kwn mnyindir. Kemudian kita akn sedar inilah cara mengikat kasih syg. Wlpn meeting, at least ckp 'sy meeting'. Jgn biarkan panggilan x berjawab. Sekali lg... mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.

- Sentiasa update lokasi anda berada kpd pasangan.

- Ketahui pakaian yg dipakai pasangan / anak2 sblm keluar. Ramai yg x mengambil berat perkara ini. Malang x berbau kan?

- Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami ttp perlu mnjadi ketua keluarga yg btanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kpd ekonomi keluarga, secara x lgsg (tanpa sedar sbenarnya) isteri itu menuntut hak sama rata...hak dlm mbuat kputusan. Jadi, lbh baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kpd suami krn sedar bahawa suami tlh melakukan sehabis baik demi keluarga.

*JANGAN INGAT KITA MASIH ADA ESOK

Jangan ingat ... kita masih ada esok ...

Ya Allah, hidupkan aku dalam iman, matikanlah aku dalam iman dan masukkan lah aku ke syurga Mu dengan iman. Sesungguhnya aku takut dengan api neraka Mu, namun aku tahu aku tidak layak untuk syurga Mu..  

takziah untuk keluarga mangsa .. alfatihah..


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Thursday, August 21, 2014

Kenapa saya tak boikot Shaklee

Tajuk entry macam panas je ... :-) ..ok lah, entry ni bukan nak mengulas pasal boikot boikot tu ya .. i wanna be a positive person dan tak mau fikir lebih - lebih pasal serangan negatif ni ... memandangkan pemilihan shaklee ni pun saya dah buat solat istikharah mengenainya sebelum kejadian boikot boikot ni berlaku....maka ; inilah pilihan dan pendirian saya....


Kalau lah saya diberi peluang untuk menyatakan bingkisan hati saya ; saya sebenarnya suka meminjam kata - kata Dr Malinda

"
Shaklee has changed my life.

It changed our health.
It changed our thinking. 
It change our maturity.

For me, it is not just health or products, but a gift of new opportunity to a new life. "

 saya dapat lihat #shakleeeffect dari segi kesihatan pada diri saya, husband, my family dan anak - anak saya .. of course dengan izin Allah...alhamdulillah .. bila semua orang disekeliling saya sihat, maka Allah kurniakan nikmat gembira .. (nikmat yang Allah beri tiap - tiap hari)

Disebalik jenama Shaklee ni juga saya dipertemukan dengan insan yang banyak mengubah tentang 'thinking' dan 'maturity' ..

Kesan 2 perkara ni menyebabkan rezeki datang melekat - lekat pada saya .. bila ramai yang menegur murah rezeki u tahun ni ye .. dapat tu dapat ni .. (tak tahulah nak kata apa) ... dalam hati menjerit - jerit (thanks Allah sebab menemukan saya dengan mentor hebat disebalik jenama Shaklee)

ia bukan saja 'produk', bukan juga hanya 'kesihatan'

Alhamdulillah .. syukur ..

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email :puteri.awam@gmail.com

Wednesday, August 20, 2014

Stupid-Simple Kurang Makan & Sihat

Bangun Awal
stupid-simple-sihat

Dalam 7 tip Stupid-Simple Kurang Makan & Sihat ni ada satu tips yang paling menarik minat saya iaitu

Bangun Awal

Melalui kajian Universiti Northwesern, Amerika Syarikat; individu bangun lewat pada pukul 8.00 pagi dan ke atas akan mengambil diet tinggi kalori. Mereka juga dikesan akan makan malam dengan hidangan berat yang mengandungi 200 sehingga 375 kalori lebih banyak dari biasa !

emmm ... bagus tip ni ; simple, .. semua orang boleh apply


dah bangun awal , apa kata kita apply formula ini pula

exercise-nutrisi
Exercise is KING, nutrition is QUEEN. Put them together and you've got a kingdom
Exercise dan nutrisi ni macam adik beradik kembar .. tak boleh dipisahkan .. kalau kurang sorang (nanti 2 2 akan menangis)

emmm .. air dalam gelas dalam gambar sebelah ni macam strawberry Energizing Soy Protein je .. terliur rasanya.. dah cuba resepi - resepi ESP yang banyak kat internet sekarang? sedap tau ..

ESP ni makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah ..
Semakin tinggi nilai GI (Glycemic Index) atau karbohidrat dalam sesuatu makanan akan mempengaruhi tahap keinginan anda untuk makan lebih banyak. Ok kita bezakan ye

1. Nasi - 64 GI

2. ESP Shaklee - 39 GI



Nasi dengan ESP, ESP lagi rendah indeks glisemiknya ; jadi kebarangkalian kita nak makan banyak akan berkurangan. ini tak bermakna anda tak boleh makan nasi .. makanlah nasi juga tapi kuantiti yang anda akan ambil mungkin sedikit saja ; sebab dah kenyang lepas ambil ESP .. tak percaya? ..cuba dulu ; pastu anda pasti percaya


sebab itulah ESP ni jadi pilihan bagi mereka yang ingin kawal berat badan

kurus-ESP
Selepas minum ESP 'Badan kurus daripada 68kg ke 48kg dalam masa 4 bulan!

Selain beri kesan kenyang, ESP juga pemberi nutrisi yang cukup baik untuk badan kita

Lambat laun, anda pun akan terpaksa menerima kenyataan ini

#shakleeeffect-ESP-cantik
ESP ni buat kulit muka akan jadi glowing - glowing, cantik, mulus..macam akak ni yang dah consume ESP lebih 16 tahun


Kesannya anda tak perlu tunggu 16 tahun lagi .. anda boleh lihat dalam masa 21 hari dengan pengamalan yang konsisten.

Anda nak cuba ?
Boleh dapatkan dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, August 19, 2014

Puasa buat anak semakin tinggi?

entry ni seharusnya di publish masa puasa .. emmm ; tak pelah kan ..sekurang - kurangnya dapat belajar  ilmu baru ..mai belajar ilmu baru .. :-)

Puasa buat anak semakin tinggi? 
puasa-buat-anak-tinggi


Kajian dari sarjana barat mendapati, puasa dapat memanjangkan hayat, meningkatkan kualiti hidup, merendahkan trigliserida, menentang rejuvenasi sel barah, merangsang penghasilan hormon tumbesaran, merangsang pembaharuan sel dan banyak lagi.

Hasil pemerhatian mendapati, tidak makan dalam tempoh sepanjang siang atau berpuasa tidak menyekat kalori yang dimakan pada waktu pagi. Sebaliknya berpuasa selepas dua waktu makan tersebut didapati mengaktifkan homon tumbesaran kanak - kanak dan membolehkan mereka menjadi lebih tinggi!

Ma sha Allah .. rasa teruja plak baca artikel ni

Suka baca pengalaman kawan - kawan yang kongsi gelagat anak - anak mereka yang pertama kali berpuasa ramadhan yang lepas...rasa nak tergelak pun ada..seronok..kagum pun ada dengan semangat diorang..

zafirah pun dah pandai cakap puasa walaupun tak puasa pun sebenarnya .. penangan tengok cerita upin dan ipin...bagus cerita upin dan ipin versi puasa dan raya ni (boleh didik kanak - kanak secara tak langsung mengenai kewajipan no 3 rukun islam ni)... 

untuk anak - anak saya suatu hari nanti mama nak bagi #shakleeEffect pertama kali berpuasa dengan Shaklee ..seronok baca perkongsian kakak ni walaupun anak dia berpuasa tapi tak melepek je sepanjang hari ...

puasa-kanak-kanak
 “ Salam GBS, saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa. Makan sahur dan berbuka mcm biasa makan nasi dan lauk yang saya masak.cuma saya beri makanan tambahan freshmilk+mealshake+kurma (blended) ketika berbuka, PD+Mealshakes masa sahur. Alhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool je puasa..tak merengek cakap lapar or dahaga. Sepanjang puasa semalam siap aktif menyakat adik dan main2x kat halaman rumah..bukannya tidur sepanjang hari.Syabas anakku! Semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ini. InsyaALLAH”
(kredit pada mychibibox.com)

 *emmm bagusnya .. saya dulu masa kecil - kecil, paling melepek bila dah hujung - hujung ramadhan .. lebih - lebih lagi bila tang mak buat kuih raya ... pergkhhhhh rasa nak tolong mak rasakan kuih raya tu je sedap ke tidak ...bau aroma kuih di bakar tu memang menguji kesabaran lah ..

Apa yang anda perlu tahu mengenai Shaklee Mealshake dan Performance Drink?? 

Menyediakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu termasuk asid amino. Nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian dan diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.
Membantu tumbesaran anak dengan mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. Rasanya yang lazat berperisa vanilla yang sungguh yummy sesuai diambil bersama dengan fruktos semulajadi. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
Dilengkapi dengan rumusan optiCarb yang sudah dipatenkan. Ujian klinikal membuktikan ianya dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.
Selain itu, PD membantu mencegah penyahhidratan bagi mengurangkan rasa haus serta melembapkan kulit. Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat bagi menggantikan air yang hilang sewaktu aktiviti fizikal.
Sangat disarankan untuk mereka yang tinggal di kawasan tropika dan yang aktif dalam kerja harian.

p/s : Khas untuk anak - anak saya, mama nak didik anak mama tak tinggal solat walaupun berpuasa ... in sha allah ..sekarang fasa didik anak dengan solat dulu..nak tengok kesan mealshake pada anak kedua saya bila ada yang nampak perubahannya ? baca sini

Boleh dapatkan vitamin Shaklee dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Mutiara kata : Pesanan Abdurrahman bin Auf

kaya-abdurrahman-bin-auf Mutiara kata untuk hari ini


  'Untuk menjadi kaya janganlah kau menolak keuntungan sekali - kali, jangan melambatkan dalam hal jual beli dan jangan menjual dengan menangguhkan bayaran'

Abdurrahman bin auf (saudagar islam yang berjaya di dunia dan di akhirat)


Boleh dapatkan vitamin Shaklee dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Monday, August 18, 2014

Hubungan multivitamin dan urutan

Bila saya baca artikel ni ; saya macam tersedar yang saya dah lama tidak berurut ! .. Shaklee Effect

urutan-multivitamin

Dikawasan berhampiran kediaman saya ni ; ada seorang mak cik yang saya memang suka kalau dia urut.. kuasa urutan mak cik ni macam urutan thai gear 5... puas hati lah .. rasa lega... :-)

masa sesi mengurut selalunya akan ada sesi selingan nasihat dan tips tips rumah tangga kiasan hasil kisah cerita orang lain.. seronoklah (sambil ambil iktibar pengalaman orang lain)

tapi bila saya baca artikel ni ; saya baru perasan yang saya dah lama tak jumpa mak cik ni untuk berurut .. kalau dulu - dulu ; setiap 2 atau 3 minggu je mesti check in jap rumah mak cik ni untuk berurut.. kalau tak berurut badan rasa tak sedap, nak buat apa pun serba tak kena...

ooh! rupanya pengamalan vitamin ini berkadar langsung dengan perasaan tak nak pergi berurut..  (boleh tak guna ayat ni .. hi hi) ..

dulu selalu fikir kalau badan lenguh - lenguh ni haruslah pergi berurut ..sepatutnya saya mesti fikir begini : (hai kena ubah disiplin gaya pemakanan seimbang ni .. baru rasa bertenaga)...dapat buat yang terbaik untuk anak - anak dan suami ..


'masalah kaki lenguh dan sakit mungkin timbul kerana anak puan sangat memilih makanan dan ini mungkin menyebabkan sesetengah garam galian dan mineral dalam badan tidak cukup menyebabkan kakinya sakit dan terasa lenguh - lenguh'

Puan boleh memberi anak puan multivitamin jika mereka tidak mengambil makanan yang seimbang di dalam pemakanan seharian mereka

kalau kanak - kanak pun ada istilah lenguh lenguh .. mak kanak - kanak mestilah ada lenguh kuasa dua

Klik sini bagi vitamin untuk kanak - kanak
Klik sini bagi vitamin seisi keluarga (wellness set) 


Dapatkan vitamin shaklee dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Thursday, August 14, 2014

Spending time with children

Situasi di suatu petang hari

Mama : menguap tanpa sedar masa driving

Ayat spontan zafirah : ha... Tu laaa tidur lambat lagi...kan ngantuk kan...

Eh! Macam replay ayat mama pagi pagi j


anak-anak,mama

 in sha allah, sebab tu mama pilih bisness ini

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Thursday, August 7, 2014

Teh Chrysanthemum Ais

Walaupun dah masuk lebaran syawal .. cerita ramadan masih tak habis lagi nak story .... kalau siri drama diari ramadhan rafique tu masih ditayangkan rasanya dah boleh buat versi raya punya ... he he

alkisahnya .. oleh kerana saya isteri solehah yang sungguh mithali : jadinya semua saya nak buat sendiri (dari buat kuih raya untuk mak dan mertua .. jahit langsir....cat rumah .. tanam rumput ..kalau bleh semua pun nak buat sendiri)...ki ki ki : mithali tak saya ...
geli
                                                      geli gelemen tak baca ... he he he ..

Sebenarnya saya nak share ; walaupun ini kali kedua ramadhan saya consume Performance Drink Shaklee .. tapi sebelum ni saya tak pernah pun teliti kesannya pada diri saya .. tapi kali ni memang macam perasanla kalau saya tak ambil performance drink sehari masa saya puasa ; saya akan exhausted nak minum air berais masa berbuka puasa ... air tebu ais, air tembikai ais..air ais ais baby..

lagi - lagi air teh bunga ais ...
teh bunga

tapi kalau masa sahur ; saya ada ambil Performance Drink ; masa nak berbuka (minum air suam dah cukup dah) ...

emmm .. patutla pun kan ; Performance drink ni menyokong tahap hidrasi air dalam badan (sebab tu tekak tak rasa excited sangat - sangat ngan air berwarni - warni kat bazaar ramadhan tu ...

performance drink shaklee
Performance Drink Shaklee


Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

ibu mengandung , siapa yang nak berpuasa sunat 6 , anak - anak yang demam , anak yang aktif disekolah , pesakit gout atau sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan

Boleh dapatkan Performance Drink dari saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Saturday, July 19, 2014

Kawal kolestrol dengan mengambil sterol tumbuhan

Hari ni saya belajar tentang sterol tumbuhan

plant sterol, kolestrol
 mengambil makanan serta minuman yang mengandungi sterol tumbuhan adalah cara semulajadi untuk mengurangkan kolestrol .. ma sha allah : uniknya ciptaan Allah untuk manusia


berdasarkan artikel dari utusan yang saya baca

 'kolestrol yang sempitkan saluran darah dan oksigen sehingga menyebabkan sakit kronik adalah kolestrol jahat (Lipoprotein Densiti Rendah : LDL) .. manakala kolestrol HDL : Lipoprotein Densiti Tinggi adalah kolestrol baik (yang menghalang endapan kolestrol pada badan kita)

 Salah satu caranya mengawal kolestrol adalah dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan.
Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah'


Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen
sumber : utusan

Pengambilan suplemen untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam badan adalah alternatif pilihan pada masa kini

Phytocol-ST adalah Suplemen Shaklee yang mengandungi fitosterol berfungsi untuk mencegah penyerapan kolestrol baru dan menurunkan paras kolestrol jahat LDL . Phytocol-ST .

(Fitosterol juga dikenal sebagai sterol tumbuhan (bahasa Inggris: phytosterol) adalah kelompok steroid alkohol, fitokimia yang ada secara alami di dalam tumbuhan dan tidak ditemukan pada mamalia.)
sumber : wikipedia






Kalau kita tak mahu ambil supplemen ; kita boleh dapatkan fitosterol yang mencukupi dengan mengambil 200 batang lobak merah, 70 keping gandum atau 425 biji tomato








 Bagaimana sterol bertindak untuk menghalang kolestrol dari diserap oleh darah?






Fitosterol akan berebut dengan kolestrol untuk mendapatkan tapak serapan seterusnya menghalang kolestrol di serap pada usus.

 

 Jadi untuk itu, dapatkanlah Phytocol-ST Shaklee ini untuk kesihatan yang lebih sihat. Ia mengandungi 2000mg Fitosterol (sepertimana yang disarakan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan NIH untuk merendahkan paras kolestrol secara semula jadi)


Boleh dapatkan Phytocol-ST Shaklee ni dari saya dengan menghubungi nombor di bawah :

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

MH17

Takziah buat keluarga mangsa MH17 ... 
semoga tabah, sabar dan redha atas ujian ini

Kita semua adalah milik Allah .. 

MH17
'Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat): dalam pada itu, kamu masih ragu - ragu (tentang hari pembalasan)'

Kepada Nya lah kita kembali  ... Innalillahi wa inna ilaihi rojiun ..

Mari ambil iktibar atas apa yang berlaku .. refleksi diri ..

Al-fatihah

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Sunday, July 13, 2014

Sijil Halal Shaklee 2014

Every year, shaklee akan memperbaharui status kehalalan produknya. Sijil halal Shaklee di keluarkan oleh  Islamic Services of America (ISA). ISA ini adalah badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM.  

status, halal, shaklee, 2014

Anda boleh mendapat senarai penuh Badan Islam yang diiktiraf JAKIM melalui Portal Rasmi Halal Malaysia

Sebarang pertanyaan tentang status halal yang dikeluarkan oleh ISA, anda boleh hubungi:


Mr. P. Musa Habhab
Director of Services  
Tel : (319) 362-0480  
Fax : (319) 366-4369  
Email: islamicservices@isahalal.org phabhab@isahalal.org Website : www.isahalal.org
 

Jadi, jangan ragu-ragu lagi!
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi HQ Shaklee ditalian 603 - 5622 3188 atau layari laman web Shaklee Malaysia di www.shaklee.com.my

Pengedar Sah Shaklee Anda 
Sms/whatsapp : 0137669176 
Fb message : Secret of Supplement 
Email : puteri.awam@gmail.com

Salam 15 ramadhan

Alhamdulillah, salam 15 ramadhan .. bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi amalan dalam bulan ramadhan yang mulia ..

Mari kekalkan momentum untuk merebut pahala dibulan ini .. alhamdulillah, tahun ini ramadhan yang kedua saya mengambil supplement shaklee untuk kekalkan momentum sepanjang bulan puasa.. (tak lembik dan perut mendidih - didih seperti 2 tahun yang lalu)

Syukur .. dengan tenaga yang allah kurniakan kepada saya ; moga - moga spiritual kali ini lebih baik dari tahun - tahun yang lalu ..

ramadhan, produk hot
pengalaman saya dulu - dulu [ sebab tak bertenaga : rasa nak tidur je sepanjang hari sehingga waktu berbuka ] .. ruginya saya tak grab peluang untuk tingkatkan ibadah dengan lebih sempurna (sedangkan Allah dah janji macam - macam kebaikan yang Allah nak beri pada bulan ramadhan ni)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tuesday, July 8, 2014

Tip diet semasa bersahur oleh Kevin Zahri


tip diet sahur

1. Jangan skip sahur (ia penting untuk bekalan tenaga dan sunnah dalam amalan puasa)
*bersahur tu bezakan puasa kita dan orang Yahudi dan Kristian tau : cuba klik sini untuk baca

2. Segenggam + Karbo (ia sumber tenaga utama badan)

3. Komplex Karbo (ia berikan tenaga yang tahan lebih lama. Jadi pilih karbo yang berserat)

4. Protein yang bersih (protein mengenyangkan)
*cuba klik sini untuk baca protein mengenyangkan yang dihasilkan pada tahun 1961 lagi oleh seorang Doktor (terbukti secara klinikal)

5. Elak Garam (ia mempercepatkan dehydration kerana ia diuretik)
*anda mungkin ingin baca minuman pilihan saya terbukti membantu mengelakkan dehydration semasa berpuasa : klik sini

6. Elak minuman gas (ia mengandungi kafein juga)

8. Jangan minum terlalu banyak air (lebih banyak anda minum, lebih cepat ia akan dibuang. 2 - 3 gelas tu cukup dah kot)


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Monday, July 7, 2014

Puasa Ramadan bantu bakar lemak berlebihan

Puasa Ramadan sebulan membantu tubuh menjalankan detoksifikasi. Tanda berlakunya detoksifikasi ialah bau mulut yang tidak menyenangkan. Puasa dikatakan mengubah mod tubuh kepada mod pemuliharaan kesihatan dan pencegahan daripada menghidapi penyakit.

emmm .. (sambil check bau mulut sendiri)

Mereka yang makan dan minum secara sederhana ketika tempoh diharuskan makan (berbuka, makan malam dan bersahur) akan mendapat ganjaran iaitu dari segi bentuk dan berat badan unggul. Mod pembakaran lemak dikatakan bermula pada 7 - 10 hari dari tempoh mula mengamalkan puasa. (sumber sinar harian)

Hari ni dan 9 ramadhan .. jom check , kita gambar no 1 atau no 2

puasa, bakar lemak

 puasa, iftar, kurus, gemuk

Anda mungkin ingin baca bagaimana sterol tumbuhan yang selalu kita makan mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dalam badan kita : klik sini

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Rutab sumber vitamin C yang lebih baik berbanding tamar?

Hari ni saya pelajari ilmu baru dan pertama kali membaca perkataan 'rutab' .. 
Penulisan hari ini saya rujuk daripada penulisan Dr Bahrain Samah : jururunding dan pendidik nutrisi holistik

Saintis mendapati kurma mengandungi gula yang membekal tenaga segera dan dilengkapi dengan pelbagai nutrien lain seperti vitamin, mineral, bioflavonoid, asid amino dan lemak. Ia mengandungi serotonin yang juga dikenali sebagai hormon 'gembira'

Rutab atau kurma masak adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang memilikinya. Pilihan kedua yang juga baik ialah tamar iaitu kurma kering.."Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Magrib) dengan rutab. Jika tiada rutab ; Baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air." (riwayat tarmizi)

Rutab ialah kurma basah manakala tamar ialah kurma yang telah dikeringkan. Dari segi jumlah lembapan, rutab mengandungi lembapan atau kandungan air yang tinggi berbanding tamar. Dari segi kalori, dengan hidangan yang sama (dari segi berat) rutab memiliki separuh dariapda kalori tamar.

kurma, rutab, vitamin C


Kandungan makronutrien dalam rutab dan tamar adalah berbeza. Makronutrien merupakan nutrien diperlukan tubuh pada kuantiti tinggi seperti karbohaidrat, lemak dan protein. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari segi kandungan protein dan lemak apabila dibandingkan rutab dengan tamar. Kandungan karbohaidrat pula adalah dua kali ganda pada tamar berbanding rutab. Tamar memiliki kandungan fiber tinggi.

Dari segi mikronutrien, tamar merupakan sumber kalsium dan zat besi lebih baik berbanding rutab. Mikronutrien merupakan nutrien diperlukan tubuh pada kuantiti rendah seperti vitamin dan mineral. Sebaliknya rutab menawarkan sumber vitamin C lebih baik. Rutab mengandungi 30mg vitamin C manakala tamar mungkin tidak mengandunginya. Vitamin C mudah musnah berpunca daripada pendedahan kepada haba dan kaedah penyimpanan.

Vitamin C adalah vitamin larut air. Tiada data untuk vitamin B yang juga larut air. Besar kemungkinan keputusan analisa makmal untuk kandungan vitamin B dalam tamar juga adalah rendah berpunca daripada faktor pendedahan kepada haba dan kaedah penyimpanan.

'seronoknya kalau berpeluang dapat petik dan makan terus kurma dari pokoknya ...in sha allah satu hari nanti impian ini mesti tercapai'

Anda mungkin ingin baca : Tips tak cepat lapar ketika berpuasa oleh Prof. Dr Muhaya (klik sini)

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Saturday, June 28, 2014

Konsep Syukur Rasulullah SAW

Saya selalu mendengar orang berkata 'bersyukurlah dengan apa yang kita ada' ..Hari ini saya pelajari satu lesson baru yang sebenarnya bersyukur bukan hanya dengan berkata - kata ; tapi tambah amal ibadah sunat untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT.

sedikit artikel mengenai konsep syukur Rasulullah untuk perkongsian kita bersama

"Daripada  Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”.

Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.”

bersyukur,rasulullah

Huraian Hadith:
1) Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan.

2) Setiap muslim hendaklah melakukan ibadat sunat untuk membuktikan kesyukuran kepada Allah SWT.

3) Setiap manusia hendaklah berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba yang lebih diredhai.

4) Seseorang yang menerima nikmat sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT.

Wallahuaklam!
sumber :koleksi-hadis-nabi.blogspot.com

Pengedar Sah Shaklee Anda 
Sms/whatsapp : 0137669176 
Fb message : Secret of Supplement 
Email : puteri.awam@gmail.com

Wednesday, June 25, 2014

Hilangkan taik lalat dengan basic H??

salam semua : hari ni saya nak kongsi real testimoni dari salah seorang ahli kumpulan shaklee kami .. memang teruja sebab masalah taik lalat ni memang satu perkara yang sangat sinonim dengan kaum perempuan

so lepas ni boleh cuba ganti clorox dengan Basic H Shaklee ya untuk hilangkan masalah taik lalat pada pakaian

"Sy nk citer real testimoni BASIC H
Sebelum g holiday 2 mnggu lepas,tukar cadar n sarung bantal..n siap cuci la kannn..
Smlm time amik baldi kat tepi washing machine, trjumpa 2 helai sarung bantal ni..rupenye terlepas pndang.igtkan dah cuci semua...baldi pulak dah disusun bertindih kan..mmg x perasan laaa..
pnuh taik lalat dahhhh sarung bantal tu!!!!!
Sayangnya..dah la ni set comforter my luv dpt hadiah golf..x kan nak buang,kan?
Nk guna peluntur nt rosak terusss...uwaaaa...
Terpandangkan BASIC H kat atas rak..tawakal je la.rendam sarung bantal ni dlm air larutan BASIC H (1 cap).
Pagi td tngok mmg clear sgttt..dah xde lngsung taik lalat tu...
Kesan 2 mnggu punye ...u all bygkan la kannn..

Mmg trbukti la BASIC H ni bagus sgt2 & multipurpose.
X rugi sgt beli...
dgn hrga yg x smpai 50 hengget n blh tahan smpai setahun."

masalah taik lalat, basic H shaklee
kredit pada Niza
Boleh dapatkan Basic H Shaklee dari saya ya :

Pengedar Sah Shaklee Anda
sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Friday, June 13, 2014

Sikitnya nilai mereka yang sihat


sakit, kronik, shaklee johor

Hari ini, lebih 95% menghidapi penyakit kronik disebabkan pemilihan makanan...kandungan toksik dalam makanan...kekurangan nutrisi dan kurang melakukan senaman fizikal ..

95% .. hanya 5% saja yang tidak tergolong dalam penyakit kronik ..kecil bilangan mereka yang sihat ..semoga kita semua tidak terpilih dalam peratusan pesakit kronik .. nauzubillahiminzalik .. jom kita ubah gaya hidup dari sekarang untuk masa depan .. agar kita dapat beribadah kepada Nya dengan lebih sempurna ..

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Tips ibu bapa dari Prof. Dr Muhaya

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

ibu bapa, anak, cemerlang

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya ‪#‎silakan‬ share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Menggapai Bintang Johor Bharu

alhamdulillah, allah izinkan saya menghadiri seminar ini .. walaupun kedatangan saya lambat ..tapi sekurang - kurangnya ada input yang saya dapat dari seminar ini ..

seminar menggapai bintang JB

"seminar jam 9 .. kul 12 baru sampai"

Seminar menggapai bintang ni sebenarnya seminar yang dianjurkan oleh group dibawah naungan master Norita .. selain sharing rahsia pengalaman mereka yang dah berjaya tapi ada strategi bisness yang master Norita terapkan .. seronok tau sebab mereka yang berjaya dalam Shaklee ni bukan calang - calang orangnya .. mostly engineer .. cuma oleh kerana saya lewat hadir, maka saya terlepas sharing rahsia master aimi (graduate biotechnology dari New York dengan pointer 3.91).. muda lagi master aimi ni, baru 2+

tapi at least saya dapat juga rahsia kejayaan master Yati (engineer), master Arniey (engineer) dan master Raihan (even bekerja di kastam tapi sangat berjaya)

seminar menggapai bintang JB

tapi yang paling best diantara semua ni, mestilah dari master norita .. (seronoknya berada dibawah master norita ni selain lebih dari 15 tahun dari Shaklee ; tapi akak ni banyak sangat tips bisness dari Mr Victor dan Mr Roger Banet) .. memandangkan sekarang ni dah tepu media facebook dengan Shaklee : so ada strategi bisness baru untuk anak - anak dibawah naungan group Euphoria yang master Norita dapat dari Mr Victor dan Mr Roger Banet .. rahsia tau .. eksklusif hanya di kumpulan Euphoria je ..

jom jadi sebahagian dari kami
whatsapp : 0137669176

Wednesday, June 11, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah .. tahun 2014 melakar kenangan manis lagi buat saya bila saya dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi usaha tahun 2013 .. syukur alhamdulillah ...

Kalau difikirkan, walaupun saya sudah berkhidmat selama 4 tahun 9 bulan tapi secara offically saya berada di lokasi tempat kerja sekarang ni masih baru berusia 2 tahun ++ ...berpindah randah ..

Kalau diikutkan, saya rasa sebenarnya saya bukanlah pekerja yang cemerlang .. saya pun tak tahu kenapa saya di pilih untuk terima anugerah ni.. sebenarnya sampai sekarang ni pun kalau masuk meeting (sayalah orang yang paling pendiam dan tak berani nak bagi idea @ solution @ pandangan untuk sesuatu isu) .. kalau ada idea pun saya akan cakap dengan kawan sebelah je minta kawan saya sampaikan).. he he .. saya ingat masa saya dicalonkan menjadi ketua program .. hai ; punyalah saya gelabah tak tentu pasal (siap buat solat hajat semoga saya tidak dilantik) ..mujur terselamat ...lega rasanya .....

Saya dapat APC ni sebab saya membodek boss ke ? rasanya kawan - kawan saya juga tahu dengan perangai saya ; bila boss datang turun ke unit kami (saya akan lari ; sebab saya bukanlah golongan orang yang pandai nak berbual mesra dengan orang yang berpangkat) .. ini kan pula nak bodek boss ..

Kalau diikutkan ramai lagi yang layak menerima penganugerahan ni .. tapi saya percaya ini adalah rezeki yang Allah dah tuliskan untuk saya terima .. alhamdulillah (dalam tak semena - mena sejak saya ditarbiahkan oleh mentor shaklee saya ; rezeki datang tidak putus - putus ... syukur ...)

Pencapaian ni sebenarnya saya nak kategorikan bahawa walaupun saya menjalankan perniagaan Shaklee tapi saya tak abaikan bidang tugas utama saya ......(mujurlah saya berada dibawah mentor shaklee yang betul ; yang banyak mengingatkan saya tentang keberkatan rezeki)

'semoga allah kurniakan kepada saya rezeki yang berkat ... '

Majlis APC di Putrajaya ni sungguh istimewa rasanya .. macam pertama kali naik pentas untuk ambil segulung ijazah .. penghargaan buat penerima anugerah APC ni memang buat saya rasa terharu .. ayat yang buat saya touching ialah bila baca tentatif buku program '8.00 pagi : ketibaan penerima anugerah APC' .. terharu .. tak sangka saya adalah salah seorangnya .. bila selak helaian buku tertera nama saya (macam baca buku penerima ijazah universiti..) .. tu belum lagi beratur dan berhenti di step - step pentas (sebiji sama macam ambil scroll degree) .. 

alhamdulillah ... syukur ... saya memang teringin nak rasa perasaan ni .. dah terima sekali seumur hidup cukuplah ...

APC, anugerah perkhidmatan cemerlang


APC, anugerah perkhidmatan cemerlang
Alhamdulillah, penerima anugerah APC 2013 adalah milik saya ... 'satu bukti pencapaian yang saya tak abaikan kerja utama saya walaupun saya menjalankan bisness' .. saya ibu bekerjaya dalam masa yang sama saya juga menjalankan perniagaan Shaklee .. jika anda ingin bersama - sama menjana pendapatan bersama Shaklee boleh sms/whatsapp saya k  0137669176

Salam ukhuwah dan selamat malam .. :-)

Sunday, June 1, 2014

Kena operate buang sebelah mata kerana diabetes

Baru - baru ini ; ada dikalangan ofismate saya bercerita mengenai saudara mereka yang dibuang mata nya sebelah kerana diabetes yang tinggi ... nauzubillahiminzalik..

terus fikiran saya flashback kisah ketika keluarga kami di uji dengan sakit tersebut ... ya Allah, beberapa bulan yang lalu, keluarga kami di uji ...

mak saya sakit ..
diabetes/kencing manis dengan bacaan yang sangat tinggi (25 bacaan) + darah tinggi

kencing manis, diabetes, mak
* mujurlah adik saya doktor perubatan yang check darah mak kami dan senang kami nak di rujuk

Sebelum ini dalam kalangan ahli keluarga kami ; Allah kurniakan kami dengan kesihatan yang baik .. mak dan abah tak pernah ada history darah tinggi dan kencing manis .. even masa mak mengandung kesemua anak - anak nya ..mak tak tergolong dalam sakit 3 serangkai (kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung) ..

Ketika terima berita tersebut....dalam keadaan tak keruan saya terus balik jumpa mak .. masa ni semua anak - anak bagi nasihat kat mak, 'mak kena kurangkan ambil gula ni mak...' nasi tak boleh makan banyak, kuih yang manis, air manis semua tak boleh ambil dah'..

masa ni dari jauh , saya nampak raut wajah mak rasa sungguh tertekan .. tertekan sebab kena ubah cara pemakanan harian .. mak kata 'kalau mak tak minum air gula : mak tak de tenaga ... mak tak boleh buat kerja..' .. mak dah cuba satu hari tak minum air gula langsung ... badan mak lemah j...

kesian saya tengok mak masa ni .. sedih rasanya

besar sungguh dugaan ini rasanya ... selama ni dari pandangan mata kasar mak memang sihat (sebelum ni saya bekalkan mak dengan Gla Complex je memandangkan mak dah menopause) ..

tapi tak sangka pula .. tanda - tanda seperti masalah pendengaran mak menjadi lebih serius dan anak mata putih mak terkopek sedikit rupanya berkait - kait yang mak kena diabetes ..ya allah ..saya terus teringat bagaimana 'saya pernah berjumpa dengan saudara husband yang matanya menjadi buta akibat diabetes yang semakin tinggi ...duduk diatas wheel chair mengharapkan simpati anak - anak dan suami untuk menguruskan diri ... ya allah, jauhkan sakit itu dari ibu ku ...

review saya pasal gula terproses ni buat saya mangkin takut, 'gula terproses adalah racun utama dunia' ..

Selepas merayu dan memohon kepada yang maha Esa ; baru saya cuba usaha beri mak vivix Shaklee ('saya pilih dari jenama Shaklee sebab lebih dari 2 tahun saya consume Shaklee dan hasilnya memang positif.. lagipun ia adalah produk dari penemuan eksklusif hasil penyelidikan bertahun - tahun')  ..

diabetes, kencing manis, vivix shaklee

Alhamdulillah , belum sebotol vivix ni habis : bacaan diabetes mak dah turun dari 25 ke 10 .. syukur pada Allah dengan ke izinanNya ..

In sha allah , akan teruskan beri vivix Shaklee pada mak .. walaupun ia memang mahal (tapi duit boleh di cari) .. mak saya cuma seorang (dan saya masih mengharapkan doa - doa mak untuk jalani kehidupan ni)

Ada lagi satu kisah yang saya nak share mengenai masalah pendengaran bertahun - tahun mak .. 

nanti saya akan cerita mengenai masalah pendengaran mak .. :-(


If ada dikalangan keluarga anda menghidapi diabetes dan anda nak cuba usaha dengan pengambilan vivix Shaklee ; boleh hubungi saya
Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

Saturday, May 31, 2014

Ke mana perginya berat badan berlebihan semasa hamil?

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? 


Walaupun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

• Berat bayi : 2.5 - 3 kg
• Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
• Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
• Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
• Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
• Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
• Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
• Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg


Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza.

gemuk semasa hamil
ibu hamil gemuk berisiko lahirkan bayi obesiti
 
Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Paling penting adalah untuk anda makan dengan sederhana dan seimbang supaya anda dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat.

Info berikut mungkin membantu anda dalam mendapatkan khasiat secukupnya sewaktu hamil:

Protein - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protein tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi
Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi
Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang
Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin
Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung
Air - Amalkan meminum air masak 2-3L sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

sumber : website penerangan.gov.my  

anda mungkin ingin baca juga : Bagaimana pengalaman sahabat saya selepas bereksperimen dengan 2 jenama vitamin yang terkemuka ketika kehamilannya yang ke 3.. klik sini


Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...