Wednesday, September 3, 2014

Saya orang no 7

suami saya pernah menghadiri seminar tarikh lahir Dr Azizan ; seingat saya 2 kali ..kali pertama untuk mengetahui rahsia taikh lahir ..kali kedua lebih menjurus kepada bidang perniagaan .. memandangkan suami sendiri yang pergi ; dapatlah saya korek - korek sikit ilmu yang dia dapat ..

sebenarnya rahsia tarikh lahir ni bukan untuk ramalan, kepercayaan ..tapi pada saya, saya nak improve sikap yang tak berapa elok..kalau dalam bahasa yang cantiknya (strategi untuk peningkatan diri untuk jadi lebih baik).. cara nak kira nombor mengikut tarikh lahir ni basicnya macam rajah kat bawah ni .. tambah - tambah j,pastu dapat satu nombor single dibawah..

gambar hiasan : saya bukan no 9 ..gambarajah ni cuma nak tunjukkan bagaimana pengiraan sahaja ..

anda dah kira? saya nombor 7 ..kalau anda nombor 7 saya nak kongsikan sikit penerangan orang no 7 ni ..yang baik alhamdulillah ; yang kurang baik mari kita baiki ..

NOMBOR (7)

 Anda yang bernombor Tujuh merupakan seorang yang sangat suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara secara dalam untuk mengetahui sebab dan musabab sesuatu perkara secara dalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku. Anda tidak menerima sesuatu idea atau sesuatu perkara itu dari luaran sehingga anda benar - benar pasti bahawa idea itu betul - betul bernas. Sekiranya anda mendapat satu - satu idea atau perniagaan, anda akan berfikir dengan dalam menggunakan minda separa sedar, memprosesnya sehingga anda benar - benar faham dan jelas berdasarkan fakta sebelum anda menerimanya atau menolaknya. Ini membuatkan anda dilihat sebagai ahli falsafah dalam situasi ini bagus sekiranya digunakan untuk peningkatan dan membaiki keadaan


khairul-bariyah
emm .. macam kebetulan je sejak naik gred 44 ni saya dipindahkan dalam bidang tugas RnD (unit penyelidikan dan inovasi)..bidang kaji mengkaji..selidik menyelidik..auww mencabar betul la bidang tugas baru ni

Anda ada kekuatan "6th sense" dan kadang - kadang mengalami "deja vu", keadaan yang mana anda seperti telah melalui sesuatu pengalaman atau keadaan sebelum ianya benar - benar berlaku. Anda merupakan pemikir, suka kesempurnaan, penganalisa yang hanya menerima sesutu fakta, penuh dengan belas kasihan dan penuh dengan sifat membantu. Punyai minda yang baik dan mampu mengumpulkan pengetahuan dari pelbagai bidang.

tang deja vu ni macam tak pernah perasan lagi .. punya minda yang baik? in sha allah saya consume omega guard Shaklee untuk elak masalah cepat lupa dikalangan wanita bila berusia

Anda boleh menjadi guru tetapi anda perlu menjadi seorang yang lebih terbuka. Anda dilihat sebagai seorang yang tidak mudah untuk didekati. Hanya orang yang memahami sifat anda yang sukakan kedamaian, ketenangan dan suka berifkir akan dapat merapati anda. Dan orang yang mampu mendekati diri anda ini sangat beruntung kerana anda mempunyai banyak perkara yang boleh dikongsi bersama.

erkkk ..saya memang pensyarah .. tidak mudah didekati? emmmm ... anda yang kenal saya betul ke?..betul juga kot..kadang - kadang saya suka menyendiri sebab nak privasi dan cari ketenangan..bukan nak melarikan diri tau...

Ramai orang yang suka mengikuti anda kerana anda amat menarik perhatian orang lain kerana anda suka memberikan contoh sebagai ikutan bagi orang lain di dalam apa saja bidang yang anda ceburi atau lakukan. Anda juga gemar kepada perkara teknikal dan boleh menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

perkara teknikal macam betul .. saya mengajar dalam bidang engineering

Anda menghayati alam semulajadi, suka kepada lukisan yang indah, ukiran yang cantik dan buku yang bgaus dan bernilai kesenian yang tinggi. Anda juga suka kepada keaslian (originality) dan tidak boleh hidup bahagia tanpa suasana yang damai dan indah. Anda bukan sahaja suka kepada keindahan sesuatu lukisan tetapi amat menghayati setiap proses lakaran dalam menyiapkan lukisan tersebut. Anda boleh menjadi ibu bapa yang bagus yang suka mengajar anak - anaknya menghagai setiap keindahan di dalam kehidupan ini dari segi intelektual dan fizikal...

lukisan tu mungkin dulu la kot..sekarang ni suka yang tenang - tenang ..hijau hijau ...mungkin dah masuk fasa orang tua rasanya ..ooo ibu bapa yang bagus ya ? in sha allah demi anak anak ku....

Hidup tidak semuanya indah dan penuh dengan cabaran tetapi anda dapat menghadapi atau mengatasinya dengan kekuatan pemikiran anda kerana anda faham bahawa hidup itu sendiri merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi dalam perjalanan mencapai kebahagiaan yang diingini. Apa yang anda perlu perhatikan adalah sifat anda yang sensitif, "berangin" dan berahsia yang tidak membantu imej anda secara luaan. Orang akan menganggap anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan dan persahabtan. Anda boleh bertindak kejam sekiranya anda berada di dalam mood yang salah.

errkk ..emmm ..tak pe..ini yang perlu diperbaiki..selama ni saya mungkin suka berahsia..tapi lepas ni saya akan sharing banyak ilmu di blog kesayangan saya ni ...in sha allah ...sensitif dan berangin :-(

Karektor anda berkait rapat dengan nombor 2 kerana elemen anda yang sama iaitu AIR

errrrkkkkkkkkhhhhhhh ..suami saya nombor 2 ...adusss ini semua kebetulan ke apa ye....

Pengedar Sah Shaklee Anda
Sms/whatsapp : 0137669176
Fb message : Secret of Supplement
Email : puteri.awam@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...